Selasa, 24 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Presiden PAS didesak berdebat dengan Husam dakwaan kerjasama dengan Umno

Posted: 24 Nov 2015 06:26 AM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tampil ke depan berdebat dengan Datuk Husam Musa berhubung dakwaan mahu menubuhkan kerajaan dengan Umno di Selangor tahun lepas.

Bekas AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata, itulah langkah terbaik menguraikan kekusutan ekoran dakwaan itu.

 "Sebagai pemimpin, Hadi perlu bersikap telus dan berterus terang dengan ahli dan masyarakat, sama ada benar usaha ke arah pembentukan kerajaan bersama Umno-Barisan Nasional (BN) di Selangor yang beliau usahakan pada 2014," kata Khalid dalam kenyataannya hari ini ekoran desakan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali agar beliau membuat penjelasan mengenai dakwaan itu.

 Menurut ahli Parlimen Shah Alam itu, peristiwa 2008 berlaku 7 tahun yang lepas dan ianya sudah lama berlalu dan suasana sudah berubah.

 "Kalau masih ingin dibahas, tiada masalah. Tetapi yang lebih penting, adalah yang lebih semasa.

 "Debat berhubung usaha pembentukan kerajaan PAS-Umno di Selangor pada 2014 perlu diadakan dengan kadar seberapa segera. Itu yang merupakan tumpuan dakwaan Husam.

 "Supaya kesemuanya akan dengan itu menjadi jelas dan nyata dan tiada yang ditipu atau dilalaikan dengan kata-kata manis sambil usaha sebaliknya dilakukan," kata Khalid mengulas desakan Mustafa agar beliau menjelaskan mengenai peristiwa 2008 itu. – 24 November, 2015. ~ sumber

Mereka tak cakap pasal Rosie, ayang....

Posted: 24 Nov 2015 03:19 AM PST

Isteri seorang Perdana Menteri, Puan Rosie menasihatkan para isteri pemimpin politik supaya sentiasa menjaga hubungan dengan suami mereka serta saling mempercayai.

 Malah, beliau turut berkongsikan cerita tentang bagaimana hubungannya bersama suaminya yang saling mempercayai.

 Suaminya sentiasa merasa simpati antara satu sama lain lebih-lebih dengan hal berkaitan dirinya di laman sosial.

 "Bila saya tengok di media sosial saya tanya adakah ini mengenai saya? Adakah mereka cakap mengenai saya, tentang Rosie ini?

 "Kemudian dia akan cakap, tidak. Ia bukan mengenai awak, ayang.... Mereka cakap pasal barangan kemas mewah yang Deepak tolong bayarkan,   cincin permata RM24 juta, beg tangan , jam tangan ....sikit pun mereka tak cakap pasal Rosie, ayang ...."

Peguam Negara suruh lepaskan lembu dari kandang ...

Posted: 24 Nov 2015 02:28 AM PST

 Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh 
Ismail, suami Shahrizat, dikaitkan dengan skandal 
pembelian  kondominium. Tiga anak mereka juga 
berada dalam firma yang sama.
Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan dua pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat.

 Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, supaya anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

 Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir tidak membantah permohonan itu.

Sebab apa Pendakwa Raya tidak membantah? kah! Kah! Kah! Nak bantah pasal apa? Dia hanya cari makan .....

Syed Faisal memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan supaya Mohamad Salleh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas meneliti surat representasi yang dikemukakan peguam pada 4 November lepas. Baca lagi  di sini

Rafizi Ramli mendakwa pentadbiran Najib Tun Razak telah meluluskan supaya NFC boleh menggunakan dana yang diberikan untuk penternakan lembu bagi tujuan membeli kondominium.


"Keputusan mahkamah ini, secara langsung pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak memberi mesej bahawa ia tidak sedikit pun peduli dengan kemarahan rakyat mengenai skandal NFC ini yang menyebabkan Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Jalil terpaksa meletakkan jawatan." Ikuti tulisan Rafizi Ramli di sini

Disiasat menghasut kerana gesaan mansuh Jakim

Posted: 23 Nov 2015 05:56 PM PST

Polis sedang menyiasat Tawfik Ismail, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, kerana menghasut, berhubung gesaannya supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan.

 Polis sudah memulakan siasatan selepas satu laporan dibuat di Shah Alam terhadap Tawfik, susulan komennya dalam artikel The Malaysian Insider terhadap agensi hal ehwal agama Islam yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri itu.

 Tawfik yang juga salah seorang ahli G25, kumpulan pesara kerajaan di kalangan Melayu, sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948, yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama.

 Polis semalam mengambil keterangan daripada seorang pengarang berita dan pemberita The Malaysian Insider bagi membantu siasatan.

 Bekas ahli Parlimen Umno itu menimbulkan kontroversi dalam satu wawancara awal bulan ini apabila mengatakan Jakim perlu dimansuhkan kerana tidak mempunyai peranan dalam Perlembagaan.

 Beliau berkata Putrajaya tidak harus menentukan bagaimana umat Islam mengamalkan agama mereka, dan beberapa fungsi Jakim dapat dilaksanakan kementerian lain.

 Tawfik juga berkata peranan mempertahankan Islam boleh diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, sultan, imam (ulama) dan mufti.

 Kenyataan Tawfik itu disokong pemimpin akar umbi Umno Zaharin Mohd Yasin dan pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, di mana kedua-duanya bersetuju Jakim tidak mengikut Perlembagaan.

 Kedua-duanya berkata, Perlembagaan Persekutuan menyatakan kuasa mempertahankan kesucian agama Islam terletak di tangan sultan-sultan dan Agong, dan bukannya kerajaan Persekutuan.

 Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyelar Jakim, dengan mengatakan agensi itu cuba memaksa versi Islam mereka terhadap orang lain dan ia boleh dihapuskan jika kerajaan diubah.

 Tetapi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim menjadi semakin relevan hari ini kerana terlibat dalam membanteras Syiah dan "Islam liberal" dan juga ancaman Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). 

 Pada Februari lalu, peguam hak asasi manusia Eric Paulsen didakwa mengikut Akta Hasutan kerana mengkritik Jakim kerana menyebarkan ekstremisme melalui khutbah Jumaat. – 24 November, 2015. ~  themalaysianinsider 

Tiada ulasan: