Ahad, 29 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PKR perlu berani meninggalkan Pakatan Harapan, kata PAS

Posted: 28 Nov 2015 03:45 PM PST

Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menegaskan bahawa matlamat Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ialah pertandingan satu lawan satu dan pertikaian dalam gabungan itu perlu diselesaikan.

 Azmin berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang menuntut PKR tidak membenarkan Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Baca lagi di sini.

Komen al-husseyn :

Persoalannya, mampukah Azmin membendung nafsu serakah PAS yang mahu bertanding di semua kerusi melawan UMNO dan BN dan menafikan hak demokratik AMANAH untuk bertanding sama?

Malah PAS pernah menyatakan akan meletakan calon dari DHPP untuk lawan kerusi yang dimenangi DAP!

Sikap PAS ini sangat pelik bila mana dia menganggap AMANAH sebagai pengkhianat dan lebih jahat dari musuh (Umno) dan perlu dihapuskan.

PAS yang semakin mesra berpeluk dengan Umno tapi mahu melawan Umno hanyalah semata-mata bertujuan untuk menaikkan 'harga diri' mereka dalam perundingan dengan Umno.

PAS di waktu kemundurannya dahulu sebelum bersama Pakatan Rakyat, sebelah mata pun Umno tak pandang!

Tapi bila PAS mula mengecap sedikit kejayaan bersama PR, mulalah Umno mengenyit mata menjadikan PAS lupa diri hingga sanggup merobohkan tangga yang dibina bersama dengan PR untuk naik; semata-mata akibat tergoda dengan mainan Umno yang kononnya akan membantu PAS melaksanakan Hudud.

Semua kita tahu Hudud yang dikatakan itu hanyalah alat untuk melingkupkan Pakatan Rakyat. Setelah PR lingkup, Hudud pun senyap ikut sama lingkup! 

Setelah PR sudah tiada, apa lagi yang mahu diharapkan untuk duduk dan berbincang? 

PAS nak lawan Umno kena tunggu wahyu ...
Jangan mimpilah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) secara pertandingan satu lawan satu. Waima ketika PR dulu pun PAS mengkhianati konsensus yang di capai hingga berlakunya petandingan tiga penjuru yang telah menghadiahkan kemenangan kepada Umno dibeberapa kawasan.

PAS sebenarnya bukan musuh Umno/BN. Musuh PAS ialah DAP dan AMANAH , sebab itu PAS siang malam kerjanya hanya menyerang DAP dan AMANAH. 

PAS benar-benar mengambil alih kerjabuat Umno  yang dulunya hanya Umno yang buat.

PAS semakin angkuh mendabik dada yang ianya semakin kuat dan menggesa PKR supaya memilih PAS sebagai rakan dan meninggalkan Pakatan Harapan jika mahu bersama PAS.

"PKR perlu berani meninggalkan Pakatan Harapan. PAS tidak akan berundur. PKR perlu memilih. Jika mahukan Pakatan Harapan tidak perlu bersama dengan PAS." Begitulah kata dua yang diberikan 
Khairuddin at-Takiri melalui status fesbuknya yang dimuatnaik malam tadi.

Beliau mengingatkan PKR bahawa PAS lebih diperlukan 
dalam konteks pilihanraya dan undi berbanding DAP atau PAN kerana mempunyai jentera kerja yang ramai dan kuat!

"Hakikat yang mesti diperakui oleh PKR ialah mereka bertanding pada Pru ke 12 dan 13 dengan pergantungan besar kepada jentera PAS."

Beliau merujuk kepada PRK Kajang yang kononnya jentera PASlah yang menjadi nadi gerak kerja bagi mendapat sokongan masyarakat Melayu dan Islam.

 Malah beliau dengan sinis menempelak PKR yang dianggap tidak mempunyai penyokong teras dengan berkata, "Kalau DAP teras sokongannya adalah masyarakat cina, PAS pula masyarakat Melayu dan Islam maka apakah pula undi teras PKR?"

Tiada ulasan: