Khamis, 31 Januari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Video: Fitnah, Azan Berikan Kata Dua Kepada Utusan

Posted: 31 Jan 2013 01:30 AM PST

Panas: Mazlan Failkan "Semakan Kehakiman" Susulan Tindakan Felda Menghalang Aktiviti Pakatan Rakyat !

Posted: 30 Jan 2013 10:55 PM PST

KUANTAN, 31 Jan - Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman  (foto) telah menfailkan Semakan Kehakiman dibawah Aturan 53 kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), berkaitan arahan menyekat sebarang aktiviti parti pembangkang di kawasan tanah rancangan Felda seluruh negara. Permohona semakan tersebut telah dibuat oleh Peguam Mohd Harris Abdullah  dari The Law Office of Mohd Harris di Mahkamah Tinggi Kuantan sekitar jam 10.45 pagi tadi. Antara lain, Mazlan mahu suatu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan. "Pemohon iaitu saya selaku Penyelaras Kembara Oren dan Hj Hashim Ahmad, Ketua PAS Cawangan Felda Jengka 12, memohon untuk satu perintah interim agar Mahkamah menggantung kesemua arahan oleh responden terhadap sekatan atau halangan kebebasan bergerak di mana2 tanah rancangan Felda seluruh negara, Tuntutan gantirugi juga dibuat terhadap Felda selaku responden pertama dan Mohd Yazid Abdullah (Pengurus Felda Jengka 12) iaitu responden kedua", kata Mazlan yang juga merupakan Penyelaras Kembara Oren. Tindakan ini dilakukan susulan kejadian yang tidak diingini apabila rombongan Kembara Oren dihalang memasuki beberapa buah tanah rancangan Felda baru-baru ini. Permohona ditangguhkan kerana dimaklumkan Hakim mahkamah tiada pada hari ini. "Esok, Peguam Haris akan mendapatkan tarikh untuk mendengar permohonan dan serahan permohonan agar kes ini didengar secepat mungkin juga dilampirkan. Adalah sangat penting untuk diketahui, jika permohonan ini berjaya, ia menjadi rujukan utama terhadap semua aktiviti di Felda seluruh negara. Mana-mana Pengurus termasuk JKKK yang cuba menyekat kebebasan bersuara dan berhimpun dianggap menghina mahkamah. Bukan itu sahaja, menariknya, permohonan boleh dilakukan untuk memenjarakan pengurus Felda dan JKKK yang engkar dengan keputusan Mahkamah! ", kata kenyataan di Facebook bekas calon PAS bagi kerusi Parlimen Bera pada PRU lalu.


[Turut bersama-sama memberi sokongan di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong, Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad, Bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation, Md Said Jonit, Pengerusi ANAK Pahang, Yohanis Ahmad, Blogger Gaya Peneroka, Cucumatkilau serta beberapa orang peneroka Felda. Tindakan melarang mana-mana rakyat Malaysia menjalankan sebarang aktiviti di kawasan adalah bercanggah dengan perlembagaan. Tambahan pula Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP adalah pertubuhan atau parti politik yang sah di negara ini sebenarnya. Soalnya kenapa ada pihak yang boleh bertindak melampau sebegini dengan melanggar perlembagaan negara. Jika ini keadaannya sudah pasti rakyat akan menjadi huru-hara. Sudahlah mereka mengganggu program-program pembangkang sebelum ini, kini tindakan yang lebih tegas diambil hanya bersandarkan kepada emosi semata-mata. Kononnya, pembangkang mahu menghasut peneroka Felda. Walhal apa yang berlaku sememangnya satu kenyataan, misalnya harga getah dan sawit turun, saham FGVH merudum, penipuan KPG minyak sawit dan sebagainya. Mereka yang bangkit membela dituduh menghasut tetapi mereka yang kaya raya merompak khazanah Felda dianggap sebagai pembela dan pejuang?. Apa sudah jadi dengan Malaysia tanahair ku?. Oleh itu rakyat, ayuh bangkit lakukan perubahan pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi !!]

Tiada ulasan: