Selasa, 5 April 2016

dollah yankee

dollah yankee


Deklarasi rakyat tanda solidariti

Posted: 05 Apr 2016 07:22 AM PDT

Politik, ekonomi dan rakyat Malaysia sedang sakit. Hal ini bukan sahaja difahami dan dirasai oleh watak-watak utama politik, tetapi turut menghantui kebanyakan rakyat negara tercinta ini. Keluh resah dan maki hamun sumpah seranah dari rakyat boleh didengar dari semua peringkat dan melangkui sempadan usia dan bangsa.
Tanpa sedikit pun berganjak dari kepercayaan bahawa sistem politik sekarang yang merosakkan perlu melalui reformasi menyeluruh, kita tidak boleh menutup mata dan telinga daripada hakikat bahawa sistem politik itu ada penggeraknya. Penggerak yang akan terus mempergunakan sistem politik sedia ada dengan lebih dahsyat,menakutkan dan melampau serta menjadi penghalang paling besar kepada usaha-usaha memperbaiki keadaan Malaysia. Selagi tidak dialihkan penghalang paling besar itu, sebarang usaha adalah sia-sia dan buang masa.
Penggerak yang dimaksudkan ada lah Najib Razak dan konco-konconya.
Najib Razak bertanggungjawab ke atas skandal 1MDB yang memalukan imej negara, pengurusan ekonomi yang buruk, sekatan demi sekatan serta tangkapan demi tangkapan terhadap suara yang membantah, cubaan memusatkan kuasa kepada dirinya melalui penggubalan Akta Keselamatan dan kelibat salahguna kuasa demi menyelamatkan kedudukannya.
Malaysia sedang menyusuri jalan menuju ke arah negara gagal (failed state). Oleh itu, sepatutnya setiap rakyat tidak kira parti, kaum, kepercayaan, tempat asal dan kecenderungan politik merapatkan barisan perjuangan atas dasar kebersamaan, untuk menyelamatkan Malaysia.
Sekiranya terdapat ancaman luar yang mahu memusnahkan negara ini, tentu semua pihak akan berganding bahu menghadapinya. Maka adalah patut untuk kita turut berganding bahu menyelamatkan Malaysia dari ancaman dalaman yang bakal memusnah dan menghancurkankan negara ini.
dollah yankee - #bebas anwar#bebas rafizi# bebas yang lain-lain juga#

Tiada ulasan: