Khamis, 24 Januari 2013

Biaqpila

Biaqpila


AMENO MATI KUTU BEB

Posted: 24 Jan 2013 04:03 AM PST



Projek kondo Batu Caves batal - MB

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan projek pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves dibatalkan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembatalan itu dibuat selepas mendengar penjelasan terperinci dari Jawankuasa Bebas yang dilantik bagi mengkaji projek itu Selasa lalu.

Dalam mesyuarat itu katanya, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah membentangkan secara terperinci status pembinaan struktur dan bangunan di Batu Caves serta tahap keselamatannya.

"Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat.

"Keputusan ini dibuat demi menjaga keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan Selangor menyokong sebarang projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi ia perlu dirancang dengan teliti, mengikut peraturan dan tidak membahayakan keselamatan rakyat.

"Saya amat berharap keputusan ini diterima positif oleh semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai.

"Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang boleh mengancam keselamatan rakyat," katanya.

HD

Tiada ulasan: