Khamis, 31 Januari 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Video Terkini TG Nik Aziz Selepas Melawat Rumah Pam Air Pasir Putih

Posted: 31 Jan 2013 06:42 AM PST



31.1.13 - Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat lawatan kerja ke tapak pembinaan loji air di Kg Wakaf Bunut Pasir Puteh.

Terkini! Najib perlu berundur jika gagal dalam PRU 13, kata Dr M

Posted: 31 Jan 2013 01:09 AM PST

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/mahathir-mohamad-feb1.jpg
Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang.

"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.

"Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya.

"Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar.

Gambar Sultan Kelantan Semasa Berusia 7 Hari. Allahuakhbar!

Posted: 30 Jan 2013 11:49 PM PST

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/480690_480292612027389_581669133_n.jpg

Warna - Warni DiRaja Kelate

Kalau anda nak tau, BABY ni ialah SULTAN KESAYANGAN RAMAI masa kini, SULTAN dambaan di hati para marhain, SULTAN paling GLAMOUR ketika ini, PERMATA abad ini iaitu DYMM SULTAN KELANTAN, TUANKU SULTAN MUHAMMAD V... foto ni ketika baginda berusia 7 hari.. baginda diputerakan pada 06 Okt 1969 di Kota Bharu.

Dunia Akhir Zaman, Apabila Teguran Dibalas Cacian

Posted: 30 Jan 2013 10:26 PM PST

Keadaan Manusia Semasa Akhir Zaman dan Tanda Awal Kiamat

Sahabat yang dimuliakan,

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia :

*. Di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.

*.Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian.

*. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu.

*. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu.

*. Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu.

*.Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya.

*.Anak kecil mereka jahil.

*. Pemuda mereka licik.

*.Sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang yang mungkar.

*. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan.

*. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.

*.Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat.

*.Dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh.

*.Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah,

*. Sedangkan orang fasiq menjadi mulia.

*.Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah,

*. Sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah.

*.Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka.

*.Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”

(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita lihat dalam hadis-hadis Nabi menunjukkan tanda-tanda kecil kiamat sebagai pengajaran untuk kita.

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w.

1. Penaklukan Baitulmuqaddis:
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - (Hadis Sahih Bukhari)

2. Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -(Hadis Sahih Muslim)

3.Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

4. Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" -(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

5. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - (Hadis Sahih Muslim)

6.Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - (Hadis Riwayat Nasai)

7. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -(Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

8.Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.

9. Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" -(Hadis Riwayat Ahmad)

10. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -(Hadis Riwayat Thabrani)

11.Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -(Hadis Riwayat Ahmad)

12.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang"

13.Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - (Hadis Sahih Bukhari)

14. Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan.
"Sungguh hebat dia, sungguh jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" -(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah)

Sahabat yang dihormati,
Marilah sama-sama kita renungkan hadis-hadis di atas sebagai sebagai muhasabah diri kita bahawa keadaan manusia akhir zaman dan tanda-tanda kecil kiamat adakah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w itu telah berlaku pada masyarakat kita hari ini? Sekiranya telah ada maka dunia kita telah hampir kepada penghujungnya.

Nabi s.a.w berpesan pada kita bahawa hendaklah kita tetap berpegang teguh dengan iman dan Islam. Kita jaga iman kita supaya sentiasa bersih, teguh dan tidak bercampur degan syirik dan kita berpegang teguh dengan Islam dan tidak bercampur dengan amalan dan kehidupan jahiliah.

Sentiasalah kita bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t sentiasa mengampunkan dosa-doas kita dan menerima amal soleh yang kita kerjakan dan sentiasa merahmati hidup kita di dunia dan akhirat.

Cara Ulama Menyantuni Ulama

Posted: 30 Jan 2013 08:34 PM PST

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/408411_497491176958895_1952244366_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-8jsLx4udfUU/TfOgTDjvJeI/AAAAAAAABPQ/LHW5C7OPWYw/s1600/37680_142446319099255_100000016623406_424656_3562889_n.jpg

Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu 'Umamah al-Bahili Radhiallahu 'anhu telah berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia."
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Abu al-Aswad berkata: "Tiada suatu pun yang lebih mulia daripada ilmu; raja-raja adalah pemimpin bagi rakyat sedangkan para ulama adalah pemimpin kepada raja."

Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhuma pula berkata: Nabi Sulaiman 'alaihissalam diberikan dua pilihan antara harta dan kekuasaan, Baginda memilih ilmu lalu Baginda pun dikurniakan juga dengan harta serta kekuasaan.

Adakah Ali Rustam Sesuci Sampai Nak Beri Nasihat Kepada TG Nik Aziz?

Posted: 30 Jan 2013 08:00 PM PST

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/200698_10151065278734567_1280551151_n.jpg

Ahmad Fadhli Bin Shaari

Ustaz nasha hanya melakukan beberapa kesilapan yg tidak wajar dilakukan oleh seorang ahli majlis syura, tidak sampai peringkat wajib dipecat sbg ahli Pas.

Ustaz nasha tidak pernah dikaitkan dgn politik wang utk menang pemilihan parti, tidak juga pernah mencadangkan kelab malam dibuka sampai jam 3pagi.. Dan walaupun majlis perkahwinan anaknya sedikit besar, tapi tidak sampai ratusan ribu menggunakan duit rakyat...

Jadi cabaran Ali Rustam ini langsung tidak relevan...

Apa Kata Pihak Polis Apabila Isu Bawa Kanak-Kanak Dalam Perhimpunan BN Di Lapor?

Posted: 30 Jan 2013 06:49 PM PST

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/521628_10151334941868046_111548457_n.jpg

Topeng Perak Unmasked

Sila buat laporan terus pada PDRM & "tunggu" perkembangannya.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Bulan Feb Sudah Dikeluarkan. Pakat Share!

Posted: 30 Jan 2013 03:10 PM PST

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/556491_347000298746551_463822261_n.jpg

Pakat kongsi supaya semua dapat pahala dari Allah

Tiada ulasan: