Isnin, 4 April 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tuan Man kena belasah kerana bongkak dan sombong

Posted: 03 Apr 2016 09:30 PM PDT


  Ramai yang menempelak kenyataan sombong dan angkuh Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa kehadiran di himpunan anti-GST pada 2 April lalu itu gagal kerana kononnya Pas tidak menyertainya.

 "Tanpa PAS himpunan akan gagal; ini adalah bukti kekuatan Pas," dakwa Tuan Ibrahim.
 Walauta terlalu terdesak hingga sanggup memfitnah guna gambar atas ini!
 Ketika PH buat demo Anti GT di Dataran Merdeka KL, puak yang ngaku kuat ni buat demo untuk menuntut harga getah naik di Sik, Kedah.

 Ajak para penoreh yang memang dah susah melarat kerana harga getah jatuh, Pas boleh tergamak menyediakan beberapa tong untuk mengutip derma dari mereka ini?

 Adakah untuk bayar hutang RM2 juta akhbar Harakah ker? Kata ahli ko ramai, paksa diaorang beli Harakah, tapi jualan tak juga mencanak!

 Benarkah Pas kuat seperti mana kata Tuan Ibrahim? Ikuti beberapa reaksi fesbuker :
Abdul Rahman Abdul Talib :
 Ustaz Tuan Ibrahim kata dalam Freemalaysiatoday Perhimpunan GST gagal sebab PAS tidak terlibat.
 Ustaz Tuan Ibrahim ceramah di kawasan Jengka tempohari pun tak sampai 10 orang datang.
Camana Tuan Ibrahim boleh kata PAS boleh ramaikan kedatangan?
 Jengka tu kawasan Tuan Ibrahim sampai pernah menang DUN Jengka tahun 1999. 
Ipoh Mali :Kata Tuan Ibrahim merangkap penasihat Tok Usin.. Demo Anti GST tak ramai sebab takda PAS... Mmmm.. kenapa tak bandingkan Himpunan BERSIH 4.0, Demo BERSIH 4.0 pun PAS tak terlibat, siap larang lagi ahli terlibat.. tapi Himpunan BERSIH 4.0 jauh lebih besar dari himpunan PAS.. Sekurang2 semalam depa tak angkut orang naik Bas,kerah kawasan dan cawangan mcm PAS.. ceramah Tuan Ibrahim kat tempat sendiri pun takda org.. jgn lah tunjuk standard dan IQ tuan Ibrahim mcm Tok usin.. nanti orang tahu, sapa taja Tok usin.. 
Pas tergamak ajak penoreh getah yg dah susah
melarat  berdemo, sambil kutip derma dari mereka?
Keris Mas Sejati :Khabarnya ni dilihat di demo pas bersama penoreh getah. Sambil tu tadah kotak derma pelbagai saiz. Pemimpin depa senyum pulas stering velfire & jip rm300k balik umah. * baik sedekah kat rumah anak2 yatim drp layan puak yg tunjuk imej seolah islam ajar meminta minta setiap masa - KMS

Ketika PH buat demo Anti GT di Dataran Merdeka KL, puak yang ngaku kuat ni buat demo untuk menuntut harga getah naik di Sik, Kedah. 
 Mozaid Azli Sukri : Demo penoreh getah pn sia2.....lgi banyak ngabis kn duit penoreh lgi ade lah....mgkn hadi ade bg sorg sekampit dedak bwk blek rumah.....ekekeke....
Jay Suhaimi : Dia org Ni Benggang, ahli ada 990,000..jual harakah 100,000 pon x laku...tu yg merapu memanjang...

 Usin Teleng added 2 new photos : Tak ramai hadir himpunan GST, membuktikan Pas kuat. Bukti Pas kuat adalah program2 Pas dihadiri ribuan jin dan pari2.....kahkahkahhh


Abdul Rahman Abdul Talib : Hairan. Pas buat demo penoreh di sebelah siang. Yg dtg demo tu agak ramai. Waktu malam buat ceramah.Tapi yg dtg ceramah amat mengecewakan. Nampak sgt yg dtg demo tu sbb faktor NGO yg jadi penganjur.Bukan sebab PAS.
Tok Usin UG Ceroi :Olamak tok kata, demo bantah GST kali ni kurang mengikut kata TV3 adalah membuktikan parti tok kuat. Tok tanya kat olamak tok tu, waktu BERSIH4 dulu, ramai yg berhimpun walaupun dibuat dua hari, apakah ertinya parti mereka kuat? 
 Olamak tok kata, walaupun mereka ramai itu membawa erti parti kita kuat juga.... Dalam hati tok, " Issyy...kuat sokmo....bila masa lemahnya? Harakah tak juga laku2....".  
Hanipa Maidin : Pas kata himpunan anti GST smlm x ramai sebab Pas tak join.Rasa dah biasa Pas x join..sblm ni bila pmbngkg tolak Bajet Najib ,Pas pun x join  
Yaziz Mohd Yusoff  : ‏Oii..Bongkaknya. Pas tak yah join la. Kita org tak gi demo tapi tetap anti GST & anti Pas. Tunggu PRU ye.. 
Emer :  angkuh pemimpin 'parti Islam'. X terkejut mrk x hadir sbb dr awal mrk setuju GST, buktinya mrk x tolak Belanjawan 2016
Walau apa pun kita sama-samalah tunggu dan lihat - PAS akan adakan Demo di Dataran Merdeka Sabtu depan bantah DLP/PPSMI...  Kerahan dah dibuat ke seluruh cawangan dan kawasan...Tong-tong derma jihad pun dah siap ditempah....

Khalid Samad anggap `Himpunan Bantah GST’ berjaya

Posted: 03 Apr 2016 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad menangkis dakwaan bahawa 'Himpunan Bantah GST' yang diadakan di ibu negara semalam gagal kerana tidak dapat mengerah rakyat turun ke jalan raya.

Katanya, himpunan yang diadakan itu dianggap berjaya kerana mampu mengumpul seramai 10,000 peserta.

"Saya rasa program semalam membuktikan bahawa dakwaan kita tidak mampu kerahkan rakyat ke jalan raya adalah salah.

"Kita lihat kemuncaknya memang penuh di jalan raya dan kawasan di Dataran Merdeka.

"Saya tidak mengetahui anggaran, tetapi bagi saya lebih daripada 10,000 peserta dari awal hingga akhir himpunan itu," katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di Jalan Ipoh, di sini.

Dalam pada itu, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu turut berpuas hati dengan kehadiran peserta dalam perhimpunan itu.

Katanya, walaupun hanya merancang dalam waktu yang singkat, namun, masih ramai peserta yang menyertai himpunan itu yang terdiri daripada pelbagai kaum.


"Kehadiran mencapai target (sasaran) dan kehadiran agak baik daripada semua kaum. Saya berpuas hati dengan kehadiran semalam.

"Kami agak memang sebanyak itu sahaja kerana kami tidak buat satu himpunan macam sebesar Bersih. Himpunan ini hanya gerakan dalam masa yang singkat," katanya.

 Ribuan peserta dilaporkan menyertai Himpunan Bantah GST yang diadakan di hadapan Kompleks Belia Belah Sogo, semalam.

Himpunan tersebut diadakan setelah genap setahun kerajaan mengenakan GST terhadap barangan dan perkhidmatan di negara ini.

AMANAH melancarkan akhbar rasmi parti itu kelmarin
Sementara itu, dalam sidang media hari ini juga AMANAH melancarkan akhbar Tabloid parti itu yang pertama.

Katanya, akhbar tersebut akan diterbitkan dan berada dipasaran dua minggu sekali bagi memberikan maklumat terkini mengenai parti berkenaan.

Tiada ulasan: