WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- MAHATHIR CABAR NAJIB: BUKTIKAN DANA RM2.6 BILION BUKAN DARI 1MDB
- MKN 2015: KUASA AGONG DIKETEPIKAN, MENUJU NEGARA POLIS
- NAJIB KETAKUTAN, CUBA ELAK DEMONSTRASI DI HIMPUNAN AGUNG UMNO?
- BERTEMU KELUARGA KIRAM: ‘ANWAR DIPENJARA, ANAKNYA DIDERA’
MAHATHIR CABAR NAJIB: BUKTIKAN DANA RM2.6 BILION BUKAN DARI 1MDB Posted: 03 Dec 2015 08:28 PM PST Mahathir cabar Najib: Buktikan dana RM2.6 bilion bukan dari 1MDBTun Dr Mahathir Mohamad menuntut bukti bahawa RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukannya datang daripada dana 1MDB. "Awak kata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sahkan bahawa RM2.6 bilion bukannya dari 1MDB. "Jabatan kerajaan dan kakitangan awam kini tertekan. Mereka boleh dipecat atau dipindahkan. Seorang DPP (timbalan pendakwa raya) dibuang kerja. "Orang ramai yang membuat laporan ditangkap. Peguam mereka juga ditangkap. Orang yang terancam tidak boleh dipercayai apabila mereka membuat kenyataan," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini. Oleh itu, Dr Mahathir berkata, kenyataan pegawai SPRM berkenaan tidak dapat diterima. "Kita mahu bukti. Kita mahu tahu bagaimana RM2.6 bilion di akaun PM bukannya dari 1MDB. "Kita mahu tahu di mana semua RM42 bilion (hutang 1MDB) berada. Penjelasan awak adalah tanpa bukti," katanya. Najib dan penyokongnya sebelum ini berkata, dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaunnya pilihan raya umum lalu adalah sumbangan politik dari sumber di Timur Tengah. Mahathir berkata demikian ketika mengulas penjelasan oleh 1MDB yang jelas gagal meyakinkan bekas perdana menteri itu. "Terima kasih kerana menjelaskan mengenai isu-isu yang dibangkitkan. Memandangkan anda terlepas banyak perkara dalam kenyataan awal, saya terpaksa membuat andaian tertentu dan meminta penjelasan. "Sekarang, sila jelaskan mengapa anda masih mengelirukan pembaca di blog saya dan orang lain," katanya. |
MKN 2015: KUASA AGONG DIKETEPIKAN, MENUJU NEGARA POLIS Posted: 03 Dec 2015 08:22 PM PST MKN 2015: Kuasa Agong diketepikan, menuju negara polisULASAN: Rang Undang Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN)2015 merupakan satu akta yang belakangkan hak asasi manusia dan memberi kuasa mutlak kepada seorang individu iaitu Perdana Menteri sebagai Pengerusi MKN. RUU MKN 2015 jelas bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan di mana: 1). Kuasa Yang Di Pertuan Agung diketepikan, 2). Hak Negeri di bawah Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan dicabuli dan 3). Hak individu untuk kesamarataan di sisi undang-undang dinafikan. Kuasa Mutlak kepada Perdana Menteri Komposisi MKN terdiri daripada 8 Orang iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, Menteri Kommunikasi/Multimedia, Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara. Tempat dan Masa untuk Mesyuarat MKN hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi MKN. Kuorum Mesyuarat MKN adalah 5 dan ini bermakna 4 ahli-ahli Kabinet (yang kebetulan lantikan Perdana Menteri) dalam MKN, dengan kehadiran Perdana Menteri cukup untuk membuat segala keputusan MKN. Kuasa Yang Di Pertuan Agong diketepikan Majlis juga diberi kuasa untuk memberi nasihat mengenai perisytiharan kawasan keselamatan dan seterusnya menjalani langkah-langkah yang kebetulan langkah-langkah darurat dengan menggantung hak asasi rakyat yang diperuntukan di bawah perlembagaan. Langkah-langkah itu termasuk (a) untuk mengawal dan menyelaras Entiti Kerajaan dalam operasi yang berkenaan dengan keselamatan negara; dan (b) untuk mengeluarkan arahan kepada mana-mana Entiti Kerajaan dalam perkara yang berkenaan dengan keselamatan negara. Entiti Kerajaan termasuklah (a) mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga atau majlis bagi Kerajaan Persekutuan, atau bagi mana-mana Kerajaan Negeri, yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya; (b) mana-mana pihak berkuasa tempatan; dan (c) Pasukan Keselamatan (a) Polis Diraja Malaysia, Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia dan Polis Bantuan (b) angkatan tentera; (c) angkatan pelawat (d) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Kuasa Keatas Pasukan Keselamatan khususnya Angkatan Tentera bertentang dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 41 dimana jelas menyatakan DYMM Yang Di Pertuan Agung adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Kuasa untuk mengarah Angkatan Tentera tidak sepatutnya terletak pada Perdana Menteri sebagai Pengerusis MKN. Di bawah Rang Undang-undang ini, kuasa yang diberikan kepada MKN untuk istiharkan kawasan keselamatan adalah seperti kuasa pengistiharkan DARURAT. Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hanya DYMM Yang Di Pertuan Agung yang mempunyai kuasa untuk istiharkan "DARURAT". Jelas Kuasa Yang Di Pertuan Agung diketepikan. Hak Negeri di bawah Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan dicabuli Jadual Ke-9 yang mengandungi senarai Perlembagaan Persekutuan menjamin pengkongsian kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kuasa-kuasa Kerajaan Negeri terhadap Perbandanan Kerajaan Tempatan, terhadap hak harta tanah dan khususnya Sabah/Sarawak terhadap Perlabuhan dan Pangkalan telah diberi kepada MKN, tanpa perundingan dan persetujuan Kerajaan-Kerajaan Negeri. Ini tertara apabila kuasa diberi kepada MKN untuk mengarahkan ENTITI Kerajaan termasuk kerajaan NEGERI. Jelas hak negeri keatas Senarai Negeri Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan telah dicabuli. Hak individu untuk kesamarataan di sisi undang-undang dinafikan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan memberi Parlimen untuk meluluskan undang-undang tertentu dan mengecualikan keperluan perlembagaan di bawah Perkara 5 (kebebasan diri) , Perkara 9 (Kebebasan Bergerak), Perkara 10 (Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan berpersatuan) dan Perkara 13 (Hak terhadap harta). Tetapi Perkara 149 perlembagaan Persekutuan tidak beri peruntukan untuk ketepikan Perkara 8 (1) yang menjamin KESAMARATAAN di bawah sisi Undang-undang. Perkara 8 (1) menyatakan : "Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang". Fasa 38 Rang Undang-undang MKN 2015 memberi perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang. Fasa 38 menyatakan: "Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Majlis, mana-mana jawatankuasa, mana-mana anggota Majlis atau jawatankuasa, Pengarah Operasi, atau mana-mana anggota Pasukan Keselamatan atau kakitangan Entiti Kerajaan yang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian". Fasa 35 juga memberi kuasa untuk Majistret atau coroner untuk menolak inkues terhadap kematian yang berlaku di kawasan keselamatan, khususnya Pasukan Keselamatan yang bertugas di kawasan tersebut. Jelas Pasukan Keselamatan yang terkorban tidak dilindungi sepenuhnya. Jelas Rang Undang-undang MKN 2015 tidak memenuhi syarat dan jaminan Perlembagaan Persekutuan berkenaan kesamarataan di sisi undang-undang. Atas kepentingan rakyat dan kepentingan demokrasi serta pemisahan kuasa yang membolehkan "check and Balance" Rang Undang-undang MKN 2015 harus ditolak. Dr Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng |
NAJIB KETAKUTAN, CUBA ELAK DEMONSTRASI DI HIMPUNAN AGUNG UMNO? Posted: 03 Dec 2015 08:21 PM PST Najib ketakutan, cuba elak demonstrasi di Himpunan Agung Umno?Seorang wartawan veteran mengimbas kembali bahawa sepanjang kerjayanya, beliau tidak pernah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebegitu takut sejak mengenalinya secara peribadi hampir separuh abad. Dalam perkembangan yang sama, bekas pengarang Kumpulan News Straits Times, Datuk A Kadir Jasin berkata beliau juga tidak pernah menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan yang sama. "Realitinya, Najib tidak pernah berani atau tegas. "Beliau naik kerana licik main selamat sambil dipimpin dan dilindungi oleh mentor-mentornya," kata beliau dalam blognya. Kadir menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang dari mentor atau penasihat Najib, orang yang sama yang kini berusaha keras mahu menyingkirkannya sebagai perdana menteri. Bagi Muhyiddin, Kadir berkata beliau tidak memiliki watak menonjol atau tegas dan sering memainkan perana "orang kedua" dalam pelbagai isu. Oleh itu, wartawan veteran berkenaan mendapati ia adalah menakjubkan bahawa Najib dan kepimpinan Umno keseluruhan begitu takut dengan bekas timbalan perdana menteri tersebut. "Saya rasa Muhyiddin sendiri tidak boleh mengukur dan memahami mengapa tiba-tiba beliau begitu ditakuti," katanya. Kadir mengulas dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak akan dibenarkan untuk menyampaikan ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno tahunan minggu depan. Setelah dihalang daripada merasmikan mesyuarat agung Pemuda, Wanita dan Puteri, timbalan presiden Umno itu mengeluh bahawa keputusan terbaru akan menjadikannya sebagai 'tunggul' yang duduk di atas pentas. Bagi Kadir, semua itu berlaku kerana demokrasi, tradisi dan konvensyen Umno sedang dimusnahkan kerana Najib dan pengikutnya kurang keyakinan dengan sokongan perwakilan dan ahli-ahli parti. Oleh sebab itulah beliau memerlukan perlindungan daripada kepemimpinan atasan Umno dan jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin. "Mereka yang besar bilangannya dan mempunyai kuasa yang luas ke atas jentera propaganda parti takut berdepan dengan seorang timbalan presiden yang tidak berjawatan dan tidak ada akses kepada jentera parti," katanya. Menurut Kadir, perkembangan ini bukan kerana Muhyiddin adalah kuat, tetapi kerana Najib adalah lemah. "Kedua-dua mereka bukanlah pemain catur politik yang hebat. Seperti majoriti penggiat politik Umno sekarang, mereka tidak mempunyai karisma dan naluri pembunuh (killer instinct). "Mereka bukan dalam kategori mahaguru politik seperti Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Mohammad Ghazalie Shafie dan Tan Sri Syed Jaafar Albar serta Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Anwar Ibrahim dan Tan Sri Sanusi Junid. "Dalam keadaan biasa, Najib dan Muhyiddin sama kuat atau sama lemah. Tetapi dalam keadaan sekarang, Najib nampak lebih lemah," katanya. Oleh itu, Kadir berkata Najib memerlukan perlindungan daripada kepimpinan atasan Umno dan dan jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin. Wartawan veteran itu berkata kebimbangan berpunca daripada hakikat bahawa Muhyiddin mempunyai soalan-soalan sah mengenai hal-hal yang disembunyikan daripada ahli parti atau yang dibohongi kepada mereka. "Pokok pangkalnya Najib dan konco-konconya takut dimalukan. Mereka takut kena sorak, kena herdik dan kena sindir. "Paling mereka takuti adalah Muhyiddin dan para pengkritik Najib akan mendapat tepukan gemuruh. Atau penunjuk perasaan di luar dewan membawa sepanduk mengenai 1MDB dan derma RM2.6 bilion," katanya. |
BERTEMU KELUARGA KIRAM: ‘ANWAR DIPENJARA, ANAKNYA DIDERA’ Posted: 03 Dec 2015 08:18 PM PST Bertemu keluarga Kiram: 'Anwar dipenjara, anaknya didera'Ahli parlimen PKR Nurul Izzah mengakui beliau begitu sebak sehingga air matanya menitis ketika menerangkan kepada Dewan Rakyat berhubung pertemuannya dengan acel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan melancarkan serangan bersenjata di Sabah pada tahun 2013. "Saya begitu sebak. "Saya menangis untuk rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen. Dewan Rakyat meluluskan usul untuk mengheret Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Parlimen kerana berjumpa dengan Jacel. Usul untuk merujuknya kepada jawatankuasa itu diluluskan dengan undi blok, dengan 105 menyokongnya manakala 77 yang lain tidak bersetuju. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan usul itu berkata, beliau bersimpati dengan pemimpin PKR itu. Beliau mencadangkan Nurul Izzah memohon kedua-dua Jacel dan Datuk Bandar Manila, Joseph Estrada untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk membersihkan dirinya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan