Jumaat, 20 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Esok ayam berkokok tanpa sahutan.....

Posted: 20 Nov 2015 06:42 AM PST


 Debat Husam dan Zaharudin @ menantu Hj Hadi yang dijangka berlangsung esok itu nampaknya tidak akan berlaku buat masa kini ....

Rupa-rupannya, program tersebut merupakan keputusan sebelah pihak dimana Husam tidak dihubungi untuk mendapatkan persetujuannya.

Menurut Husam ketika ini beliau sedang menerima rawatan lanjut di China dan dan akan berlanjutan disana seminggu lebih atas nasihat doktor untuk rawatan susulan. Beliau kesana pada Sabtu, 14hb November. 

Esok Husam masih lagi berada di China. Tapi jangan ingat Husam tidak balik kerana takutkan nak debat dengan menantu Hj Hadi pula!

Menurut Husam beliau tidak ada masalah menemui Zaharudin di mana jua. Tetapi biarlah resam diikuti ramai digunakan.

 "Jika orang yang lebih hebat dari beliau iaitu Dato' Mustapa pun InsyaAllah saya sanggup berdepan, tidaklah satu keberatan untuk saya menemui beliau. Biarlah ia diatur secara persetujuan bersama. Bila-bila pun saya bersedia, jika tidak bertindih dengan temu janji yang telah diatur lebih awal." Tulis Husam di akaun fesbuknya.

Beliau menempelak Zaharudin kerana bertindak secara bersendiri menetapkan tarikh 21hb untuknya bertemunya di KUISZM; sedangkan Fir'aun yang terkenal dengan kezalimannya itu lebih beretika ketika mengatur pertarungan dengan Nabi Musa a.s.

Ikuti tulisan Husam yang dimemuatnaik  berikut :
Debat 21hb: Fir'aun Pun Berunding Dengan Musa
 Sehebat dan segagah Fir'aun sekalipun, bila hendak ditentukan masa, tarikh, tempat dan bentuk pertarungan antara Nabi Musa dan profesional sihir Di Raja, Fir'aun merundingi Musa.
 Tidak ada keputusan unilateral atau sebelah pihak dilakukan. Pada hal Fir'aun itu diktator yang paling tersohor. Runding merundingi tetap berlaku.
 Nabi Musa - mengikut Al Qur'an - yang mencadangkan:
 - Masa : Dhuha/di waktu pagi sinarnya belum tersangat terik (Surah Ta Ha : ayat 59)
 - Tempat : Juga dicadangkan oleh Musa, iaitu di ibu kota (namun saya tidak sempat merujuk ayat berkenaan)
 - Tarikh : Yaumu Ziinah/hari perayaan nasional ( Ayat yang sama) 
Bahkan format pertarungan itu pun berlaku perbincangan. Ayat 65 dan 66 Surah Ta Ha menyebut jurucakap Ahli Sihir Fir'aun bertanyakan Musa siapa patut memulakan lemparan. Musa mencadangkan ia dimulakan oleh pihak Ahli Sihir.
 Itu aturan dari dunia peradaban silam. Ia kekal hingga kini sebagai amalan bersopan yang diikuti di mana-mana.
 Al Qur'an membawa kisah ini untuk membentuk peradaban ummat ini juga. Namun, rupanya ada juga insan yang ingin mempamirkan keberaniannya yang luar biasa dengan menetapkan sendiri tarikh, tempat, masa dan segalanya berkait apa yang dikatakan debat saya dan beliau. 
 Hingga kini saya tidak pernah dihubungi walau pun sepatah dalam apa jua bentuk.
 Saya tentunya tidak lebih baik dari Nabi Musa a.s dan dia tentunya tidak lebih buruk dari Fir'aun.
 Mengapa untuk isu 'debat' yang tidak sehebat mana pun, perlukan eksploitasi serendah itu?
 Dunia sudah menjadi begitu sempit untuk satu pengaturan yang bersopan?
 Secara bersendiri, hero kita ini menetapkan tarikh besok untuk saya bertemunya di KUISZM.
 Saya tidak ada masalah menemui beliau di mana jua. Tetapi biarlah resam diikuti ramai digunakan. 
Janganlah kerana beliau begitu hebat, insan kerdil yang lain kena mengikut semua telunjuknya, hatta tarikh debat pun hanya beliau yang mesti tentukan seorang diri.
 Jika watak seperti ini menjadi sebahagian kerajaan negara ini atas apa jua platform, apa akan berlaku? Jika orang yang lebih hebat dari beliau iaitu Dato' Mustapa pun InsyaAllah saya sanggup berdepan, tidaklah satu keberatan untuk saya menemui beliau.
 Biarlah ia diatur secara persetujuan bersama. Bila-bila pun saya bersedia, jika tidak bertindih dengan temu janji yang telah diatur lebih awal.
Husam Musa
20 November 2015

8 Safar 1437
Hsumber

Nurul Izzah dijemput Datuk Bandar Manila dan Naib Presiden Filipina

Posted: 19 Nov 2015 08:00 PM PST

Hanya kerana foto-foto pertemuan Nurul Izzah dan Jacel H Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013 dimuatkan di facebook princessjacel , Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan sudah naik 'hangin' satu badan!

Dia suruh Nurul Izzah Anwar memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama di Sabah berikutan tindakannya mengadakan pertemuan dengan Jacel H Kiram.   

Dia juga mengancam, Nurul Izzah kemungkinan kerajaan negeri Sabah jika tidak akan membenarkan YB Nurul Izzah melawat Sabah jika tidak minta maaf!

Tidak boleh beri sebarang alasan kerana tiada satu alasan pun boleh 'menghalalkan' perbuatan itu....Amboi...korang baca kat  sini.

Nurul dalam penjelasan mengenai insiden tersebut berkata beliau diundang ke majlis tersebut yang dihadiri bersama beberapa anggota kongres Filipina: Hermilando Mandanas, Regina Reyes, dan Silvestre Bello. 


Turut hadir, dekan undang-undang Amading Valdez dan bekas anggota kabinet Romy Nery, selain pegawai-pegawai naib presiden Filipina dan datuk bandar Manila.

"Saya diundang sebagai tetamu di majlis anjuran Majlis Hal-Ehwal Filipina, Institut Demokrasi Asia, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina."

 "Mereka [penganjur] yang membuat keputusan siapa yang patut kami temui,"  Jelas Nurul di sini

RM1.5 juta untuk kerja-kerja pembaikan dan baik pulih di Bukit Aman lesap?

Posted: 19 Nov 2015 06:00 PM PST

KUALA LUMPUR:  Cukup memalukan apabila  The Sun hari ini, melaporkan bahawa RM1.5 juta untuk kerja-kerja pembaikan dan baik pulih di Bukit Aman yang tidak pernah berlaku walaupun pembayaran kepada kontraktor direkodkan dan beberapa dozen transaksi untuk menyedut wang keluar melalui penggunaan tandatangan palsu dua pengarah polis dan seorang jurutera awam di Jabatan Kerja Raya (JKR). Baca di sini

Ahli Parlimen DAP menggesa polis Bukit Aman menyerahkan siasatan kes itu kehilangan RM1.5 juta itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya ia boleh dijalankan dengan cara yang lebih adil dan telus.

 Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng berkata hari ini, memetik satu laporan oleh The Sun bahawa RM1.5 juta bertujuan untuk pembaikan dan kerja baik pulih di ibu pejabat polis telah disalahgunakan.

 "Tidak patut bagi polis untuk menjalankan siasatan ini oleh mereka sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang media.

Lim mencadangkan agar SPRM campur tangan dalam perkara ini dan mengambil alih kes itu supaya siasatan yang lebih telus dapat dijalankan.

 "SPRM perlu campur tangan dan mengambil alih kes itu dan polis sukarela perlu menyerahkan siasatan. DAP tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada SPRM sekiranya polis mendesak siasatan itu sendiri," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Soo kata Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar perlu menerima cadangan itu kerana ini boleh membantu memulihkan imej pasukan polis.

 "Kejadian seperti ini mencemarkan imej polis. Mereka perlu bertindak bersama-sama," katanya.

 Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berkata jika polis berkeras menjalankan siasatan mereka sendiri, jelas akan ada konflik kepentingan sendiri.

 Beliau mencadangkan mereka serahkan kepada pihak ketiga supaya siasatan telus dan boleh berlaku adil

"SPRM perlu masuk ke dalam. Pihak polis perlu melangkah keluar dan Ketua Polis Negara tidak boleh campur tangan," katanya. ~ Freemalaysiatoday

Tiada ulasan: