Khamis, 26 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Blogger UMNO, Rohban Faizal DIarahkan Untuk Ditangkap

Posted: 26 Nov 2015 11:00 PM PST


IGP arah tahan 'penyokong BN' naikkan posting menghasut

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya seorang pengguna Facebook ditahan berhubung posting yang didakwa berunsur hasutan berkaitan dengan satu akuan berkanun (SD).

"Kesan dan tahan penama di bawah ini kerana menghasut," katanya dalam tweet kepada pegawainya bersama imej posting tersebut.

Posting Facebook oleh Faisal Rohban itu menyebut tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Posting Faisal sebelum ini, bagaimanapun, menunjukkan bahawa dia adalah penyokong BN dan akaunnya turut memaparkan gambar perdana menteri.

Ketika ditanya sama ada posting itu bertujuan sebagai satu bentuk sindiran, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa kes ini tidak terkecuali.

IGP menegaskan bahawa tidak kira siapa yang disokong, dia perlu berhati-hati dengan apa yang dikatakan dalam media sosial kerana ia memberi ruang kepada pelbagai tafsiran.

Katanya, mereka mesti bertanggungjawab dengan apa yang mereka siarkan secara umum dan kes ini tidak terkecuali.

Dalam posting seterusnya, Faisal memohon maaf, dan berkata kenyataan awal beliau mungkin mengelirukan dan disalah faham.

ULASAN GB

Siapa Faizal Rohban? Seorang blogger UMNO yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Blogger berkenaan pernah diperintahkan oleh mahkamah Rayuan membayar RM50,000 kerana memfitnah Husam Musa.

GB bukan kata Najib dan Rosmah betul, tetapi setiap tududhan perlukan bukti. Kita tidak boleh menulis sesuka hati kita. Kita perlu berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan, menulis secara bertanggungjawab. Kita tidak boleh menulis sesedap hati tanpa rasa tanggungjawab.

Di dalam satu seminar seorang peserta seminar bertanya kepada GB apakah rahsia GB mampu menulis dan bertahan sejak bernama "Mahazalim" lagi?

GB jawab: seorang blogger perlu jaga integriti. Kita bukan orang yang berjuang mengikut kaedah falsafah haiwaniah Machievilism "matlamat menghalalkan cara" yang akhirnya melahirkan blogger-blogger seperti papagomo dan RBF.

Daripada menulis tak tentu pasal dan tak tentu hala lebih diam dan jangan jadi blogger.

Seorang blogger juga bertanggungjawab kepada Allah di akhirat kelak terhadap setiap perkataan yang ditulis. Yang baik berpahala dan yang tidak baik berdosa. Itu keyakinan GB.

Begitu juga media sosial yang lain yang menyebarkan tulisan kita untuk dibaca oleh orang lain, facebook, twitter, instagram dan lain-lain.

Timbangan akan tetap berlaku di "sana" dan kadang-kadang Allah bayar "tunai" tatkala masih di "sini" lagi.

Setakat ini, alhamdulillah, kebanyakan tulisan dan jangkaan GB benar dan menepati kebenaran.

Dulu GB akui memang GB seorang ahli dan pendokong PAS sebab PAS ketika itu di dalam kebenaran. Kini tidak lagi. PAS telah tergelincir dari kebenaran.

Justeru kini tiada bulan lagi di hati GB, kerana yang ada cuma kebenaran dan keadilan. Itulah yang perlu diperjuangkan.

Jika kita tuis dengan niat memperjuangkan kebenaran dan keadilan, Allah Al-Haq (Yang Maha Benar) akan menjadi pembela kita dan kita tidak takut apa-apa selain Dia.

KEBENARAN itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu. Al:Baqarah:147


Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Dipenjara 31 Tahun

Posted: 26 Nov 2015 10:17 PM PST



Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Datuk Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A'khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai. Ummi juga bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut.

"Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya," katanya dan menjelaskan segala keperitan ibunya telah berakhir, dipetik melalui portal The Rakyat Post.

Rasuah: Bekas CEO TEKUN mengaku tidak bersalah

Posted: 26 Nov 2015 06:00 PM PST


rasuah

Dia dituduh menggunakan jawatannya ketika itu, bagi mendapatkan suapan dengan meluluskan dua permohonan pinjaman program perintis TEKUN Nasional berjumlah RM200,000

KUALA LUMPUR : Bekas Pengarah Urusan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan mendapatkan suapan dengan meluluskan permohonan pinjaman program perintis TEKUN berjumlah RM200,000 kepada sebuah syarikat e-learning yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

Datuk Abdul Rahim Hassan, 59, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, Abdul Rahim didakwa menggunakan jawatannya ketika itu, bagi mendapatkan suapan dengan meluluskan dua permohonan pinjaman program perintis TEKUN Nasional berjumlah RM200,000 melalui dua transaksi, masing-masing kepada syarikat Dynamind Enterprise.

Abdul Rahim didakwa melakukan perbuatan itu dengan mengetahui bahawa dia mempunyai kepentingan dengan pemilik syarikat Dynamind iaitu Khairul Fadly Mahammad, yang juga menantu tertuduh dan anak saudaranya (anak saudara tertuduh), Khairiyah Khalid yang juga rakan kongsi dalam syarikat berkenaan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat TEKUN Nasional di Bandar Tasik Selatan pada 31 Mac 2014.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Shakimah Ibrahim daripada SPRM menawarkan jaminan RM50,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Hasnal Redzua Merican yang mewakili Abdul Rahim memohon mahkamah memberikan jaminan RM40,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan alasan kedua-dua pertuduhan itu melibatkan transaksi yang sama, tarikh dan tempat sama.

"Anak guam saya juga merupakan pesara kerajaan dan isterinya juga tidak bekerja. Oleh itu, jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin adalah memadai," katanya.

Hakim Allaudeen membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Disember untuk sebutan bagi penyerahan dokumen.

Mahkamah juga memerintahkan Abdul Rahim menyerahkan pasport kepada mahkamah dengan memberi kebebasan untuk tertuduh memohon pasport sekiranya diperlukan.


– BERNAMA

Azwan Ali kutuk bil hospital swasta di Jalan Ampang FMT Reporters

Posted: 26 Nov 2015 05:30 PM PST


azwan

Azmin Ali merungut apabila dia terpaksa menunggu lebih 30 minit di bilik 'emergency' selain menahan jeritan kanak-kanak yang tidak dikawal oleh pengawal hospital tersebut.

PETALING JAYA: Selebriti Azwan Ali yang terkenal dengan nama Diva AA dalam laman sosial naik angin dengan sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang menawarkan layanan buruk tetapi mengenakan caj tinggi.

Ketidakpuasan itu dikongsi Azwan dalam laman Instragramnya.

"Kerana tangan inilah Gleneagles kow kow dihamun ! But this lovely Plastering bandage done by Ampang Puteri!

Sakit apa?

Sindrom meraba yg kronik !" katanya dalam muat terbarunya.

Sebelum status itu, adik kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali itu dipercayai meluahkan secara panjang lebar mengenai pengalamannya di hospital itu yang menyebabkan dia menunggu lebih 30 minit di bilik 'emergency' selain terpaksa menahan jeritan kanak-kanak yang tidak dikawal oleh pengawal hospital tersebut.

Dia juga menyampaikan kemarahan dipercayai terhadap jururawat yang menyuntiknya selain dua doktor yang merawatnya.

Tidak ketinggalan, tentang bil yang dikenakan, Azwan menulis, "Cekik darah the sucking bills? U gone! This to Gleaneagles Intan KL the gampangsss Services!"

Dalam status Instagramnya itu juga Azwan memuji tahap perkhidmatan Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.


FMT

Siapa yang putar belit?

Posted: 26 Nov 2015 05:00 PM PST

Asri Setiawangsa's photo.
Mula mula Ku Nan kata nak sekat wartawan daripada buat liputan Perhimpunan Agong Umno.Lepas tu kata belum muktamad dan tak kata nak sekat wartawan.

Sehari kemudian keluar satu lagi kenyataan benarkan wartawan terpilih buat liputan.

Asri Setiawangsa's photo.

Ciri Ciri Pemimpin Munafik !!

Posted: 26 Nov 2015 04:30 PM PST

 

 

Saya tidak beli PHD – Zahid Hamidi Mohamad Fadli

Posted: 26 Nov 2015 04:00 PM PST


zahid-hamidi,phd

Kajiannya tidak diterbitkan kerana berasa malu dan berasakan tidak releven untuk diterbitkan pada zaman sekarang

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa Ijazah Doktor Falsafah (PHD) beliau dibeli berikutan terdapat pihak yang mempersoalkan kajian tesisnya tidak diterbitkan kepada umum.

Sebaliknya, Zahid menjelaskan kajian tesisnya mengenai media cetak tidak diterbitkan oleh pengarang-pengarang disebabkan beliau berasa malu dengan kajiannya yang dianggap tidak releven pada masa sekarang.

Beliau berkata, penerbit-penerbitnya merasakan kajian yang dibuat itu belum layak dijadikan bahan ilmiah.
"Saya tidak pernah membeli ijazah Doktor Falsafah (PHD).

"Saya lakukan kajian sendiri, tetapi saya rasa malu untuk terbitkan sebab kajian saya tidak begitu releven dalam keadaan sekarang.

"Kajian saya lakukan berdasarkan kepada sistem Komunikasi Konvensional di mana ianya berdasarkan kajian terhadap media cetak di dalam lima kali pilihan raya di zaman era bekas Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang telah memimpin negara selama 22 tahun," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Persidangan Buku Antarabangsa dan Ekspo Buku Malaysia 2015.

Pada masa sama, Zahid mengakui media sosial kini telah menjadi rujukan utama untuk menggantikan media arus perdana.

Katanya, masyarakat kini perlu mengakui bahawa media sosial atau atas talian menjadi medan utama untuk seseorang mendapatkan maklumat berbanding zaman penggunaan media cetak.

"Sekarang media cetak telah dionlinekan..apatah lagi media sosial sekarang ini sebenarnya telah jadi arus perdana.

"Media sosial kini menguasai minda, beralih hala tuju ke arah menukar pembuat-pembuat keputusan yang mahu menentukan apakah bentuk kerajaan yang ada," ujarnya.

Justeru, Zahid menyarankan agar masyarakat kini berubah dan memperakui bahawa media sosial kini telah menjadi saluran utama untuk mereka mendapatkan maklumat.

Katanya, media sosial juga sudah mampu menjadi hakim dan memberi hala tuju dalam pemikiran seseorang untuk membuat keputusan.


FMT

Saman Khalid, Ismail Sabri kerana tiada pilihan – Nurul Izzah Adam Abu Bakar

Posted: 26 Nov 2015 08:00 AM PST


4ppl

Tindakan tersebut diambil selepas dirinya dilemparkan dengan tuduhan dan fitnah yang sangat dahsyat ekoran pertemuannya dengan anak perempuan Sultan Sulu, Jacel Kiram.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak mempunyai pilihan lain tetapi mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas dirinya dilemparkan dengan tuduhan dan fitnah yang sangat dahsyat ekoran pertemuannya dengan anak perempuan Sultan Sulu, Jacel Kiram.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah membuat permohonan maaf terutamanya kepada ahli keluarga dan mereka yang terlibat dalam pencerobohan pengganas Sultan Sulu di Lahad Datu.

"Saya tidak mempunyai sebarang pilihan lain selain mengambil tindakan undang-undang kerana saya dilemparkan dengan tuduhan yang sangat dahsyat," katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, dia akan memberikan kenyataan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Aman pada petang Jumaat.

Pada pagi Khamis, Nurul Izzah melalui peguamnya N. Surendran telah memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, Jalan Duta.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah menyatakan bahawa kedua-dua individu berkenaan telah menuduhnya sebagai 'pengkhianat' dan melakukan 'jenayah' yang serius.

Peguamnya N. Surendran menyifatkan dakwaan terhadap Nurul Izzah dengan melabelkannya sebagai 'pengkhianat' hanya kerana memenuhi permintaan anak perempuan Sultan Sulu itu adalah karut.


FMT

ANDA KENAL MULUT ZAHID..???

Posted: 26 Nov 2015 07:30 AM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Inilah cara mereka utk menghalalkan sesuatu tindakan undang2 terhadap tuduhan2 yg tak berasas & bukti..
DAH DUA TAHUN.. mana dia 3 nama pemimpin pembangkang yg jadi dalang isu Lahad Datu itu !!!..

APA AKAN JADI pada negara jika pemimpin No.1 & No.2 negara yg suka menipu pada rakyat & negara.. ???

Adik beradik Kevin Morais bergaduh sesama sendiri ??

Posted: 26 Nov 2015 06:45 AM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Dua daripada adiknya mendakwa mayat mendiang dibakar tanpa pengetahuan dan dibuat atas tujuan untuk melupuskan bukti

charlesPETALING JAYA: Perbalahan mengenai mayat Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais mencetuskan kontrovesi baharu selepas dua adiknya mendakwa mayat mendiang telah dibakar.


Charles Suresh, 51, dan David Ramesh, 51, menyelar perbuatan yang dibuat adik bongsu mereka, Datuk Richard Morais, 49 tahun.


Dia dikatakan menuntut mayat abang mereka di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin lalu, hari yang sama abangnya memfailkan permohonan di mahkamah untuk bedah siasat kedua.


Kedua-dua mereka mendakwa mayat mendiang telah dibakar secara senyap.


"Saya sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap Richard. Dia telah melanggar kepercayaan keluarga," kata Charles yang dipetik daripada Mstar Online.


Rabu lalu, Charles menandatangani surat akuan sumpah pada Rabu, mendakwa hubungan Richard dan Kevin sudah berjauhan selama kira-kira 15 tahun.


Katanya, dia berasa aneh apabila Richard berkelakuan seolah-olah dia sangat rapat dengan Kevin.


Dakwa Charles, beliau percaya perbuatan itu dilakukan untuk memusnahkan bukti baharu.

Kaitkan Najib, Rosmah dengan pembunuhan, KPN arah tangkap pengguna Twitter

Posted: 26 Nov 2015 06:00 AM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pengguna Twitter ditangkap kerana didakwa membuat posting menghasut, mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa kes berprofil tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 November, 2015. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pengguna Twitter ditangkap kerana didakwa membuat posting menghasut, mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa kes berprofil tinggi. 


Ketua polis negara mengarahkan pengguna Twitter dengan nama Faisal Rohban ditangkap kerana didakwa membuat posting menghasut, mengaitkan akuan bersumpah adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "PCIRC @PDRMsia, kesan dan tahan penama dibawah ini kerana menghasut," kata Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitternya @KBAB51.

Dalam postingnya, Faisal menyenaraikan pembunuhan Altantuya Shaariibu dari Mongolia, pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi, Kevin dan juga kematian penyiasat persendirian S Balasubramaniam dan berkata semuanya berkaitan dengan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.


"Mereka ini tidak ada kerja ke selain dari membunuh orang?" katanya dalam posting itu.

Patah Leher, Retak Muka Akibat Vape Meletup.

Posted: 26 Nov 2015 05:15 AM PST


 
(Gambar) COLORADO: Seorang lelaki cedera parah termasuk patah leher dan keretakan pada tulang muka selepas vape yang sedang digunakannya tiba-tiba meletup.

Dalam insiden itu, mulut Cordero Caples, juga melecur apabila peranti berkenaan meletup, Jumaat lalu.

Kejadian itu mengakibatkan pemuda berusia 29 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang.

"Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya," ujar salah seorang ahli keluarganya.

Seorang pekerja di kedai jualan peranti berkenaan memberitahu, letupan mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai Caples telah terlebih mengecas peranti itu.

Kakaknya, Colessia Porter berkata, Cordero dalam keadaan kritikal kerana kejadian itu boleh mengakibatkan dia lumpuh.

"Dia perlukan penjagaan sepanjang masa selepas menjalani pembedahan tulang belakang," katanya kepada stesen WMC-TV yang berpangkalan di Memphis.

Sementara itu, Jabatan Bomba Colorado Springs, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Bulan lalu, pengguna vape, Vicente Graza, 23, dari California kehilangan salah satu jarinya apabila peranti itu meletup. -mstar-


Kerengga.

Kerajaan dibebani jumlah kementerian dan kakitangan awam-Aziz Bari FMT Reporters

Posted: 26 Nov 2015 01:00 AM PST


Prof.-Dr-Abdul-Aziz-Bari,malaysia

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor itu mendakwa jumlah yang besar menjadi bebanan kepada kerajaan.

BANGI : Negara ini tidak sepatutnya mempunyai kementerian yang banyak kerana ia menyumbang kepada jumlah kakitangan perkhidmatan awam yang ramai.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Prof. Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia satu jumlah yang besar jika dinisbah dengan jumlah penduduk di negara ini.

"Kesimpulannya, kita tak perlu kementerian yang banyak. Lagipun kita dah ada bilangan kakitangan awam yang cukup besar..kita ada 1.3 juta kakitangan awam termasuk tentera dan polis.

"Ini cukup besar untuk negara yang setakat mempunyai 30 juta penduduk," katanya.

Jelasnya, jumlah itu menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban yang cukup besar.

Selain bilangan kakitangan awam yang didakwanya sebagai ramai, Abdul Aziz turut membangkitkan jumlah menteri Kabinet kerajaan.

Sebagai hujah, dia menjadikan India sebagai perbandingan.

"(Jika) dibandingkan (dengan) India ada 30 anggota kabinet, rakyat dia 1 bilion lebih. Kita ada 30 juta rakyat tapi menteri 35 orang tidak termasuk timbalan menteri. Saya rasa kita memikul beban yang cukup besar," katanya.

Ia merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini yang mempertahankan saiz anggota Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang didakwa mempunyai jumlah yang ramai.

Jelas Ahli Parlimen Pengerang itu, ia bersesuaian dengan keadaan semasa di mana negara ini semakin berkembang sebagai negara moden dan berdepan pelbagai cabaran serta tanggungjawab.


FMT

Kerajaan dibebani jumlah kementerian dan kakitangan awam-Aziz Bari FMT Reporters

Posted: 26 Nov 2015 12:30 AM PST


Prof.-Dr-Abdul-Aziz-Bari,malaysia

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor itu mendakwa jumlah yang besar menjadi bebanan kepada kerajaan.

BANGI : Negara ini tidak sepatutnya mempunyai kementerian yang banyak kerana ia menyumbang kepada jumlah kakitangan perkhidmatan awam yang ramai.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Prof. Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia satu jumlah yang besar jika dinisbah dengan jumlah penduduk di negara ini.

"Kesimpulannya, kita tak perlu kementerian yang banyak. Lagipun kita dah ada bilangan kakitangan awam yang cukup besar..kita ada 1.3 juta kakitangan awam termasuk tentera dan polis.

"Ini cukup besar untuk negara yang setakat mempunyai 30 juta penduduk," katanya.

Jelasnya, jumlah itu menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban yang cukup besar.

Selain bilangan kakitangan awam yang didakwanya sebagai ramai, Abdul Aziz turut membangkitkan jumlah menteri Kabinet kerajaan.

Sebagai hujah, dia menjadikan India sebagai perbandingan.

"(Jika) dibandingkan (dengan) India ada 30 anggota kabinet, rakyat dia 1 bilion lebih. Kita ada 30 juta rakyat tapi menteri 35 orang tidak termasuk timbalan menteri. Saya rasa kita memikul beban yang cukup besar," katanya.

Ia merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini yang mempertahankan saiz anggota Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang didakwa mempunyai jumlah yang ramai.

Jelas Ahli Parlimen Pengerang itu, ia bersesuaian dengan keadaan semasa di mana negara ini semakin berkembang sebagai negara moden dan berdepan pelbagai cabaran serta tanggungjawab.


FMT

‘Raba’ penumpang kaedah zaman batu, malukan negara – Bung Mokhtar Faiz Zainudin

Posted: 25 Nov 2015 11:45 PM PST


bung

Tindakan meraba penumpang merupakan tindakan yang tidak relevan dan memalukan negara kerana teknologi yang ada boleh digunakan

KUALA LUMPUR: Datuk Bung Mokhtar Radin mengutuk tindakan anggota keselamatan lapangan terbang di negara ini yang menggunakan tangan sebagai kaedah untuk meraba penumpang bagi tujuan keselamatan.

Katanya, kaedah tersebut sebagai satu pendekatan di zaman batu.

Jelas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, tindakan tersebut tidak relevan dan memalukan negara kerana teknologi yang ada boleh digunakan.

"Anggota keselamatan lapangan terbang kita masih raba sana raba sini, alasan digunakan ia salah satu mekanisme berkesan untuk mengesan bom dan benda-benda tidak diingini yang sememangnya tidak relevan sama sekali.

"Penggunaan tangan sebagai kaedah 'raba raba' penumpang di semua lapangan terbang di Malaysia, pada saya adalah satu kaedah atau pendekatan seperti di zaman batu.

"Raba sana raba sini, setiap pengawal di lapangan terbang kita cara mereka meraba pun berbeza. Ada yang raba cara keras, ada yang lembut, ada yang kasar. Yang jelas bukan semua orang suka kena raba, sebab kekadang mereka terlajak raba barang sulit kita," katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut, Bung Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, Malaysia perlu mencontohi kaedah yang diguna pakai oleh anggota keselamatan lapangan terbang luar negara dalam membuat kawalan.

"Siapa yang pernah ke London, Australia, Japan, Korea, Thailand, Laos, Cambodia, Indonesia, di lapangan terbang mereka pengawal keselamatan tidak main raba-raba.

"Mereka menggunakan mesin pengimbas badan individu yang telah diguna pakai hampir di seluruh lapangan terbang dalam dunia kecuali Malaysia," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak pengurusan Malaysia Airport Berhad (MAB) supaya menukar kaedah pemeriksaan yang lebih canggih tanpa meraba.

"Sebab kalau benar sistem meraba amat berkesan, kita tidak kehilangan dua kapal terbang dalam satu tahun," ujarnya.


KTM

Najib Dan Rosmah Menggelupur Dengar Berita Ini?

Posted: 25 Nov 2015 11:00 PM PST


Najib Dan Rosmah Menggelupur Dengar Berita Ini? Dakwaan draf kertas pertuduhan ke atas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan oleh laman web Sarawak Report mempunyai singkatan tandatangan (initials) Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morias, kata adiknya.

Dalam akuan sumpah berkanun (SD) hari ini, Charles Suresh Morais berkata ketika melihat dua halaman kertas pertuduhan di laman web itu pada 30 Julai, beliau mengenali singkatan 'AKM' iaitu ringkasan tandatangan abangnya di satu daripada kertas itu.

"Selepas melihat draf ini sekali lagi, saya dapati bahawa satu daripadanya telah dipinda dan mempunyai tandatangan singkatnya.

"Selepas meneliti kertas pertuduhan itu secara terperinci, saya dapati ada tandatangan abang saya, Kevin bersebelahan pindaan itu. Saya biasa dengan tandatangan dan singkatan yang digunakannya," kata Charles dalam dalam SD.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali sebelum ini menolak draf kertas pertuduhan itu yang didakwa sebagai palsu.

Charles dalam akuan bersumpahnya berkata beliau sentiasa berhubungan dengan Kevin, termasuk membuat dua atau tiga panggilan telefon sebulan dan saling bertukar e-mel.

Najib Dan Rosmah Menggelupur Dengar Berita Ini?

Beliau juga mendakwa bahawa dua hingga tiga bulan sebelum pembunuhan Kevin pada September lalu, abangnya meberitahu bahawa beliau sedang mengendalikan kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam SD itu, adiknya itu juga mendakwa bahawa Kevin yang telah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan pasangan itu sebagai 'kurang memberangsangkan'.

"Katanya perbualan telefonnya mungkin diintip dan berhati-hati dengan apa yang saya katakan. katakan. Itulah sebabnya sebahagian besar perbualan kami biasanya dalam bahasa Malayalam," katanya.

SPRM sedang menyiasat derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta daripada SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.
 
 
ADDIN

Tiada ulasan: