Isnin, 30 November 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BESAR KEMUNGKINAN UMNO KALAH PRU 14 – DR MAHATHIR

Posted: 30 Nov 2015 07:13 PM PST

HUSAM DIGAM MULUT...PAS MACAM UMNO

Posted: 30 Nov 2015 03:33 PM PST





OLEH GREENBOC












Dah betul-betul serupa dengan UMNO. Orang yang mengadu (Husam) disiasat, yang diadukan (kerajaan Kelantan) tidak. 

Bolehkah Husam mendapat keadilan dengan cara sedemikian? 

PAS, Kelantan tak boleh dikritik. Kalau nak kritik kena lakukan dalam kelambu. Senyap-senyap. Takut nanti ramai yang keluar PAS, ramai yang akan tolak PAS. 

Kini mulut Husam digam. Tetapi tiada lansung kenyataan untuk mengarahkan semua pimpinan PAS supaya menghentikan apa jua bentuk cacian dan kutukan kepada Husam Musa seperti yang dilakukan melalui pelbagai media: samada konvensional (ceramah dan lain-lain) atau media baharu seperti FB, WA dan seumpamanya. 

Melhat kepada muka-muka orang yang mendengar aduan Husam ketara ia memang berat sebelah. Muka-muka yang ada kesemuanya anti-Husam belaka yang berlakon seperti "orang tengah" untuk menyelesaikan konflik yang ada, walhal ramai melihat bahawa mereka sudah merancang untuk "menyembelih" Husam. 

Kita berserah kepada Allah untuk mendedahkan kebenaran dan keadilan. Mereka boleh mengunci mulut Husam tetap mereka tidak boleh mengunci kebenaran dari dinyatakan, samada melalui Husam atau lansung dari Allah s.w.t. 

Apa yang GB ulas pada tahun 2009 ki ni telah menjadi kenyataan. Petikan:

Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.

Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti"wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi.

Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi (parti) di zaman kontemporari ini.

Tanpa melupai fakta bahawa sebagai sebuah organisasi dakwah, PAS akan menghadapi tribulasi-tribulasi, tetapi di dalam bentuk baru. PAS akan menempuh gelombang tribulasi Badar, Uhud dan Khandaqnya sendiri, malah PAS akan mengharungi "Perjanjian Hudaibiyah" dan "fathul Makkah"nya sendiri.

Sebagai entiti politik pula PAS perlu bersedia untuk berdepan dengan mehnah baru. Perlu memperlengkapkan diri untuk diheret ke mahkamah bila-bila masa. Perlu bersedia menghadapi tantangan daripada ahlinya sendiri yang akan mencabar kepimpinan yang futur (lembab). Perlu menerima hakikat bahawa struktur yang ada boleh dirombak bila-bila masa pabila ia dilihat sudah tidak mampu menatangi zamannya. Kitar hayatnya (Life cycle) akan menetapkan bahawa proses kematangan parti tidak lagi menunggu pasang-surut sokongan terhadapnya.


LIVE][301115] Realiti Umat Islam Masa Kini - Ust Rashidi Lobo

Posted: 30 Nov 2015 06:50 AM PST

GAMBAR PENYOKONG HUSAM MUSA DI PEJABAT PAS

Posted: 30 Nov 2015 06:45 AM PST

Mrk tanya DHM knapa buat 
Mereka tanya DHM kenapa buat kenyataan terbuka....DHM 

jawab TGHH buat kenyataan terbuka untuk jadi penasihat 

UMNO.....




 .

[LIVE][301115] Kesempurnaan Solat - Ust Fauzi Thahir

Posted: 30 Nov 2015 04:45 AM PST




[LIVE][301115] Kesempurnaan Solat - Ust Fauzi Thahir


SURAT KEPADA AHLI DAN PEMIMPIN UMNO AKAR UMBI DARI MAHATHIR

Posted: 30 Nov 2015 02:53 AM PST

JANGAN ADA YANG NAK BAGI TONGKAT PADA Umno......kalau mahathir sendiri tak mau Najib tak kan la Hadi nak sokong Najib?

1. Negara Malaysia tercinta ini adalah hasil perjuangan UMNO sebagai sebuah parti, bukan oleh sesiapa atau seseorang.

2. Sebab itu apabila Dato Onn Jaafar, Pengasas dan Yang diPertua Parti yang pertama, membuat cadangan yang bertentangan dengan pejuangan parti, cadangannya di tolak dan dianya keluar dari parti.

3. Hari ini kita dapati UMNO sudah jadi milik Presiden dan perjuangan UMNO terhad kepada mendokong Presiden. Kesetiaan ahli terhad kepada Presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara.

4. Ini ternampak jelas apabila slogan Satu Malaysia yang sama dengan Malaysian Malaysia diperkenal, penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat, penggunaan konsultan Barat. Penubuhan Pemandu untuk mengganti Unit Perancang Ekonomi, bayaran gaji kepada badan bukan Kerajaan yang amat tinggi, meletak negara dibawah kehendak Singapura, meminjam berbillion Ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negera, menubuh 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat membukti dimana modal yang dilabur berada, gagal membayar faedah hutang, membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah, menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi, wang Tabung Haji diguna secara yang sama, keuntungan yang berlebihan ini diguna untuk menampung kerugian 1MDB, 2.6 billion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab, siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah dan Bank Negara ditamat oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, Pendakwa Raya dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB, cara hidup mewah lebih dari kemampuan Perdana Menteri, gaji minima dinaik sehingga kilang-kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan, kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk, cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah, sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara dan dimasuk dalam tahanan dibawah undang-undang yang salah.
5. Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU 14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan UMNO akan menjadi parti pembangkang. Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh UMNO untuk bangsa, negara dan agama.

6. Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang.

7. Sebaliknya jika Najib berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, besar kemungkinan UMNO akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14. Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.

8. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan UMNO. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak keatas kesalahan mereka semasa memerintah.

9. Semua ini memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat.

10. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi.

11. Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN sebelum PRU14.

12. Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya UMNO selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.

13. Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli UMNO dan orang awam. Jentera yang diguna yang terdiri dari badan-badan Kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan-kesalahan sedang dilakukan.

KERJASAMA PKR – PAS: PENYOKONG PH MARAH CADANGAN AZMIN

Posted: 29 Nov 2015 09:18 PM PST

Tiada ulasan: