Ahad, 6 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tidak ada sebab haram Nurul Izzah masuk ke Sarawak

Posted: 06 Dec 2015 03:08 PM PST


Nurul Izzah
Nurul Izzah


SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Negeri Sarawak yang menghalang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu didakwa bertentangan dengan Seksyen 67 Akta Imigresen.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan, akta tersebut tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki Sabah dan Sarawak bagi tujuan aktiviti politik.

"Tindakan ini walau di bawah bidang kuasa negeri bertentangan dengan hak sah saya berpolitik selaku anggota dewan rakyat.

"Ia merupakan salah guna kuasa pihak berkuasa negeri, (sekatan itu) bukan disasarkan terhadap ahli Parlimen, wakil sah badan perundangan dalam aktiviti politik dan berpersatuan yang sah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas notis penolakan masuk di bawah Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63 terhadap Naib Presiden PKR itu ke Sarawak, hari ini.

Kehadiran Nurul Izzah bertujuan memberi solidariti terhadap pimpinan bersama pimpinan tempatan PKR menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga mendakwa, Akta Imigresen 1959/1963 hanya boleh menyekat penghijrahan beramai-ramai orang Semenanjung ke Sarawak dan Sabah sahaja.

"Saya akan kembali ke Sarawak dan menumpukan segala usaha terhadap merancakkan lagi kebajikan anak-anak Sarawak menerusi pimpinan YB Baru Bian serta wakil-wakil Dun," katanya lagi.


Wanita Umno sokong Najib kekal presiden'

Posted: 06 Dec 2015 03:06 PM PST


Shahrizat Abdul Jalil
Shahrizat Abdul Jalil
 
 
KUALA LUMPUR -‎ Sokongan penuh kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak antara usul politik yang akan dibawa Wanita Umno dalam Perhimpunan Agung Umno bermula lusa  hingga 12 Disember ini.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sokongan itu penting kerana Presiden merupakan sumber kekuatan Umno.

"Untuk usul Wanita, kita ada usul politik, ekonomi, pendidikan dan agama. Bagi usul politik, kita nak maklumkan dengan jelas dan nyata bahawa Wanita Umno sokong Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

"Sokongan Wanita kepada Najib tidak berganjak, tetap teguh. Wanita sebagai tulang belakang mesti tentukan bahawa kekuatan Umno mesti dipertahankan dan kekuatan itu datang dan bermula daripada Presiden," katanya dalam sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Wanita Umno, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pemecatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman pada 24 November lalu, Shahrizat berkata, beliau akur  dengan keputusan tersebut.

"Itu keputusan yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi dalam mesyuarat. Kita dalam parti ada perlembagaan, undang-undang dan peraturan.

"Saya selaku ketua wanita terima keputusan yang dibuat itu," katanya.


Suami isteri fail saman RM10 juta Hospital Besut

Posted: 06 Dec 2015 03:05 PM PST


Suami isteri fail saman RM10 juta Hospital Besut
ULYA INSYIRAH MUHAMAD SARDI
 


KOTA BHARU - Pasangan guru memfailkan saman RM10 juta terhadap 10 doktor dan Hospital Besut, di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, hari ini didakwa cuai hingga mengakibatkan kematian anak perempuan mereka yang berusia 4 tahun, dua tahun lalu.

Saman menuntut keadilan bagi pihak Ulya Insyirah Muhamad Sardi itu difailkan Muhamad Sardi Saad, 39, dan isteri, Fadilah Abd Wahab, 45, melalui Tetuan Syukran Noordin Advocates & Solicitors, pada jam 11 pagi.

Mereka menamakan Dr Shairazi Azizi Mohd Salleh; Dr Mohd Ruhaifi Yusuf; Dr Norzaherawati Aryani Md Tahir; Dr Hasmani Hamat; Dr Muhammad Solehuddin Ishak dan Pengarah Hospital Besut sebagai defendan pertama hingga keenam.

Plaintif turut menamakan Dr Noor Ain Noor Afendi; Dr Sharifah Huda Engku Alwi; Datuk Dr Jimmy Lee Kok Foo; Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketujuh hingga ke-11.

Menceritakan kembali detik hitam menimpa anak bongsu daripada tiga beradik itu, Fadilah berkata, Ulya yang dibahasakan sebagai adik, terjaga daripada tidur dan muntah-muntah pada jam 4 pagi, 5 Disember 2013.

"Saya bawa Ulya ke hospital pada jam 9.30 pagi dan diberi rawatan susulan serta dimasukkan air. Tidak lama selepas itu tangan dan badannya bengkak. Pada jam 5 petang, saya tanya doktor kenapa macam tu, doktor berkenaan hanya jawab 'tidak tahu' dan beredar.

"Pada jam 11 malam, kerana tidak puas hati, saya tanya sekali lagi dan minta pemeriksaan X-ray dilakukan.  Hasilnya mendapati ada tompokan putih iaitu lebihan air dalam paru-paru. Ketika itu, keadaannya amat kritikal dan lemah hingga tidak sedarkan diri," katanya.

Menurutnya, dalam keadaan genting itu juga, datang seorang lagi doktor memasukkan ubat dan kerana kelemahan material seperti plak rosak serta kehabisan gas dan ketiadaan kepakaran, Ulya kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, pada jam 5 pagi, esoknya.

"Sampai di sana pada jam 6.50 pagi, Ulya dimasukkan ke wad rawatan rapi dan saya serta suami hanya dibenarkan menunggu di luar. Tiada apa-apa makluman sehinggalah pada jam 8.05 pagi, kami diberitahu Ulya sudah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Muhamad Sardi berkata, pemergian Ulya yang mempunyai seorang abang berusia 14 tahun dan kakak berusia 10 tahun tersebut memberi kesan yang sangat mendalam sekali gus merubah sebahagian besar rutin kehidupan mereka sekeluarga.

Katanya, dia dan isteri mengalami trauma tidak dapat tidur, makan atau melaksanakan tugas seharian dengan sempurna hingga memaksa mereka mendapatkan rawatan terapi mental serta emosi bersama Pakar Psikiatri di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, di sini, hingga kini.

"Kami meredai pemergian Ulya, tetapi saman ini sebagai pembuka jalan supaya ada satu perubahan di Hospital Besut, kami tidak mahu nyawa tidak berdosa melayang dan perkara sama berlaku pada orang lain, cukuplah pada anak saya dan orang lain tidak perlu menerima nasib sama macam kami," katanya.

Pihak plaintif menuntut ganti rugi am terbabit kerana kecuaian pihak berkenaan yang didakwa hingga menyebabkan kematian anak mereka akibat bengkak dalaman serius kerana kemasukan air atau lebihan ubat rawatan.


TPP: Malaysia sudah terperangkap, kata Kadir Jasin

Posted: 06 Dec 2015 03:00 PM PST


A Kadir Jasin


KUALA LUMPUR - Malaysia akan hilang kredibilitinya jika bertindak menarik diri daripada perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) selepas menyertai rundingan mengenainya sejak dua tahun lalu.

Tokoh Wartawan Kebangsaan, Datuk A.Kadir Jasin mendakwa, Malaysia juga akan dianggap sebagai pihak yang tidak beramanah jika tidak mahu melaksanakan perjanjian perdagangan itu selepas rundingan dimuktamadkan, baru-baru ini.

"Kita minta itu dan ini, tapi kita tak mahu laksanakannya.

"(Bila) kita tak laksana (TPP), sudah pasti kedudukan (ekonomi) kita akan jatuh kerana Amerika Syarikat tak percaya kita lagi," katanya pada Siri Bicara Prowaris bertajuk Ke manakah Melayu Selepas 1MDB dan TPPA di sini, malam tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: TPP mampu luaskan pasaran tempatan]

Menurut Kadir, Malaysia tidak boleh keluar daripada perjanjian itu walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penyertaan itu tidak perlu disahkan.

"Ia sudah terlambat, kita akan tandatangan, kita untung atau rugi, dia (Mustapa tetap) akan tandatangan," dakwanya.

Menurut Kadir lagi, perjanjian TPP hanya untuk menyelamatkan ekonomi Amerika bagi melawan kuasa besar lain seperti China, Russia dan British.

"TPP ini adalah ciptaan Amerika untuk melawan China, Russia dan BIRC, pasal apa kita dengan rela hati dijajah balik, kita ni bodoh boleh terima, Kesatuan Eropah tak terima lagi, dia hanya ada rundingan saja," katanya.


Piala Malaysia: Selangor, Kedah berentap di final

Posted: 06 Dec 2015 02:57 PM PST


Piala Malaysia: Selangor, Kedah berentap di final
Pemain pasukan Felda United, Fernandes Thiago (tengah) diasak dua pemain pertahanan Kedah pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman malam ini. - Foto Bernama
 
 

JUARA 32 kali, Selangor menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia 2015 menyingkirkan juara musim lalu Pahang, 2-0, di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Mehmet Durakovic mara dengan agregat, 2-0.

Dalam aksi itu, gawang skuad Tok Gajah dibolosi seawal minit ke-11 melalui jaringan Guilherme De Paula.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu cuba bangkit mencari gol penyamaan namun penjaga gol The Red Giants, Norazlan Razali bertindak cemerlang.

Memasuki babak kedua, Nazmi Faiz Mansor menambah derita Pahang memalui gol kedua Selangor, m-54.

Mengiringi Selangor, Kedah mengesahkan aksi ke final, menunjukkan jalan keluar buat Felda United dengan agregat, 4-3.

Beraksi di hadapan 30,000 pengokong sendiri di Stadium Darul Aman, skuad Lang Merah merekodkan kemenangan, 2-1.

Gol Kedah disumbangkan oleh Chidi Edeh, m-43, dan Sandro da Silva, m-51.

Gol tunggal The Fighters pula dijaringkan oleh Ahmad Syamim Yahya, m-40.

Kedua-dua pasukan akan beraksi di pentas final, Sabtu ini.


Siti Nurhaliza kongsi perbualan terakhir dengan Tunku Jalil

Posted: 06 Dec 2015 02:52 PM PST

 
Siti Nurhaliza akan mengabdikan kata-kata semangat perbualannyaa dengan Tunku Jalil di Instagram


siti-nurhaliza


PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi perbualan terakhirnya dengan Allahyarham, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim.

Menerusi laman sosial Instagramnya, Siti Nurhaliza menyatakan beliau berbual dengan Allahyarham baginda pada Rabu lepas yang merupakan kata-kata semangat terakhir antara mereka berdua.

"Rabu lalu dan terakhir Jumaat lalu..kata2 semangatnya akan saya simpan kemas dalam ingatan dan bila teringat saya akan baca semula perbualan kamu dan video yg saya rakam," tulis Siti Nurhaliza.

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada jam 7.11 malam pada Sabtu ekoran mengidap barah tahap empat.

Baginda adalah anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Pada Oktober lalu, baginda ditauliahkan sebagai inspektor polis dan memegang jawatan berkenaan dalam Ketua Kakitangan Diraja Istana Johor.

Hudud: Pas Kelantan tidak akan mengalah

Posted: 06 Dec 2015 04:13 AM PST


hudud


MACHANG - Kerajaan Kelantan  tidak akan mengalah, sebaliknya  terus berjuang sehingga Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau dikenali hudud berjaya dilaksanakan di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Kerajaan Negeri Kelantan bersungguh-sungguh untuk membentangkan Rang Undang Undang Persendirian bagi meminda Akta 355 walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

"Jika tiada peluang pada tahun ini, kita akan bentang pada tahun hadapan. Asalkan ada peluang, kita akan bentang. Soal Umno nak tipu Pas untuk bentang  di Parlimen tak timbul. Kalau mereka betul nak tipu kita, rakyat akan lihat dan nilai tindakan itu.

"Pas tak akan rugi, sebaliknya Umno yang akan berdepan masalah sebab yang nanti-nantikan pelaksanakan Hudud ini tidak hanya terhad kepada penyokong Pas sahaja," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Khatan Perdana Peringkat Dun Temangan, di Batu 30, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyatakan Umno jelas menipu Pas apabila tidak membenarkan RUU itu dibentangkan dalam sidang parlimen yang berakhir minggu lalu.

Husam mendakwa, Pas ditipu disebabakan sikap kepimpinannya yang tidak mengikut keputusan mesyuarat yang menetapkan parti itu tidak perlu membentangkan undang-undang itu atas beberapa faktor yang disenarikan.

Mohamed Fadzli  yang juga Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi  Negeri berkata, penerimaan  undang-undang Islam itu adalah kejayaan besar bagi Pas selepas lebih 20 tahun memperjuangkannya.


Pendedahan Mat Sabu perlu disiasat

Posted: 06 Dec 2015 04:11 AM PST


 Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
 
ALOR SETAR - Pendedahan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu kononnya Pas diresapi pemikiran kumpulan militan IS perlu disiasat dengan teliti oleh pihak berkuasa.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, walaupun dianggap kenyataan bersifat politik, namun ia adalah serius kerana boleh menjadi ancaman kepada negara.

"Beliau yang begitu senior dalam politik harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan dan pendedahan yang dikeluarkan itu.

"Jika dakwaan itu tidak benar, maka ia sudah tentu akan memalukan diri sendiri, parti Amanah dan Pakatan Harapan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, gaya politik tuduh menuduh dan cuba merosakkan parti lawan dengan tohmahan juga tidak harus dijadikan budaya kepimpinan.

"Saya andaikan mungkin Mohamad Sabu ingin menarik perhatian awam terhadap sikap ekstreme dan taksub dalam Pas yang selama ini mungkin disemai pada pengikut hingga menganggap orang yang tidak menyokong Pas seolah-olah kafir dan menolak Islam.

"Sedangkan Umno yang selama ini seolah-olah menjadi mangsa provokasi Pas sanggup bersabar dan tidak menuduh dengan pelbagai tohmahan kepada lawannya," katanya.

Penganalisis politik itu berkata, Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu harus menjadikan Umno sebagai model kesabaran dalam menghadapi lawan dengan tidak menuduh sesuka hati.

"Beliau baru sahaja keluar Pas dan menubuhkan parti Amanah, itu pun beliau sudah kelihatan tidak dapat sabar menghadapi Pas.

"Bayangkan pula Umno yang berpuluh tahun menghadapi golongan ini (Pas) yang sentiasa berkempen mahu memusnahkan parti pemerintah itu," katanya.

Bagaimanapun, Md Shukri menasihatkan Pas supaya tidak mempedulikan kenyataan pimpinan parti Amanah sebaliknya menentukan hala tuju sendiri dan melakukan perubahan murni dengan berhemah dan ilmiah.

"Pas juga harus ubah sikap kepada lebih toleransi dan mesra sesama muslim. Iktibar dari apa yang dinyatakan Mat Sabu harus menjadikan pihak berkuasa, termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) memantau semua parti politik di negara ini.

"Ia perlu supaya parti politik tidak terjebak dengan unsur radikal dan komunisme yang boleh menakluk idealisme parti ke arah keganasan pemikiran dan tindakan," katanya.

Sebelum ini, Mat Sabu mendedahkan mereka keluar dari Pas dan bertindak menubuhkan parti baharu kerana ia sudah diresapi pemikiran militan IS.

Md Shukri berkata, pemikiran itu jika tidak dibendung bukan sahaja bahaya kepada Pas, malah kepada keselamatan negara

Keluarga nafi mangsa ditembak kerana hutang

Posted: 06 Dec 2015 04:08 AM PST


 
Keluarga nafi mangsa ditembak kerana hutang
Ah Lee ketika menceritakan insiden membabitkan abangnya. - Foto Sinar Harian


ALOR SETAR - Keluarga ahli perniagaan hartanah Malaysia yang mati ditembak di Hatyai, Songkhla nafi mangsa dibunuh akibat berhutang RM4.11 juta (35 juta baht).

Adik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Lee, 50, mendakwa, rumusan kes yang dibuat polis negara jiran itu berhubung kejadian itu adalah tidak benar.

Beliau berkata, sebelum ini, polis Thailand mendakwa motif pembunuhan abangnya kerana perselisihan faham dalam perniagaan melibatkan hutang RM4.11 juta kepada seorang ahli perniagaan lain dari negara ini juga.

"Ia tidak benar kerana abang saya tidak pernah berhutang dengan orang, malah dia yang memberi pinjaman kepada mereka yang memerlukan," katanya kepada media di sini, hari ini.

Semalam, Lee Ah Han, 54 atau lebih dikenali sebagai Ali Baba,  ditembak mati dalam sebuah Mercedec Ben S300 ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Songkhla bersama isterinya, Mayuree Thipmani, 42.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dibunuh kerana hutang RM4.11 juta]

Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Wichapan Chantaraporn berkata, penembak yang berada dalam sebuah kereta lain menggunakan senapang M16 untuk melepaskan berpuluh tembakan ke arah kereta mangsa.

Sementara itu, menurut Ah Lee, pendedahan polis negara jiran itu kononnya mangsa mempunyai masalah hutang yang dibayar menggunakan cek tendang dan dilanjutkan selama enam bulan juga tidak benar.

"Saya minta polis negara itu tunjuk bukti kepada kami jika benar ada cek tendang. Kita nak tengok cek itu.

"Kita dapati beberapa maklumat yang diberikan tidak benar termasuk isteri mangsa yang dikatakan sebagai teman wanita dan bermacam andaian tidak betul," katanya.

Beliau berkata, pasangan yang mempunyai dua cahaya mata itu berpindah ke Bangkok kira-kira dua tahun lalu kerana mempunyai hartanah di sana.

"Dalam masyarakan Cina, kita percaya bahawa tidak elok hebahkan sesuatu yang berkaitan dengan si mati.

"Saya sekadar bagi penjelasan dan minta polis negara itu buat siasatan terperinci serta tunjukkan bukti dakwaan itu," katanya.


Nurul Izzah Dilarang Masuk Sarawak

Posted: 06 Dec 2015 04:03 AM PST

Oleh: YU JI
 
 
Nurul Izzah Anwar.
 
 
KUCHING: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang dijadualkan mengumumkan calon pilihan raya negeri Sarawak pada Ahad malam, dilarang memasuki negeri itu.

Insiden berlaku sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 4 petang selepas pegawai imigresen negeri memberitahu beliau mengenai larangan tersebut.

"Setibanya saya di Kuching, saya disambut pegawai-pegawai imigresen yang memberi notis penolakan masuk saya ke Sarawak. Satu pencabulan kuasa!," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai di twitter.

Nurul Izzah berkunjung ke Sarawak bersama seorang pembantu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Dr Xavier Jayakumar menerusi penerbangan AK5210.

Dr Xavier mendakwa pegawai imigresen memberitahu sekatan itu daripada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

"Mereka (pegawai) memberitahu arahan itu datang daripada pejabat Ketua Menteri. Beliau akan menaiki penerbangan pulang pada pukul 7.10 malam," kata Dr Xavier.

"Ketua Menteri sepatutnya berani mengadakan pilihan raya yang terbuka dan adil. Jangan sekat ahli parlimen."

Beliau berkata, Sarawak mungkin mempunyai bilangan wakil rakyat yang dilarang masuk berbanding mana-mana negeri di negara ini.

Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How berkata, Adenan mengambil jalan keluar dengan "cara yang sama dilakukan oleh pentadbiran lama"

"Walaupun saya bersetuju negeri mempunyai autonomi imigresen, tetapi ia tidak sepatutnya dilaksanakan sewenang-wenangnya. Jangan salah guna dengan menyekat pemimpin politik," katanya.

Shafie Apdal Jatuh Ke Laut, Jeti Runtuh Di Kampung Air

Posted: 06 Dec 2015 04:00 AM PST

Oleh: STEPHANIE LEE
 
 
 
 
 
KOTA KINABALU: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal terjatuh ke laut selepas jeti kayu runtuh di perkampungan air di Sabah.

Ahli Parlimen Semporna yang bersama beberapa pengawal peribadinya turut terjatuh ke laut di Kampung Pulau Selakan, Semporna bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Penduduk kampung dan orang awam yang melihat kejadian itu segera mengangkat beliau, manakala sebuah bot dihantar untuk membawa Shafie dengan selamat.

Insiden berlaku kira-kira pukul 11 pagi Sabtu sewaktu Shafie tiba di perkampungan air tersebut untuk merasmikan sebuah majlis rakyat dan menyerahkan kunci kepada enam pemilik kediaman bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sana.

Bagaimanapun, Shafie terus merasmikan program itu selepas menukar pakaian yang dibawanya.

Laluan jeti sepanjang kira-kira dua meter itu dikatakan roboh dan dipercayai terlalu berat untuk menampung sejumlah besar rombongan.


Rumah Transit Gelandangan Di Jalan Pahang Beroperasi Februari

Posted: 06 Dec 2015 03:59 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Rumah transit untuk gelandangan di Jalan Pahang, dijangka beroperasi 1 Februari depan bersempena Hari Wilayah Persekutuan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, rumah itu yang dibina dengan kos RM3 juta itu akan menjadi tempat sementara untuk golongan tersebut tidur, rehat, makan dan sembahyang selain turut menyediakan perkhidmatan kesihatan.

"Rumah tersebut telah siap dan kini dalam pemeriksaan akhir. Ia dapat menampung 260 gelandangan dalam satu masa," katanya dalam sidang media selepas melawat tapak pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Pandanmas di sini, Ahad.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, kementeriannya sedang berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menentukan pihak yang bertanggungjawab mengelola rumah tersebut.

"Jika tiada pihak yang ingin menjadi pengelola (rumah itu), penyertaan mana-mana parti politik dialu-alukan," katanya.

Mengenai keperluan makanan serta minuman di rumah itu, Tengku Adnan berkata, pihaknya akan meminta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sebelum ini banyak melaksanakan program mengagihkan makanan untuk membantu.

"Kalau boleh kita tidak mahu pihak NGO beri makan kepada gelandangan di tepi jalan yang kotor serta tidak selesa dan kita tidak mahu mengotorkan tempat itu," katanya.

Tengku Adnan berkata, rumah seumpama itu telah diwujudkan di Medan Tuanku, di bawah tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun ia tidak membenarkan gelandangan untuk tidur.

Mengenai RUMAWIP, sehingga Oktober lepas, pembinaan RUMAWIP dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di seluruh Wilayah Persekutuan adalah sebanyak 29,154 atau 37 peratus dari 80,000 unit sasaran keseluruhan.

"Ini merangkumi kategori 'telah siap dibina', 'dalam pembinaan' dan kelulusan perintah pembangunan (DO)," katanya. - Bernama

Rela Arah Kesan Anggota Terlibat Jenayah, Militan IS

Posted: 06 Dec 2015 03:52 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Gambar hiasan.
 
 
HULU TERENGGANU: Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengarahkan semua pengarah negeri untuk mengesan sama ada anggota dan pegawai jabatan berkenaan terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk, kumpulan Militan I.S atau pengganas Daesh.

Ketua Pengarahnya, Datuk Kamariah Mohd Noah berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggotanya yang didapati bersalah termasuk menarik kembali kad keanggotaan mereka.

"Setakat ini, kita masih menunggu laporan penuh berhubung tangkapan seorang anggota Rela kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan keganasan sebelum meneliti perkara itu.

"Malah, saya sudah mengarahkan semua pengarah negeri untuk mengambil tindakan mengenal pasti mana-mana anggota yang terlibat dan akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Pasukan Pengurusan Krisis (CMT), di Pusat Latihan Rela Wilayah Timur di sini, Ahad.

Pada Sabtu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu terdiri daripada empat warga asing termasuk seorang lelaki warga Eropah dan seorang anggota Rela dipercayai terlibat dengan kegiatan kumpulan pengganas.

Kesemua suspek berumur antara 25 dan 59 tahun itu ditahan sepasukan Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi yang dilancarkan sejak 17 November hingga 1 Disember lalu di Lembah Klang, Kelantan dan Johor.

Menurut Kamariah, pihaknya juga kini memperketatkan pengambilan baharu termasuk melakukan ujian saringan dan pemutihan kepada anggota dan pegawai bagi memastikan mereka bersih dan tidak mempunyai rekod jenayah untuk menyertai pasukan Rela.

"Kita mahu mereka yang menyertai pasukan ini bersih dan tidak terlibat dalam kegiatan jenayah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Jadi kita melakukan proses saringan dan pemutihan ini bermula Oktober lepas.

"Kita turut menyemak identiti mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta polis bagi kesahihah mereka tidak terlibat dengan sebarang jenayah," katanya.

Penempatan warga asing terus warnai pusat bandar Kuala Lumpur

Posted: 06 Dec 2015 03:49 AM PST



Di beberapa kawasan pusat bandar, papan tanda, sepanduk iklan dan menu restoran biasa dijumpai dalam bahasa negara asal pemilik kedai. – Gambar The Malaysian Insider oleh Raymund Wong, 6 Disember, 2015. 
Di beberapa kawasan pusat bandar, papan tanda, sepanduk iklan dan menu restoran biasa dijumpai dalam bahasa negara asal pemilik kedai. – Gambar The Malaysian Insider oleh Raymund Wong. 
 
 
Satu masa dulu, beberapa lorong sempit di Kuala Lumpur pernah menjadi hab perniagaan dan perdagangan komuniti pendatang paling awal di bandaraya ini.

Leboh Pasar, Medan Pasar, Jalan Yap Ah Loy, Jalan Petaling dan Puduraya dikenali sebagai lokasi peniaga Cina dan India sejak awal kemerdekaan Tanah Melayu.

Dengan reka bentuk neo-klasik, rumah kedai lama di sepanjang Lebuh Ampang, Jalan Hang Kasturi dan Jalan Tun HS Lee dipenuhi pelbagai jenis perniagaan: peminjam wang India Selatan, kedai kain dan restoran masyarakat Cina, dan restoran India yang menghidangkan makanan sama seperti negara asal mereka.

Hari ini, kawasan tersebut menjadi tapak warisan dan berperanan sebagai pengimbas nostalgia kepada kegiatan dan kehidupan pendatang awal Tanah Melayu ke ibu kota. 
 
Sementara lorong tersebut terus mewarnai kehidupan ibu kota, landskapnya mula mengalami perubahan dramatik seiring dengan komuniti warga asing yang berusaha membina kehidupan di sana.

Jalan raya di pusat bandaraya Kuala Lumpur secara berperingkat-peringkat berubah, mencerminkan kemasukan masyarakat pendatang baharu Malaysia dari pelbagai negara seperti Bangladesh, Nepal dan Myanmar.

Seluruh kawasan itu dilihat mengalami perubahan dalam dekad yang lalu. Namun, ibu pejabat Majlis Peguam, beberapa bank, sebuah kedai mi daging yang popular, dan beberapa kedai jam tangan masih kekal sejak awal kemerdekaan.
Sebuah kedai di Leboh Pasar menjual pelbagai barangan makanan India, antara karakter biasa yang ditemui di hab warga asing di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Raymund Wong, 6 Disember, 2015.Sebuah kedai di Leboh Pasar menjual pelbagai barangan makanan India, antara karakter biasa yang ditemui di hab warga asing di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Raymund Wong.
"Kawasan ini agak strategik kerana kami menggunakan pengangkutan awam dan selalu singgah di sini. Semua barangan di sini juga amat murah," kata Ahmad Mohammed Nur, 28, warga Myanmar yang sudah bekerja di Malaysia selama 9 tahun. 
 
 Kira-kira 200 kedai kini mengisi pusat bandaraya Kuala Lumpur, menjual apa-apa saja barangan seperti makanan, telefon mudah alih, tekstil, video dan barang runcit.

Di sini, papan tanda, sepanduk iklan dan menu restoran biasa dijumpai dalam bahasa negara asal pemilik kedai itu.

Lorong seperti itu menjadi penempatan kebanyakan warga asing, di mana mereka mudah mendapatkan makanan tempatan, boleh masuk ke mana-mana kedai dan bertutur menggunakan bahasa ibunda mereka, selain menonton filem dan melayan irama lagu dari tanah air mereka.

Ia tempat berehat mereka selepas seharian bekerja, dan juga, mungkin, satu-satunya tempat di Malaysia di mana seseorang boleh mencari "paan" yang dijual di atas meja kecil di kaki lima oleh anak muda yang mahir melipat daun sirih dengan buah pinang.

R. Rakesh, 31, dari Nepal, berkata kawasan itu meningkat menjadi hab masyarakat asing kerana kehadiran banyak bank antarabangsa.

"Seperti yang anda lihat, kawasan ini dipenuhi bank antarabangsa. Dan biasanya pekerja asing perlu datang ke sini untuk menghantar wang pulang ke tanah air mereka," katanya.
Walaupun membina penempatan mirip negara asal mereka, kebanyakan pekerja asing masih berazam kembali kepada keluarga yang ditinggalkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Raymund Wong, 6 Disember, 2015.Walaupun membina penempatan mirip negara asal mereka, kebanyakan pekerja asing masih berazam kembali kepada keluarga yang ditinggalkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Raymund Wong.
Rakesh, yang berada di Malaysia sejak beberapa tahun lalu, tidak pasti berapa lama lagi dia akan tinggal di Malaysia. 
Bagaimanapun, seperti kebanyakan pekerja asing di kawasan ini, matlamat akhir mereka ialah kembali kepada keluarga yang ditinggalkan.

Mereka semata-mata mahu menyara kehidupan di negara asal dengan gaji yang diperoleh dalam ringgit Malaysia.

Walaupun persekitaran kawasan ini mirip tanah air mereka, komuniti pendatang baharu ini sedar Kuala Lumpur hanya tempat tinggal sementara buat mereka.

Harapan mereka ialah untuk pulang ke tanah air dengan simpanan yang cukup bagi menikmati kehidupan yang selesa bersama keluarga di kampung halaman.

"Apa pun, kami tahu kami pendatang di sini. Kami hanya mencari rezeki di sini," kata Ahmad.
"Kami masih perlu berhati-hati, kerana kami hanya pekerja asing, bukan warga negara ini. Kami hanya cuba untuk mewujudkan persekitaran kami di sini."


Utusan rayu Sultan Johor kaji semula pengharaman vape

Posted: 06 Dec 2015 03:42 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Utusan Malaysia mempersoalkan langkah Sultan Johor mengharamkan vape, dengan berkata arak yang lebih memudaratkan tidak diharamkan pula. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Disember, 2015. 
Utusan Malaysia mempersoalkan langkah Sultan Johor mengharamkan vape, dengan berkata arak yang lebih memudaratkan tidak diharamkan pula. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. 
 
 
Akhbar Mingguan Malaysia hari ini merayu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengkaji semula keputusannya mengharamkan rokok elektronik atau vape di negeri itu.

Awang Selamat di ruangan pojok kumpulan pengarang berita akhbar milik Umno itu berkata, buat masa ini, Johor satu-satunya negeri yang mengharamkan vape.
"Setakat ini negeri-negeri lain tidak mengikut jejak Johor.

"Lagipun, beberapa langkah yang diambil Kementerian Kesihatan berhubung isu vape, nampak meyakinkan termasuk larangan yang sama sebagaimana dikenakan ke atas penghisap rokok dan kawalan terhadap perisa serta harganya. 
 
"Dengan kata lain, tentu ada penyelesaian terbaik sebagaimana kerajaan dan pihak berkuasa menangani gejala rokok mahupun arak.

"Kedua-duanya, lebih-lebih lagi arak, begitu memudaratkan namun tidak diharamkan di negara ini termasuk Johor," tulis Awang dalam akhbar edisi Ahad akhbar Utusan Malaysia itu.

Awang melahirkan keyakinan Sultan Johor mengambil keputusan itu atas dasar keprihatinan baginda terhadap keselamatan dan kesihatan penduduk negeri itu.

Namun katanya, ia "mengejutkan", terutama di kalangan pengguna rokok elektronik itu dan ramai yang membantah dalam diam sementara ada yang memberikan reaksi secara berhati-hati.

Walaupun tidak kurang yang menyokong keputusan tersebut kerana bimbang terjadi penyalahgunaan, Awang berkata, baginda wajar mendapat reaksi sebenar.

"Apatah lagi diumumkan sendiri Sultan Johor, sesuatu yang mengundang tanda tanya: sesuaikah baginda sendiri berbuat demikian?

"Lagipun, sebelum sebarang keputusan besar dibuat, sewajarnya ia melalui kajian lengkap terlebih dahulu," kata Awang.

Sambil mengakui wujud beberapa insiden salah laku membabitkan penggunaan vape, akhbar itu berkata tidak bermakna seluruh penghisap dan peminat rokok elektronik itu, rata-ratanya orang muda, perlu dihukum.

Pengusaha vape juga, katanya, akan turut menanggung akibatnya.

"Kasihanilah mereka, sekadar mahu mencari rezeki pada era ekonomi dan kos sara hidup yang mencabar kini.

"Golongan itu bukan menjalankan aktiviti premis judi haram, yang sepatutnya menjadi musuh utama kita semua," katanya.

Pada 29 November lalu, Sultan Johor dilaporkan bertitah melarang penjualan pengewap dan cecair vape di negeri itu.

Beberapa hari kemudian, kerajaan negeri berkata larangan itu akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Johor, Datuk Latiff Bandi dipetik sebagai berkata, semua pihak berkuasa tempatan negeri itu akan diberi arahan mengenai perkara itu.


Selepas titah sultan, peniaga vape Johor bimbang jadi penganggur

Posted: 06 Dec 2015 03:39 AM PST



5ive Gadget, sebuah kedai menjual barangan vape  di Batu Pahat, Johor.  Pengusahanya Md Rizal Sajari kini bimbang akan rugi dan tidak dapat pulangan modal berjumlah ratusan ribu yang dibelanjakannya, susulan pengharaman vape di seluruh Johor. – Gambar Facebook 5ive Gadget, 6 Disember, 2015.5ive Gadget, sebuah kedai menjual barangan vape di Batu Pahat, Johor. Pengusahanya Md Rizal Sajari kini bimbang akan rugi dan tidak dapat pulangan modal berjumlah ratusan ribu yang dibelanjakannya, susulan pengharaman vape di seluruh Johor. – Gambar Facebook 5ive Gadget.Titah Sultan Johor mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri itu mendapat pelbagai reaksi, terutama golongan peniaga, sama ada yang sudah lama bertapak atau menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Antara yang terkesan ialah peniaga vape yang sudah melaburkan modal puluhan ribu ringgit menceburi industri popular itu sejak kebelakangan ini.

Khairul Azmi (bukan nama sebenar), berhijrah meninggalkan ibu kota dan pulang ke kampung halamannya di Batu Pahat, Johor semata-mata untuk memulakan perniagaan vape secara kecil-kecilan.

Bagi memulakan perniagaannya, Khairul, 40, sanggup mengorbankan perniagaannya di "Uptown Cheras" yang diusahakan sejak 10 tahun dahulu. 
 
"Saya jual perniagaan pakaian 'bundle' saya di Kuala Lumpur dan dapat sekitar RM75,000, sebelum berhijrah ke kampung," katanya merujuk kepada pakaian berjenama terpakai.

"Untuk kedai di Batu Pahat sahaja, saya habiskan kira-kira RM20,000 untuk kerja ubah suai."

Menurut Khairul, beliau sudah menghabiskan kira-kira RM30,000 bagi memulakan perniagaannya.

"Dan, saya dah tempah 1,000 botol (pelbagai) perisa daripada pembekal.

"Tetapi bila jadi macam ini, saya terpaksa hentikan niat saya. Saya sudah tiada kerja dan jadi penganggur," katanya sambil mengeluh kerana pada masa sama, sewa kedai tetap perlu dibayar sebanyak RM1,000 sebulan.

Peniaga Melayu ramai akan 'bungkus'
 
Keluhan Khairul itu susulan titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 29 November mengharamkan kedai menjual vape di seluruh Johor dan memberi tempoh sehingga 1 Januari akan datang kepada pekedai bagi menghentikan operasi.

Seorang lelaki menghembuskan asap vape di Vape Fair di Kuala Lumpur, semalam. Kebanyakan peniaga dan pengguna vape adalah orang Melayu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Disember, 2015.Seorang lelaki menghembuskan asap vape di Vape Fair di Kuala Lumpur, semalam. Kebanyakan peniaga dan pengguna vape adalah orang Melayu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Menurut baginda, Johor berhak menggunakan undang-undang kerajaan tempatan bagi menguatkuasakan arahan itu dan tidak mahu mendengar sebarang alasan, sambil menambah, keputusannya itu adalah disebabkan faktor kesihatan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman," Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah.

Khairul mengakui, perniagaan vape majoritinya dimiliki orang Melayu yang kini menerima kesan sangat besar akibat tindakan penguatkuasaan Putrajaya sebelum ini dan terbaharu, titah sultan.

"Ramai dulu mula meniaga kecil-kecilan. Dan bila saya nampak boleh buat untung, saya nak cuba.

"Perniagaan ini ramai Melayu yang buat. Tetapi sekarang ini memang sudah jadi masalah," katanya yang mengikut rancangan asalnya akan memulakan perniagaan pada 1 Disember.

"Pada saya, kerajaan perlu kawal nikotin. Maknanya, jangan jual nikotin. Kalau hendak nikotin, kena beli dengan kerajaan atau farmasi berdaftar. Kami boleh patuh," kata Khairul merujuk keputusan Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada 9 November, cecair vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar, kerana penjualan nikotin oleh pihak lain adalah salah mengikut Akta Racun 1952.

Menurut Khairul, ramai peniaga di Batu Pahat turut buntu dan berharap mereka diberi peluang sekurang-kurangnya menjual barangan itu untuk memperolehi semula modal mereka.

Cecair vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Disember, 2015.Cecair vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar. – Gambar fail The Malaysian Insider.Turut bersetuju dengannya ialah Md Rizal Sajari, 36, pengusaha kedai 5ive Gadget di Batu Pahat, yang sudah hampir 2 tahun berniaga secara serius dalam bidang ini.

Bermula secara kecil-kecilan pada 2011, Rizal kini mempunyai dua kedai yang dibuka sejak 2014.

"Kalau kena tutup kedai, ramai akan menganggur. Saya ada 6 pekerja. Itu belum pekerja separuh masa.

"Untuk set up kedai, untuk ubah suai sahaja, saya dah habiskan RM50,000. Itu belum lagi untuk stok barang saya.

"Stok barang sekarang saya ada mencecah RM500,000 dan saya ada 528 jenis. Bayangkan kalau satu perisa saya ada 100 botol, berapa jumlah saya ada?" soal Rizal yang membekalkan peniaga kecil-kecilan di Batu Pahat, Muar dan Johor Baru.

Disebabkan permintaan yang mendadak beliau menambah bilangan stok 6,000 botol cecair pelbagai perisa setiap minggu.

"Disebabkan permintaan yang mendadak, saya akan 'restock' 6,000 botol dan bekalkan kepada peniaga lain selain jual secara terus kepada pengguna," katanya yang turut mendedahkan margin keuntungan yang diperolehi mencecah 30%.

Rizal turut memberitahu faktor beliau mengambil stok peralatan dan perisa disebabkan permintaan tinggi setiap bulan dan dapat mengurangkan kos.

"Setiap bulan ada sahaja permintaan. Lagipun kalau saya import barangan vape dari luar negara lebih banyak. Saya akan dapat kurangkan kos hampir 20%," katanya kepada The Malaysian Insider.

Untuk itu, Rizal berharap pihak berkuasa tidak meneruskan niat mengharamkan perniagaan vape.

"Bagi saya, kami sangat terkesan dan kurang setuju. Berilah peniaga seperti kami ini sekurang-kurang balik modal kami, untuk jual semua.

"Bila kena tutup kedai, mana kami nak kerja?" soalnya yang turut memberitahu terdapat kira-kira 20 premis kedai di sekitar Batu Pahat dan hampir 60 premis di Johor Baru.

Awal bulan lalu, Menteri Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mempertahankan vape dan tidak bersetuju dengan penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, mengatakan ia akan memberi kesan kepada kehidupan ramai peniaga kecil Melayu.

Kenyataan beliau dibuat selepas satu kumpulan mewakili peniaga kecil dan sederhana membuat laporan polis dan memberi amaran Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan sejuta undi pada pilihan raya umum akan datang jika pihak berkuasa terus mengambil tindakan keras terhadap industri vape.

Bagaikan cendawan yang tumbuh, industri vape di Malaysia semakin berkembang dengan pertambahan mendadak sama ada peniaga mahupun pengguna.

Laporan berita sebelum ini memetik Ibrahim Mohamed, penganjur bersama Konvesyen Vaporizer Kuala Lumpur 2015, yang mendakwa industri vape di Malaysia adalah yang kedua terbesar selepas Amerika Syarikat.

Malaysia juga dianggap sebagai industri terbesar di Asia berdasarkan permintaan terhadap produk rokok elektronik buatan Malaysia.


Gagal jawab RM2.6 bilion di Parlimen, C4 ramal tekanan baharu menanti Najib

Posted: 06 Dec 2015 03:31 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Pengarah C4, Cynthia Gabriel berkata Datuk Seri Najib Razak terlepas peluang baik menjelaskan aliran wang masuk RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Disember, 2015. 
Pengarah C4, Cynthia Gabriel berkata Datuk Seri Najib Razak terlepas peluang baik menjelaskan aliran wang masuk RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di Dewan Rakyat pada Khamis lalu menjawab dakwaan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun banknya hanya akan menimbulkan desakan baharu beliau berundur, kata kumpulan anti-rasuah Pusat Memerangi Rasuah & Kronisme (C4) hari ini.

Pengarah C4, Cynthia Gabriel berkata Najib mempunyai peluang sangat baik merungkaikan segala persoalan mengenai isu itu, tetapi ketidakhadiran beliau mencetuskan lebih banyak syak wasangka dan tanda tanya.

"Ketiadaan Najib di Parlimen memberi gambaran jelas perdana menteri tidak akan dan tidak peduli untuk mengambil tanggungjawab, ada sesuatu yang buruk hendak disembunyikan dan terlalu takut berdepan tindakan selanjutnya daripada rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Najib perlu berhenti bersembunyi di sebalik alasan "sub judice" kerana isu RM2.6 bilion ialah perkara mustahak yang berkepentingan awam. "Bersembunyi di sebalik dakwaan tidak munasabah memberi alasan ia menghina mahkamah, hanyalah respons yang memalukan, memusnahkan sisa-sisa harapan yang tinggal ke arah mencari kebenaran.

"Tidakkah sikap 'devil may care' (tidak mempedulikan bahaya) ini boleh dianggap serangan yang serius kepada integriti Dewan yang mulia dan perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebagai satu krisis negara?" soalnya.

Gabriel juga mendakwa kerajaan "mengalihkan" perhatian rakyat daripada banyak jawapan yang dinanti-nantikan apabila meluluskan dengan begitu pantas rang undang-undang "zalim" Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Lulusnya rang undang-undang itu menggambarkan bagaimana terdesaknya perdana menteri hendak mengekalkan kuasa, memusnahkan asas 'check and balance' demokrasi dan merampas kuasa yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan."

Beliau berkata C4 akan menggesa Bank Negara Malaysia memulakan siasatan baharu kes pengubahan wang haram terhadap perdana menteri dan mendedahkan kepada umum siasatan terdahulunya serta laporan ketua audit negara.


Ibarat graduan kembali ke sekolah, Amanah tolak idea 2 pakatan pembangkang

Posted: 06 Dec 2015 03:24 AM PST



Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad (kanan), berkata idea 2 gabungan pembangkang sudah dipraktikkan pada tahun 1990 tetapi gagal. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Disember, 2015. 
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad (kanan), berkata idea 2 gabungan pembangkang sudah dipraktikkan pada tahun 1990 tetapi gagal. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari. 
 
 
Parti Amanah Negara (Amanah) menolak idea 2 gabungan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengarah komunikasinya, Khalid Samad.

Katanya, idea itu yang pernah digunakan pada tahun 90-an dahulu tidak perlu lagi digunakan pada masa kini.

"Buat apa lagi kita hendak ada 2 gabungan pembangkang kalau kita sudah ada Pakatan Harapan?

"Ia ibarat kita sudah ada ijazah universiti tetapi kita kembali ke sekolah untuk belajar lagi," kata Khalid pada sidang media hari ini. 
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, yang dilaporkan The Malay Mail Online mencadangkan 2 gabungan pembangkang seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat (GR) pada tahun 1990.

"Satu-satunya cara adalah dengan PAS berada bersama kami (Pakatan Harapan) atau kita adakan perjanjian pilihan raya dengan PAS," kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Sementara itu, mengulas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menaikkan had umur pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selama 2 penggal, daripada 65 tahun kepada 69 tahun, Khalid menganggapnya petanda beliau takut kehilangan kuasa.

"Mesej utama di sini adalah Najib khuatir sokongannya hanya terdapat di kalangan orang lama, dan dia hendak kekalkan sokongan di kalangan orang lama untuk pengaruh dan kuasa.

"Bagi kami, ia petanda baik perubahan yang sedang berlaku, dan kemungkinan kehakisan sokongan yang berlaku terhadap beliau," kata Khalid.

Pada Oktober, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mencadangkan perkara sama di Selangor, ketika menegaskan pendirian parti Islam itu meneruskan kerjasama dengan PKR dalam mentadbir negeri itu.

Katanya, walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, kerajaan negeri itu boleh ditadbir 2 gabungan pembangkang serentak, mengambil contoh ketika kewujudan parti Semangat 46 di Kelantan pada 1990.

"Dalam Semangat 46, kita ketika itu ada 2 pakatan. Ada pakatan antara Semangat 46 dan PAS daripada Angkatan Perpaduan Ummah untuk mentadbir Kelantan," katanya.

Bagaimanapun, cadangan itu dilaporkan ditolak Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, yang meminta PAS melupakan nostalgia parti itu masih wujud dalam Pakatan Rakyat (PR).


Tan Sri Muhyiddin – Nak jadi mangsa atau PM?

Posted: 06 Dec 2015 03:07 AM PST




Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man


Kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk hadir di parlimen dan menjawab dana RM2.6 bilion di dalam akaun beliau telah membuka ruang luas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Presiden Umno dan seterusnya Perdana Menteri seterusnya.

Bola kini di kaki TS Muhyiddin – apakah beliau mahu terus menjadi mangsa atau bangkit menjadi PM?

Jika TS Muhyiddin memilih untuk bangkit, maka beliau harus berhenti bermain isu yang memperlihatkan beliau sebagai mangsa. Beliau perlu menumpukan perhatian kepada pengumuman langkah-langkah yang bakal beliau ambil jika beliau ialah PM di saat rakyat kian tersepit dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga secara mendadak yang turut dirasai ahli-ahli Umno biasa.

Antaranya TS Muhyiddin boleh berjanji:

1. Mengurangkan kadar kenaikan KTM, yang baru dinaikkan sebanyak 58% pada 2 Disember 2015.
2. Mengurangkan kadar kenaikan LRT, yang baru dinaikkan 102% pada 2 Disember 2015.
3. Mengurangkan kadar kenaikan ERL, yang bakal dinaikkan dari RM35 ke RM55 pada 1 Jan 2016.
4. Menghalang kenaikan tol PLUS pada tahun depan dan berjanji menyemak semula segala perjanjian konsesi lebuhraya
5. Menghidupkan semula subsidi elektrik, minyak masak dan beras ST15.
6. Membongkar misteri penderma dan asal-usul RM2.6 bilion
7. Mendedahkan hasil siasatan ke atas 1MDB
8. Mengurangkan pembelanjaan Jabatan Perdana Menteri dan memulangkan bajet pendidikan setara dengan peruntukan di 2015
9. Tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan
10. Tidak sesekali membalas dendam kepada sesiapa yang mengkhianatinya sehingga beliau hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri
11. Berjanji tidak akan membenarkan isteri beliau mencampuri urusan negara mahupun Umno
12. Memecat semua penasihat-penasihat kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri
13. Mengurangkan saiz kabinet

TS Muhyiddin sedar kegagalan untuk memecatnya dari Umno menunjukkan beliau masih mempunyai sokongan yang kuat di kalangan pemimpin dan ahli Umno. Beliau masih boleh bersuara di dunia digital hari ini meskipun digam. Beliau masih boleh memberikan amanat melalui rakaman video.

Dengan rakyat termasuk sebahagian besar ahli Umno yang kini terkesan dengan kenaikan kos sara hidup, tidak mustahil untuk TS Muhyiddin mendapat mandat yang besar dan diberi kepercayaan menerajui Umno selepas ini. Bola kini di kaki TS Muhyiddin.

(*) Tuan Ibrahim Tuan Man,Timbalan Presiden PAS 


Langsung tiadakah perlawanan?

Posted: 06 Dec 2015 12:01 AM PST



Oleh Amin Iskandar


Sejak beberapa hari kebelakangan ini, penduduk bandar terutama di Lembah Klang dikejutkan dengan pengumuman kenaikan kadar tol, tambang ERL, LRT dan Komuter yang sudah pasti akan meningkatkan lagi bebanan hidup mereka.

Kalau dahulu, rakyat digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan dan menjimatkan kos, hari ini menggunakan pengangkutan awam mungkin menjadi lebih mahal berbanding membawa kenderaan sendiri.

Membawa kenderaan sendiri juga bermakna terpaksa berdepan dengan kenaikan kadar tol di pelbagai lebuh raya dan harga minyak yang tidak menentu.

Bagi penduduk Lembah Klang, lebuh raya dan tol tidak dapat dielakkan walaupun jalan tetap sesak! Kenaikan tambang pengangkutan awam ini menyebabkan wang yang diperuntukkan untuk perkara lain seperti pendidikan anak juga semakin berkurangan.

Seorang menteri yang "maha cerdik" lagi bijaksana mencadangkan rakyat bangun lebih awal dan menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan tol ke tempat kerja.

Mungkin menteri ini hidup dalam dunianya sendiri dan sudah terlalu jauh daripada kehidupan majoriti miskin kota yang semakin hari menjadi semakin perit.

Akan tetapi majoriti menteri tidak perlu pedulikan ini semua, kerana kerusi Parlimen mereka majoritinya di kawasan luar bandar yang tidak terjejas dengan pelbagai kenaikan tambang pengangkutan awam dan kadar tol.

Barangkali mereka lupa penduduk luar bandar ini kebanyakan anak mereka bekerja di Lembah Klang.
Peningkatan kos kehidupan yang mendadak bermakna wang bulanan bagi ibu bapa di kampung semakin berkurangan!

Apa yang harus dilakukan?

Majoriti penduduk Lembah Klang sudah tidak lagi mengundi parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Lihatlah di Wilayah Persekutuan, hanya Setiawangsa, Titiwangsa dan Putrajaya dimenangi BN. Selebihnya semua jatuh ke tangan parti pembangkang.

Apakah kenaikan harga tambang pengangkutan awam dan tol ini merupakan hukuman kepada penduduk Lembah Klang kerana mengundi pembangkang?

Yang lebih menghairankan, kemarahan warga Lembah Klang berhubung kenaikan kos pengangkutan awam dan tol hanya dapat dilihat di media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Setakat ini "jalan raya" di Lembah Klang masih belum dipenuhi dengan golongan yang membantah.
Mungkin pemimpin pembangkang sudah penat. Mungkin mereka sedang bercuti akhir tahun ke luar negara.

Mungkin juga ia kesan perpecahan Pakatan Rakyat.

Hari ini parti pembangkang di Malaysia lebih kerap bergaduh sesama sendiri berbanding memperjuangkan nasib rakyat.

Lalu apa lagi yang tinggal untuk warga miskin kota yang semakin bertambah jumlahnya? Siapa lagi yang boleh diharapkan?

Tahun 2016 akan membawa seribu keperitan terutama bagi isi rumah dengan anak sekolah yang ramai.
Apakah yang harus kita lakukan? Adakah cukup dengan "meroyan" di media sosial seperti Facebook dan Twitter?

Zahid: Terima apa saja nasib Muhyiddin

Posted: 05 Dec 2015 11:55 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi tidak menunjukkan kebimbangan kemungkinan berlaku perpecahan dalaman jika tindakan diambil terhadap pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib kini berdepan kritikan keras dalam isu kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya serta kontroversi sekitar syarikat pelaburan negara 1MDB.

Dalam wawancara bersama The Malay Mail, Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata Umno tidak akan berdepan perpecahan serius jika Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dipecat.

"Parti ini sudah pernah berpecah sebelum ini tetapi kemudian bersatu kembali.

"Ia tidak akan jadi seburuk sebelum ini tetapi kira harus bekerja keras untuk memperbetulkan keadaan jika berlaku," kata Zahid (gambar).

Beliau merujuk kepada pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 oleh ketua eksekutif negara ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sama ada Muhyiddin dan Shafie digantung atau dibuang, setiap orang harus terima keputusan kepimpinan atasan.

"Ia bukan keputusan individu tetapi akan dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT).

"Keputusan akan dibuat berdasarkan apa yang terbaik kepada parti," Zahid dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini dilaporkan bahawa MT Umno dijadual bermesyuarat pada Rahu ini dan memutuskan sama ada Muhyiddin akan dibenarkan membuat ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno minggu depan.

Zajod dilaporkan berkata bahawa kedua-dua mereka – Muhyiddin dan Shafie – dijangka turut serta dalam mesyuarat walaupun tidak hadir pada 24 November lalu.


Sampai bila Muhyiddin mahu jadi 'tunggul'?

Posted: 05 Dec 2015 11:52 PM PST

Al-Abror Mohd Yusuf 





http://www.malaysiakini.com/news/321881Tidak terbayangkan apakah ada lagi bahasa tersirat yang lebih menyinggung seorang timbalan presiden sebuah parti daripada dihalang berucap kepada ahli yang menyokong pertubuhan berkenaan.

Lebih-lebih lagi di majlis yang diadakan hanya setahun sekali, dan mengikut tradisi timbalan presiden itulah yang berucap bagi merasmikan sayap parti berkenaan.

Walaupun tidak termaktub dalam perlembagaan, ia adalah sebahagian daripada tradisi yang tidak pernah dibantah sebelum ini.

Namun pada 2015, nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak secantik tahun-tahun sebelum ini.

Tanpa jawatan timbalan perdana menteri, Muhyiddin masih seorang timbalan presiden parti yang disanjungnya. Masalah Muhyiddin ketika ini ialah, dia sendiri tidak disanjung oleh sesetengah daripada ahli Umno.

Di peringkat akar umbi - dan dengan syarat semua maklumat dapat sampai kepada ahli dengan adil - Muhyiddin masih dihormati. Bekas menteri besar Johor itu bukan sembarangan orang.

Tiba-tiba Muhyiddin berasa dia mahu dijadikan tunggul kayu mulai 8 Disember ini.

Bagai luka yang diperah titisan limau, pengurusan Umno memberitahu Muhyiddin belum tentu dapat berucap di sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno kali ini.

Malu jadi Jebat

Kali ini selama lima hari - mulai Umno akan bersidang berbahas di depan 5,738 perwakilan termasuk dari wanita, pemuda dan puteri.
Berucap menggulung perbahasan juga salah satu tradisi parti. Ia adalah masa untuk seseorang pemi
mpin menjawab, menjelas, menanya (dan sesekali melawak) untuk menghargai ribuan perwakilan yang datang.

Sesi itu pula biasanya bukan sesi biasa. Padanya ada banyak amanat penting disampaikan. Bagi media pula, ia adalah salah satu segmen penting untuk diperhatikan kerana nilai berita biasanya akan banyak di situ.

Dalam keadaan begitu Muhyiddin jadi "tunggul kayu". Umno mungkin tidak berniat menjadikan tokoh Melayu Johor itu "tunggul" namun setidak-tidaknya beliau berasa mahu dijadikan begitu.

Soalnya sekarang ialah, sampai bila Muhyiddin - seorang yang diakui tidak banyak terpalit dengan skandal bukan-bukan, anak seorang ulama dan merendah diri - mahu kekal sebagai "tunggul kayu"?

Setakat hari ini beliau masih malu-malu untuk jadi Hang Jebat. Mungkin perkiraan politik penasihat beliau mempunyai sifir tersendiri sehingga memaksanya kekal sebagai Hang Tuah.

Berhujah dengan berkias mungkin menampakkan seseorang itu tebal nilai kemelayuannya, tetapi tiada sebarang 'fatwa' yang mewajibkan kiasan itu ditanggap dengan betul.

Berlama-lama berkias pun tidak menjadi apa-apa juga. Menyampaikan maksud melalui madah gerak zapin mungkin lunak pada telinga dan enak pada jiwa namun dalam politik, kaedah itu bukanlah pendekatan yang betul.

Pada banyak keadaan, pendekatan terus terang, tanpa kias berlapis dan retorik yang menebal adalah perlu.
Sampai bila?

Keadaan semasa menunjukkan Muhyiddin perlu menjadi lebih berani. Apatah lagi selama ini beliau menguar-uarkan langkahnya bersuara lantang terhadap pemimpin atasannya adalah demi rakyat.

Rakyat memang terdesak dan cemas sekarang. Ketika kos sara hidup semakin menghimpit, tanda tanya mengenai skandal 1MDB belum benar-benar terungkai, kita diperlihatkan dengan pelbagai 'jenaka' yang menggerunkan.

Kenaikan tambang perkhidmatan awam, pertambahan kadar tol, undang-undang yang mencemaskan adalah antara kerisauan rakyat. Mahu mengharap kepada pembangkang memanglah boleh tetapi lihat saja apa yang berlaku di parlimen sehari dua ini.

Maka antara harapan yang ada pada rakyat tertanggung pada bahu Muhyiddin. Beliau perlu lebih berani bersuara "demi rakyat" seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Secara analogi, jika perlu menghunus keris, hunuslah segera. Andainya terlucut jawatan, biarlah. Bukankah kehilangan kebesaran dan pangkat atas nama rakyat itu jauh lebih dihormati?

Melayari bahtera menempuh badai pula tentu lebih jantan berbanding hanya bermain-main anak ombak di gigi air.

Menjelang Perhimpunan Agung Umno kali ini, adakah Muhyiddin akan bertindak sebagai anak lelaki?
Sampai bila nak dijadikan "tunggul", Tan Sri?


Pesanan pra-AGM Umno Muhyiddin di KL esok

Posted: 05 Dec 2015 11:47 PM PST

Shakira Buang


 


Ketika peluangnya untuk bercakap kepada perwakilan tenggelam timbul, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mempunyai jalan lain.

Beliau dijadual akan bercakap kepada penyokongnya di pentas terbuka di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam esok – sehari sebelum perhimpunan agung Umno 2015.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang pembantu bekas timbalan perdana menteri itu susulan penyebaran khabar angin mengenai majlis tersebut disebarkan di media sosial.

"Majlis itu ada," kata beliau yang enggan namanya disebut kepada Malaysiakini.

Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini memutuskan Muhyiddin tidak akan berucap merasmikan pembukaan mesyuarat perwakilan sayap Wanita, Puteri dan Pemuda seperti kelaziman sebelum ini.

Manakala keputusan sama ada Muhyiddin akan membuat ucapan penggulungan hanya akan diketahui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas pada 9 Disember.

Jika menjadi kenyataan, program itu dilihat bakal menjadi ala ceramah, sekali gus dapat menjadi ukuran terhadap sokongan di kalangan penyokongnya.

Beliau sendiri dilihat sedang mencongak sentimen penyokong dengan meminta pandangan di Facebook berkaitan perkara penting yang patut beliau sampaikan jika dibenar berucap dalam penggulungan agung Umno.

Antara jawapan diterimanya termasuk seruan Najib meletakkan jawatan selain aduan mengenai kos sara hidup yang meningkat.

Muhyiddin dilihat belum bertindak cukup agresif selepas dikesampingkan daripada kabinet sebelum ini selepas lantang membangkitkan isu sekitar 1MDB, syarikat cetusan ilham Datuk Seri Najib Razak.


Sokongan buat Fasha Sandha

Posted: 05 Dec 2015 11:43 PM PST


Fasha Sandha
Fasha Sandha bersama dua anaknya
 

LAPORAN yang mengatakan rumah tangga Fasha Sandha kini goyah sedikit sebanyak mengejutkan peminat aktres cantik itu.

Dikhabarkan, Fasha mengunjungi sebuah mahkamah syariah baru-baru ini, namun atas urusan apa tidak dapat dipastikan.

Menerusi laman akaun Instagram miliknya, Fasha seolah-olah meluah perasaan dan antara status yang dimuat naik adalah, "ALLAH Maha Besar, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, semoga ALLAH memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya. Amin!".

Ia secara tidak langsung menguatkan lagi spekulasi bahawa rumah tangganya dengan suaminya, Jejai kini bermasalah.

Bagaimanapun di beberapa gambar di laman Instagram Fasha, rata-rata peminat melahirkan sokongan dengan meminta Fasha terus kuat dan tabah serta mendoakan agar rumahtangga ibu anak dua ini dapat diselamatkan.

Setakat ini, baik Fasha mahupun Jejai, kedua-duanya belum memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara ini dan Fasha yang dihubungi oleh sebuah akhbar juga dikatakan belum bersedia memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.


Program tribute Pak Yus dikritik

Posted: 05 Dec 2015 11:41 PM PST


Program tribute Pak Yus dikritik
Antara pengisian dalam program Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan
 
 
ISNIN lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Yus Jambu atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Yus ke Rahmatullah akibat serangan jantung.

Lebih dirasai, rata-rata peminat dan rakan baik yang baru sahaja berjumpa dan melihat aksinya dalam rancangan Juara Parodi, di mana Pak Yus atau nama sebenarnya, Yussry Edoo merupakan ahli kumpulan Kobis Pedas yang turut dianggotai oleh rakan karibnya, Tauke Jambu dan Misha Omar.

Tidak sanggup untuk meneruskan perjuangan pada minggu kelima Juara Parodi, pihak penerbit, Vision Works bersama Astro Warna bersepakat untuk menangguhkan program pada minggu kelima.

Ia kemudiannya digantikan dengan Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan yang menghimpunkan kesemua 10 kumpulan dalam program Juara Parodi serta rakan-rakan artis yang lain, di mana mereka menyampaikan persembahan khas buat Allahyarham Pak Yus.

Menerusi program yang disiarkan secara langsung di Saluran 132 Astro Warna, Jumaat lalu, rata-rata hadirin dan teman seperjuangan tidak dapat menahan juraian air mata kerana terkesan dengan pemergian seorang penghibur yang jujur dan rakan baik yang setia.

Bahkan komen menerusi laman sosial turut berkongsi kesedihan sama yang dirasai penonton di Theater Shah Alam.

Namun di sebalik kesedihan itu, ada beberapa pihak yang seolah-olah tidak bersetuju dengan program Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan dan menyifatkan ia sebagai keterlaluan.

Tidak melatah dengan kritikan sesetengah pihak terhadap program berkenaan, penerbit Juara Parodi, Afdlin Shauki berkata, sesebuah program yang tidak pernah dilakukan bukan bermakna tidak boleh diwujudkan.

Katanya, tujuan utama program itu diadakan adalah untuk menghargai Allahyarham Pak Yus dan dalam masa sama mengingatkan penonton tentang kematian.

"Saya terima beberapa mesej menerusi aplikasi WhatsApp termasuk daripada ustaz yang memuji pengisian program tersebut yang membawa penonton mengingati kematian.

"Saya tahu hidup mesti diteruskan dan kita buat program itu bukan untuk meratap, tetapi berkongsi kebaikan arwah yang pada hayatnya tidak diketahui ramai.

"Mereka tidak meratap pada malam itu, sebaliknya air mata yang keluar adalah ikhlas dari hati kerana terkesan dengan kehilangan Pak Yus," ujarnya kepada Zass.

Afdlin berkata, orang ramai juga perlu berfikir positif bahawa pelawak juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

"Beberapa hari selepas arwah meninggal, ada yang bertemu dengan kami (pelawak) dan meminta untuk selfie serta suruh kami senyum. Tapi kami minta maaf kerana tak dapat beri senyuman seikhlas hati.

"Begitu juga dengan malam tadi (Jumaat), kami tak mampu tersenyum kerana apa yang kami sampaikan itulah yang kami rasai.

"Malah, saya cuba menampilkan sebuah program secara sederhana. Sebab itu saya mulakan dengan tazkirah dan diikuti sesi luahan. Ada yang memilih untuk menyampaikan menerusi sajak dan nada juga lagu.

"Tapi lagu itu bukan lagu yang mendayu, tapi ada mesej yang tersendiri," ujarnya.

Tambah Afdlin, sekiranya Juara Parodi diteruskan juga pada Jumaat lalu, pihak penerbit tetap menerima kecaman ramai.

Oleh itu, Afdlin berkata, apa yang menjadi kepentingannya adalah peminat Pak Yus yang terkesan dengan pemergiannya.

"Kalau orang nak kutuk ke apa, terpulanglah. Apa yang saya peduli adalah peminat yang terkesan dengan pemergian arwah. Kalau saya teruskan Juara Parodi, tak mustahil kami mendapat kecaman juga," jelasnya.

Konsep tuju lagu

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Kamal berkata, pihak Astro bersetuju mengadakan program tersebut kerana sedar dengan semangat peserta lain yang masih belum pulih sepenuhnya.

Katanya, idea program tersebut berdasarkan tagline 'boleh tuju lagu' yang selalu diucap oleh Pak Yus ketika menyertai program Maharaja Lawak Mega.

"Pihak Astro memang sudah berkesan supaya semua yang terlibat tidak meratapi pemergian arwah. Tapi apa yang terjadi (tangisan) bukan boleh ditahan dan ia adalah semula jadi.

"Sejujurnya pihak Astro juga turut terasa dengan pemergian arwah dan kerana itu kita merasakan tidak wajar untuk meneruskan pertandingan.

"Pada saya program Mengenang Pak Yus adalah salah satu cara untuk menaikkan semula semangat peserta yang terlibat dalam Juara Parodi," ujarnya.

Tambah Ema, selain program ini, pihak Astro Warna juga sudah mengadakan bacaan surah Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Pak Yus yang diadakan pada Khamis lepas.

"Kita bukan buat program seperti ini semata-mata, tapi ada juga bacaan Yasin dan tahlil yang dibuat secara tertutup Khamis lalu," katanya.

Ema berkata, selain Juara Parodi yang masih berjalan, Pak Yus juga akan muncul menerusi program Sembang Pacak, di mana penggambaran program berkenaan sudah dilakukan beberapa minggu lalu.

Selain itu, Pak Yus juga sepatutnya terlibat dalam program Maharaja Lawak Mega tidak lama lagi, namun semua itu tidak kesampaian.

Menerusi Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan Jumaat lalu, rata-rata teman baik mendedahkan sikap Allahyarham yang suka memberikan hadiah dan gemar mencium pipi tanpa disedari.

Bahkan, kesemua mereka mengakui terkesan dengan pemergian seorang rakan yang cukup baik dan jujur dalam persahabatan.

Tiada ulasan: