Khamis, 28 April 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sungai Pahang menanti kematian?

Posted: 28 Apr 2016 06:51 AM PDT

SINAR HARIAN


Sungai Pahang
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Mungkinkah Sungai Pahang tidak akan mampu lagi meneruskan perjalanannya sejauh 459 kilometer untuk ke destinasi terakhirnya; Laut China Selatan?

Lahir daripada alur-alur anak sungai di Banjaran Titiwangsa, yang melimpah ke Sungai Jelai dan Sungai Tembeling; iaitu dua sungai utama yang bersatu untuk membentuk sungai berkenaan, sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia dan ketiga terpanjang di negara ini dikhuatiri akan mengalami kekeringan melampau.

Merentasi hampir semua daerah di Pahang, sehinggalah ke Kuala Pahang, Sungai Pahang memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan penduduk sekelilingnya.

Antaranya untuk bekalan air, pengangkutan, perikanan, penternakan ikan air tawar, pertanian, aktiviti rekreasi dan pelancongan.

Bagaimanapun, kemampuan sungai itu untuk terus berbakti kepada manusia diramalkan semakin terbatas.

Pakar kualiti air Dr. Zaki Zainudin meluahkan rasa kerisauan beliau kepada Bernama akan nasib yang dijangka menimpa Sungai Pahang sekiranya tindakan segera tidak diambil untuk mengatasi masalah yang melanda nadi Darul Makmur itu.

PEMBALAKAN DAN KEMUSNAHAN KAWASAN TADAHAN AIR

Isu pembalakan, khususnya di Hulu Tembeling baru-baru ini, mendapat perhatian orang ramai.

Selain hakisan yang mengeruhkan air sungai dan pemusnahan habitat hidupan semulajadi, pembalakan sebenarnya mengakibatkan natijah yang lebih teruk daripada itu.

Sungai Pahang sama seperti sungai lain di negara ini, ia terbit daripada alur-alur anak sungai dari banjaran.

Apabila air hujan terperangkap dan berkumpul di akar-akar pokok yang berfungsi sebagai penahan dan penyerap air, ia menghasilkan air yang jernih dan bersih yang kemudian mengalir ke bawah bukit sebagai anak sungai dan akhirnya melimpah ke satu titik untuk membentuk sungai yang lebih besar.

Bayangkan jika kawasan bukit itu gondol dan tandus. Air hujan akan bercampur dengan debu-debu tanah dan pasir lalu menjadi keruh dan tidak sesuai lagi untuk kegunaan manusia.

Air ini memasukki sungai bersama sedimen yang akan berkumpul di dasar sungai, sekaligus mencetekkan dan mengganggu ekosistem sungai.

Spesies ikan yang sensitif, contohnya patin dan kelah, tidak mampu untuk hidup dalam persekitaran yang tercemar.

Apabila musim panas, seperti yang melanda negara sekarang, air akan lebih mudah tersejat dan ini menyebabkan sungai lebih cepat mengering.

"Saya tengok sendiri, selepas titik pertemuan Sungai Jelai dan Sungai Tembeling, air dah kering dah.

"Ini adalah kesan cuaca panas, tetapi pembalakan adalah antara faktor terbesar yang menyumbang kepada fenomena ini," kata Dr. Zaki berkongsi pengalamannya menyusur ke hulu Sungai Pahang baru-baru ini. 
 
Menurut beliau, dipercayai aktiviti pembalakan berleluasa di kedua-dua kawasan lembangan Sungai Tembeling dan Sungai Jelai.

LADANG KELAPA SAWIT

Namun bukan kegiatan pembalakan sahaja yang merisaukan jurutera itu.

Pembukaan ladang kelapa sawit seluas 10,000 hektar oleh sebuah syarikat tempatan telahpun diluluskan di lembangan Sungai Jelai.

Sebagai pengeluar kelapa sawit kedua terbesar di dunia, tidak hairanlah jika pencemaran sungai-sungai di Malaysia, khususnya di luar bandar, banyak disebabkan oleh ladang kelapa sawit.

"Banyak lembangan sungai kita sebenarnya telah ditukarkan kepada tanaman kelapa sawit.

"Inilah yang mengakibatkan fenomena teh susu di sungai-sungai di negara kita," jelas beliau.

Seperti pembalakan, ladang kelapa sawit turut mendatangkan kesan hakisan iaitu aliran sedimen ke dalam sungai.

Penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal daripada baja, pestisid dan herbisid juga akan menjejaskan kualiti air sungai.

"Aktiviti pertanian yang sedia ada pun sudah menyumbang kepada pencemaran (Sungai Pahang), ini nak tambah lagi 10,000 hektar," keluh Dr. Zaki.

PEMBINAAN EMPANGAN HIDRO

Tambahan pada dua faktor itu, Dr. Zaki turut mendedahkan bahawa terdapat dua empangan hidro yang akan beroperasi di hulu Sungai Pahang iaitu di Sungai Tekai (anak Sungai Tembeling) dan Sungai Jelai.

Beliau berkata empangan di Sungai Jelai kini sudahpun dalam pembinaan manakala bagi empangan di Sungai Tekai, Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) untuk projek itu baru sahaja diluluskan.

"Sebelum empangan boleh mula beroperasi, air perlu dikumpulkan di reservoir, jadi pihak empangan akan 'block water' daripada masuk ke sungai.

"Ya, sedikit air akan tetap dialirkan, iaitu dipanggil 'environmental flow' bagi memenuhi keperluan sungai.

"Tetapi adakah yang dialirkan itu cukup untuk menampung keperluan tersebut, termasuk hidupan di dalamnya, itu masih menjadi persoalan," hurai beliau.

Tambahnya lagi proses pemenuhan reservoir di kedua-dua empangan dijangka mengambil masa dua tahun.

IMPAK KESELURUHAN

Impak daripada ketiga-tiga faktor itu, iaitu pembalakan, pertanian dan empangan hidro, dijangka akan mengakibatkan kesan yang sangat buruk kepada kelangsungan Sungai Pahang.

"Kita cuba lihat impak ini secara 'accumulative'. Sekarang sudah ada hakisan sebab pembalakan dan pertanian yang menyebabkan sungai cetek.

"Nak tambah lagi pertanian, maka tambah lagi sedimen. Sungai jadi lagi cetek.

"Pembinaan empangan pula akan kurangkan air sungai. Tapi jika pembalakan terus berlaku there will be no tree, so no water catchment. Jadi mana nak dapat air sekarang?" soal Dr.Zaki.

HENTIKAN TERUS PEMBALAKAN

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil menggesa supaya kerajaan menghentikan terus aktiviti pembalakan di seluruh negara, khususnya di Pahang.

Fenomena sungai cetek yang melanda Sungai Pahang sekarang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Beliau juga tidak bersetuju bahawa fenomena itu berlaku disebabkan keadaan cuaca semata-mata.

"Jangan salahkan cuaca, El Nino dan sebagainya. Kitaran cuaca memang begini sejak dulu lagi.

"Kita mengalami semua ini kerana pembalakan yang berleluasa. Suhu naik terlalu tinggi sebab sudah tiada pokok, dan yang mengubah cuaca ini sebenarnya tangan manusia. Jangan salahkan Allah dengan berkata, dah nasib cuaca macam ini," katanya.

Shariffa Sabrina mendesak kerajaan supaya segera mengambil berat terhadap isu ini kerana ia melibatkan air yang menjadi sumber kehidupan manusia.   

"Adakah suatu hari nanti kita perlu merawat Sungai Klang misalnya untuk minum? Proses merawat sahaja akan menelan kos yang tinggi.

"Oleh sebab itu hentikan terus pemberian lesen balak. Apakah kita tak boleh cari duit dengan cara lain? Hanya mereka yang berfikiran dangkal sahaja akan bergantung kepada balak untuk ekonomi," tegas beliau.

Beliau berkata tumpuan sekarang patut diberi kepada pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar bagi memastikan khazanah alam negara tidak terus-menerus dimusnahkan.

Beliau turut menyeru masyarakat untuk lebih giat memperjuangkan isu alam sekitar seperti ini demi kepentingan negara dan generasi akan datang.

SISIPAN

Antara sungai di dunia yang mengalami kekeringan melampau ialah Sungai Colorado di Amerika Syarikat, Sungai Indus di Pakistan, Sungai Kuning di China dan Sungai Amu Darya di tengah benua Asia.

Punca utama ketandusan sungai-sungai itu adalah pengalihan aliran sungai bagi menjalankan aktiviti pertanian secara besar-besaran, selain untuk kegunaan industri, pusat bandar dan perumahan serta pembinaan empangan. - Bernama

Kerajaan perlu bantu dua nelayan ditahan

Posted: 28 Apr 2016 06:45 AM PDT

Kerajaan perlu bantu dua nelayan ditahan


SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberikan bantuan dengan kadar segera kepada dua nelayan Sekinchan yang kini berada dibawah tahanan pihak berkuasa Indonesia.

Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata, ‎tindakan pihak berkuasa Indonesia yang bertindak mengejar dan menahan nelayan tempatan di dalam perairan negara adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan.

Beliau berkata, ‎kedua nelayan itu tidak patut ditahan kerana mereka tidak menceroboh ke kawasan perairan negara jiran.

"‎(Mereka) masih belum jalani proses pengadilan. Setakat ini, pihak kita sudah berjumpa dengan pihak kelautan dan pihak keadilan Indonesia untuk mengetahui cara-cara untuk membantu mereka.

"Berdasarkan dakwaan mereka dan bukti yang kita ada, mereka tidak patut ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia," Jamal berkata demikian ketika menemui mangsa di ‎Rumah Tahanan Negara Klas I Tanjung Pinang, di Indonesia.

Bercerita lanjut, Jamal berkata, kedua nelayan itu mendakwa sudah meminta bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), bagaimanapun mereka gagal dibantu oleh agensi terbabit.

Menurut Jamal lagi, setelah dua jam dihambat oleh pihak berkuasa Indonesia, bot nelayan itu ditunda ke perairan negara jiran.

"Setelah berada di perairan Indonesia, barulah mereka diminta menandatangani lokasi penahanan mereka.
"Jadi bagi saya, apa yang berlaku kepada dua nelayan ini adalah bentuk penganiayaan dan perlu dibantu oleh kerajaan segera," katanya lagi

BERSIH dakwa SPR 'diam sepanjang masa'

Posted: 28 Apr 2016 05:16 AM PDT

MALAYSIAKINI




BERSIH mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memastikan proses pilihan raya negeri Sarawak berjalan dengan adil.

Gabungan pemantau pilihan raya itu antaranya membangkitkan sekatan terhadap ahli politik dan aktivis semenanjung daripada masuk ke negeri itu, ketika fasa kerajaan sementara.

BERSIH membangkitkan sikap "berdiam sepanjang masa" SPR ketika Ketua Menteri Tan Sri Adenam Satem menghalang aktivis dan ahli politik semenanjung masuk ke bumi kenyalang

"Barangkali Adenan Satem juga sudah lupa bahawa beliau bukan lagi ketua menteri Sarawak dan beliau tidak punyai kuasa untuk menghalang kemasukan aktivis dan ahli politik.

"Segala pengharaman selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah haram," kata BERSIH.

Sementara itu, BERSIH berkata, walaupun perkara itu bukan bawah bidang kuasa SPR, suruhanjaya itu seharusnya menasihati kerajaan sementara bahawa halangan itu melanggar prinsip asas kebebasan berkempen dan juga ketertiban politik rakyat Malaysia.

Perkara itu juga, kata BERSIH, bertentangan dengan semangat pilihan raya yang bebas dan adil dan menunjukkan pesta demokrasi itu bermula tanpa padang sama rata.

BERSIH terlibat memantau perjalanan kempen pilihan raya negeri di beberapa DUN. Beberapa petugas mereka sendiri didakwa dihalang masuk ke Sarawak sejak 2011 lagi.

Adenan semalam mempertahankan sekatan dibuatnya atas alasan mahu menapis "beberapa aspek budaya politik di Malaysia Barat" dan mempertahankan kepentingan Sarawak.

Beliau mengingatkan supaya pihak yang mahu masuk ke Bumi Kenyalang menjaga kelakuan masing-masing.

Pilihan raya Sarawak akan berlangsung pada 7 Mei ini.

Pilihan raya kali ini menjadi ujian pertama Adenan yang mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Tan Sri Taib Mahmud yang sangat lama mentadbir negeri itu.


Bank Negara denda 1MDB atas salah laku kewangan

Posted: 28 Apr 2016 05:08 AM PDT

MALAYSIAKINI




Bank Negara Malaysia hari ini mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana tidak mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Kompaun itu dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.

"Ini termasuk keperluan untuk 1MDB untuk membawa pulang wang yang diremitkan di luar negara berikutan pembatalan tiga kebenaran yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

"1MDB juga telah gagal mengemukakan bukti dan dokumentasi yang ditetapkan oleh Bank Negara untuk mewajarkan kegagalan untuk mematuhi sepenuhnya dengan arahan membawa pulang wang itu.

"1MDB telah diberikan sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh bank pusat itu hari.

Menurut kenyataan itu, sebaik sahaja pembayaran kompaun diselesaikan oleh 1MDB, ia menandakan tamatnya siasatan oleh Bank Negara berhubung pelbagai insiden yang menyaksikan firma pelaburan negara itu melanggar kaedah dan peraturan bank pusat.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kompaun yang perlu dijelaskan oleh 1MDB.

Ni rupo jambatan BN tuk, nak engkah apo lagik kali tuk? soal Abang Kerdee

Posted: 28 Apr 2016 04:35 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Abang Kerdee menunjukkan ceracak besi yang dipasang untuk pembinaan jambatan di Beting Maro sejak empat tahun lalu.Abang Kerdee menunjukkan ceracak besi yang dipasang untuk pembinaan jambatan di Beting Maro sejak empat tahun lalu.

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, penduduk kampung di Beting Maro, sekali lagi diberikan harapan agar jambatan yang mereka perlukan benar-benar dibina kali ini.

Ini kerana, jambatan ini sudah dijanjikan sejak tahun 2000 iaitu menjelang PRN 2001, namun sehingga kini ia kekal tinggal janji saja.

Menurut bekas calon Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, pada tahun 2001 iaitu menjelang PRN tahun itu, batu asas untuk membina jambatan ini telah dibuat oleh kerajaan negeri, namun menjelang 2006 masih belum siap lagi.

Empat tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2005, kontraktor mula meletakkan pasir-pasir ke kawasan pembinaan di samping memasang dinding di kawasan pembinaan.

Namun empat tahun kemudian, ia masih belum siap bahkan pembinaan belum bermula.

Pada tahun 2010 iaitu menjelang PRN 2011, jentera-jentera berat mula dibawa masuk dan pasir serta besi-besi cerucuk mula dipasang.

"Dah nak masuk PRN 2016 tuk oi! Ni rupo 'Jambatan BN' tuk? Nak engkah apo lagik kali tuk?" tulis Abang Kerdee dalam posting beliau itu.

Menjelang pilihan raya ini, sekali lagi jentera BN datang ke Beting Maro. Kali ini mereka membawa tong-tong biru untuk menangani keperluan air bersih di kampung ini.

"Orang kampung mahu air bersih, namun dekat pilihan raya BN bagi tong biru. Terima kasihlah orang memberi, kita ambil. Tetapi air tiada macamana nak guna air. Tunggu air hujan tak turun-turun," tulis Penolong Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) itu dalam akaun facebooknya.

Untuk itu, Abang Kerdee mengingatkan pengundi Sarawak, "Kali tuk benar kito ngajar sidak yo nyo!"

Pemandu teksi bantah permohonan Uber jadi pencelah kes saman terhadap SPAD

Posted: 28 Apr 2016 04:32 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemandu teksi sekitar Lembah Klang membantah permohonan Uber menjadi pencelah dalam kes saman difailkan mereka terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 
 
Kira-kira 100 pemandu teksi itu berkumpul di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi bagi meyuarakan bantahan berkenaan.
 
Kumpulan pemandu teksi itu memfailkan kes saman berhubung perkhidmatan Uber, Grabcar dan Blacklane yang didakwa beroperasi secara tidak sah.
 
Peguam, R Kengadharan yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang bagi pihak semua pemandu teksi itu, berkata bantahan dibuat kerana perkhidmatan Uber tidak berdaftar seperti pemandu teksi bermeter. 
 
Kengadharan berkata, aktiviti Uber juga tidak diluluskan oleh SPAD dan tidak mematuhi peruntukan undang-undang, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta 715 Enakmen SPAD 2010. 
 
"Uber memfailkan permohonan pada 4 Mac lalu untuk menjadi pencelah dengan alasan punca pendapatan mereka terjejas berikutan kes saman ini dan ia akan menyebabkan lebih ramai pihak tampil memfailkan saman terhadap mereka. 
 
"Kami pula menyatakan mereka tiada sebarang urusan dalam kes ini kerana tidak mempunyai kuasa sah di sisi undang-undang dan aktiviti mereka pula tidak diiktiraf oleh undang-undang," katanya selepas prosiding pengurusan kes saman itu dalam kamar Timbalan Pendaftar, Lukman Hakim Abu Bakar Sidik. 
 
Kengadharan berkata, permohonan Uber untuk menjadi pencelah akan didengar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Ariffin pada 31 Mei ini. 
 
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang selaku plaintif memfailkan saman itu pada 30 Disember lalu, menamakan SPAD sebagai defendan. 
 
Dalam tuntutannya, plaintif mendakwa operasi Uber, Grabcar dan Blacklane tidak mendapat kelulusan beroperasi daripada SPAD serta kenderaan digunakan tidak dilengkapi insurans bagi melindungi penumpang. 
 
Mereka juga mendakwa SPAD gagal dan cuai mengambil sebarang tindakan proaktif untuk mengharamkan perkhidmatan itu sehingga meminggirkan hak serta kepentingan plaintif.

PKR enggan berundur, selesai pertikaian kerusi dengan DAP selepas 7 Mei

Posted: 28 Apr 2016 04:28 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: PKR enggan berundur daripada enam kerusi kontroversi di Sarawak dan menegaskan sebarang isu berbangkit yang timbul berhubung pertembungan kerusi dengan DAP itu hanya akan diselesaikan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), 7 Mei depan.
 
Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata PKR akan terus maju ke depan dan berkempen seperti biasa, selepas kedua-dua parti tidak mahu bertolak-ansur di kerusi Batu Kitang, Ngemah, Mulu, Murum, Simanggang dan Mambong. 
 
"Saya dah rasa cukup dah banyak komen berkait isu pencalonan. Apa yang penting tertumpu kepada kempen yang sedang berlangsung. 
 
"Maka kita akan adakan mesyuarat dan rungkai isu-isu ini selepas 7 Mei. Jadi kalau itulah soalan yang akan ditanya, saya akan menjawab cara yang sama juga kecuali ada soalan-soalan lain. 
 
"Saya rasa kenyataan DAP jelas menjurus kepada 'moving on'. Jadi, hari saya tertumpu kepada calon-calon dan gerak kerja di lapangan," kata Izzah dalam sidang media di ibu paejabat parti itu tadi, sebagai maklum balas kepada kenyataan DAP bahawa rundingan antara kedua-dua parti berkenaan bersabit pertikaian kerusi-kerusi itu sudah berakhir.
 
Izzah, yang juga Naib Presiden PKR sebaliknya berkata parti 'menyerahkan' segalanya kepada pengundi untuk membuat keputusan di kerusi-kerusi yang menjadi perebutan itu.
 
"Kita fokus kepada pilihan raya. Biar calon yang terbaik menang," katanya lagi.
 
DAP sebelum ini menyatakan kekecewaan selepas rakan komponennya, PKR menolak tawaran yang dicadangkan mereka agar menarik balik calonnya di lima kerusi bertindih.
 
Sebagai tukaran, DAP akan melepaskan Batu Kitang sekiranya PKR berhenti berkempen di lima kerusi lain.
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini menyifatkan partinya seperti 'ditipu' oleh PKR dalam kerusi-kerusi yang akan ditandingi itu.
 
Izzah, dalam sidang media yang sama juga tidak mahu mengulas pertembungan parti itu dengan PAS di tiga kerusi yang lain, iaitu Kakus, Jepak dan Lambir.
 
PKR dan PAS sebelum ini mengikat perjanjian untuk tidak meletakkan calon di mana-mana kawasan yang ditandingi salah satu di antara mereka sempena PRN Sarawak kali ke-11 ini.
 
 

Seramai 22 cedera nahas membabitkan empat kenderaan di Seremban

Posted: 28 Apr 2016 04:26 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SEREMBAN: Nahas membabitkan empat kenderan di Jalan Kayu Ara ke Nusari Bayu, Sendayan, di sini pagi tadi menyebabkan seramai 22 orang cedera, termasuk seorang cedera parah selepas tersepit dalam kenderaan. 
 
Kemalangan kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan sebuah bas kilang, sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah Perodua Viva dan sebuah motosikal. 
 
Mangsa yang cedera parah dikenali sebagai K Tirunavukatasa, 26, yang juga pemandu pacuan empat roda. Lelaki itu dilaporkan cedera parah di kepala dan kaki. 
 
Manakala pemandu Perodua Viva, Chok Yuet Lee, 22, dan penunggang motosikal, Ramli Mohamed Ali, 65, cedera ringan. 
 
Seramai 19 penumpang bas kilang turut cedera ringan, manakala pemandu kenderaan itu, N Kajenthiran, 24, tidak mengalami sebarang kecederaan. 
 
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun dipetik Berita Harian Online berkata, siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda dari arah bandar ini ke Nusari Bayu, dipercayai memotong sebuah kenderaan lain dan bertembung bas kilang dari arah bertentangan. 
 
Katanya, kenderaan pacuan empat roda itu kemudian melanggar Perodua Viva dan motosikal di belakang bas kilang, manakala bas itu yang hilang kawalan terbalik di tepi jalan. 
 
"Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
 
Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Penolong Kanan Penguasa Bomba Yahya Jaafar, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 8.45 pagi dan menghantar sembilan anggota ke tempat kejadian.
 
Katanya, pasukan itu tiba di lokasi pada jam 8.53 pagi mendapati pemandu pacuan empat roda terperangkap di tempat duduknya sebelum berjaya berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian.
 
 

Insiden sabotaj berlaku walau Adenan sekat pemimpin pembangkang

Posted: 28 Apr 2016 04:24 AM PDT

ARIF ATAN


PRN Sarawak ke-11PRN Sarawak ke-11


Walaupun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi BN negeri menyekat kemasukan ramai pemimpin dan aktivis pro pembangkang, tetapi insiden berupa sabotaj masih berlaku ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru melangkah hari ketiga.

Dilaporkan, papan iklan calon Pas, Clement Bayang di Dewan Undangan Negeri (Dun) N60 Kakus dikoyakkan manakala di N72 Lambir sekali lagi Pas menjadi mangsa vandalisme apabila sepanduk markas operasi parti itu dibakar.

Kedua-dua Dun yang masing-masing terletak di Parlimen Selangau dan Sibuti itu menyaksikan pertempuran antara parti komponen BN dengan Pas dan PKR.

Mengulas insiden tersebut, Setiausaha Pas Sarawak, Mukhtar Suhaili dilaporkan berkata, situasi secara keseluruhannya masih terkawal dengan menganggap kedua-dua kejadian itu sebagai kes terpencil.

Pada PRN 2011, BN menerusi parti komponennya, Parti Rakyat Sarawak (PRS) menang tipis di Dun Kakus dengan majoriti hanya 602 undi manakala di Lambir, BN melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mendapat 1,521 undi.

Dalam hal berkaitan, dua papan iklan kempen komponen BN, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di N14 Batu Kawah dalam Parlimen Stampin turut dikoyak manakala satu lagi dibakar cat.

Pada 7 Mei ini, calon Datuk Dr Sim Kui Hian dari SUPP bakal berentap dengan penyandang, Christina Chew Wang See dari DAP dan calon Bebas, Liu Thian Leong.

Pada PRN 2011, Christina menang dengan majoriti tipis 543 undi.

Murid dipatuk ular di tandas sekolah

Posted: 28 Apr 2016 03:32 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Keadaan Muhammad Aryyan Nazhan Mohd Nasrul, 7, dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan segera


Kamalanathan_ular_600


JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan mengesahkan seorang lagi murid menjadi mangsa patukan ular, ketika berada di tandas Sekolah Kebangsaan Kota Masai, dekat Pasir Gudang, semalam.

Bagaimanapun, Muhammad Aryyan Nazhan Mohd Nasrul, 7, dilaporkan stabil setelah mendapat rawatan segera.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan yang memaklumkan perkara itu berkata, kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika mangsa yang mengikuti persekolahan sesi petang, berada dalam tandas tingkat tiga seorang diri.

Katanya, sebaik menyedari dipatuk di tapak tangan kiri, murid berkenaan terus memaklumkan kejadian itu kepada gurunya yang segera menghantar mangsa ke sebuah klinik 1Malaysia, sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail.

"Keadaannya sudah stabil, kerana ular tersebut tidak berbisa dan pihak sekolah juga telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mencari ular berkenaan di kawasan tersebut.

"Kita mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah, kerana bertindak pantas dalam kejadian ini," katanya selepas mengadakan lawatan rasmi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tebrau, hari ini.

Kes patukan ular tidak lagi asing sejak kebelakangan ini. Ia berlaku di beberapa negeri sehingga turut mengakibatkan kematian seorang murid tahun satu, Nuri Nadirah Ruslan, 7, di Kelantan, pada 19 April lalu.

Kamalanathan berkata, pihaknya telah meminta pihak sekolah mengurangkan aktiviti luar kelas, bagi mengelakkan kes sama berulang.

Mengenai lawatannya, beliau memberitahu, projek pembinaan bangunan baru SJKT Ladang Tebrau di sini sudah 70 peratus siap dan dijangka boleh beroperasi pada September nanti.

Katanya, bangunan baru itu yang menelan belanja RM6.8 juta, boleh menempatkan 302 murid, selain enam bilik darjah dan beberapa bilik khas lain, seperti pusat sumber. BERNAMA

Kalau Nak Kelentong Pun Biar Masuk Akal

Posted: 28 Apr 2016 03:22 AM PDT


KALAU nak kelentong atau nak bohong pun biarlah kena cara. Nak putar-belit pun macan itu juga. Kena ada tatacara operasi standard (SOP).


Bila ada SOP, yang bohong tak nampak berbohong dan yang kena bohong tak tahu dia dibohongi. Baru la hula lala hula hoop!

Saya tak mahu kata Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul "Azrul" Kanda Kandasamy, bohong tapi dia pandai tipu-helah, putar-belit dan guna bahasa.

Contohnya, baru-baru ini dia kata, memandangkan penafian International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengumuman Pejabat Peguam Negara Switzerland yang bayangkan kemungkinan 1MDB dah jadi mangsa tipu, ia kena teroka semua jalan yang ada.

Arul Kanda tak kata 1MDB kena tipu. Dia rujuk kepada kenyataan IPIC yang dakwa syarikat bernama Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI) tu bukan anak syarikatnya atau anak syarikat kepada anak syarikatnya, Aabar Investment PJS Limited.

Dalam bahasa yang mudah, IPIC kata Aabar BVI ini adalah syarikat klon yang curi nama syarikat asal iaitu Aabar Investment PJS Limited.

Peguam Negara Switzerland pula kata, ada bukti AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB telah disonglap melalui pemindahan dan pengubahan wang haram. Dalam bahasa yang mudah, duit 1MDB dicuri kemudian diubah jadi sijil pelaburan, unit, derma dan macam-macam supaya nampak halal.

Jadi bila orang kata dia kata 1MDB kena tipu dengan kerjasama orang dalam, Arul Kanda kata, bukan dia yang kata tapi dia hanya buat interpretasi kenyataan IPIC dan Peguam Negara Switzerland.

Dia kata tugas dia dah selesai. Dia nak berhenti. Dok tak dok hutang 1MDB yang kita sangka RM42 bilion dah jadi RM50 bilion awal tahun ini dan faedah hutang AS$50 juta (RM200 juta) pun tak mampu bayar. Selelasi haram zada ada? 

Luncai Abad ke-21

 

Tapi ada manusia jenis Si Luncai moden yang nak bohong pun tak pandai. Tak macam Si Luncai asal yang raja pun dia boleh kelentong.

Si Luncai abad ke-21 ini buat cerita kata Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, tandatangan surat-menyurat 1MDB tapi tak ambil tahu apa kandungannya.

Si Luncai macam ini kalau nak bohong untuk selamatkan nyawa dia pun dia tak tahu apatah lagi nak lindungi Perdana Menteri.

Si Luncai ini punyalah bodoh sampai dia ingat semua orang tak cerdik macam dia. Punyalah dungu sampai tak tahu bahawa abai tanggungjawab fidusiari (fiduciary responsibility) adalah kesalahan jenayah.

Mohd Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, pengasas 1MDB dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tanggung tugas fidusiari yang jelas dan berat.

Atau Si Luncai pemakan dedak ini tahu hal urus tadbir korporat tapi dia ingat orang lain tak tahu. Dia sangka dia seorang saja cerdik dan orang lain semua bodoh. Dia tak sedar bahawa orang bodoh yang ingat diri dia cerdik adalah orang paling bodoh.

Mohd Najib tandatangani surat-menyurat yang libatkan berbilion ringgit duit dan harta negara dengan tak baca apa yang dia tandatangan?

Bukan Semua Orang Bodoh

 

Mak cik kampung yang buta huruf pun tahu dia tak boleh buta-buta turun cap jari atas kertas. Dia kena tahu apa tanggungjawab dia bila dia turun cap jari.

Zaman dulu, Cina buta pun tanya syarat sebelum dia setuju menikah dengan janda talak tiga atau pak sanggup sebelum dia menikah dengan anak dara bunting.

Cina buta nak tahu berapa upah dan berapa lama tidur dengan bini "sementara" dia? Tidur saja ka atau boleh buat macam laki-bini buat?

Macam tu juga bekas laki yang upah Cina buta nikahi janda dia yang dia cerai talak tiga. Masa nak cerai dia tak fikir. Bila dah bercerai dia gila talak.

Cerai talak tiga tak boleh rujuk. Jadi kena lah upah Cina buta nikahi dengan syarat lepas itu cerai. Tapi kena jaga-jaga. Si Cina tu hanya mata tak berfungsi. Anggota-anggota lain berfungsi kelas A.

Jadi bila ada Si Luncai moden kata PM tandatangan dokumen 1MDB dengan tak baca atau tak tahu apa yang dia tandatangani, sahlah Si Luncai ini bangang kelas A.

Rakyat jelata Malaysia boleh jadi tak selicik PM dan Jho Low berniaga atas angin, tapi mereka taklah baghal sampai percaya cerita macam yang Si Luncai moden buat.

Satu lagi, bila sampai masa dihumban ke dalam sungai yang deras, Si Luncai dan jenis yang sama dengan dialah yang paling awal lari lintang-pukang selamatkan diri.

Wallahauaklam.

Cuaca panas dijangka kembali normal menjelang akhir Mei - Jabatan Meterologi

Posted: 28 Apr 2016 03:21 AM PDT

Bernama 
 
Cuaca panas dijangka kembali normal menjelang akhir Mei - Jabatan Meterologi
Cuaca panas dijangka kembali normal menjelang akhir Mei. -Gambar hiasan
 

KUALA LUMPUR: Cuaca panas akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ketika ini dijangka kembali normal menjelang akhir bulan depan,  kata Pegawai Meteorologi, Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim.

Beliau berkata ia susulan keadaan cuaca lembap dengan hujan dan ribut petir yang berlaku pada sebelah petang di kebanyakan kawasan yang dijangka mengurangkan kesan suhu panas secara beransur-ansur.

"Keadaan ini (cuaca lembap) melibatkan beberapa kawasan termasuk pantai barat Semenanjung, bahagian barat dan tengah Sarawak serta beberapa bahagian di Sabah.

"Ini berikutan negara sedang mengalami fasa peralihan monsun di mana angin lazim biasanya lemah dan membawa hujan berserta ribut petir pada lewat petang serta kadang kala berlarutan hingga ke awal malam terutama di kawasan pantai barat Semenanjung," katanya kepada Bernama.

El-Nino terjadi apabila suhu paras air di kawasan tengah dan timur tropika Lautan Pasifik jauh meningkat daripada suhu purata dan menyebabkan berlaku perubahan dari segi peredaran udara.

Fenomena yang berlarutan sejak Februari lalu turut mengakibatkan beberapa negeri mengalami masalah bekalan air kerana kadar tadahan air di beberapa empangan utama berkurangan.

Bagaimanapun, Khairul Najib berkata status gelombang haba bagi Semenanjung setakat semalam menunjukkan suhu yang agak tinggi di kawasan utara dan tengah  serta kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

"Suhu maksimum antara 35 hingga 37 darjah Celsius dilaporkan berlaku di beberapa kawasan termasuk Gua Musang di Kelantan, Jerantut di Pahang, Jempol di negeri Sembilan serta Mersing dan Segamat di Johor.

"Suhu di Sabah dan Sarawak masih berada di tahap normal kecuali di beberapa kawasan iaitu Kota Marudu, Tongod dan Beluran di Sabah dan Limbang di Sarawak," katanya.

Sementara itu cuaca panas dan kering turut menyebabkan berlaku penyusutan air melibatkan beberapa empangan di Johor iaitu Sungai Lebam di Kota Tinggi, Congok di Mersing dan Sungai Layang Masai di Johor Baharu.

Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber dan Kejuruteraan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Khithob Ahmad pula berkata penurunan paras air adalah berpunca daripada cuaca panas yang berpanjangan di negeri itu.

"Hujan hanya berlaku di beberapa daerah di Johor namun jarang sekali berlaku di kawasan tadahan empangan.
"Sehubungan itu SPAN akan sentiasa membuat pemantauan dengan operator bekalan air di seluruh negara untuk memastikan bekalan air mencukupi. Kita juga akan berusaha mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah bekalan air ketika musim cuaca panas dan kering ini," katanya.

Namun katanya, sekiranya berlaku masalah bekalan air tidak mencukupi, SPAN akan mengatur jadual bekalan air secara berkala kepada penduduk yang terlibat di kawasan berkenaan.

Pilihanraya Sarawak: Segerakan pembinaan jambatan di Kanowit - Penduduk

Posted: 28 Apr 2016 03:14 AM PDT

Tan Su Lin, Astro Awani
 
Pilihanraya Sarawak: Segerakan pembinaan jambatan di Kanowit - Penduduk
Kanowit juga masih memerlukan kemudahan asas lain seperti jalan raya khususnya di kawasan luar bandar Kanowit. - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin
 
 
KONOWIT: Penduduk Kanowit di Sarawak amat berharap agar projek pembinaan jambatan bagi menghubungkan Kanowit dan Kapit dapat disegerakan demi kemudahan mereka.

Buat masa ini mereka terpaksa bergantung kepada jalan sungai yang mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan menggunakan pengangkutan bot panjang.

Ada penduduk yang mendakwa hampir setiap kali pilihan raya, mereka mendengar tentang janji kepada rakyat di Kanowit iaitu merealisasikan projek berkenaan. Kali ini diharapkan sokongan mereka dapat diterjemahkan kepada kemudahan yang amat diperlukan itu.

Buat masa ini mereka terpaksa bergantung kepada jalan sungai yang mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan menggunakan bot panjang. - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin
Buat masa ini penduduk di Kanowit terpaksa bergantung kepada jalan sungai yang mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan menggunakan bot panjang. - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin

Menurut Deveson Thomas, 43, sudah dua kali upacara memecah tanah dilakukan sebelum ini, namun belum ada kerja-kerja bermulanya pembinaan jambatan itu sehinggalah baru-baru ini.

"Seboleh-bolehnya harapan kami penduduk Kanowit, pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Kanowit boleh dipercepatkan lagi. Saya berharap janganlah untuk gimik politik sahaja.

"Kalau boleh selepas pilihan raya projek itu diteruskan lagi. Jangan hangat-hangat tahi ayam," katanya.

Dalam pada itu seorang penduduk, Benjamin Angki berharap dengan terbinanya jambatan itu nanti ia akan memberi manfaat kepada penduduk Kanowit dan mereka yang tinggal di kawasan berdekatan.

"Jambatan yang menghubungkan Kapit dan Kanowit ini dijangka siap pertengahan Jun 2017 dan melihat kepada kadar pembinaan jalan itu dibina saya yakin ia dapat siap mengikut jadual ditetapkan.

"Apabila siap nanti lebih ramai penduduk dari kawasan seperti Ngemah, Poi, Song dan Kapit akan datang ke kawasan ini dan sekaligus menyaksikan tempat ini makin berkembang," katanya dengan yakin.

Menurut Lasu Anak Luta, 36, Kanowit juga masih memerlukan kemudahan asas lain seperti jalan raya khususnya di kawasan luar bandar Kanowit.

"Setakat ini kemajuan Kanowit agak memuaskan. Walau bagaimanapun bagi penduduk di pedalaman Kanowit masih memerlukan banyak infrastruktur terutama sekali jalan raya untuk menghubungkan kawasan-kawasan di bahagian luar bandar dengan kawasan Kanowit ini. Tidak semua tempat di Kanowit boleh dihubungkan dengan jalan raya," katanya.

Penduduk Kanowit berharap projek pembinaan jambatan bagi menghubungkan Kanowit dan Kapit dapat disegerakan untuk kemudahan mereka. - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin
Penduduk Kanowit berharap projek pembinaan jambatan bagi menghubungkan Kanowit dan Kapit dapat disegerakan untuk kemudahan mereka. - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin

Antara mereka adalah Entebong Anak Betau, 61, yang mendakwa penduduk masih tidak ada kemudahan jalan yang menghubungkan pekan Machan, Kanowit dengan rumahnya di kampung Ulu Machan.

"Sebagai orang yang tinggal di luar bandar saya berharap jalan itu dipercepatkan. Sudah 38 tahun kami menunggu jalan itu dibina namun sampai hari ini pun belum lagi bina," katanya yang terpaksa menaiki perahu untuk berulang alik dari kampung ke pekan.
Pada 27 Mac lalu, dalam lawatannya ke Kanowit, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinannya sentiasa bertekad memastikan segenap lapisan rakyat khususnya masyarakat di pedalaman dapat mengecapi nikmat kemajuan negara.

Menurutnya, secara keseluruhan Kerajaan Pusat sudah memperuntukkan RM800 juta untuk pelbagai projek pembangunan luar bandar di Kapit dan Kanowit.

Terdapat dua kerusi Dewan Undangan Negeri di daerah ketika ini iaitu N49 Ngemah dan N50 Machan yang menjadi rebutan dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei ini. 
 
 

Tabung Haji: Johan pangku jawatan CEO 16 Mei, terima tugas 1 Julai

Posted: 28 Apr 2016 03:09 AM PDT

Bernama
 
Tabung Haji: Johan pangku jawatan CEO 16 Mei, terima tugas 1 Julai
Johan, yang menyertai TH pada 15 Januari tahun lepas sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan CEO, akan menanggung tugas sebagai CEO mulai 16 Mei. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Tan Sri Ismee Ismail akan menyerahkan tugas Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Datuk Johan Abdullah, berkuat kuasa 1 Julai.

TH dalam satu kenyataan hari ini berkata Johan, yang menyertai TH pada 15 Januari tahun lepas sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan CEO, akan menanggung tugas sebagai CEO mulai 16 Mei.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata penyerahan tugas itu adalah selari dengan pelan penggantian TH yang telah dirancang sejak Januari 2015.

Beliau berkata kepimpinan dan visi Tan Sri Ismee telah banyak menyumbang kepada kejayaan TH sehingga memperoleh pengiktirafan dan penghormatan di peringkat antarabangsa.

"Kami bangga dan berterima kasih ke atas kepimpinan beliau sepanjang tempoh melebihi 10 tahun, dengan TH berjaya melalui transformasi yang telah meningkatkan prestasi kewanan ke tahap yang membanggakan," katanya.

Sementara itu, Johan yang sebelum itu berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO BIMB Holdings Bhd, mempunyai pengalaman luas dalam pasaran modal dan kewangan Islam.

Beliau berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Morehead State University dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Eastern Michigan University.

Menurut kenyataan itu, di bawah kepimpinan Ismee, TH berjaya mempelbagaikan pelaburan serta aliran pendapatannya dengan hasil meningkat lebih RM4 bilion manakala keuntungan selepas zakat dan cukai melepasi RM3 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember, 2015.

Pada awal 2006 hingga 2015, TH mencatat keuntungan terkumpul melebihi RM18 bilion.

Dalam tempoih yang sama TH juga berjaya menanggung subsidi operasi haji berjumlah RM815 juta serta berjaya memastikan pembayaran haji Muasassah sebanyak RM9,980 sejak 2009.

TH juga mencatatkan kejayaan dalam mempelopori pelaburan hartanah ke luar negara termasuk di Tanah Suci, United Kingdom dan Australia.

Dana pendeposit meningkat lebih empat kali ganda daripada RM13.3 bilion (awal 2006) kepada RM62.5 bilion pada akhir 2015.
Pertumbuhan dan kecemerlangan TH menyaksikan peningkatan bayaran bonus pendeposit daripada RM0.6 bilion pada 2006 kepada RM3.2 bilion pada 2015 (pada kadar purata 6.6 peatus selepas ditolak zakat) yang jauh lebih tinggi daripada kadar simpanan perbankan Islam.

TH mempunyai 123 cawangan di seluruh Malaysia dan sebuah di Jeddah, Arab Saudi.

Gabenor BNM: Pelantikan Muhammad Ibrahim tepat

Posted: 28 Apr 2016 03:05 AM PDT




 
Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN


PAS mengalu-alukan pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim selaku Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu selaras dan ingatan sebelum ini bahawa pelantikan Gabenor BNM bukan dari kalangan ahli politik dan perlu mengambil kira pandangan Gabenor BNM Dr Zeti Akhtar Aziz yang bakal bersara hujung bulan ini.

Pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim diharap mampu meneruskan dan menambah keyakinan rakyat terhadap usaha untuk memuliakan kedudukan kewangan negara.

Rakyat juga berharap beliau akan bersikap tegas dalam menyelesaikan kemelut 1MDB yang masih belum selesai.

Tugas besar yang menanti beliau ialah memperteguhkan peranan Bank Negara dalam mengawasi perjalanan perbelanjaan kerajaan dan syarikat tanggungan kerajaan selain merangka strategi berkesan dalam memastikan ekonomi negara terus stabil dan kukuh dalam keadaan tidak menentu ini selain menjadi penasihat berkesan kepada kerajaan.

Namun beliau juga akan menjadi fokus rakyat bagi melihat perjalanan 1MDB yang masih bergelut dengan pelbagai su yang sentiasa muncul lebih-lebih lagi apabila kini 1MDB dalam keadaan ingkar.

Sebagai Timbalan Gabenor yang paling senior di bawah Tan Sri Zeti, PAS percaya beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan berkesan dan membetulkan perjalanan kewangan negara agar menepati kehendak syarak.

Kepada Tan Sri Zeti, PAS mewakili rakyat mengucapkan tahniah dan takziah atas hasil kerja dan prestasi BNM yang cukup memberangsangkan.

PAS juga tahu tidak mudah bagi perlantikan Datuk Muhamad Ibrahim sebagai Gabenor BNM berlaku jika Tan Sri tidak mendesak dan mendesak kerajaan dengan pelbagai peringatan melalui media bahawa pelantikan Gabenor BNM mestilah bukan dari kalangan ahli politik.

Selamat bersara bagi Tan Sri Zeti dan selamat bertugas bagi Datuk Muhammad Ibrahim. Semoga kalian sentiasa dalam bimbingan Ilahi.

*  TUAN IBRAHIM TUAN MAN,Timbalan Presiden PAS

Khidmat bas percuma untuk Sarawak jika banyak calon DAP, pembangkang menang

Posted: 28 Apr 2016 03:03 AM PDT

chong chieng jen
Oleh Fatih Hassan Nordin


KUCHING: Jika lebih ramai wakil pembangkang berada di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, tidak mustahil kerajaan Barisan Nasional terpaksa menerima tawaran manifesto DAP, termasuk melaksanakan perkhidmatan bas percuma di bandar-bandar utama.

Merujuk kepada manifesto mesra rakyat DAP yang menawarkan perkhidmatan bas percuma di setiap bandar besar Sarawak, iaitu, Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata tidak mustahil perkara itu untuk dilaksanakan.

"Bajet adalah lebih kurang RM500 juta untuk melaksanakan projek Perkhidmatan Bas Percuma. Angka berkenaan adalah dalam kemampuan kerajaan negeri (Sarawak), di mana kerajaan negeri telah mengutip keuntungan lebih kurang RM6 bilion setahun.

"Malah, rizab Sarawak adalah sebanyak RM27 bilion. Dengan pendapatan sebegitu tinggi, maka, kerajaan negeri Sarawak sebenarnya berkeupayaan untuk melaksanakan projek berkenaan," katanya kepada Roketkini.com.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pemangku Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang mendakwa manifesto yang ditawarkan DAP itu kononnya mempunyai kelemahan dan bakal memperdaya rakyat negeri berkenaan.

Malah, Adenan yang tidak diberikan maklumat yang tepat oleh para penasihat politiknya telah cuba tunjuk pandai dengan mendesak kerajaan Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang supaya melaksanakan perkhidmatan bas percuma terlebih dahulu.

Kenyataan itu memalukan dirinya sendiri kerana Selangor dan Pulau Pinang telah pun melaksanakan perkhidmatan itu dan kini dalam usaha meluaskan lagi kawasan khidmat bas percuma tersebut.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan perkhidmatan bas percuma manaka di Selangor, perkhidmatan seumpama itu telah dilaksanakan sejak Mei 2014 dan dijangka akan meliputi keseluruhan kawasan di negeri berkenaan menjelang Julai tahun ini.

Sehubungan itu, Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan calon Kota Sentosa yang akan mempertahankan kerusi DUN itu, menyifatkan kenyataan Adenan sebagai mengarut.

Malah beliau turut menekankan bahawa perkhidmatan bas percuma yang ditawarkan melalui manifesto DAP Sarawak itu adalah lebih baik dan menarik kerana ia meliputi keseluruhan bandar besar di Sarawak. – Roketkini.com

BN main emosi, rakyat Sarawak terus terpinggir

Posted: 28 Apr 2016 02:59 AM PDT

lip eng muruma

 Oleh Lim Lip Eng


Saya baru sahaja pulang dari Murum, kawasan yang sangat terpencil di Sarawak di mana beberapa rumah panjang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. Mereka mengunakan generator untuk bekalan elektrik yang hanya digunakan pada malam hari dan bergantung kepada air hujan dan air sungai.

Pun begitu, saya masih dapat menggunakan internet 4G di beberapa kawasan di Murum. Justeru saya terkejut juga membaca laporan yang menunjukkan bahawa Tan Sri Adenan Satem tidak tahu bahawa negeri Pulau Pinang dan Selangor menyediakan perkhidmatan bas percuma sejak bertahun lamanya.

Daripada laporan berita yang tersebar luas itu, saya hanya dapat menyimpulkan bahawa Adenan sama ada benar-benar tidak membaca atau beliau memilih untuk tidak membaca atau sengaja berlagak bodoh.

Takkanlah Adenan tidak tahu yang kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang tidak dikuasai Barisan Nasional telah lama turut menyediakan khidmat air percuma, serta memberi bantuan kewangan tunai kepada pelbagai kategori yang memerlukan?

Kedangkalan Adenan Satem menjelaskan kenapa beliau turut dengan bangganya memberitahu rakyat Sarawak bahawa skandal kewangan 1MDB langsung tidak ada kena mengena dengan mereka.

Saya justeru mencabar Adenan dan calon-calon BN di Sarawak untuk berjanji kepada pengundi bahawa mereka akan bebas daripada membayar cukai pendapatan dan lebih penting lagi bebas daripada cukai GST kepada kerajaan pimpinan Umno di Putrajaya sekiranya mereka menang.

Bukankah cukai-cukai ini dikutip kerajaan persekutuan dan tidak melibatkan pendapatan negeri Sarawak. Janjikan juga bahawa rakyat Sarawak tidak akan dibebani nanti apabila 1MDB gagal membayar hutang-hutangnya. -Roketkini.com

*Penulis merupakan Ahli Parlimen Segambut


Sekolah tak siap di Tasik Biru, satu lagi mangsa janji politik BN

Posted: 28 Apr 2016 02:54 AM PDT

Mordi Bimol Sekolah

Roketkini.com  


BAU: Janji yang ditaburi Barisan Nasional Sarawak berkaitan pembangunan pendidikan di negeri itu setiap kali pilihanraya negeri berlangsung hanyalah manifesto kosong dan merugikan, malah lemah dari segi pelaksanaannya.

Calon DAP bagi Kerusi DUN N.02 Tasik Biru, Mordi Bimol, berkata kegagalan manifesto BN itu adalah akibat daripada projek sekolah di Kampung Apar dekat sini yang dijanjikan BN negeri sejak tahun 2011 terbengkalai sehingga kini.

Beliau yang membuat tinjauan bersama-sama Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto di tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Singai pada awal pagi ini mendapati projek berkenaan telah dilanjutkan untuk dua tahun lagi.

Katanya, ia ekoran aduan penduduk tempatan yang melihat ada kontraktor-kontraktor keluar masuk tapak sejak kebelakangan ini, seolah-olah taktik pilihanraya untuk menipu rakyat.

"Apa yang telah saya kenal pasti dari lawatan hari ini adalah sebuah syarikat kontraktor baru dari Kuching baru sahaja mengambil alih tapak projek pembinaan SMK Singai ini pada empat hari yang lepas, iaitu 25 April 2016 dari Jabatan Kerja Raya bersamaan dengan hari penamaan calon yang lalu.

"Saya dimaklumkan jangkaan tarikh siap baru adalah dua tahun dari sekarang. Ini bermakna tempoh lanjutan projek SMK Singai akan melebihi tiga tahun.

"Untuk sebuah sekolah menengah baru, rakyat Tasik Biru terpaksa menunggu tujuh tahun sebelum projek boleh siap dibina," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat daripada kelewatan pembinaan sekolah berkenaan, menurut Mordi, penduduk tempatan terpaksa menghantar anak mereka di sekolah-sekolah yang sudah sedia ada padat dan tidak lagi dapat menampung bilangan pelajar yang kian meningkat.

Sekolah-sekolah berkenaan ialah, SMK Paku, SMK Lake dan SMK Bau yang terletak di daerah Bau.
"Apakah menteri-menteri BN Sarawak sanggup menghantar anak-anak mereka untuk belajar di SMK Paku, SMK Lake dan SMK Bau?

"Apakah yang telah berlaku ke atas peruntukan RM45 juta dari Jabatan Perdana Menteri untuk membina SMK Singai?  Berapakah yang telah dibayar kepada kontraktor sebelum ini yang telah gagal melaksanakan projek?" soalnya.

Beliau menyeru pengundi Tasik Biru untuk mempertimbangkan betul-betul kuasa undi dalam tangan kali ini.

"Undilah saya untuk perubahan. Jika DAP menang di Tasik Biru, sejarah akan tercipta. Saya akan memastikan suara rakyat Tasik Biru diambil berat oleh pihak berkuasa, dan projek pembinaan SMK Singai dapat dipersiapkan secepat mungkin," katanya. – Roketkini.com  


RM14,000 JUTA HILANG, CUKUPKAH DENGAN MENGATAKAN IA MASALAH DALAMAN? LAPOR POLIS TIDAK, SAMAN JUGA TIDAK?

Posted: 27 Apr 2016 09:43 PM PDT

shahbudindotcom


 
 
Jika ada anugerah, pasti 1MDB layak menerima penghormatan sebagai syarikat paling budiman di dunia ketika ini berikutan sikapnya yang dianggap paling lunak walaupun sudah disahkan wangnya berjumlah RM14,000 juta hilang entah ke mana.

Kalau orang lain, jangankan RM14,000 juta, malah hilang RM14 pun bisingnya boleh riuh sekeliling kampung.

Dalam laporannya kepada Bursa Saham London sebelum ini, IPIC telah mengesahkan bahawa Aabar Investment PJS Ltd (didaftarkan di British Virgin Island) yang menerima wang RM14,000 juta atau AS$3.51 bilion daripada 1MDB sebagai jaminan bon tidak ada kena mengena dengannya, walaupun namanya hampir sama dengan syarikat milik mereka yang sebenar iaitu Aabar Investmet PJS yang didaftarkan di Abu Dhabi.

Berikutan pengakuan IPIC itu, Arul Kanda, CEO 1MDB tidak menolak kemungkinan penipuan besar-besaran itu mendapat kerjasama daripada orang dalam 1MDB sendiri.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam pula, Arul Kanda berkata, oleh kerana pihaknya berurusan dengan eksekutif kanan IPIC dan Aabar Investment PJS mengenai wang itu, maka ia adalah isu dalaman untuk diselesaikan oleh firma Abu Dhabi itu.

Hairan bin ajaib, jika benar 1MDB berurusan dengan eksekutif kanan firma Abu Dhabi itu dan mereka pula sudah mengesahkan kepada Bursa Saham London tidak pernah menerima wang tersebut, mengapa tindakan undang-undang tidak dimulakan?

Mengapa hanya mengatakan ia masalah dalaman IPIC dan Aabar Investment PJS sedangkan yang hilang RM14,000 juta adalah 1MDB?

Selain itu, jika benar sepertimana yang dinyatakan Arul bahawa ada penglibatan orang dalam dan ia pula disertakan dengan pengesahan firma Abu Dhabi itu bahawa mereka tidak pernah menerima wang RM14,000 juta tersebut, kenapa 1MDB tidak membuat laporan polis mengenainya?

Dalam hal ini, bukan saja CEO 1MDB yang harus diberikan sanjungan, malah Pengerusi Lembaga Penasihat merangkap Perdana Menteri, Najib Razak yang tandatangannya wajib diturunkan bagi sebarang urusan, wajib diberikan segunung puji-pujian.

Lihatlah, sementara Arul Kanda mengatakan ia hanya sebagai masalah dalaman untuk diselesaikan oleh IPIC dan Aabar Invstment PJS, jauh sekali untuk mengambil tindakan saman atau membuat laporan polis, Najib pula relaks saja seolah-olah tiada apa yang harus dibimbangkan dengan hilangnya wang sebanyak RM14,000 juta itu.

Memang hebat kedua-dua mereka ini!! 

Hanya "manusia-manusia terpilih" saja yang mampu  berkelakuan seperti Najib dan Arul ini.

Atau mereka jadi tak kisah dan relaks kerana  wang itu sebenarnya ialah wang kita semua? 


Tanpa import, JDT tetap benam Ayeyawady lagi

Posted: 27 Apr 2016 09:41 PM PDT

N Faizal Ghazali    




Beraksi di gelanggang lawan, JDT hanya mempertaruhkan barisan pemain tempatan untuk meneruskan rentak kemenangan mereka apabila membenam Ayeyawady FC 2-1 di Yangon, Myanmar petang tadi.

Pada perlawanan kelima kumpulan H Piala AFC itu, anak didik Mario Gomez dilihat tidak mudah untuk menjinakkan pasukan tuan rumah.

Walaupun pada perlawanan pertama Februari lalu JDT membelasah Ayeyawady dengan jaringan 8-1, kali ini mereka ‎tidak berjaya mengulangi prestasi sama.

Mungkin juga dengan merehatkan pemain import, Mario Gomez mahu menguji jentera tempatan selepas mereka mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati‎ pada aksi sebelum ini.

Tampil lebih defensif, persembahan skuad Harimau Selatan tidak ‎terlalu agresif dan lebih berhati-hati mengatur gerakan mereka.

Malah Ayeyawady dilihat lebih mendominasi permainan dan serangan berbanding pasukan pelawat.
Skuad bimbingan U Kyaw Lwin itu berjaya mendahului kedudukan pada minit ke-27 melalui jaringan Thiha Zaw.

Bagaimanapun, JDT cepat mengatur gerakan balas yang menghasilkan gol menyamaan melalui Amirul Hadi Zainal empat minit kemudian untuk keputusan 1-1 separuh amsa pertama.

Sementara itu, separuh masa kedua bersambung Ayeyawady meneruskan penguasaan bola. Banyak gerakan dan umpanan mereka ke benteng pertahanan JDT, namun gagal diterjemah dengan jaringan.

Beberapa peluang dicipta pasukan tuan rumah berjaya disangkal dengan baik pemain pertahanan JDT dan penjaga gawang, Mohd Izham Tarmizi.

Sebagai juara Piala AFC musim lalu, jentera yang diketuai Amri Yahyah itu juga berjaya mengimbangi lawan serangan balas pantas.

Banyak percubaan antaranya peluang Amirul Hadi pada minit ke-60 dan Junior Eldstar (77'), namun gagal membuahkan hasil.

Sehinggalah sepakan percuma Amri menjadi punca sebelum diledak Safee yang menyudakan rembatan bola muntah Eldstar untuk gol kemenangan mereka di minit ke-87.

Keputusan itu menyaksikan JDT terus gah di tangga teratas kumpulan H dengan kutipan 15 mata dan berbaki satu lagi perlawanan bertemu Bengaluru FC 11 Mei depan.


Pas gelar Najib menteri kewangan Malaysia ‘terhebat’

Posted: 27 Apr 2016 09:37 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Wajar lagikah menteri kewangan dibayar gajiWajar lagikah menteri kewangan dibayar gaji
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap sikap bisu dan kaku menteri kewangan Malaysia berhadapan skandal-skandal kewangan paling kronik sekarang mewajarkan beliau dinobatkan sebagai 'terhebat' dan bertanya apakah perlu rakyat terus membayar gaji kepada menteri kewangan seperti itu.

"1MDB diisytiharkan ingkar selepas gagal membayar faedah AS$50.3 juta untuk bon berbilion-bilion dolar yang dijamin oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) namun tiada sebarang komen daripada menteri kewangan Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah akhbar Singapura pula katanya melaporkan bahawa Presiden and Ketua Eksekutif 1MDB Arul Kanda telah memaklumkan kepada perdana menteri bahawa kerajaan terdedah kepada hutang lebih AS$6.481 bilion" kepada Abu Dhabi, menteri kewangan Malaysia membisu.

Menteri kewangan juga katanya terus membisu tentang apakah impak keingkaran ini kepada negara,
hutang-hutang negara yang lain dan juga nilai Ringgit dalam jangka panjang dan pendek.

Menurut beliau, Arul sebelum ini berkata perjanjian penyelesaian hutang 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) akan melihat pengurangan hutang syarikat sehingga RM16 bilion.

"Apakah persengketaan antara 1MDB dan IPIC telah menggagalkan pelan rasionalisi yang dipelopori Arul?, soal beliau.

Menteri Kewangan juga katanya tidak ambil pusing tentang soal-soal berapakah hutang 1MDB setelah IPIC tidak mahu meneruskan perjanjian itu? Siapakah dan apakah harta 1MDB (apakah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange) tanah emas milik negara akan dicairkan untuk membayar hutang 1MDB? Siapa yang akan bertanggungjawab?

Najib katanya sibuk mengwar-warkan "kejayaan" Program Transformasi Negara (NTP) yang kesannya tidak dapat dirasai rakyat selain kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Ini bukti Malaysia mempunyai menteri kewangan yang "terhebat.", sudah sampai masanya rakyat bertanya apakah perlu rakyat terus membayar gaji kepada menteri kewangan "terhebat" ini?, soalnya.

PAC katanya, perlu memanggil semula Arul bagi mengetahui pelbagai hutang 1MDB yang masih gagal didedahkan.

"Berapakah jumlah sebenar hutang 1MDB?

"Kepada saudara Arul, dedahkanlah semua sebelum terlambat. Ini adalah jasa terbesar saudara kepada rakyat Malaysia," katanya.

'Imam Mahdi' palsu dipenjara 2 tahun, denda RM4,900

Posted: 27 Apr 2016 09:33 PM PDT

MALAYSIAKINI




Seorang lelaki dihukum penjara 24 bulan dan didenda RM4,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas mengaku bersalah membuat dakwaan palsu dengan mengisytiharkan diri sendiri sebagai Imam Mahdi.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain menjatuhkan hukuman itu terhadap Mat Alimin Abdullah, 36, mengikut Seksyen 6 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Mahkamah turut memerintahkan Mat Alimin dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohd Amran berkata pegangan akidah merupakan satu daripada perkara dalam teras keimanan umat Islam dan tidak boleh dicampur aduk dengan perkara-perkara lain yang membolehkan timbul keraguan dalam seseorang individu.

"Mahkamah berpuas hati dengan rayuan yang dikemukakan oleh tertuduh untuk tujuan meringankan hukuman dan hujahan pendakwaan untuk pemberatan hukuman.

Sehubungan dengan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,900 dan penjara 24 bulan," kata hakim.

Mat Alimin didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan melafazkan "Sekiranya saya benar, siapa yang mempermainkan saya, mendustai saya, saya serah kepada Allah, sebab orang yang bercakap pada hari ini Muhammad Al-Mahdi utusan Allah.

"Sekiranya benar saya utusan Allah siapa yang mempermainkan saya akan dilaknat oleh Allah. Ini janji Nabi Muhammad akhir zaman nanti akan keluar umatku namanya seperti namaku, berasal dari keturunanku, nama bapanya seperti nama bapaku dan keluar dari arah Timur."

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam bilik mesyuarat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Tingkat 10, Menara Pusat Islam, Jalan Perdana, antara pukul 3 petang hingga 3.30 petang, semalam (26 April).

Terdahulu dalam rayuannya, Mat Alimin yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah agar hanya mengenakan hukuman denda yang ringan kerana perlu menanggung dua anaknya yang masih bersekolah dan kini hanya bekerja sendiri.

Ketika hakim bertanya mengenai latar belakang, sejarah kesihatan dan tahap pendidikan, tertuduh berkata dia berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak pernah mendapat rawatan psikiatri dari mana-mana pusat perubatan.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Zainol Rashid Hasin, berhujah tertuduh dalam keadaan kesihatan yang baik dan waras ketika melakukan kesalahan dan wajar mendapat hukuman berbentuk pemenjaraan.- Bernama


Bkt Merah, Timah Tasoh sebagai kawasan bencana hari ini

Posted: 27 Apr 2016 09:30 PM PDT

MALAYSIAKINI




Keputusan sama ada Bukit Merah di Bagan Serai dan Timah Tasoh di Perlis diisytihar sebagai kawasan bencana disebabkan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino sekarang akan diumum hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ketetapan berhubung perkara itu akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Kabinet Mengenai Bencana yang ditubuhkan semalam.

Katanya, penubuhan jawatankuasa ini diumum semasa mesyuarat kabinet semalam bertujuan memantau semua kejadian bencana dalam negara termasuk kemarau.

"Sebarang laporan dan cadangan mengenai situasi di kedua-dua kawasan akan dikemukakan kepada jawatankuasa sebelum sebarang keputusan diambil," katanya kepada pemberita selepas meninjau Empangan Tasik Bukit Merah semalam.

Menurut Shahidan jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menjelas lanjut mengenai keadaan di Bukit Merah, Shahidan berkata antara cadangan yang akan diusulkan semasa mesyuarat tersebut adalah pembinaan empangan kedua di Lembah Beriah selain membina telaga tiub untuk tujuan pertanian.

Cadangan lain yang juga akan diperhalusi termasuk membina terowong dari Sungai Perak ke empangan serta mendalamkan Tasik Bukit Merah, katanya.

Dalam pada itu Shahidan meminta setiap kerajaan negeri mengambil berat tentang kawasan tadahan hujan dengan tidak lagi membenarkan sebarang aktiviti pertanian di sekitarnya.

Sementara itu, kata Shahidan, kerajaan telah meluluskan pembinaan tiga telaga tiub di Empangan Timah Tasoh supaya air dapat dibekalkan berterusan kepada penduduk Perlis walaupun pada musim kemarau.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat pemantauan udara kawasan Empangan Timah Tasoh semalam, beliau berkata, timbalan perdana menteri merangkap pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) meluluskan sendiri projek tersebut.

Katanya projek itu bernilai RM600,000 atau RM200,000 satu telaga akan dibina di Sungai Jarum dan Sungai Pelarit manakala satu lagi tempat akan dikenalpasti dalam masa terdekat.

Kedudukan telaga tiub yang akan dibina itu kira-kira satu kilometer dari kawasan tadahan Empangan Timah Tasoh, katanya.

Beliau berkata telaga tiub yang berdiameter lapan inci itu akan dibina sedalam 100 meter dan berupaya menyedut air bawah tanah untuk disalurkan ke dalam sungai dan seterusnya ke empangan.

Shahidan yang juga timbalan pengerusi Nadma berkata Nadma akan bermesyuarat esok untuk menilai dan mempertimbangkan cadangan dan permohonan oleh daerah dan negeri berhubung fenomena El-Nino.

Bagi perancangan jangka pendek, operasi pembenihan awan (OPA) masih relevan dan akan diteruskan di kawasan-kawasan yang tidak menerima hujan sejak dibuat pada 18 April lepas, katanya.

Sementara itu, sehingga semalam, paras air Empangan Timah Tasoh tidak berubah dan kekal seperti kelmarin iaitu 26.17 meter walaupun hujan turun di beberapa tempat di negeri ini sejak kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail berkata pembenihan awan dilakukan di seluruh negara sejak 12 April lalu.

"Pada setiap kali pembenihan awan dilakukan ia mengambil masa antara satu hingga dua jam dan bila dilakukan di seluruh negara ia menelan kos kira-kira RM100,000," katanya.

Che Gayah berkata El Nino yang melanda sekarang adalah yang paling teruk pernah melanda negara sejak 1997/1998.- Bernama


Pengakuan Arul Kanda: KPN, SPRM, Peguam Negara, Menteri Kabinet tolong jawab

Posted: 27 Apr 2016 09:24 PM PDT

DALIA ISMAIL


Khairuddin Abu HassanKhairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendesak supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Peguam Negara dan menteri kabinet menjawab pengakuan Arul Kanda Kandasamy mengenai berlakunya unsur penipuan dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata dengan perkembangan terkini yang mana Arul Kanda selaku Presiden /Pengarah Eksekutif 1MDB yang dulunya buat pelbagai penafian salah laku 1MDB telah mengaku ujudnya unsur-unsur penipuan di dalam urus-tadbir syarikat bermasalah tersebut.

"Jadi kini saya nak tanya ketua polis negara, peguam negara, sprm serta semua' kaki-kaki bodek' dan menteri-menteri bangang Umno, apa macam?

"Selama ini siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong dalam kes skandal kewangan yang terbesar di negara kita sudah muncul secara amat jelas.

" Apa macam... Salleh Tun Said Kruak, Azlina Othman Said, Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Tengku Adnan Mansor, Nazri aziz, Mustapha Mohamad, Annuar Musa, Shabery chik, Puad Zarkashi, Shahril Samad, Rahim Tamby Chik, Ketua Pemuda Umno Bahagian Batu Kawan dan beberapa lagi 'kaki bodek' pemimpin-pemimpin di dalam Umno.

"Apa yang saya perjuangkan selama ini adalah untuk selamatkan wang kerajaan serta duit rakyat dari diselewengkan. Saya lah yang nak selamatkan ekonomi negara bukan untuk sabotajnya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Justeru katanya lagi, Najib selaku perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat lembaga penasihat syarikat 1MDB mesti bertanggungjawab dalam kes penyelewengan yang berlaku.

Walaupun apa juga alasan yang  Arul Kanda beri ujarnya, perlu bertanggungjawab .

"Arul Kanda  selama ini telah menipu seluruh rakyat. Mereka yang mengkhianati amanah rakyat mesti diambil tindakan undang-undang tanpa belas kasihan." ujarnya.

Khairudin berkata dengan  pengakuan daripada Arul Kanda selaku Ketua Eksekutif 1MDB telah membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkannya terhadap 1MDB sebelum ini, adalah betul sehingga beliau didakwa di bawah Akta Sosma pada 2014 lalu.

"Saya telah ditangkap oleh pihak polis dan didakwa di bawah Akta Sosma dan ditahan di lokap Ibu pejabat polis Dang Wangi selama 24 hari seterusnya di penjara Sungai Buloh selama lima minggu.

"Ketua polis negara kata saya ditangkap kerana cuba sabotaj ekonomi negara. Manusia kerdil macam saya pada hakikatnya mampukah nak sabotaj ekonomi negara?

" Orang yang buat laporan polis ditangkap tetapi kalangan yang dilaporkan serta disyaki terlibat dengan unsur-unsur jenayah tidak disiasat," ujarnya.

Menurut beliau laporan polis yang pernah dibuatnya mengenai 1MBD dua tahun lalu masih lagi tidak mendapat sebarang hasil siasatan dilakukan.

"PDRM dan pejabat peguam negara telah mendakwa saya di bawah akta Sosma sehingga kini pihak pejabat peguam negara masih merayu di mahkamah untuk mengenepikan keputusan mahkamah tinggi yang telah membebaskan saya dari akta itu.

"Kes masih lagi berjalan sehingga hari ini." ujarnya.

Tidak berdendam

Dalam apa jua keadaan sekalipun yang berlaku Khairuddin berkata, beliau tidak menyimpan dendan terhadap kerajaan masa kini.

"Walaupun kerajaan masa kini telah menganiayai saya selama ini saya tidak pernah berdendam malahan amat bersyukur pada Allah swt yang sedang menunjukkan kebenaran

" Satu demi satu telah terbuka dan kebenaran mutlak akan muncul dalam sedikit masa lagi!! Insya-Allah.

"Walaupun terpaksa merintis pelbagai dugaan serta cabaran yang paling hebat dalam sejarah hidup saya; perjuangan ini akan tetap diteruskan sehingga semua pihak yang terlibat dalam kes skandal 1MDB dan mana-mana penjawat awam yang berkonspirasi untuk melindungi kes penyelewengan kewangan yang terbesar di negara kita ini semuanya ditangkap ataupun tertangkap.

"Sudah sampai masanya keseluruhan rakyat bangun secara sepadu untuk lawan rasuah di negara kita. Rasuah bakal rosakkan keselurahan bangsa, agama dan tanahair kita yang tercinta ini.

"Sebab itulah keseluruhan 30 juta rakyat malaysia kena sokong Deklarasi Rakyat yang ditunjang Dr Mahathir dengan semua pemimpin-pemimpin lain dari pelbagai parti-parti politik, ngo-ngo serta gerakan anak muda kearah untuk Selamatkan Malaysia," ujar Ahli Jawantan kuasa Sekretariat/Koordinator Pusat Selamatkan Malaysia.

Arul Kanda dakwa media salah lapor

Arul Kanda KandasamyArul Kanda KandasamyDalam satu kenyataan baru-baru ini Arul Kanda mendakwa akan kegagalan 1MDB membayar US 1 billion (RM 3.9 billion) kepada IPIC (International Petroleum Investment Company – Abu Dhabi), syarikat yang menjamin hutang 1MDB.

Mengikut IPIC syarikat bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands) yang menerima bayaran dari 1MDB bukanlah miliknya walaupun IPIC mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd.

Sebaliknya Arul Kanda semalam menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Arul Kanda dipetik berkata, 1MDB tidak pernah 'mengaku berlaku penipuan' sepertimana yang didakwa oleh pelbagai personaliti dan seterusnya disalah lapor oleh media tertentu.

"Apa yang saya katakan ialah, berikutan kandungan kenyataan Pejabat Peguam Negara Switzerland pada 12 April 2016, 1MDB kini terbuka kepada kemungkinan penipuan, itu tidak boleh diketepikan," katanya dalam satu kenyataan lapor Bernama.

Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya juga berkata penipuan yang dilapor oleh media cetak dan elektronik sebelum ini di seluruh dunia diakui benar oleh Arul Kanda. Arul Kanda walaupun akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar ditegak selepas pengakuan olehnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengeluarkan kenyataan yang sama di mana beliau mendesak Arul Kanda menceritakan perkara sebenar susulan daripada kenyataanya sebelum meletakkan jawatan.

Dilaporkan, Arul Kanda akan meletakkan jawatannya di dalam 1MDB selepas segala urusannya di dalam syarikat kontroversi itu selesai.

Matlamat parti punca pertindihan kerusi pembangkang di Sarawak - Penganalisis

Posted: 27 Apr 2016 09:15 PM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
BANGI: PKR dan DAP terpaksa melupakan perjanjian yang pernah ditandatangani pada 7 April lalu mengenai pembahagian enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
 
Menurut penganalisis politik Prof Madya Dr Salawati Mat Basir, perjanjian tersebut diabaikan ekoran kedua-dua parti itu terlalu yakin dengan calon pilihan masing-masing. 
 
"DAP dan PKR merasakan calon mereka bagus untuk diketengahkan tanpa menyebut PAS dan lain-lain jadi pada saya ini menunjukkan bahawa akhirmnya mereka lebih kepada matlamat parti tidak kepada apa yang dijanjikan sebelum ini.
 
"Masing-masing merasakan bahawa mereka ada potensi untuk menang di kawasan-kawasan tertentu di negeri Sarawak.
 
"Oleh itu perjanjian itu terpaksa dilupakan untuk memastikan bahawa calon masing-masing yang berpotensi perlu dikemukakan di kawasan komersil.
 
"Jadi apabila perkara ini terjadi bermakna tidak berbalik kepada perjanjian asal yang kononnya nanti ingin bertemu hanya satu lawan satu," katanya ketika ditemui Antarapos hari ini.
 
Sebelum ini, menerusi perjanjian bertulis berhubung pengagihan kerusi yang ditandatangani antara PKR dan DAP pada 7 April lepas, kerusi Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga telah diperuntukkan kepada PKR.
 
Sementara kerusi Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum akan ditandingi DAP.
 
Bagaimanapun, PKR dilihat 'mencabuli' persetujuan pembahagian kerusi itu dengan bertanding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.
 
DAP pula membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang.
 
Ujar Salawati lagi, kedua-dua parti ini mempunyai ego masing-masing, lebih-lebih lagi DAP yang merasakan mereka mempunyai sokongan pengundi yang kuat terutamanya kaum Cina.
 
"Kita boleh lihat DAP agak berani membuli parti-parti lain di dalam Pakatan harapan kerana kuasa sokongan. Kita tahu bahawa majoriti orang Cina akan tetap kepada DAP tidak kira walaupun langit berubah warna DAP tetap menjadi pilihan.
 
"Pada saya benda ini membuatkan DAP merasakan pengaruh mereka sudah melebar jadi apabila melihat pengaruh sudah melebar kemudian dilihat sebagai parti yang sangat progresif ketika ini jadi DAP merasakan kuasa mereka kuat," ujarnya.
 
 

Tiada ulasan: