Rabu, 25 November 2015

dollah yankee

dollah yankee


Bagus !!!

Posted: 25 Nov 2015 07:17 AM PST


Image result for anwar ibrahim dan tanda bagus
PENGECUALIAN CUKAI PINTU TAHUN 2016
Mengambil kira keadaan ekonomi semasa yang lembab dan bagi mengurangkan dan meringankan beban pemilik rumah kos rendah, sederhana rendah serta juga termasuk pemillik rumah kampung, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang melalui kedua dua PBT telah bersetuju untuk mengecualikan bayaran cukai kadaran/pintu bagi tahun 2016. Keputusan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan ini melibatkan hasil sejumlah RM11,699,820.94 yang sepatutnya dipungut perlu dikecualikan. Keputusan memperluaskan pengecualian cukai pintu kepada rumah kos rendah, kos sederhana rendah serta rumah kampung membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada golongan yang tidak berada dan golongan luar bandar.
Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pianag dengan pengecualian ini dapat membantu mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah yang terlibat. Malah pengecualian ini juga secara tidak langsung membantu penduduk berkenaan menampung cukai GST yang telah dikenakan Kerajaan Persekutuan termasuk kepada penduduk dan pemilik rumah kos rendah, sederhana rendah serta pemillik rumah kampung
Kerajaan Negeri Pakatan Harapan akan meneruskan usaha untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri keusahawanan yang pertama di Malaysia selain daripada menjadi negeri berkebajikan. Dasar kebajikan Kerajaan Negeri sememangnya diketahui umum di mana Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM287 juta dalam tempoh 6 tahun ini untuk bantuan kewangan secara langsung.

dollah yankee - ini barulah namanya mensejahterakan rakyat !!!

Tiada ulasan: