Khamis, 26 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PH Boleh Menang Dengan Atau Tanpa PAS

Posted: 26 Nov 2015 12:12 AM PST

Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum akan datang - dengan atau tanpa PAS - atas gelombang sentimen anti-Umno, kata seorang bekas pemimpin parti pemerintah itu.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, yang kini bersama PKR, berkata sentimen Asalkan Bukan Umno (ABU) masih menjadi faktor dalam pilihan raya akan datang.



"Dalam pilihan raya umum lepas, kira-kira separuh daripada pengundi mengundi pembangkang, tidak semestinya kerana mereka mengundi pembangkang, tetapi mereka telah mengundi menolak BN.

"Masih ingat ABU? Saya pun kena la," katanya, merujuk kepada kekalahannya di kerusi Parlimen Temerloh kepada calon PAS, Nasruddin Hassan pada tahun 2013.

ABU adalah satu gerakan yang bermula pada tahun 2011, yang mana mesejnya ialah mana-mana parti lain, adalah lebih baik daripada Umno-BN dalam mentadbir negara.

Saifuddin keluar parti dan menyertai PKR pada 14 Oktober, selepas beliau diberi surat tunjuk sebab kerana menghadiri meja bulat Pakatan Harapan awal bulan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di ibu pejabat PKR pada Jumaat lepas, Saifuddin menyentuh tentang kemungkinan pakatan pembangkang yang dilahirkan semula, untuk meraih undi Melayu tanpa PAS.

Ini, katanya, akan bergantung kepada kekuatan parti serpihan PAS - AMANAH - pada masa itu, dan juga bagaimana ia boleh meyakinkan pengundi Melayu bahawa Pakatan boleh menjaga mereka dengan lebih baik, berbanding dengan Umno.


"Kita mesti menjelaskan dengan baik dasar-dasar kita kepada pengundi bumiputera, tunjuk rekod prestasi kita di Pulau Pinang dan Selangor untuk meyakinkan rakyat bahawa kita akan menjaga kepentingan orang Melayu," katanya. -mk

ULASAN GB

Setiap sesuatu yang berlaku itu ada kebaikan dan hikmahnya. Begtulah Pakatan Harapan tanpa PAS,

Rakyat mudah membuat pilihan diantara dua: samada BN atau PH. PAS tak termasuk kerana ia bersendirian.

PAS yang angkuh kononnya boleh ke Putrajaya sendirian. Terserah kepada mereka dengan keyakinan dan teori-teori mereka. Yang jelas dan nyata, PAS sedang menggali kubur sendiri. Keangkuhan dan kesombongan mereka memuncak apabila mereka menyatakan mereka mahu bertanding di semua kerusi dimana DAP dan AMANAH bertanding. Persis seolah-olah mereka sedang mengikut telunjuk pihak tertentu sekalipun sedar mereka akan kalah.

Walau apapun, di pentas demokrasi, tiada sebarang halangan. Dan dalam banyak hal, apa yang telah berlaku kepada PAS ialah ayam terlepas, tangan bau tahi. Hudud yang dilaung-laungkan akhirnya mati begitu saja sedangkan PAS sendiri yang tercampak keluar dari PR.




Rafizi Tolak Kajian Zuhdi, Sifatkan Ia Tak Realistik

Posted: 25 Nov 2015 09:05 PM PST

Rafizi: Analisis kajian PAS tak realistik

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan analisis dibuat Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengenai hayat Pakatan harapan sebagai tidak berpanjangan sebagai "terpisah daripada realiti".

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pihaknya percaya gabungan politik yang menyatukan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) itu akan membentuk pakatan lebih kukuh melalui mekanisme perjanjian yang akan dibuat menjelang 2016.


"Analisis yang dibuat agak terpisah daripada realiti bahawa Pakatan Harapan sekarang belajar daripada kesilapan lalu dan kini akan ada mekanisme yang akan menjadikannya lebih kukuh.

"Kita (Pakatan Harapan) berdepan dengan Umno yang sangat lemah dan rakyat sedang beralih cita rasa dan rakyat sudah tahu kebaikan ada pembangkang yang kuat," katanya kepada media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Malaysiakini hari ini melaporkan, PPP membuat jangkaan jangka hayat Pakatan Harapan adalah lebih pendek daripada Pakatan Rakyat.

Pengarahnya Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata andaian itu dibuat berdasarkan kepada konflik antara parti komponen Pakatan Harapan.

"Berdasarkan kepada konflik yang berlaku antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan hari ini, ditambah lagi dengan masalah dalaman parti masing-masing, dijangkakan paling lama hayat Pakatan Harapan boleh bertahan ialah sebaik sahaja selepas PRU14 (pilihan raya umum ke-14).

"Malah PPP tidak menolak, kemungkinan gabungan itu berakhir lebih awal daripada PRU14 juga adalah tinggi, berikutan satu demi satu konflik di kalangan mereka timbul," kata Mohd Zuhdi.

Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali juga memberitahu pemimpin AMANAH supaya berhenti mengkritik kerajaan negeri yang masih dianggotai oleh wakil dari PAS.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berpendapat, isu besar atau tidak analisis dibuat PPP itu tidak timbul namun menegaskan ia "tidak realistik".

"Malah analisis itu itu muncul ekoran masalah dalaman PAS sendiri," katanya.



Pakatan Harapan diramal 'berkubur' sebelum PRU14

SHAH ALAM - Jangka hayat Pakatan Harapan dijangka hanya mampu bertahan menjelang PRU14 susulan parti komponennya masih gagal menguruskan konflik dalaman secara berkesan.

Pusat Penyelidikan Pas (PPP) berkata, Pakatan Harapan juga dijangka tidak dapat bertahan lebih lama berbanding Pakatan Rakyat.

Pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, pihaknya tidak menolak pakatan pembangkang itu akan berakhir lebih awal sebelum PRU14.

"Kemungkinan gabungan itu berakhir lebih awal dari PRU 14 juga adalah tinggi, berikutan satu demi satu konflik di kalangan mereka timbul.

"Sehingga hari ini, Pakatan Harapan masih belum mempunyai keputusan bersama terhadap perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) walaupun setelah hampir sebulan dokumen perjanjian tersebut didedahkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zuhdi juga berkata, keadaan semakin buruk apabila DAP didakwa lebih cenderung untuk menyokong perjanjian TPP.

"PKR sehingga hari ini masih berdiam meskipun sebelum ini mereka mahu menunggu sehingga dokumen itu didedahkan.

"Amanah pula hanya segelintir pimpinan pemudanya kelihatan membantah, manakala pimpinan utamanya masih tunggu dan lihat," jelasnya.

Mohd Zuhdi berkata lagi, kegagalan tiga parti pembangkang untuk menentukan pendirian mereka dalam isu tersebut mendedahkan kerapuhan Pakatan Harapan.

"Berbanding Pas secara konsisten membantah keras keputusan kerajaan untuk terlibat dengan perundingan perjanjian TPP, apatah lagi menyertainya kelak.

"Pas telah memberi komitmen kuat bersama-sama dengan NGO dan NGI dalam Kongres Rakyat menentang perjanjian TPP," ujarnya.

Dalam pada itu, PPP turut mengunjurkan bahawa Pakatan Harapan tidak dapat mengulangi kejayaan yang dilakukan oleh PR dalam PRU 13.

"Ini disebabkan mereka akan kehilangan sokongan pengundi Melayu secara besar-besaran.

"Mereka juga dijangka tidak dapat meraih sokongan pengundi India, disebabkan tiada tokoh-tokoh besar kaum India di dalam Pakatan Harapan hari ini," katanya lagi.
-SH


ULASAN GB

Bekas Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pernah menggelar Zuhdi Marzuki sebagai bermulut cirit. Bukan saja mulutnya tetapi tangannya juga.


Sungguh menjelekkan apabila seorang yang berjawatan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS membuat penyelidikan terhadap hal-hal parti lain, dan bukan terhadap PAS sendiri.

Zuhdi ingat Pakatan Harapan(PH) macam Pakatan Rakyat(PR) yang longgar yang boleh dimanipulasikan oleh PAS. Pakatan Rakyat hancur lebur dahulu kerana PAS. Haji Hadi selaku Presiden PAS kerap ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR. Apabila wakil PAS datang dan bermuafakat dengan rakan-rakan komponen PR, Presiden yang ponteng menggunakan kuasa vetonya untuk mengubah keputusan PR.

Akhirnya PR berantakan dan akhirnya dibunuh oleh PAS sendiri melalui kelulusan usul Dewan Ulamak memutuskan hungannya dengan DAP di muktamar yang lalu.

Kini dengan ketiadaan PAS di dalam PH, kita yakin dan berharap peristiwa lama itu tidak akan berulang.

Seperti kata YB Sdra Rafizi Ramli, gabungan politik yang menyatukan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) itu akan membentuk pakatan lebih kukuh melalui mekanisme perjanjian yang akan dibuat menjelang 2016. Ini tidak diketahui oleh Zuhdi, atau sengaja buat-buat tak tahu supaya beliau dapat keluarkan kenyataan kononnya hayat PH tidak lama, untuk menghiburkan hati ahli-ahli PAS dan UMNO.

Yang dikatakan analisis oleh Zuhdi itu bukan analisis pun kerana ia tidak didasakan kepada sebarang "fact & figures". Hairan pemegang ijaah Ph D membuat rumusan tanpa fakta dan figura.

Namun kenyataan Zuhdi itu mendapat liputan meluas di media massa UMNO. Zuhdi adalah diantara pemimpin PAS yang merancang untuk penubuhan kerajaan perpaduan di Selangor yang melibatkan UMNI dan TS Khalid pada waktu itu. Buktinya:


Tapi hairan, orang PAS masih sayang dan simpan Zuhdi lagi, malah dimenangkan di dalam pemilihan yang lalu. Bukankah ketara PAS memang menyokong ide Zuhdi berkenaan untuk berkerajaan perpaduan dengan UMNO?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Jangkaan GB, PAS yang bakal menerima pada pada PRU14 nanti. Sejarah pilihanraya pada tahun-tahun 70an dan 80an akan berulang dimana ramai calon PAS akan kehilangan deposit .

Gelombang rakyat kini masih berpihak kepada pakatan pembangkang yang kini diterajui oleh Pakatan Harapan. Perjuangan jelas ialah diantara PH dan BN. PAS yang bersendirian hanya akan mengacau dan meracau untuk bertanding kononnya di banyak kerusi yang hanya akan memberikan kemenangan kepada BN tetapi tidak cukup untuk BN menandingi PH.

Bila terjadi demikian, dalam tangisan teresak-esak, PAS akan menyatakan... "kami sertai pilihanraya bukan untuk menang tapi untuk mendapat keredhaan Allah sahaja". Agaknya Rasulullah dulu pergi berperang bukan untuk menang tetapi sekadar untuk mendapat keredhaaan Allah semata-mata? Demikianlah PAS yang sentiasa menegakkan ego sendiri dan disamping untuk menutup kesalahan dan kebodohan sendiri.

Tiada ulasan: