. |
Pohon maaf kepada penempah dan terima kasih MB Kelantan. Posted: 26 Nov 2015 03:38 AM PST PERHATIAN. Tawaran istimewa buku baru saya NASIB berakhir tengah malam ini. Sesiapa berminat boleh oder pada nombor telefon sama dan kaedah sama seperti dalam ikhlan. Dalam pada itu kepada rakan yang sudah tempah saya pohon banyak kemaafan kerana tidak dapat membuat pengeposan segera. Pengeposan paling cepat Isnin. InsyaAllah akan diuruskan oleh isteri saya. Ini adalah ekoran saya masih dalam ward menjalani pembedahan pagi tadi dan kini Alhamdulilah keadaan saya selamat. Masih dalam ward. Tenghari tadi MB Kelantan Ahmad Yakob bersama setiausahanya dan Dr Wan Suhaimi Wan Daud singgah ziarahi saya. Terima kasih kepada MB. Ratusan sahabat Fb mengucap selamat dan mendoakan saya. Demikian juga Husam Yang belum pulih sepenuhnya berkirim salam. [Hukm.7.32 pm 25.11.15] |
You are subscribed to email updates from .. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan