Khamis, 31 Januari 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Perjuangan rakyat Palestin yang dilindungi Allah (31/1/13)

Posted: 30 Jan 2013 10:46 PM PST


Bagi saya dokumentari al Jazeera ini "Kill him silently", wajib ditonton oleh semua yang prihatin akan perjuangan rakyat Palestin. Ia memaparkan kisah yang berlaku lebih 16 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1997 bagaimana ejen perisikan rejim haram Israel iaitu Mossad telah merancang pembunuhan seorang pemimpin Hamas Khaled Mishaal di Jordan.
Bagaimana dengan kuasa dan izin Allah swt meskipun telah dirancang dengan begitu teliti akhirnya musuh-muuh Allah ini telah gagal dan terpaksa membayar dengan harga yang mahal di atas kegagalan mereka itu.

Di sini juga kita dapat melihat peranan yang dimainkan oleh Almarhum Raja Hussien Jordan yang walaupun dikritik sesetengah pihak sebagai pro Barat namun jauh di sudut hatinya cinta dan hormat pada perjuangan Islam dan rakyat Palestin tetap bertapak. Beliau yang ketika itu punya hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan Israel, telah menggunakan kesempatan untuk Islam, bagaimana kegagalan Israel dengan bijak digunakan untuk membebaskan para pejuang Islam dalam tahanan Israel termasuklah yang paling kanan As Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang merengkok dalam penjara Israel.
Atas kegagalan Mossad itu Islam telah bersinar.

Pengajarannya yang pertama Allah swt membenarkan betapa perancangan Nyalah yang sentiasa terbaik, mengatasi dan pasti mengalahkan perancangan manusia. Orang yang ikhlas dalam perjuangan pasti diselamatkan oleh Allah swt dan pasti memperolehi perlindungan Nya. Selain itu kita juga diajar jangan mudah melabelkan seseorang sebagai musuh atau seumpamanya. Sedang Allah boleh menunjukkan betapa orang yang demikian pun boleh berjasa kepada Islam, terkadang lebih besar dari jasa kita sendiri yang sentiasa lupa diri.

Ya Allah cucuri lah rahmat Mu ke atas roh Almarhum Raja Hussien Jordan dan As Syahid Syeikh Ahmad Yassin dan berilah kemenangan ke atas perjuangan saudara kami di Palestin.

Kajian tidak realistik (31/1/13)

Posted: 30 Jan 2013 08:38 PM PST


Semakin hampir saat pembubaran parlimen semakin ligat spekulasi tentang keputsannya nanti. Berbagai kajian dilakukan dan berbagai pandangan diberikan. Ada yang dilakukan dengan penuh teliti dan professional manakala tidak kurang yang semata-mata untuk memuasakan nafsu dan halwa telinga pihak tertentu.
Apa pun keputusan akhirnya, tunggulah parlimen bubar, tarikh pilihanraya ditetapkan dan rakyat yang buat keputusan.

Laporan akhbar hari ini berkenaan kajian yang dibuat oleh Yayasan Ehwal Siswazah (YES) bagi saya adalah yang paling tidak meyakinkan yang pernah saya lihat.
Dari NST
Bukan apa, kerana kajian dibuat berdasarkan satu segmen kecil pelajar IPTA iaitu 3,000 orang dari 3 IPTA iaitu UM, UKM dan UPM. Dan daripada jumlah itu bukan semua pengundi berdaftar, menurut The Star…."some of whom would be voting for the first time".

Keputuan kajian menurut NST menunjukkan PM Najib Tun Razak sebagai calon "favourite" untuk jawatan PM dengan memperolehi 63 peratus undi diikuti Datuk Ser Anwar 47.8, Hadi Awang 31.3 dan Lim Kit Siang 15.
Dan BN dikatakan akan menang mendahului Pakatan Rakyat.

Kalau yang di survey adalah rakyat jelata pelbagai kaum dan kedudukan, walaupun sekadar 3,000 orang saya fikir boleh lah juga dijadikan ukuran. Tetapi jika semata-mata dikalangan mahasiswa, entahkan tertekan entahkan tidak, saya ragui kesahihannya. 3,000 pelajar ini adalah kalangan anak-anak kita yang paling tinggi kelayakan mereka dikalangan anak-anak muda sebaya mereka.
Sedangkan di luar yang sebaya mereka, puluhan kali ganda, berkeliaran yang sekadar kelayakan sekolah menengah, yang menganggur, yang bekerja sendiri, yang bekerja untuk orang, yang merempit, dan berbagai lagi. Pasti cita rasa dan pemikiran mereka sama-sekali berbeza.

Bagaimana pula yang melewati usia awal 20an, yang 30an, yang 40an hatta yang 80an di luar sana.
Ringkasnya bacaan kecil ini bagi saya tidak mencerminkan lubuk hati masyarakat besar di luar.

Kalau mana-mana pihak merasa lega, senang hati dan yakin dengan keputusan kajian ini, saya pasti mereka akan dikecewakan.

Tiada ulasan: