RAKYAT MARHAEN |
- DAP rejects ROS' order to hold fresh polls
- Morsi Supporters Protest Egypt's Military
- Syrian Troops, Rebels Clash in Aleppo
- SORRY NAJIB, ROSMAH: Altantuya's ghost can only be exorcised by justice, not NST or Bernama
- Diesel controversy: Who’s telling the truth?
- DAP pertikai arahan RoS adakan pemilihan semula
- Penunggang motosikal mati ditembak
- Petisyen PRU13-Apa kata Hanifa Maidin Peguam PAS
- TERKINI : DAP MENOLAK ARAHAN ROS UNTUK ADAKAN PEMILIHAN SEMULA
- Isu Lahad Datu - Bukti Takde, Tapi Menteri Dah Kecoh Kaitkan Dengan Pembangkang?
- Suaram desak Jasbir dedah rundingan penuh Scorpene
- Dari 60 negara Pasifik, hanya 12 sahaja yang terlibat dalam TPPA
- Tarikh Balik Semua Petisyen, Selamatkan Wang
- TAHNIAH UNTUK PARA PENYOKONG, PENDOKONG DAN AHLI UMNO KERANA MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA UMNO/BN PADA PRU 13 LALU!!!!!...MULAI ESOK HARGA GAS MASAK NAIK!!!
- 'Kenapa mahu AGM semula DAP, bukan PRU baru?'
- J’kuasa khas siasat penggunaan senjata api untuk jenayah
- SPR kata tak puas hati masuk mahkamah..bila masuk mahkamah tak bicara lagi Hakim asyik tolak apa cerita..???
- MESIR : DUA PERBEZAAN
- Bekas Timbalan Panglima ATM tuntut janji kerajaan kepada tentera
- MB Selangor: Sedia Bajet Polis Bantuan, Hanya Tunggu Kelulusan PDRM
- Pemilihan semula: Kerisauan DAP jadi kenyataan
- Soi Lek: Noh Omar sudah gila
- Sidang Media YAB Dato' Ustaz Ahmad Yakob | 31 Julai 2013
- PAS: Petitions rejected over petty issue
- PAS persoal pengendalian petisyen pilihan raya
DAP rejects ROS' order to hold fresh polls Posted: 31 Jul 2013 03:18 PM PDT | ||
Morsi Supporters Protest Egypt's Military Posted: 31 Jul 2013 03:17 PM PDT | ||
Syrian Troops, Rebels Clash in Aleppo Posted: 31 Jul 2013 03:16 PM PDT | ||
SORRY NAJIB, ROSMAH: Altantuya's ghost can only be exorcised by justice, not NST or Bernama Posted: 31 Jul 2013 02:57 PM PDT It is quite a spectacle watching a chorus of Umno ministers suddenly scrambling to defend their party boss over the long dormant and taboo Altantuya-Scorpene scandal, following an article in a newspaper supposedly debunking the common belief that Altantuya's murder was irretrievably connected to the corruption scandal of the Scorpene submarine purchase. For many years, Prime Minister Najib Razak's name has been linked to the gruesome murder of Mongolian beauty Altantuya Shaariibuu, but such link has been hushed up and never been subject to any scrutiny by the authorities, including the police and the court, due obviously to its sensitive nature. But why should Umno leaders suddenly play up the issue now? Is it to cleanse Najib of such stigma so as to enhance his position in the imminent Umno party election? Or is it to influence public opinion ahead of the coming appellate court hearing of the two convicted murderers? Whatever the intention is, is it not too risky for Umno to gamble its fortune on a hitherto unknown name to suddenly appear and make claims to cleanse Najib of his long-standing stains, when the same effort could boomerang by opening up a Pandora's box? Umno-owned newspaper The New Straits Times published on July 27 an interview with Jasbir Singh Chahl, a middle man touted as "architect" of the Scorpene deal, who vigorously claimed that Altantuya had nothing do with the RM7 billion deal and that the RM500 million so-called commission paid to the go-between company Perimekar Sdn Bhd was not bribery. COUNTER ATTACKS AGAINST CRITICS With this Jasbir story as the launching pad, Umno ministers one after another immediately began their salvos against critics of the scandal, accusing them of having "proliferated lies and scandals" to "tarnish the image of our country and our leaders", and even called for police action against these alleged liars who have supposedly defamed the Prime Minister's good name. These ministers include home minister Zahid Hamidi, and his deputy Wan Junaidi Tuanku Jaafar, youth and sports minister Khairy Jamaluddin and federal territories minister Tengku Adnan Mansor. But, in their haste to defend Najib, who was then the defence minister at the material time of the murder and the deal, they seem to have overlooked two major deficits in the Jasbir story. First, Jasbir Singh is but a middle man in the wheeler-dealer world of international defence weapon trade with developing countries, where shady dealing under table is the routine rather than the exception. It is for this reason that Jasbir has been in hiding all these years, while the scandals swirled and raged. So what authority or credibility does he command now to weigh in on such hefty issues as Najib's alleged intimate relationship with Altantuya or the corrupt elements of the deal? Apart from Jasbir not having the standing to make any pronouncement on these controversial issues, there is no evidence that he was privy to the intricate details of these events. And on what basis could these Umno ministers take Jasbir's words as gospel truth to launch their counter-attack and exonerate Najib? Second, even if Altantuya was not involved in the Scorpene deal as claimed by Jasbir (which is not at all certain), this fact should not detract from the allegations made against Najib over his relationship with Altantuya or over the corruption committed through Perimekar. These allegations fall or stand on the merits of facts relating to these two issues individually (not jointly), revealed through credible public hearings. BIZARRE COURT SCENES So, what are the facts on the Altantuya murder case? Read More / Baca Lagi >> | ||
Diesel controversy: Who’s telling the truth? Posted: 31 Jul 2013 02:52 PM PDT While federal minister Hassan Malek assured Sabahans that the diesel shortage is just temporary, consumers in Sabah cry foul at the government's inefficiency. KOTA KINABALU: The government's announcement that they have resolved the diesel shortage with an immediate eight million litre allocation has not stopped speculations of the real reason behind the occurrence across major towns in Sabah.In fact the conflicting explanations emanating from federal minister Hassan Malek and local officials have further fueled rumours of possible causes. The question being tossed about here in the light of the shortage is: "Who's telling the truth?" Hassan, who is Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Minister, had reportedly said that there was a possibility that diesel was being smuggled out of Sabah. But Sabah Customs Department director, Janathan Kandok, quickly shot down such possibility saying his office had not received any reports of diesel smuggling activities in the state, including at 'legal landing places' (LLP). "We have not received any reports of diesel being smuggled out from the country including LLP ports in Kota Kinabalu, Sepanggar,Menumbuk, Sandakan, Kunak, Lahad Datu and Tawau, | ||
DAP pertikai arahan RoS adakan pemilihan semula Posted: 31 Jul 2013 08:12 AM PDT DAP tidak berpuas hati dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang meminta parti itu mengadakan semula pemilihan jawatankuasa parti, kata Lim Guan Eng. Setiausaha Agung DAP itu juga meminta penjelasan RoS, dari sudut mana mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan parti yang dijalankan Disember lalu mengikut Seksyen 16 (1) Akta Pertubuhan 1966. Beliau berkata, RoS perlu menjelaskan peruntukan undang-undang mana yang diguna pakai bagi meminta DAP untuk mengadakan semula pemilihan parti. | ||
Penunggang motosikal mati ditembak Posted: 31 Jul 2013 07:57 AM PDT | ||
Petisyen PRU13-Apa kata Hanifa Maidin Peguam PAS Posted: 31 Jul 2013 07:56 AM PDT
Untuk berlaku adil terdapat juga beberapa petisyen yang Umno failkan juga dtolak. Hampir semua petisyen yang ditolak , Mahkamah mengenakan kos yang agak tinggi. Ini menimbulkan spekulasi yang tidak sihat iaitu adakah Mahkamah ingin memberi satu mesej kepada mereka yang ingin memfailkan petisyen pilihanraya pada masa akan datang supaya berjaga-jaga kerana anda mungkin akan dikenakan kos yang tinggi jika kalah. Selain itu ia juga mengundang satu mesej bahawa mana mana petisyen yang telah difailkan tapi belum didengar lagi setakat ini adalah lebih baik ditarik balik petisyen tersebut. Semasa pendengaran petisyen PAS bagi Parlimen Kuala Selangor, peguam Umno Dato Hafarizam meminta Mahkamah mengenakan kos yang tinggi iaitu lebih dari RM30 ribu kerana beliau mahu membankrapkan Pempetisyen. Kata beliau seseorang hanya boleh dibankrapkan jika hutang lebih RM30 ribu. Ketika tiba giliran saya berhujah saya katakan kami failkan petisyen bukan untuk membankrapkan sesiapa. Sebaliknya kami failkan petisyen kerana ini sahaja saluran undang-undang yang kami ada untuk meminta Mahkamah membetulkan kepincangan dan salah urus pilihanraya yang dilakukan olen SPR . Petisyen difailkan, saya kata, bagi memastikan kesucian (sanctity) dan kebersihan (purity) sistem pilihanraya sentiasa dipelihara. Saya katakan biarlah mana mana calon yang menang sesuatu pilihanraya hasil dari satu pertandingan yang sihat dan adil dan bukan secara menipu dan melanggar undang-undang. Saya pernah menulis di ruangan ini bahawa hakikatnya Mahkamah Piliharaya bukan forum yang boleh diharap membetulkan kepincangan sistem pilihanraya negara ini. Keyakinan saya itu hasil dari pengalaman mengendalikan banyak kes petisyen pilihanraya dalam tempoh masa hampir 15 tahun. Melihat kepada beberapa keputusan Mahkamah Pilihanraya pada kali ini saya makin hampir ingin menyatakan tidak perlu lagi Pakatan bersusah payah mengguna saloran Mahkamah untuk mengadu hal kepincangan pilihanraya. Buang masa , tenaga dan wang ringgit. Tapi itulah yang Umno inginkan! Dan itulah dilema yang Pakatan hadapi. Guna saloran undang undang, Mahkamah meletakkan pelbagai halangan teknikal untuk menyusahkan perbicaraan petisyen. Guna saloran di luar Mahkamah seperti berdemo menentang kepincangan sistem pilihanraya dkatakan tidak menghormati keputusan pilihanraya meskipun keputusan tipu dan mungkin akan didakwa pula di bawah Akta Perhimpunan Aman .Read More / Baca Lagi >> | ||
TERKINI : DAP MENOLAK ARAHAN ROS UNTUK ADAKAN PEMILIHAN SEMULA Posted: 31 Jul 2013 07:38 AM PDT | ||
Isu Lahad Datu - Bukti Takde, Tapi Menteri Dah Kecoh Kaitkan Dengan Pembangkang? Posted: 31 Jul 2013 07:24 AM PDT Apa neh? Bukti belum cukup sempurna, belum cukup kuat, belum cukup kredibel untuk mengaitkan insiden tersebut dengan mana2 pemimpin pembangkang tetapi menteri dah keluarkan kenyataan di akhbar bahawa 3 pemimpin kanan pembangkang terbabit dalam insiden Lahad Datu? Pada 26 April lalu, bekas menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) berkata, kementerian itu telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden di Lahad Datu. Maksud ; 1. Kementerian dah kenal pasti 3 pemimpin pembangkang yang menjadi dalang dalam insiden Lahad Datu. 2. Maklumat2 dan butiran mengenai hal tersebut akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya. 3. Berita pada 26 april 2013. Sekarang? Dah berbulan2 berlalu, usah kata nak dakwa, bukti pun sebenarnya tak berapa nak cukup. Aku bukan suka2 nak cakap gini tapi PDRM sendiri yang sahkan melalui kenyataan media oleh KPN sendiri baru2 neh. Baca bawah ; | ||
Suaram desak Jasbir dedah rundingan penuh Scorpene Posted: 31 Jul 2013 07:17 AM PDT KUALA LUMPUR 31 JULAI: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa saksi kes Scorpene di Perancis, Jasbir Singh Chahl mendedahkan sepenuhnya maklumat urus niaga pembelian kapal selam itu kepada media arus perdana. Pengarah Eksekutif NGO hak asasi itu, Cynthia Gabriel berkata, Jasbir menerusi wawancara dengan akhbar New Straits Times tidak mengemukakan perincian penuh mengenai perjanjian pembelian kapal tersebut. Beliau mendedahkan, Jasbir telah digugurkan sebagai perunding bagi pembelian dua kapal selam Scorpene tersebut, yang kemudian digantikan dengan perunding pertahanan, Abdul Razak Baginda. Cynthia mendakwa, Jasbir juga bertindak memfailkan saman RM50 juta kepada Abdul Razak, dan kemudian diselesaikan di luar mahkamah. "Kami harap Jasbir mengambil langkah seterusnya untuk mendedahkan semua perkara yang beliau tahu mengenai perolehan pembelian Scorpene. Mengapa beliau dipecat dari rundingan tersebut? "Beliau tidak mendedahkan sepenuhnya apa yang diketahuinya dalam temubual dengan NST," kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, petang semalam. Menurut Cynthia, kenyataan Jasbir dalam wawancara itu menjadikan bukti siasatan pihak pendakwaan Perancis terhadap kes pembelian kapal selam Scorpene semakin kuat. Justeru, Suaram mendesak Jasbir dan saksi-saksi lain supaya bekerjasama dengan pihak penyiasatan Perancis agar kebenaran dalam kes ini segera dapat didedahkan. "Kita mengingatkan pihak media bahawa beliau (Jasbir) adalah orang yang sama yang hanya pada tahun lepas mengeluarkan penafian kukuh bahawa dia telah terlibat dalam pemerolehan Scorpene. "Ini berikutan pendedahan Suaram bahawa dia akan menjadi antara saksi utama untuk dipanggil memberi keterangan dalam tribunal di Perancis," jelasnya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Dari 60 negara Pasifik, hanya 12 sahaja yang terlibat dalam TPPA Posted: 31 Jul 2013 07:09 AM PDT Oleh Mohammad Agus Yusoff. Pada sebelah pagi Khamis (1 Ogos 2013), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengadakan hari terbuka di Matrade, Jalan Duta. Tujuannya satu: mendengar keluhan rakyat tentang TPPA dan memberi penerangan mengenainya. Ini adalah satu usaha Kementerian yang baik, tetapi setahu saya telah banyak penerangan seumpama itu diberikan, namun tidak satu pun penjelasannya yang menyakinkan. Alih-alih apa yang kita dengar ialah Malaysia akan mendapat manfaat daripada TPPA ini kerana pasaran Malaysia akan lebih besar mengjangkau ke 793 juta orang orang di 60 negara Pasifik. Malaysia akan hebat kerana tidak lagi menjadi 'jaguh kampung', tetapi menjadi jaguh global. Barangan di Malaysia pula semuanya berkualiti kerana tidak banyak lagi barang tiruan yang dilambakkan di pasaran negara kita. MITI juga cuba meyakinkan kita bahawa kita tidak akan berkompromi sekiranya perjanjian ini menggugat kedaulatan negara kita. Kita juga mempunyai pakar-pakar ekonomi dalam agensi kerajaan seperti UPE, Perbendaharaan dan Bank Negara untuk memantau keadaan ini. Persoalannya, jikalah TPPA ini baik, mengapa dari 60 negara Pasifik, hanya 12 sahaja yang terlibat dalam perundingan ini? Jika pasaran terbuka luas untuk Malaysia, mengapa China dan Korea Selatan tidak turut sama menyertai perundingan ini? Jika kerajaan cuba menjustifikasikan kemasukan Jepun dalam perundingan ini sebagai bukti TPPA itu baik, saya kira itu merupakan analisis yang silap. Jepun telah lama maju sebagai 'pedagang dunia' sejak sebelum datangnya TPPA lagi. Jadi Jepun tidak perlukan TPPA untuk mengajar mereka tentang perdagangan dunia. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tarikh Balik Semua Petisyen, Selamatkan Wang Posted: 31 Jul 2013 07:06 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Hari ini mahkamah meneruskan lagi siri-siri penolakan petisyen pilihan raya, kali ini untuk empat kerusi parlimen semuanya membabitkan kerusi di Selangor. Kerusi-kerusi itu ialah Kuala Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Sepang. Penolakan itu mengekalkan keputusan pilihan raya lalu, kerusi Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabah Bernam kepada calon UBN manakala kerusi Sepang kepada calon Pas, Hanifa Maidin. Mahkamah juga mengenakan kos luar biasa kepada pempetisyen sebanyak RM50,000. Memandangkan mahkamah seakan sudah ada keputusan awal dalam meneliti kes-kes petisyen ini, di mana semuanya setakat ini ditolak dengan alasan teknikal yanhg remeh, elok kalau parti-parti yang mengemukakan petisyen mengkaji balik dari meneruskan petisyen mereka dari dibicarakan. Tidak ada guna menghabiskan wang untuk dibayar kepada pengurus pilihan raya dan pihak yang dipestiyen. Lebih baik wang itu digunakan untuk memperkasakan parti masing-masing bagi persiapan menunggu pilihan raya umum ke 14 yang sudah tidak lama lagi. (Empat tahun setengah bukan lama).Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 31 Jul 2013 07:04 AM PDT Mulai esok harga gas masak seberat 12kg dan 14 kg akan naik sepertimana surat perkeliling Stokis Gas Petronas Perak kepada semua agen-agen jualannya . Harga untuk satu tong 12Kg ialah RM25.00 dan 14Kg ialah RM29.00. Alasan yang diberikan ialah demi menyelaraskan gaji minimun RM900 untuk setiap pekerja swasta yang telah diumumkan oleh kerajaan UMNO/BN baru-baru ini sambil menyumbang pendapatan negara dalam memastikan sosial ekonomi negara bertambah baik. Terima Kasih dan rakyat benar-benar bersyukur... | ||
'Kenapa mahu AGM semula DAP, bukan PRU baru?' Posted: 31 Jul 2013 07:01 AM PDT Setiausaha Agung DAP Limg Guan Eng mempersoalkan kenapa DAP harus mengadakan pilihan raya semula ekoran kesilapan yang sudah pun dibetulkan. Sedangkan, menurutnya lagi, pilihan raya tidak pula diadakan semula walaupun wujud kontroversi penggunaan dakwat kekal mudah tanggal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menujukan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Lim berkata, menteri itu mengamalkan "dwistandard" berhubung perkara itu. Dalam kenyataannya hari ini, tidak seperti SPR, DAP mengakui terdapat kesilapan semasa menjadualkan undi dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tahun lepas. "Zahid mengamalkan dwistandard kerana tidak menuntut pilihan raya baru ketika SPR tidak pernah membuat sebarang pembetulan dengan dakwat kekal yang boleh ditanggalkan serta merta, sebaliknya mahu DAP menjalankan pilihan raya semula walaupun DAP sudah membetulkan kesalahan keputusan itu," kata anggota Parlimen Bagan itu. | ||
J’kuasa khas siasat penggunaan senjata api untuk jenayah Posted: 31 Jul 2013 06:58 AM PDT KUALA LUMPUR 31 JULAI: Kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi mencari punca penggunaan senjata api untuk kegiatan jenayah yang semakin berleluasa di sana sini. Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, penubuhan jawatankuasa ini penting kerana saban hari persepsi rakyat terhadap keselamatan nyawa mereka dan keluarga semakin rendah. "Fenomena ini amat membimbangkan kerana jenayah menggunakan senjata api kelihatan tidak berstruktur apabila sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tanpa mengira latar belakang kewangan mereka. "Kalau dahulu mungkin sasaran penjenayah melibatkan golongan korporat tetapi sekarang sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa walau di mana mereka berada dan ini amat membimbangkan," katanya kepada Keadilan Daily. Muhammad berkata, pihak berkuasa perlu segera mengekang masalah ini bagi memastikan rakyat yakin dengan tahap keselamatan dan keamanan negara. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 31 Jul 2013 06:56 AM PDT KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama. PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah. Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi. "Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama. | ||
Posted: 31 Jul 2013 04:24 AM PDT | ||
Bekas Timbalan Panglima ATM tuntut janji kerajaan kepada tentera Posted: 31 Jul 2013 04:23 AM PDT KUALA LUMPUR 31 JULAI: Mantan Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid menggesa kerajaan menyediakan keperluan asas tentera sebagaimana termaktub dalam kontrak perkhidmatan. "Isu paling besar bagi tentera sehingga ke hari ini berkaitan janji kerajaan untuk menyediakan keperluan seperti gaji yang sepatutnya, perumahan selesa dan pencen bertepatan," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Pahlawan yang jatuh pada hari ini. Menurut Ghafir, walaupun janji tersebut tidak tertulis dalam perjanjian khas namun ia termeterai antara kerajaan dan anggota tentera sewaktu mengangkat sumpah jawatan. "Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah penuhi tugas-tugas seperti yang tertera dalam kontrak tetapi kerajaan tidak menunaikan janji untuk memberi gaji setaraf dengan pengorbanan mereka," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
MB Selangor: Sedia Bajet Polis Bantuan, Hanya Tunggu Kelulusan PDRM Posted: 31 Jul 2013 04:22 AM PDT SHAH ALAM 31 JULAI : Kerajaan Negeri sedia menyediakan peruntukan bagi tujuan latihan dan penempatan polis bantuan di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor. Bagaimanapun, permohonan berkenaan masih menunggu kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakannya. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri bercadang menyediakan sekurang-kurangnya 30 orang penguatkuasa PBT untuk dilatih sebagai polis bantuan. Menurut Abdul Khalid, peruntukkan yang dicadangkan adalah sebanyak RM3,000 bagi setiap seorang untuk menjalani latihan yang akan dikendalikan PDRM. "Kerajaan Negeri memandang berat peningkatan kes jenayah melibatkan senjata api yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pemilihan semula: Kerisauan DAP jadi kenyataan Posted: 31 Jul 2013 04:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerisauan terbesar DAP bahawa arahan supaya diadakan pemilihan semula yang diberikan kepada DAP adalah bermotifkan politik telah menjadi kenyataan berdasarkan surat ringkas yang dihantar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke ibu pejabat DAP yang diterima pada jam 4:48 petang semalam. Read More / Baca Lagi >>"Ini merupakan tindakan pemangsaan politik serta salahguna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat disangkal memandangkan tidak ada alasan dan sebab diberikan untuk arahan ROS ini," kata Setiausaha Agungnya, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, seperti di bawah. Kerisauan terbesar DAP bahawa arahan supaya diadakan pemilihan semula yang diberikan kepada DAP adalah bermotifkan politik telah menjadi kenyataan berdasarkan surat ringkas yang dihantar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke ibu pejabat DAP yang diterima pada jam 4:48 petang semalam (lihat lampiran). Ini merupakan tindakan pemangsaan politik serta salahguna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat disangkal memandangkan tidak ada alasan dan sebab diberikan untuk arahan ROS ini. ROS sekadar menyatakan dalam suratnya bertarikh 30 Julai 2013 bahawa ia tidak berpuas hati dengan penerangan DAP, tanpa memberikan sebab-sebab dan alasan kenapa. DAP telah pun memberikan penjelasan serta kerjasama penuh kepada ROS. Semua dokumen sokongan turut diberikan bagi membuktikan bahawa pemilihan parti Disember tahun lalu telah dijalankan dengan baik, sah dan demokratik di mana semua perwakilan yang layak telah dimaklumkan tanpa sebarang perlakuan tidak jujur dan politik wang. | ||
Posted: 31 Jul 2013 04:19 AM PDT Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan. "Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini. Chua (kanan) sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untuk balik ke kampung halaman nenek moyang mereka. Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik. Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik. "Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya. | ||
Sidang Media YAB Dato' Ustaz Ahmad Yakob | 31 Julai 2013 Posted: 31 Jul 2013 04:18 AM PDT | ||
PAS: Petitions rejected over petty issue Posted: 31 Jul 2013 04:16 AM PDT | ||
PAS persoal pengendalian petisyen pilihan raya Posted: 31 Jul 2013 04:09 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan