Ahad, 22 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Siapa Buang Masa Dan Meroyan, Husam Atau Din Ayam?

Posted: 22 Nov 2015 12:08 AM PST

'Layan Husam buang masa, biar meroyan'

"Layan Husam buang masa. Tunggu sahaja beliau serah bukti kepada Dewan Harian PAS Pusat. Kalau biar dia meroyan sorang-sorang," kata Zaharudin Muhammad dalam posting di Facebook beliau hari ini.

Sambil memuat naik beberapa keping gambar, Zaharudin berkata, disebeabkan Datuk Husam Musa tidak muncul seperti dirancangnya pada hari ini, dia menganggap kenyataan bekas exco kanan Kelantan itu mengenai "penyelewengan" sebagai "fitnah".


"Oleh kerana Husam tak dapat bawa bukti (hingga) hari ini maka saya anggap itu adalah fitnah dan karenah Husam tak perlu dilayan lagi," tulis beliau.

Sebelum ini media sosial menjadi medan kedua-dua tokoh itu berbalas hujah secara terbuka mengenai isu pembalakan di Kelantan.

Husam yang juga ADUN Salor pernah mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.

Zaharudin pula melalui posting Facebook menuduh anak didik bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu cuba menjatuhkan kerajaan Kelantan.

"Demi Allah! Saya akan lawan Husam selepas ini demi selamatkan Kelantan. Cukup saya melihat Kedah dijatuhkan oleh puak-puak Phahrolrazi dengan fitnahnya.

"Saya menyeru rakyat Kelantan bersama-sama mempertahankan Kelantan," tulisnya.

Bye bye Husam

Tarikh hari ini kemudian ditetapkan untuk Zaharudin bersemuka dengan Husam bagi membentangkan hujah mengenai isu berkenaan.

Bagaimanapun Husam pada semalam memaklumkan dia sedang berada di China dan meminta semua pertemuan membabitkan dirinya ditangguhkan.

Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata beliau sudah memaafkan Husam walaupun dia dianggap "lebih teruk daripada Firaun".

"Yang penting saya sayangkan Kelantan seperti saya sayangkan negeri saya sendiri. Justeru apabila Husam seolah-olah mendakwa adanya berlaku penyelewengan, maka saya minta bukti. Jika ada saya bersama Husam (akan) menentang penyelewengan tersebut. Kalau tidak Husam kena hentikannya.

"Apabila saya minta Husam buktikan berlakunya penyelewengan, dia ajak dialog isu Kedah dan Terengganu. Bila saya bagi tarikh 21 (November), dia kata tak ajak (secara) rasmi dan label saya lebih teruk daripada Firaun.

"Bila saya buktikan ada surat yang telah dihantar nanti dia kata tak terima pulak. Bila dialog berlaku tanpa Husam, maka penyokong Husam terutama (kumpulan) pro-AMANAH spin kata program tak berlangsung dan tunjuk bilik kosong.

"Padahal dia (datang) lewat dan dapati bilik kosong kerana bilik dikemaskan sejurus siap program atas arahan pengurusan KUISM (mungkin merujuk kepada Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad - KUIZM).

"Bye bye Hussam. Ini mungkin posting akhir saya tentang Husam yang banyak membuang masa saya," katanya.

Zaharudin juga memaklumkan, disebabkan sesi dialog dengan Husam itu tidak berlangsung dia kemudian menukar majlis itu kepada sesi penerangan "bajet alternatif".-mk

ULASAN GB

Rasa nak tergelak pun ada baca kenyataan Zaharuddin Muhammad yng dikenali sebagai "Din Ayam".

Beliau mengaturkan sendiri jadual tarikh dan tempat untuk berdebat. Sendiri atur meja, sendiri duduk lepas tu ambil gambar yang kononnya Husam tak datang, hanya dia saja yang ada.

Bila disiasat, rupa-rupanya memang tidak ada lansung "persiapan" debat yang dikatakan itu. Ia hanya dirancang oleh Din Ayam bersama seorang rakannya yang bertindak kononnya sebagai "penyambut tetamu" dan sebagai "moderator".

Bilik yang dikatakan debat itu adakan kelihatan lengang dan kosong, hanya ada 2-3 buah kerusi kuliah. Pihak KUIZM pun tak tahu ada majlis debat berkenaan.

Ada satu majlis lain di bilik kuliah 3 iaitu Majlis TAKRIM anjuran kakitangan KUIZM,tapi ia tiada kena mengena dengan debat berkenaan.

Zaharuddin berkata: "Yang penting saya sayangkan Kelantan seperti saya sayangkan negeri saya sendiri. Justeru apabila Husam seolah-olah mendakwa adanya berlaku penyelewengan, maka saya minta bukti. Jika ada saya bersama Husam (akan) menentang penyelewengan tersebut...."

Oh kerana sayangkan Kelantan sanggup bertindak lebih buruk dari Firaun? Siapa Zaharuddin yang nak minta bukti, sedangkan PAS Pusat sudahpun berurusan dengan Husam, meminta Husam hadir di hadapan Dewan Harian untuk mengemukakan bukti.

Katanya lagi: "Bila saya buktikan ada surat yang telah dihantar nanti dia kata tak terima pulak..."

Ternyata surat tak dihantar, tetapi sengaja mengandai dan mereaka-reka kenyataan "nanti dia kata tak terima pulak..."

Terdedahkan hal semalam mendedahkan lagi mengenai banyak hal tentang "wayang" permainan Din Ayam ini. Ramai berpendapat kenyataan-kenyataan orang-orang yang menyokong Din Ayam sebelum ini kononnya Din Ayam seorang ulamak disegani sehingga pernah terlantik menjadi ahli majlis syura PAS dan kononnya Zaharuddin merupakan orang yang sering dirujuki oleh rakan-rakannya semasa di universiti dahulu hanyalah "tulisan" yang direka oleh beliau sendiri.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Tidak semua orang boleh diperbodohkan. Hukum kebenaran juga telah mencampakkan Din Ayam keluar dari ahli majlis syura.

Jadi yang sebenarnya meroyan, siapa sebenarnya yang tidak perlu dilayan, Husam atau Din Ayam? Masing-masing boleh beri jawapannya.



Ustaz Miqdad Lapor Polis, Diserang Anak Pemimpin PAS

Posted: 21 Nov 2015 06:01 PM PST

Pemimpin Amanah Terengganu dakwa diserang anak pemimpin PAS

Ketika Parti Amanah Negara (Amanah) meningkat popular, pemimpin akar umbinya di kubu kuat PAS di Terengganu mendakwa diserang anak pemimpin parti Islam itu.

Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria memberitahu The Malaysian Insider, bapanya membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan keluarganya selepas seorang pemuda, anak kepada seorang pemimpin PAS melakukan ugutan di perkarangan rumahnya.


Miqdad, anak saudara kepada isteri presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya, pemuda berkenaan datang untuk menyerangnya.

"Ketika itu saya tiada di rumah," kata Miqdad yang juga timbalan ketua Pemuda Amanah Terengganu kepada The Malaysian Insider. Bapa kepada Miqdad, Zakaria Abdul Rahman menulis dalam laporan polisnya menceritakan seorang pemuda yang juga anak seorang pimpinan PAS Terengganu datang ke rumahnya di perkarangan Masjid Rusila.

Nasih Ulwan, pemuda yang didakwa menyerang keluarga Ust Miqdad

"Saya memberitahu beliau anak saya tiada di rumah. Kemudian lelaki itu menjerit dengan sekuat hati dengan mengatakan perkataan 'munafik' dan menyebabkan beberapa jiran saya lain turut terdengar jeritan itu," kata Zakaria dalam laporannya di Balai Polis Marang.

Laporan polis yang dibuat Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria selepas seorang pemuda, anak kepada seorang pemimpin PAS melakukan ugutan di perkarangan rumahnya. – Gambar The Malaysian Insider, 21 November, 2015.

"Selepas itu lelaki tersebut terus beredar dari rumah saya untuk mencari anak saya. Saya bimbang akan keselamatan saya dan ahli keluarga saya. Saya takut terjadi apa-apa di kemudian hari."

Dalam respon melalui Facebook, Miqdad bagaimanapun memaafkan pemuda berkenaan dan berharap kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

"Ana harap apa yang berlaku kita selesai dengan cara yang baik. Ana maafkan Ustaz Muhammad Nasih Ulwan.

"Lepas ni cukuplah tunjuk akhlak yang tak baik. Minta jasa baik Ustaz Zakaria Dagang jaga elok-elok Nasih… Ana terpaksa Report Polis untuk jaga keselamatan mak ayah ana… maafkan ana," tulis Miqdad.

Akan tetapi Setiausaha Pemuda Amanah Terengganu Mohd Sufian Mat Ali memaklumkan, ancaman terhadap pimpinan di negeri itu menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Sufian berkata, ketika laporan polis itu dibuat ayah Miqdad, iaitu sekitar jam 1.15 tengah hari tadi, sekali lagi kediaman pemimpin Amanah itu didatangi orang sama dan turut mengeluarkan ancaman yang sama.

Ancaman berunsur politik ini, katanya, turut diterima Ketua Pemuda Amanah Terengganu Hasbie Muda pada Khamis, 19 November lalu dari individu yang sama.

"Pemuda Amanah Terengganu kesal dengan kejadian yang berlaku ini kepada 2 pimpinan pemuda Amanah, seolah-olah dirancang pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan perkembangan Amanah di Terengganu," katanya.

Pemuda Amanah Terengganu menasihatkan semua ahli agar berhati-hati dalam menerangkan agenda parti kepada masyarakat dan sekiranya mendapat ancaman keselamatan, hendaklah segera melaporkannya kepada pihak polis. – TMI.

ULASAN GB

Gejala samseng memang sudah berakar umbi dalam PAS sejak muktamar PAS yang lalu. Sebelum ini GB sudah ulas:

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.

Kemudian, kereta Mohd Hatta diserang dan dibakar, Dr.Dzulkefly Ahmad ditumbuk di waktu subuh hari.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.

Kini dengan penubuhan AMANAH, lagi bertambah mereka yang sakit jiwa. GB mendapat tahu bahawa ada pemimpin PAS Terengganu mendakwa Nasih Ulwan itu berpenyakit mental (munkin itu sebagai alasan untuk menjustifikasikan perbuatan dan tindakan anak pemimpin PAS Terengganu itu).

Sebenarnya, jika benar dakwaan itu sudah ramai rupanya ahli PAS yang terkena penyakit mental semenjak penubuhan AMANAH.

Buktinya, lihat saja di media-media sosial seperti facebook, whatsapps, twitter, instagram dan sebaagainya, perhatikan bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli PAS yang dikatakan "wala" dan istiqamah"... mereka tidak segan silu memparkan akhlak-akhlak keji dan buruk seperti mencaci-maki malah mencarut... Malah di blog GB ini, jika GB melulusterbitkan komen-komen mereka sudah pasti semua akan terperanjat besar meliaht akan kelakuan buruk mereka. Itu sebab mengapa untuk tidak mengaibkan mereka, banyak komen-komen sedemikian tidak dapat dilulusterbit...

Semakin hari semakin terdedah wajah PAS yang sebenar yang dikatakan menggunakan konsep kepimpinan melalui ulama. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan... Berkali-kali sudah GB katakan.... PAS sedang menuju kehancurannya kerana tidak lagi berpegang kepada akhlak Islam... Islam sudah tinggal hanya pada nama partinya sahaja, sedangkan akliah, akhlak dan tindakan sudah jauh dari Islam...

Tiada ulasan: