Khamis, 31 Januari 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


[VIDEO] Utusan Kena Lagi, Sedia Bayar Ganti Rugi Pada Azan Ismail

Posted: 31 Jan 2013 12:40 AM PST


laporan fitnah: Utusan sedia bayar ganti rugi pada Azan Ismail

KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah.

Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.

Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.

"Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan," jelas Azan mengulas keputusan itu.

Azan menuntut Utusan membuat permohonan maaf terbuka sebagai bukti mereka menyedari kesilapan dan perlu menyiarkan berita dengan telus.

"Saya tidak langsung memikirkan jumlah wang yang mereka mahu bayar, tapi mereka perlu menyedari apa yang mereka buat dan memberitahu kesilapan mereka kerana menyiarkan berita tidak benar," katanya ditemani peguam, A Vasudevan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya, pada 5 Februari, skala permohonan maaf akan ditentukan pihak mahkamah, dan jika Pengerusi KEADILAN Terengganu itu tidak berpuas hati, kes akan dibicarakan secara terbuka.
Azan memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambar beliau bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.

Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu -KD 



Gambar Pegawai HEP agen UMNO Perak yang pukul Mahasiswa Mesir tersebar.. (Video Inside)

Posted: 31 Jan 2013 12:36 AM PST

Ke mana mahasiswa pergi menuntut di luar negera, selagi mereka mengambil biasiswa, pinjaman PTPTN, mereka tidak akan dapat bebas bergerak, kerana dikongkong oleh kuasa UMNO.

UMNO hantar orangnya ke Mesir untuk menghalang mahasiswa dari terlibat dengan lain-lain persatuan selain UMNO, seolah-olah biasiswa yang dikeluarkan kepada para Mahasiswa itu adalah duit UMNO ataupun duit mak bapak depa...


Dua NGO iaitu Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak berhubung insiden seorang pelajar Mesir yang dipukul oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak, Abdul Muhaimin Abdul Majid 19 Januari lalu.

Momerandum tersebut diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman di Pejabat Menteri Besar Perak Jumaat lalu.

Pengarah IPMM, Ustaz Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar Muhaimin dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf serta mengakui atas segala tindakannya.

Menurutnya, pihaknya telah mendapat pelbagai aduan tentang Muhaimin dan kemuncaknya ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa sebab yang munasabah.

"Muhaimin dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak melalui prosedur yang meragukan kehadiran pegawai ini ke Mesir sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif kepada Persatuan Anak-Anak Perak Mesir disana.

"Kini hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa Perak sangat mendukacitakan," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini.

Jelas beliau, pihaknya mendapat pelbagai maklumat terperinci tentang kelakuan dan salahguna kuasa yang telah beliau lakukan terhadap mahasiswa Perak di Mesir sepanjang memegang jawatan tersebut.

"Kami mendapat banyak maklumat tentang beliau antaranya tidak mengambil berat tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan beliau tidak profesional dan sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa.

"Akhlak serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai seorang yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri," Jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Hafez Sabri menjelaskan, ramai yang melihat tujuan utama Muhaimin ini dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah semata-mata untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan agenda Umno Perak di Mesir.

Hafez Sabri berkata, pihaknya juga telah mendapat bukti-bukti kukuh berbentuk gambar, video dan audio tentang Muhaimin yang ini aktif melaksanakan agenda-agenda UMNO di Mesir.

Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.


Gambar Sultan Kelantan Semasa Berusia 7 Hari. Allahuakhbar!

Posted: 31 Jan 2013 12:34 AM PST

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/480690_480292612027389_581669133_n.jpg

Warna - Warni DiRaja Kelate

Kalau anda nak tau, BABY ni ialah SULTAN KESAYANGAN RAMAI masa kini, SULTAN dambaan di hati para marhain, SULTAN paling GLAMOUR ketika ini, PERMATA abad ini iaitu DYMM SULTAN KELANTAN, TUANKU SULTAN MUHAMMAD V... foto ni ketika baginda berusia 7 hari.. baginda diputerakan pada 06 Okt 1969 di Kota Bharu.

ANEH DAN PELIK TETIBA JE PEMIMPIN UMNO JADI PEMBELA USTAZ NASHA

Posted: 30 Jan 2013 08:16 PM PST

MASIH AHLI PAS
Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari 2013 telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugur atau memecat beliau daripada parti PAS.

Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS. Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat.

Sebagai  ahli parti beliau seharusnya mengambil kira peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh parti. Lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi orang nombor dua dalam PAS. Dalam beberapa keadaan tindak tanduk dan gelagat bekas Timbalan Presiden PAS ini telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti dan ianya boleh merugikan PAS. Andainya dia istiqomah dalam berjamaah pasti dia tahu menjaga adab berjamaah.

Ustaz Nasha bukannya di pecat atau digugurkan sebagai ahli PAS, ia cuma digugurkan dari menjadi ahli Majlis Syura Ulama PAS sahaja. Jawatan dalam Majlis Syura adalah lantikan bukan pertandingan jadi istilah di pecat tidak timbul. Mana-mana parti dan pertubuhan ahlinya terikat dengan peraturan soal gugur dan pecat kerana melanggar peraturan adalah perkara biasa.
Sebagai ahli PAS dan Ahli Parlimen Ustaz Nasha tentunya tahu adab dan peraturan berparti dan berorganisasi. Apa pun parti politik yang Ustaz Nasha sertai semuanya ada peraturan dan ahlinya mesti mematuhi peraturan, ini adalah jamaah. Mungkin dalam sesetengah perkara Ustaz Nasha bertujuan baik tetapi dia tidak boleh sewenang-wenang boleh melanggar peraturan parti. Dia boleh berbincang dengan pemimpin Parti dan boleh mengemukakan pendapat dalam Majlis Syura yang dia juga ahlinya.

Mereka yang menjadi ahli Majlis Syura bukan calang-calang orang, tentunya telah mengambil kira semua perkara sebelum mengambil tindakan untuk menggugurkanya.

Cuma yang  aneh dan peliknya dalam isu pengguguran Ustaz Nasha ini tetiba sahaja pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri yang beria-ia sangat membela Ustaz Nasha. Dalam UMNO sendiri pun ramai ahlinya yang di gugur dan di pecat kerana melanggar peraturan parti tapi tiada pembelaan seperti Ustaz Nasha. Sedangkan ustaz Nasha masih lagi ahli PAS.

Terkini bila Ahli UMNO Pasir Gudang menutup bilik gerakan masing-masing dengan alasan kecewa dengan tindakan menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman. Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan telah memberi amaran kepada pemimpin akar umbi dengan berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli UMNO yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang.

"Pada sesiapa yang membuat kerja memboikot begini, mereka akan diambil tindakan. Kita akan ambil tindakan keras.

"Saya ulangi, kepada sesiapa yang hendak buat cerita boikot ini, tidak ada tempat untuk mereka dalam UMNO, pergilah cari NGO lain.

Ini baru tutup bilek gerakan sudah diberi amaran sebegitu. Kalau ada ahlinya macam Ustaz Nasha adakah Presiden UMNO dan Timbalannya akan mempertahankanya. Ini baru yang aneh namanya. UMNO juga seperti parti lain ada peraturan, mana-mana ahli parti yang melakukan kesalahan boleh di ambil tindakan. Semua parti ada peraturan yang telah ditetapkan kepada ahlinya.

Jika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta Pemimpin UMNO merasakan Ustaz Nasha ini boleh membawa untung kepada UMNO dan BN mengapa tidak di jemput Ustaz Nasha untuk menyertai UMNO atau mungkin juga boleh diumumkan ia bakal calun BN bagi kawasan Parlimennya sekarang. Mana tahu pengalaman dan nama yang ada pada Ustaz Nasha boleh memperkukuhan UMNO dan BN di saat PRU13 tidak lama lagi.

Ini lah baru namanya membela, Bukan hanya sekadar cakap dan buat kenyatan-kenyataan yang pelik dan aneh seperti dibawah ini.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menganggap bahawa pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza. Terus baca DISINI
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengguguran Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura Pas sebagai satu tindakan yang aneh.Terus baca DISINI

PAS perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau berkata PAS tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura PAS. Teruskan baca DISINI

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas memecat Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu.

Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden Pas  itu masih mempunyai pengaruh yang kuat. Teruskan baca DISINI

Najib Pasti Gelabah Baca Berita Ni..

Posted: 30 Jan 2013 08:14 PM PST


Satu kajian oleh sekumpulan ahli akademik menyebut, siswa di dua buah universiti terkemuka negara memilih portal berita Malaysiakini sebagai sumber maklumat politik yang paling dipercayai berbanding media lain.Kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu juga menunjukkan Malaysiakini merupakan portal berita dan paling kerap dilayari mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Kajian berkenaan membanding kewibawaan Malaysiakini berbanding laman web politik dan blog lain di kalangan pembaca berkenaan. 
Seramai 66.4 peratus dari kalangan 1,009 siswa di UM berpendapat demikian berbanding laman berita lain – The Malaysian Insider (30.6 peratus) dan laman milik Umno, Utusan Online (23.6 peratus).Malaysiakini juga merupakan laman berita paling popular di kalangan siswa berkenaan (71.1 peratus) berbanding Utusan Online (24 peratus), The Malaysian Insider (21.2 peratus) dan laman berita milik MCA, MStar (19.7 peratus).
Trend sama juga dilihat di UKM – seramai 39.4 peratus daripada 1,006 siswa yang dikaji memilih Malaysiakini sebagai sumber maklumat politik yang paling dipercayai berbanding laman lain.Utusan Online juga menjadi sumber kedua yang paling dipercayai di kalangan siswa UKM (31.5%), diikuti Mstar (19.4%) dan lidah parti PAS Harakahdaily (15 peratus).

Dari sudut populariti, lebih 50 peratus siswa berkenaan didapati sering melayariMalaysiakini, diikutiUtusan Online (hampir 40%), disusuliHarakahdaily dan Mstar(hampir 30%).

Selain laman berkenaan, mahasiswa di kedua-dua universiti menjadikan laman sosial Facebook dan Youtube sebagai media untuk mengakses maklumat politik. "Berdasarkan kedudukan keutamaan, jenis media yang amat mempengaruhi pandangan politik responden adalah seperti berikut - Facebook, laman web, blog, akhbar bercetak, radio, TV dan Twitter.

"Bagi tujuan penggunaan internet/laman sosial, majoriti mahasiswa melayari media alternatif tersebut untuk mencari dan menyampaikan maklumat, memuat turun muzik dan filem dan untuk berhibur," kertas kajian dipetik.  Ia turut menyatakan, mahasiswa UM dan UKM itu mengakses internet dan media sosial selama 11 hingga 12 jam sehari.

Kajian di UM dijalankan oleh pensyarah di fakulti ekonomi dan perniagaan kampus tersebut Muhammad Asli Mohd Ali manakala di UKM pula oleh pensyarah fakulti sains sosial dan kemanusiaan Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali. ~mkini

Gempar dan Menghina Islam : Drama Sahara Perlu Di Hentikan

Posted: 30 Jan 2013 08:13 PM PST

Sedutan dari Drama Sahara 


Kami Seluruh Umat Islam Bangkit Membantah Drama Sahara...

Astro Prima Tolong Hentikan Tayangan Drama Ini. adakah patut.main pegang pegang dalam drama Ni


Ayuh Bangkitkan Bantahan Terhadap Drama Sahara 
( Astro Prima ).

Inilah Wajah Barisan Pelakon Drama Sahara Bersama Pengarah Drama Tersebut berbaju merah biru.....

Ayuh !! Bangkit Semua Agar Astro Prima Hantikan Tayangan Drama Ini..Pakaian puntak menepati ciri Islam


Ulama-ulama Pernah Bagi Amaran Kepada Penerbit Supaya Hentikan Guna Nama Islam Dalam Cerita Yang Ada Adegan Maksiat....Tapi Mereka Ulangi....Ayuh!! Bangkitkan Bantahan... Perkara perkara macam ni la..Tok Mufti patut kehadapan untuk mengutuk..bukan perkara politik je.. Nukilan ABu Luqman.. 

Himpunan Dah Berjalan Aman, Najib Dah Ucap Terima Kasih, Apasal Polis Masih Buru...,

Posted: 30 Jan 2013 08:07 PM PST


Buru peserta HKR bawa anak, polis ikut telunjuk Umno

KUALA LUMPUR 30 Jan: 'Kepantasan' polis mengenal pasti peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu yang membawa kanak-kanak sepatutnya diamal apabila memburu penjenayah.

Demikian sinis Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas tindakan polis dilaporkan mengeluarkan 14 gambar ibu bapa yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke HKR di Stadium Merdeka.

"Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR.

"Membawa anak-anak mereka adalah hak ibu bapa. Tapi kenapa perhimpunan BN tidak pernah menyatakan larangan bawa kanak-kanak," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau mempersoal sikap kerajaan yang memberi jaminan bahawa perhimpunan HKR adalah aman dan selamat, tetapi menghalang kanak-kanak hadir.

"Kalau sudah beri jaminan, kenapa timbul pula isu tidak boleh bawa kanak-kanak. Saya kesal sikap polis yang sibuk mengejar isu ini berbanding soal keselamatan orang awam.

"Hasil daripada tangkapan atau denda tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada polis. Ini semua muslihat politik Umno sahaja," kata Ahli Parlimen Batu itu.

Polis hari ini dilapor mengeluarkan gambar mereka terbabit yang didakwa membawa kanak-kanak ke himpunan itu.

Menurut polis, perbuatan itu melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak. -KD



Najib: 'Terima kasih kepada pembangkang'


KUALA LUMPUR - Sambil mengucapkan "terima kasih kepada pembangkang", Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung secara aman, anjuran Pakatan Rakyat (PR), di Stadium Merdeka Sabtu lalu, menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dipetik Bernama, Najib berkata, ia membuktikan kemampuan semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan dan semangat akta itu.

"Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan reform kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali.

"Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat akta itu," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian persidangan transformasi perundangan berhubung dengan keselamatan dan hak asasi di sini, hari ini.

Buat pertama kali satu perhimpunan anjuran pihak pembangkang diadakan di Stadium Merdeka. Penganjur menyasarkan penyertaan kira-kira sejuta orang. Ia dipercayai dihadiri sekitar 100,000 orang.

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang turut dikenali dengan kod #KL112 dibenarkan oleh polis dengan 27 syarat manakala pengurusan Stadium Merdeka hanya membenarkan hadirin tidak melebihi 30,000 orang.

Ia yang berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang berakhir dengan pengisytiharan deklarasi 10 perkara.
-SH

Mahkamah benarkan bicara perjanjian air Selangor

Posted: 30 Jan 2013 08:06 PM PST


KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan akan membicarakan permohonan untuk mengklasifikasikan laporan audit dan perjanjian konsesi yang dimeterai Syabas dan Kerajaan Selangor pada 15 Disember 2004 sebagai dokumen awam.

Permohonan itu sebelum ini difailkan Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) yang meminta butiran perjanjian itu tidak diklasifikasikan sebagai rahsia.

Pengerusi CAWP, Charles Santiago berkata keputusan tersebut adalah satu langkah yang baik kerana memberikan peluang kepada orang ramai mengetahui butiran tentang 'projek kepentingan awam'.

Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pihak mahkamah supaya menetapkan satu tarikh untuk kes itu dibicarakan.

"Keputusan itu merupakan satu tindakan bagus kerana pihak mahkamah menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai kepentingan.

"Jadi tidak ada asas untuk menteri tidak membenarkan pendedahan dokumen itu kerana laporan audit tidak pernah diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972," katanya ketika dihubungi Selangorku.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa CAWP memfailkan permohonan meminta laporan audit dan perjanjian konsesi itu diisytiharkan bukan sulit tetapi dokumen awam.

Mereka berhujah laporan audit Syabas menjadi asas kepada keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus di Lembah Klang pada 14 Oktober 2006.

Permohonan gabungan pengguna ini bagaimanapun ditolak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada 4 Disember tahun yang sama atas alasan laporan audit dan perjanjian konsesi tersebut adalah sulit dan rahsia kerajaan Malaysia.

Pada 2011, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan responden mendapat akses kepada dokumen-dokumen tersebut.

Sekaligus, keputusan majoriti Mahkamah Rayuan itu menetapkan bahawa dokumen berkenaan tidak didedahkan.

Susulan daripada itu, CAWP memfailkan satu permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menimbang semula keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

CAWP terdiri dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan 13 badan bukan kerajaan yang mewakili pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. -Hrkh

Tiada ulasan: