Kelab Greenboc |
Dah Kukatakan - Razman Tolak Debat Dengan Mujahid Posted: 23 Nov 2015 12:50 AM PST Debat terbuka tidak beri faedah IPOH - "Tiada keperluan berdebat," itu reaksi , Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung cadangan Amanah Parlimen Parit Buntar yang mahu debat terbuka diadakan antara beliau dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi meleraikan isu pengkhianatan baiah. Beliau berkata, perdebatan itu bukan sahaja membuang masa malah tidak memberikan faedah dan nilai tambah, khususnya kepada Pas. "Pas Perak tidak akan melayan sebarang provokasi daripada Amanah. Bagi kita, perdebatan atau perbahasan tidak memberikan apa-apa keuntungan dan hanya memberi kelebihan kepada Umno," katanya. Terdahulu, perdebatan itu dicadangkan oleh Amanah Parlimen Parit Buntar selepas melihat beberapa pemimpin Pas Perak menggunakan platform ceramah bagi membidas kredibiliti dan 'pengkhianatan' dilakukan Mujahid. Razman berkata, tindakan beberapa wakil rakyat Pas keluar parti dan menyertai Amanah sememangnya pengkhianat kerana mereka mengetepikan baiah yang dipersetujui. "Mereka ini telah setuju dengan syarat perjanjian di antara diri mereka dengan jamaah bersaksikan ALLAH, tiba-tiba mereka keluar parti dan mencabar Pas, pada pandangan saya inilah pengkhianat," katanya. Beliau berkata, Pas Perak mengadakan satu program ceramah bersama Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Parit Buntar yang bertujuan memberi penerangan tentang pendekatan Pas dalam mengurus negara dan memberi kesejahteraan pada rakyat. "Ceramah itu juga diadakan bagi mencungkil bakat individu bukan Islam untuk bersama perjuangan Pas bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan DAP untuk menghadapi PRU14," katanya. -SH ULASAN GB Di entri sebelum ini, GB sudah ulas bahawa Razman tidak akan berani dan tak akan mampu untuk berhadapan dengan Dr.Mujahid. Razman perlu sedar siapa dirinya - hanya seorang bekas pegawai kastam berbanding Dr Mujahid yang merupakan seorang profesional dan juga seornag ulama. Razman kalah di parlimen Lenggong dengan majoriti lebih 3,000 undi manakala Dr.Mujahid menang di Parit Buntar dengan majoriti lebih 8,000 undi. Banyak tandatanya mengenai kekayaan melampau Razman.... malah beliau telah dinasihatkan bersara dari Kastam. Bukan saja PAS tidak dapat "nilaitambah" dari debat tersebut, silap haribulan dapat "nilaisusut" jika debat itu diteruskan. Oleh itulah Razman tarik diri lebih awal. Razman masih memperkatakan soal "baiah" sedangkan sebelum ini kita sudah menjelaskannya. GB sudah ulas sebelum ini: Sayugia dimaklumkan bahawa baiah berkenaan dilakukan ketika PAS masih berada di atas landasan perjuangannya yang benar dan PAS PADA KETIKA ITU adalah rakan komponen Pakatan Rakyat. Juga lihat dan baca ayat-ayat di bawah. |
Mampukah Razman Berdebat Berdepan Dengan Dr.Mujahid? Posted: 22 Nov 2015 07:41 PM PST Amanah syor Razman, Mujahid debat PARIT BUNTAR - Amanah Parlimen Parit Buntar mengesyorkan satu program debat diadakan antara Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dengan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi menjelaskan kemelut isu pengkhianatan baiah dibangkitkan Pas. Syor itu dikemukakan setelah Amanah Parlimen Parit Buntar membidas tindakan segelintir pemimpin Pas Perak menggunakan platform ceramah menyerang Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa secara terang-terangan di khalayak umum pada 10 November lalu. Setiausahanya, Amran Abdullah berkata, maklumat itu mendedahkan satu program ceramah bertajuk 'Baiah Yang Dikhianati' dilangsungkan pada tarikh itu meliputi tiga lokasi iaitu di Pekan Batu Lima, Batu 13 Jalan Pantai Kuala Kurau dan Tebuk Haji Musa, Titi Serong. Menurutnya, dalam program yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria itu, pihaknya terkejut dan kesal dengan sikap beberapa pimpinan Pas Perak yang mencemuh secara peribadi nama Dr Mujahid dalam ceramah dianjurkan. "Saya difahamkan nama Dr Mujahid sering kali diulang-ulang sebagai pemimpin yang mengkhianati baiah oleh salah seorang pimpinan Pas dalam ceramah itu. "Sebagai wakil rakyat Parlimen Parit Buntar, adalah tidak wajar nama Dr Mujahid diburuk-burukkan di hadapan rakyat, lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang wakil rakyat yang sudah melaksanakan tugas dengan cemerlang. "Sewajarnya Pas lebih lunak membicarakan isu-isu semasa dan masalah negara terutama melibatkan keperitan hidup rakyat pada ketika ini, bukan menyerang wakil rakyat kawasan dilawati," katanya pada sidang media, di sini. Turut hadir Pengerusi Amanah Parlimen Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad dan Ketua Pemuda Amanah Parit Buntar, Hairulnizam Ishak. Sementara itu, Hamdan mendesak perkara sebegini tidak berulang lagi memandangkan Pas sebagai parti memperjuangkan Islam tidak sewajarnya menggunakan platform ceramah untuk mencemuh pemimpin Amanah. Menurutnya, hubungan pemimpin Amanah dan Pas kawasan Parit Buntar juga masih baik dan tidak bermasalah ketika ini. "Berkaitan isu ini, Amanah merasakan perlu ada keseimbangan dalam menjelaskan isu sebenar berkaitan isu pengkhianatan disebutkan oleh pimpinan Pas kepada Dr Mujahid bagi mengelakkan kekeliruan rakyat Parit Buntar. "Justeru, Amanah mengesyorkan penganjuran satu program debat antara kepimpinan utama Pas Perak seperti Razman dan Dr Mujahid bagi membolehkan rakyat Parit Buntar menilai sendiri kemelut pengkhianatan baiah yang diuar-uarkan Pas. "Kami bersedia menyediakan platform penganjuran debat itu di kawasan Parit Buntar dan sekiranya terdapat badan berkecuali seperti NGO ingin bekerjasama, kami amat mengalu-alukannya. "Dr Mujahid sendiri sudah menyuarakan persetujuan dan Amanah berharap kepimpinan Pas Perak bersikap jantan untuk menyertainya demi mengelakkan rakyat terus terkeliru dengan penyebaran dakyah tidak benar," katanya. -SH ULASAN GB Soalnya mampukan Razman untuk berhadapan Dr.Mujahid yang merupakan seorang profesyenal dan juga seorang ulama? Sedangkan Razman hanya seorang bekas pegawai kastam yang telah dinasihatkan bersara pada tahun 2009? Raman dilaporkan memounyai harta bernilai jutaan ringgit? Di dalam pilihanraya yang lepas Razman tewas di tangan UMNO BN dengan majoriti lebih 3 ribu undi sednagkan Dr Mujahid menang dengam majoriti lebih 8,000 undi. P055 Lenggong: P057 Parit Buntar: Itu OPRU13 tatkala PAS berada di dalam PR. Sekarang PAS berada di luar PR, silap haribulan jika bertanding di Lenggong lagi, majoriti kekalahan Ra man mungkin bertambah lebar lagi. Razman dilaporkan bukan saja tidak segan silu menghentam bekas pimpinan PAS yang telah menyertai AMANAH di program-program ceramah malah di dalam kenyataan-kenyataan dan tulisannya di media sosial. Tidak mahu mengukur dan memeriksa diri sendiri sebelum hendak mengutuk dan menghina orang lain. Itu Razman! Tapi apa salahnya jika Razman bersetuju untuk berdebat seperti yang disyorkan oleh AMANAH Perak yang GB pasti PAS Pusat akan menhalang perdebatan yang bakal memalukan PAS sendiri sepertimana pembatalan debat Husam-Mustafa. Walaupun apapun kita berserah kepada Allah dengan Hukum Kebenerannya... bagi menghukum keceluparan PJ PAS Perak itu yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk mempertandingkan PAS di seluruh kerusi di negeri Perak... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan