"BERANI KERANA BENAR!" |
10 Makanan Yang Baik Untuk Jantung Posted: 03 Apr 2016 06:12 PM PDT Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat 1.Makanan Ber oat Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri. 2.Salmon Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus."Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat," menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com. 3.Avocado Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh. 4.Minyak zaitun Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega. 5.Kekacang Kacang-kacang seperti walnut dan almond . 6.Berries Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser. 7.Kacang peas Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam. 8.Bayam Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat. 9.Biji rami (linseed) Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal. 10.Kacang Soya Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak. Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita. |
You are subscribed to email updates from BERANI KERANA BENAR. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan