Sabtu, 19 November 2011

shalehudin

shalehudin


Not afraid to stand Alone

Posted: 19 Nov 2011 09:56 AM PST

Islam memerintah, bukan diperintah...

Posted: 19 Nov 2011 07:00 AM PST

Hukum Islam Untuk Kawal Kadar Anak Luar Nikah

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa bimbang dengan kadar kelahiran anak luar nikah di negara ini dari tahun 2008 hingga 2010, iaitu seramai 152,182 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). DPPWP melihat jumlah ini sangat besar dan memalukan bagi sebuah negara umat Islam seperti Malaysia. DPPWP merasa khuatir dengan trend ini kerana ia menunjukkan tahap sosial, zina, serta pergaulan bebas generasi muda di negara ini sangat tidak terkawal.

DPPWP berpandangan lambakan pusat-pusat hiburan yang disogokkan kepada generasi muda di negara ini secara keterlaluan menjadi punca utama kelahiran anak luar nikah. Kebanyakan negeri yang mempunyai rekod kelahiran anak luar nikah tertinggi mempunyai bandar-bandar besar yang menawarkan pelbagai pusat hiburan, kelab-kelab malam, konsert, pesta, serta sambutan sempena peristiwa besar negara. Pusat hiburan adalah pusat segala maksiat yang disinilah berlakunya pergaulan bebas, arak, zina, pelacuran, bahkan dadah dan segala macam jenayah. Yang lebih dikesalkan adalah pusat-pusat hiburan semakin banyak bercambah, malah diberikan permit untuk beroperasi.

Selain itu, DPPWP juga kesal kerana budaya hiburan melampau melalui televisyen mudah mendapat tempat. Akhir-akhir ini pula, semakin galak pula artis-artis yang berpakaian mengghairahkan diberikan liputan media dalam media utama negara. Bahan berita mereka dengan aksi yang mendebarkan menjadi isu utama dalam media yang dibaca dan ditonton oleh jutaan anak-anak muda di negara ini.

DPPWP melihat sekiranya kerajaan serius mahu membendung gejala anak luar nikah, pusat-pusat hiburan perlu ditutup sama sekali. Alasan bahawa pusat hiburan menjadi tarikan pelancongan tidak berbangkit kerana pusat hiburan tidak menguntungkan rakyat. DPPWP yakin setiap agama dan adat resam inginkan yang terbaik untuk penganut mereka, justeru tidak salah jika pusat hiburan ditutup demi kebaikan semua pihak. DPPWP juga mendesak agar konsert-konsert hiburan dikawal ketat agar tidak sewenang-wenangnya ia dibuat. Mana-mana artis yang berpakaian menjolok mata perlu diharamkan, sementara penonton pula diasingkan antara lelaki dan perempuan. Perlu ada garis panduan terhadap persembahan yang akan dibuat agar mematuhi budaya dan akhlak masyarakat di negara ini.

Akhir sekali, DPPWP menegaskan jika kerajaan benar-benar serius mahu menjadikan masyarakat di Malaysia jauh daripada gejala sosial, maka laksanakan Hukum Islam yang sebenar kerana ia adalah pencegahan paling utama. Cubalah buat perbandingan antara tahun-tahun yang tidak dilaksanakan hukum Islam dengan tahun-tahun yang ia dilaksanakan untuk tahu keberkesannnya hukum Allah ini.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan pemuda PASWilayah Persekutuan

Soklan bodoh...

Posted: 19 Nov 2011 05:30 AM PST


Soalan bodoh dari orang yang fikir tak bodoh

Oleh: mahmod

Dalam rencana "Siapa layak jadi pemimpin" oleh Aziz Jamaludin Mhd Tahir melontarkan persoalan….Kalau hanya warak menjadi pilihan, kenapa Allah SWT tidak memilih malaikat untuk menjadi khalif. Rujuk link di sini. Seseorang pemimpin Muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik, dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadah kepadanya, dan ibadah yang paling penting ialah solat.

Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin.Adakah Pemimpin BN kini menjaga betul-betul solat mereka?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim nabi bersabda,
"Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu.'

Terdapat sebahagian pemimpin Muslim melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran. Mereka juga tidak layak memimpin masyarakat.

Berhubung dengan ini Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud,
"Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama".

Di Malaysia kita dapati ramai pemimpin BN amat suka kepada perkara mungkar seperti program muzik, pesta dan konsert. Memang mereka tak layak langsung jadi pemimpin selepas PRU-13.

Pi mampuih ngan Umno...

Posted: 19 Nov 2011 04:00 AM PST

Pergi jahanam dengan perkauman

Syad Adzman
 
Sifat perkauman adalah parut paling hodoh yang mencacatkan 'wajah' sebuah masyarakat sivil. Perkauman juga merupakan racun paling berbisa yang akan melumpuhkan 'tubuh' masyarakat itu sendiri, 'tubuh' - dalam konteks ini ialah sistem kemasyarakatan yang menjadi penggerak kepada semua bentuk pembangunan yang relevan untuk sesebuah masyarakat itu. Sifat perkauman yang jelik ini juga bisa meletakkan masyarakat dalam sebuah daerah kebodohan yang penuh dengan prejudis dan buruk sangka antara satu sama lain, biarpun sudah 54 tahun berkongsi langit yang sama.

Saya juga musykil dengan persekitaran yang kita sedang hadapi. Apakah yang membuatkan kita terlalu sukar untuk meruntuhkan tembok perkauman ini? Mengapa masih kedengaran dari mulut-mulut kita bahawa bangsa itu dan ini adalah pendatang? Mengapa masih terdengar celuparnya perkataan kita bangsa selain Melayu harus dihantar pulang ke negara asal mereka? Mengapa ada yang biadab mengaku bangsa mereka menjadi tuan kepada satu bangsa yang lain? Apakah ini yang kita cerminkan selaku sebuah masyarakat yang mengaku melalui proses tamadun yang ulung?

Tidak salah untuk kita mengakui dan berbangga dengan kehebatan bangsa masing-masing. Saya seorang Melayu, secara peribadi saya berbangga sebagai Melayu. Cuma, yang menjadi masalah kepada negara ini ialah apabila segelintir daripada kita mendokong ideologi yang berorientasikan ekstrem dan taksub kepada bangsa. Ideologi sampah beginilah yang akhirnya membenihkan barah assabiyah yang kronik.

Ideologi sampah berteraskan ketaksuban kepada bangsa telah membuatkan kita lupa bahawa Malaysia ialah tanah milik anak semua bangsa. Isu bangsa itu dan ini sebagai pendatang tidak pernah timbul. Setengah abad telah berlalu dan kita semua tahu, semua bangsa yang lahir di tanah ini, adalah warganegara dan mereka yang terus memainkan isu pendatang ini nyata defisit ilmu serta berfikiran tumpul. Tidak ada walau seorang pun daripada mereka yang bergelar warganegara Malaysia perlu dihantar pulang atau dihalang dari menetap di sini. Ini adalah rumah mereka. Rumah yang kita kongsi tanpa mengira jenis baka atau keturunan.

Selain itu, lahir juga sebahagian pelampau yang tanpa segan silu mengaku bangsa mereka sebagai tuan di bumi bertuah ini. Ketahuilah, tidak ada satu pun bangsa di dunia ini layak mengangkat diri mereka menjadi tuan kepada bangsa yang lain. Tuhan yang Maha Menciptakan telah menjadikan kita semua setaraf dan sedarjat. Tidak seorang pun daripada kita mempunyai kelebihan ke atas seorang yang lainnya. Justeru, sesiapa yang masih tegar memperjuangkan Ketuanan Bangsa, nyata telah melawan ketetapan yang ditetapkan Allah. Jelaslah bahawa, konsep Ketuanan Bangsa yang digembar-gemburkan kepada kita selama ini adalah jijik dan sangat terhina di sisi agama yang dibawa oleh utusan-Nya yang benar.

Saya nukilkan artikel ini setelah melihat elemen perkauman yang semakin membarah dalam negara kita. Ya, mungkin saya dilabel pengkhianat bangsa tetapi saya percaya kepada prinsip kesaksamaan dan berdiri teguh di belakang prinsip tersebut.

Jadi, tugas yang terpikul di atas bahu kita sekarang ialah untuk memecahkan tembok kedinginan yang telah lama meletakkan kita dalam keadaan berpecah dan saling merasa prejudis antara satu sama lain. Saya tekankan, Malaysia ialah tanah milik anak semua bangsa. Inilah masa untuk kita bersatu tanpa mengira bangsa mempertahankan bumi bertuah ini daripada petualang-petualang sebenar yang telah sekian lama berselindung di sebalik topeng pejuang.

Malaysia perlukan nafas perubahan yang segar. Nafas perubahan segar itu hanya dapat ditiup jika kita sebagai rakyat dan anak semua bangsa bersatu dan menjadikan ia satu realiti.

Pergi jahanam dengan perkauman!

Jom anak muda, kita lawan...

Posted: 19 Nov 2011 03:06 AM PST

Ayuh!!! Anak Muda… Jom Tukar

Sudah tiba masanya seluruh Anak Muda di negara ini bangkit untuk menuntut hak mereka mengenai gaji minima sebanyak RM1,500 yg sudah dibuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sudahlah kelmarin Pembangkang dari puak Umno BN di DUN Selangor buka mulut busuk diorang melaung-laung suara marahkan kerajaan negeri pimpinan Khalid ibrahim… sekarang ni MCA pulak mahukan RM1, 500 gaji minimum diperluaskan kepada semua kakitangan awam S'gor.

Oiii Be End…. Persatuan Pekerja MTUC dan affiliate mereka yang lain, sudah lebih 30 Tahun meminta dan mendesak kerajaan BN agar menetapkan gaji minimun kepada mereka yang bergaji rendah, namun sampai sekarang tiada respon daripada Kera Jaan Be End. Masa itu apa yang pemimpin mulut busuk ni bertindak?!! Bila Pakatan Rakyat laksanakan.. baru nak bercakap.

Inilah menunjukkan tahap pemikiran & IQ pemimpin Umno BeEnd… yang hanya tahu menipu rakyat selama lebih 50 tahun.

Khalid Ibrahim dah berkata bahawa kenaikan gaji minimun kepada pekerja perkhidmatan awam adalah atas urusan kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri. Kalau dah banyak cakap…mintak kerajaan pusat BeEnd laksanakanlah gaji minima untuk semua kakitangan… Ini barulah adil untuk semua.

Sebab itu Reformis Anak Muda mengajak seluruh Anak Muda mengundi Pakatan Rakyat untuk mendapat hak mereka bergaji minima RM1,500… Pasti !!!

Jangan apabila Be End menang balik.. sudah pasti seluruh rakyat MENDERITA ditekan dengan pelbagai kos kehidupan yang melambung dengan perlaksanaan GST, kenaikan harga barang, Tol, harga petrol dinaikkan.

Sekarang ni UmnoBN akan memainkan Hidup Melayu! untuk menipu anak muda, sama seperti mereka sudah lakukan selama lebih 50 tahun…

Kena cakap omputih ngan Hassan Ali, baru dia paham... kahkahkah...

Posted: 19 Nov 2011 02:17 AM PST

Open Letter to Hasan Ali

That is all I want to say, Yang Berhormat Datuk. I am sorry if I sound very blunt and abrasive but that is how I do things and even Tuanku can tell you that I spare no one, not even Sultans. I just hope that my message gets through to you so that you can spare me the agony of having to launch a campaign to send you into retirement in a most unceremoniously and inglorious manner.

Yang Berhormat Datuk Dr Hasan Haji Mohamed Ali,

I trust you still remember me. We first met probably ten years or so ago in the royal town of Kelang.

I thought I should write to you because I feel, as a member of Kerabat Selangor, it is my duty to save Pakatan Rakyat Selangor, PAS Selangor, the Selangor Malays, and you, further embarrassment. Furthermore, it is my duty as a cousin to His Highness the Sultan to raise this issue as it is my personal opinion you are putting Tuanku in a very dicey situation with your continued irrational antics.

I say this because if Tuanku were to remain silent it would be perceived as Tuanku is not upholding Islam when it his duty as head of religion in Selangor to do so and, on the other hand, if Tuanku responds to your so-called revelations it would make Tuanku appear outdated, small-minded, easily-manipulated, hypocritical, and much more.

Sometimes I wonder whether all your so-called revelations are done in good faith or whether there is an element of mala fide with a hidden agenda to force Tuanku into a corner so that if Tuanku responds Tuanku is damned and if Tuanku does not respond Tuanku is also damned.

I have a deep-rooted suspicion that this is a conspiracy to embarrass the monarchy and put it under attack so that there would come a time when people would question the relevancy of the monarchy and ask whether Malaysia is better off as a republic. I am aware that many Islamists such as you favour an Islamic republic over what you perceive as a corrupt and un-Islamic monarchy. I would not be surprised if this is a very subtle plan to bring down the monarchy.

I am fully aware that you are a politician standing on the platform of Islam and that makes you a politician, period. I, for one, do not consider you a theologian because, if you were, you would not become a politician. You would instead serve God rather than serve your own very personal and narrow interest of seeking power.

Politics is dirty. So it would be very difficult to serve God when your motivation is the quest for power. You need to be un-Islamic and do many things contradictory to Islam if you want to gain power. That is the reality of the situation. Clean or Islamic politics are as rare as virgin prostitutes. If you were to resign from PAS and retire from politics then maybe what you say would sound credible. Now I can only assume that you have a dark and hidden agenda for what you are doing.

Yang Berhormat Datuk, let me be blunt. In politics, you serve the devil, not God. That is the bottom line and there are no two ways about it. And you, Yang Berhormat Datuk, are worse than a 'normal' politician. At least normal politicians are honest about their dishonesty. You exploit God's name while doing the devil's work.

We must not forget you were once a Director of BTN, the government-owned propaganda and brainwashing arm that is the cause of much of Malaysia's racial problems today. In other words, if you were really motivated by Islam, and if your agenda was to serve God, you would have distanced yourself from BTN. How can a man of the cloth be involved in racism and discrimination, the very thing that the Prophet Muhammad forbade in his sermon in Arafah the final year of his life?

Yang Berhormat Datuk, the world has changed. You need to drag yourself screaming and kicking into the real world and not remain stuck in a world of fantasy that you appear to have difficulty extricating yourself from.

Today, people talk about human rights, freedom, and civil liberties. I know it is a hard concept to grasp for someone like you who feels that the world must dance to your tune and live the life as you see it. But that is the reality of what is happening in the world today and is something that can't be avoided and something you cannot prevent.

Today, people no longer accept faith based on dogma but demand faith based on reasoning. In fact, faith itself has been placed under the microscope and people no longer accept faith based on theological arguments but expect tangible evidence to support belief.

Actually, Yang Berhormat Datuk, this is not a Muslim problem. This problem is not confined to just Islam. This is a universal problem faced by all religions the world over.

You will be surprised that in Iran, the seat of the Islamic Revolution of 1979 that changed the way the world perceives Islam and triggered what historians 100 years from now will call 'The Period of Islamic Revival', Muslims are leaving Islam in droves. Even Iran has to accept this fact and there is nothing the mullahs can do about it. I have personally met Iranians who scoff at religion as old wives' tales, folklore, myths, and so on.

We have to accept one very basic fact: and that is humankind today is free-spirited, is able to contemplate and rationalise issues, and is brave enough to take a stand based on what they believe is the truth. In this type of situation you can only explain but you will have to allow them to decide what they wish to accept and what they wish to reject. You can no longer force them to accept what you consider to be the truth. They will decide the truth and falsity of the information and will come to their own conclusion and decision.

So, Yang Berhormat Datuk, it is time you toned down your religious rhetoric. You are beginning to look like a court jester. No one takes what you say seriously any longer. In fact, if you were to conduct a poll, the majority being polled would vote that you are a Trojan horse working for Umno whose job is to hurt Pakatan Rakyat.

Please rest assured I am not in the least concerned about your image, if you still have some left. My concern is Tuanku. If you continue this way you are going to place Tuanku in jeopardy. Tuanku just can't ignore you considering you are the EXCO Member in charge of Islam. However, if Tuanku were to act on your so-called revelations, it would not augur well for Tuanku.

That is all I want to say, Yang Berhormat Datuk. I am sorry if I sound very blunt and abrasive but that is how I do things and even Tuanku can tell you that I spare no one, not even Sultans. I just hope that my message gets through to you so that you can spare me the agony of having to launch a campaign to send you into retirement in a most unceremoniously and inglorious manner.

Bengong memang dicipta khas untuk UMNO... kahkahkah...

Posted: 19 Nov 2011 12:00 AM PST

Soalan bodoh dari orang yang fikir tak bodoh

Oleh: mahmod

Dalam rencana "Siapa layak jadi pemimpin" oleh Aziz Jamaludin Mhd Tahir melontarkan persoalan….Kalau hanya warak menjadi pilihan, kenapa Allah SWT tidak memilih malaikat untuk menjadi khalif. Rujuk link di sini. Seseorang pemimpin Muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik, dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadah kepadanya, dan ibadah yang paling penting ialah solat.

Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin.Adakah Pemimpin BN kini menjaga betul-betul solat mereka?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim nabi bersabda,
"Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu.'

Terdapat sebahagian pemimpin Muslim melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran. Mereka juga tidak layak memimpin masyarakat.

Berhubung dengan ini Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud,
"Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama".

Di Malaysia kita dapati ramai pemimpin BN amat suka kepada perkara mungkar seperti program muzik, pesta dan konsert. Memang mereka tak layak langsung jadi pemimpin selepas PRU-13.

Najib selamat, Kambing hitam dah jumpak sekoq... kahkahkah...

Posted: 18 Nov 2011 11:00 PM PST

Noh Omar: Kabinet tak pernah bincang keputusan kurnia projek NFC


KLANG, 19 Nov ― Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menafikan keputusan mahu menganugerahkan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Kabinet.

"Saya boleh sahkan bahawa NFC (sebenarnya) terletak di bawah Jawatankuasa Projek Impak Tinggi dan ketika pinjaman diluluskan kepada NFC, ia bukan di bawah Kabinet, tidak (disebutkan) dalam mesyuarat (Kabinet)," kata beliau kepada pemberita di sini.

Noh, bagaaimanapun enggan menyebut nama pegawai yang bertanggungjawab ke atas jawatankuasa yang menghalusi perkara berkenaan.

Baguih kisah ni diulang baca...

Posted: 18 Nov 2011 10:55 PM PST

Memali: Sejarah berdarah melawan ISA

Amin Iskandar
Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan.

Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri.

Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah.

Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama.

As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.

Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali.

Pada ketika itu, kerajaan Malaysia menjustifikasikan pembunuhan beramai-ramai itu dengan alasan Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud membawa ajaran sesat.

Kemudian pertuduhan diubah - as-syahid dikatakan membawa fahaman subversif yang berniat untuk mencetuskan huru-hara.

Siapa Ibrahim Libya?

Almarhum Ibrahim dilahirkan pada tahun 1944 ketika Malaya masih lagi dalam genggaman Jepun di Kampung Carok Putih berhampiran dengan Kampung Memali.

Mendapat pendidikan awal tentang Islam dari ayahnya sendiri Tuan Haji Mahmud - seorang guru agama yang disegani di kampungnya.

Ibrahim kemudian melanjutkan pengajian Islamnya di India, Mesir dan Libya. Selepas tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air pada awal 1970-an.

Selepas pulang, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pendakwah di Pusat Islam. Populariti beliau meningkat naik oleh kerana syarahan-syarahan agama yang diberikan dan seringkali diundang untuk berbicara mengenai Islam di RTM1.

Beliau kemudiannya berhenti dari JPM dan bekerja sebagai pegawai dakwah dengan kerajaan Libya. Selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan Libya, beliau pulang ke Kampung Memali.

Madrasah didirikan untuk Ibrahim memulakan kelas pengajian agama. Bermulalah kariernya sebagai pendakwah bebas. Kepetahannya berceramah menyebabkan beliau sering diundang berceramah di sekitar negeri Kedah.

Ibrahim Libya kemudiannya menyertai PAS dan pernah bertanding dalam pilihan raya tahun 1978 di kawasan Bayu yang terletak dalam daerah Baling.

Beliau mendapat undi sebanyak 5,081 manakala calon BN mendapat 6,169 undi. Dalam pilihan raya tahun 1982 beliau turut bertanding di kawasan yang sama tetapi kalah.

'Dosa' Ibrahim Libya

Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada "pihak-pihak tertentu" yang risau dengan popularitinya. Jika dibiarkan terus berleluasa, beliau akan menjadi ancaman yang lebih besar.

Menurut Senator Yusuf Husin yang penulis temui berberapa tahun lalu, selepas menyertai PAS, Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada pemerintah oleh kerana gesaannya dalam setiap ceramah agar perubahan dilakukan terhadap kepimpinan negara.

Inilah puncanya sehingga akhirnya Ibrahim Libya dikehendaki oleh kerajaan Malaysia untuk ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jika tidak menggunakan ISA, sudah pasti Ibrahim Libya akan memberikan kerjasama dengan syarat beliau dibicarakan di mahkamah.

Oleh kerana ISA menjadi pilihan kerajaan, beliau tidak mahu menyerah dan tunduk kepada undang-undang yang dianggap sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Pengikut-pengikut dan anak-anak murid Ibrahim Libya juga tidak mahu beliau menyerah diri dan bertindak mempertahankannya.

Kampung Memali di kepung oleh ribuan anggota keselamatan untuk menangkap Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Pada 19 November 1985, akhirnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya gugur ke bumi sebagai syuhada selepas bertempur dengan anggota keselamatan.

Orang-orang kampung yang hidup ditahan oleh kerajaan Malaysia di bawah ISA termasuklah Yusuf Husin.

Simbol perlawanan terhadap ISA

Ibrahim Libya dan 13 orang lagi yang gugur di Kampung Memali merupakan simbol perlawanan terhebat terhadap ISA.

Seperti yang dikatakan oleh Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya sempena ulang tahun ke 25 tragedi Memali tahun lalu:

"Beliau (baca: Ibrahim Libya) menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya. Dan ini merupakan satu rekod 'termahal' dalam usaha menyanggah ISA."

Benar apa yang dikatakan oleh Ahmad Lutfi itu, tindakan Ibrahim Libya dan para pengikutnya mengorbankan nyawa kerana tidak sujud kepada ISA adalah satu tindakan yang mulia.

Para syuhada Memali sebagai adalah simbol perlawanan terhebat rakyat Malaysia terhadap ISA.

Jika satu hari nanti ISA dimansuhkan, muzium bagi memperingati para syuhada Memali harus dibina agar generasi akan datang tahu bahawa ISA bukan sahaja telah merampas kebebasan ribuan orang tanpa dibicarakan di mahkamah, ISA juga telah menyebabkan nyawa melayang.

Secara peribadi, saya menganggap Tragedi Memali ini masih belum selesai.

Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian atau Truth and Reconciliation Comission harus ditubuhkan untuk menyiasat kembali peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu.

Hasil penyiasatan haruslah didedah kepada orang ramai dan pesalah-pesalah yang terlibat secara langsung dalam kezaliman ini harus diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.

Selepas 26 tahun sejarah berdarah ini berlalu, tragedi Memali terus dikenang. Kampung tempat gugurnya 14 orang syuhada itu menerima pelawat yang ramai sepanjang tahun untuk melihat sendiri saki baki sejarah tragedi Memali yang masih tertinggal.

Begitulah hebatnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Salut kepada para syuhada. Salut kerana melawan ISA. Salut kepada penduduk Kampung Memali yang berani.

Boleh terjun laut la Shahrizat oiii...

Posted: 18 Nov 2011 09:00 PM PST

SKANDAL NFC: SOAL PERTANGGUNGJAWABAN DAN AMANAH ADALAH ISU POKOK

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan. Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.

Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato' Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:

1. Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC

2. Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor

3. Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil

4. NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)

5. Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil

6. Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar

7. NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta

8. NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian

9. Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian

Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.

Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.

Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:

2008 (tahun pertama) 2009
Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk
4,141 ekor
-
Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar
245 ekor
-
Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia
8 ekor
-
Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot
15 ekor
-
Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah
45 ekor
56 ekor
Lembu yang mati di Pusat Fidlot 42 ekor 78 ekor
Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain
11 ekor
3 ekor
Lembu yang disembelih untuk dijual 113 ekor 1,562 ekor
Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual 121 ekor
(nisbah 1:1) 137 ekor
(nisbah 1:11)
Anggaran kerugian akibat lembu mati/dicuri RM542,201 RM613,897

Dalam temuramah dengan Berita Harian pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik". Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.

Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.

Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:

1. Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil;

2. Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan

3. Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil sepenuhnya.

Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.

Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

18 NOVEMBER 2011

Wajib baca: Hebatnya bangsa aku... kahkahkah...

Posted: 18 Nov 2011 08:35 PM PST

Gadis , Bogel, JUARA SATU BOTOL ARAK DAN RM600

Apa sudah jadi dengan wanita dan gadis Malaysia, terutama gadis dan wanita Melayu. Malah pemuda Melayu berumur antara 15 tahun hingga 25 tahun hampir 52 peratus terlibat dengan dadah, seks bebas, dan gejala sosial yang cukup menakutkan. Malah laporan terkini kaum lelaki menjadi kaum mainoriti dalam IPTA. dan IPTS.

Wanita Melayu dan gadis Melayu adalah yang paling ramai dalam kes buang bayi. Hampir 200 ribu anak luar nikah yang didaftarkan dalam tahun 2008 hingga 2010. Yang bagusnya BANGSA MELAYU PALING RAMAI. HEBAT,HEBAT BANGSA KU.

Berita terbaru yang dipetik dalam akhbar arus perdana, lagi hebat. Gadis Melayu tayang tubuh dan berlagak seksi dan adegan ghairah dipertontonkan dan bertanding dalam "lady Nite" disebuah kelab hiburan di Bandar Kuantan

Gadis berusia antara 15 tahun hingga 18 tahun majoritinya bangsa Melayu bertanding separuh bogel dan adegan sesksi. YANG BAGUSNYA HADIAH JUARA PERTANDINGAN IALAH SATU BOTOL ARAK DAN WANG TUNAI RM600.00

Gadis dan wanita yang ditangkap oleh pehak berkuasa beasal dari KEMAMAN, MARAN DAN SEKIRAT BANDAR KUANTAN.Cubalah fikir bersama, dimana silapnya. Bangsa Melayu kian hancur, kuasa politik UMNO dan Melayu dilacur oleh pemimpin yang bernama UMNO. "

Stetmen bangang memang patut kena tibai pun... kahkahkah...

Posted: 18 Nov 2011 07:00 PM PST

'Dakwaan murtad kerana Injil tenaga solar hina Islam'

Kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut 'Solar Powered Handheld Talking Bible' sebagai menghina, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak.

"Bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi. Hari ini segala bacaan samada al-Quran ataupun Bible boleh di dapati di internet. Pelbagai peralatan, samada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini.

"Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya. Bagi saya, kenyataan beliau tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar Bible yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah. Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup." kata Dr Asri dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Menurut bekas mufti itu, di Malaysia, al-Quran dikumandangkan di pembesar suara, TV, radio, dan majlis-majlis kerajaan tetapi tidak pula dihebohkan kononnya masyarakat bukan muslim telah memeluk Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.

Kebenaran hakiki

"Tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca Bible. Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Bible.

"Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh Bible mengatasi al-Quran," kata Dr Asri.

Menurut beliau lagi, setiap orang yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki. Justeru, peranan golongan agama di era ini, katanya, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang.

Semalam, dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor, Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Selain menggunakan alatan canggih itu, menurut Hasan (bawah, kanan), pihak Kristian juga menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas.

"Jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara muslim kita, maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan JAIS membuat kerja yang lebih bermanfaat .

"Ini boleh dilakukan dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya. Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana," katanya.

Mendapat tauliah

Dr Asri juga meminta JAIS supaya memastikan dulu bahawa "alat itu 'mendapat tauliah' supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas".

Walaupun tidak menyebutnya secara langsung, beliau dipercayai merujuk keputusan JAIS yang mensyaratkan mana-mana pihak yang ingin menyampaikan ceramah agama atau tazkirah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, perlu mendapat tauliah jabatan itu, terlebih dahulu.
Sebelum ini, beberapa pemimimpin dan tokoh agama menghadapi masalah dan dihadapkan ke mahkamah kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah. Mereka termasuk Dr Asri sendiri.

Pemimpin PAS lain seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Abdul Rani Osman, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan terbaru pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman juga dilarang berceramah.

Dr Asri dalam kenyataannya juga mengingatkan mana-mana pihak yang mendakwa bahawa sejumlah besar umat Islam di negara ini murtad adalah memalukan umat itu sendiri dan perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan mereka itu.

"Sesetengah pihak menyebut ratusan ribu, ada yang menyebut puluhan ribu, ada yang menyebut beribu-ribu. Harap nama-nama mereka dapat diserah kepada pihak-pihak yang dapat mengkaji punca untuk mengatasi masalah.

"Janganlah ia hanya satu dakwaan kosong yang tiada bukti yang diyakini, ataupun memang wujud tetapi tidak berani didedahkan kerana mereka tahu mungkin kesalahannya akan balik kepada pihak berkuasa yang menguruskan urusan agama itu sendiri," katanya.

Perlekehkan umat

Menurut Dr Asri, beliau bimbang usaha mempertahankan Islam secara membuta-tuli itu secara tidak langsung boleh memperlekehkan umat dan agama Islam sendiri tanpa sedar.

"Mungkin kita ingin menutup kelemahan kita dengan menudingkan jari kepada pihak lain. Itu bukan tindakan yang baik bagi pihak yang berkuasa.

"Memalukan, umat yang majoriti sering menampilkan diri sebagai tertindas oleh agama yang minoriti. Padahal jika kita benar-benar menggerakkan kemampuan yang ada dalam kalangan Islam di Malaysia, banyak yang boleh dilakukan," katanya.

Beliau berkata cara dan gaya mempertahankan Islam para era ini memerlukan pendekatan yang lebih bersifat semasa dan berkesan.

"Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada muslim juga yang bertambah keliru.

"Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula.

"Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini," akhiri kenyataannya itu.

Peluru baik punya untuk Papagomo... haha...

Posted: 18 Nov 2011 06:00 PM PST

Kecewa dengan YB Khalil Idham Lim

Oleh: iposkihc

Jumaat 18 November 2011 YB Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong, Perak) dijadualkan menyampaikan khutbah di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Pihak masjid amat berbesar hati menerima tawaran menyampaikan khutbah oleh YB Khalil melalui seseorang yang menguruskan kehadiran beliau ke Terengganu. Pada Khamis 17 November 2011 wakil yang menguruskan YB Khalil telah menghubungi pihak masjid bagi mengesahkan kehadiran YB Khalil menyampaikan khutbah pada tarikh yang telah ditetapkan.

Tiba waktu Jumaat 18 November sehingga masuk waktu Zohor jam 12.55 tengahari dan azan dikemundangkan YB Khalil belum muncul. Iman dan bilal bertugas masih menunggu kehadiran beliau dengan harapan beliau akan tiba walaupun mungkin agak lewat. Jam 1.07 tengahari beliau belum muncul. Tuan imam membuat panggilan menggunakan pembesar suara sebanyak tiga kali supaya YB Khalil hadir kehadapan dengan andaian beliau hadir tapi mungkin berada bersama jemaah di bahagian belakang. Imam, bilal dan makmun mula resah dengan keadaan yang berlaku. Oleh kerana waktu sudah terlewat daripada kebiasaan maka tuan imam masjid tanpa persediaan yang cukup terpaksa menyelamatkan keadaan untuk naik keatas mimbar bagi meneruskan rukun-rukun solat Jumaat hingga selesai.

Selesai solat Jumaat imam, bilal dan pengerusi masjid masih setia menunggu YB Khalil takut-takut beliau muncul kehadapan untuk memaklumkan apa sebenar yang berlaku dan memohon maaf kepada pihak masjid. Namun beliau tidak muncul sampai ke sudah walaupun beberapa ahli jemaah yang mengenali beliau memaklumkan ternampak kelibat beliau turun dari masjid bersama-sama jemaah lain.

Walaupun solat Jumaat berlangsung tanpa kecacatan namun pihak masjid merasa amat terkilan serta kecewa di atas kegagalan beliau hadir sebagaimana dijanjikan. Pihak masjid menghubungi wakil yang menguruskan kehadiran beliau dan diberitahu bahawa YB Khalil terlewat hadir dan ketika beliau sampai imam sudah naik ke atas mimbar menyampaikan khutbah. Oleh kerana itu dia terus berada di saf belakang bersama jemaah lain.

Sepatutnya YB Khalil lebih maklum bahawa khutbah Jumaat tidak seperti ceramah, kuliah maghrib, forum dan sebagai. Kegagalan hadir pada waktu ditetapkan untuk program sedemikian masih boleh dimaafkan. Amat berbeza dengan khutbah Jumaat yang mana ketiadaan khatib boleh menyebabkan solat Jumaat tidak dapat ditunaikan. Andaikata ini berlaku adakah YB mahu bertanggungjawab ? Seseorang khatib sewajibnya berusaha hadir selewat-lewatnya setelah azan zohor berkumandang. Sekiranya tidak yakin boleh hadir tepat pada waktu baik tarik diri awal-awal dari menjadi khatib daripada menimbulkan masalah kepada seluruh jemaah.

Pihak masjid juga amat terkilan kerana YB Khalil gagal menampilkan beliau sebagai seorang wakil rakyat yang berjiwa besar. Sewajarnya beliau tampil bersua muka dengan imam dan pengerusi masjid bagi memohon maaf atas kegagalan berkhutbah sebagaimana dijadual. Beliau tidak sepatutnya merasa malu untuk memohon maaf malah ianya akan membuang prasangka dan anggapan negatif terhadap beliau susulan insiden tersebut.

Kami berharap ini kegagalan mendisiplinkan waktu yang pertama dan terakhir bagi YB Khalil. Kami selaku ahli bawahan mengharapkan perkara ini diberi perhatian oleh semua pimpinan Pas agar kita tidak mempermainkan peringatan dalam surah Al-Asr yang selalu dibaca setiap kali mengakhiri sesuatu majlis.

Sekian.wassalam

Ahmad Saufi Chik
bp JK Masjid Pengadang Baru

Lebai malang... kahkahkah...

Posted: 18 Nov 2011 05:00 PM PST

Lebai Malang, asal-usul kalimat 'Pak Lebai',

Oleh H FANSURI

Kesusasteraan dan persuratan mengenai haji

APABILA kita meneliti cerita lisan silam – Lebai Malang, tentu ada kalangan kita yang bertanya dari mana timbulnya ungkapan kata 'pak lebai' ini? Ia watak agama. Kononnya beliau dijemput membaca doa selamat untuk kenduri di dua buah kampung yang terletak di hulu dan di hilir sungai.

Dengan ketamakan itu, beliau memilih menongkah arus ke hulu sungai terlebih dahulu, supaya nanti dalam perjalanan pulang ke hilir akan lebih cepat sampai.

Akibatnya dia berkayuh perlahan kerana menongkah arus ke hulu dan ketika tiba saja di majlis kenduri itu, juadah telah tiada. Demikian juga ketika dia ke hilir sungai. Walaupun dia mendayung laju kerana perahunya sealiran dengan arus sungai, namun tetap sahaja beliau kesuntukan waktu untuk mendapat juadah kenduri yang baharu sahaja selesai itu.

Persoalan awal yang boleh kita bangkitkan di sini, dari manakah asal-usul kalimat lebai itu? Ia pasti kalimat baharu kerana ia hadir pada zaman Islam. Ia tidak wujud ketika zaman Hindu-Buddha di Alam Melayu purba ini. Jadi, bagaimanakah kalimat 'lebai' itu terbentuk?

Salah satu andaian baharu yang boleh kita bahaskan di sini adalah – lebai ini sekumpulan manusia yang pergi menunaikan fardu haji. Lalu haji melaung, "LABBAIkallahumma LABBAIK!..." Dan seterusnya. Maka, lebai pun muncul dengan sebab golongan pak haji ini telah pergi ke Mekah, menunaikan fardu haji lalu melaung-laungkan kalimat 'Labbai' itu. Maka, perlahan-lahan teruslah masuk terseludup dan terserap perkataan Pak Lebai dalam kaum Melayu.

Jika perkara ini boleh disahkan atau boleh diterima buat sementara waktu, maka rumusan awal yang boleh disusun adalah seperti berikut:-

Pertama, persuratan kesusasteraan mengenai haji bukan hal baharu dengan novel Di Bawah Lindungan Kaabah dan lain-lain travelog haji. Lebai Malang, walau dia tidak pergi menunaikan haji dalam sastera lisan yang demikian ringkas itu, namun cukup membuktikan bahawa ada sejenis karya yang sudah memperihalkan gelagat dan tabiat-tabiat buruk orang-orang haji yang masih kekal tamak dan tidak berubah sikap kelakunya itu.

Kedua, kisah Lebai Malang juga menunjukkan bahawa suatu bentuk luahan protes, bantahan orang Melayu ke atas golongan agamawan juga. Hal protes ini tidak bercanggah dengan nilai-nilai agama sebab memang jelas ada kisah-kisah ulama su' (ulama jahat) dan mereka yang alim tapi membisukan diri ke atas kejahatan pemimpin negara.

Melayu itu rupanya pandai menegur dan sudah terlebih awal melantun kritik ke atas ulama dengan jalan persuratan.

Ini bermaksud, telah wujud fahaman bahawa golongan agamawan juga boleh dikritik, ditegur dan dibantah-bantah, sesuai dengan sikap perilaku mereka yang tamak dan jelek itu.

Dan, sastera lisan Melayu sudah pun membuktikan kemajuan fikiran Melayu yang memang sudah bersikap revolusioner apabila mahu bersikap keras terhadap penyelewengan agama oleh para ustaz-ustaz itu.

Maka, bagaimanakah kedudukan sastera dan persuratan haji, travelog haji yang meluas cetakannya pada zaman kita ini? Adakah ia mengandung kritikan ke atas golongan agamawan Raja Saud di Makkah dan menyiarkan kisah kecurangan orang yang berhaji semata-mata mahu mendapat penghargaan diri?

Tidak semua yang pergi berhaji itu dipandang terhormat kerana ada juga yang tidak sabar.

Misalnya, Najib Razak yang pergi berhaji untuk bertemu rakan politiknya di Arab Saudi itu.

Walhal, jelas termaktub di dalam Al-Quran; Al-Baqarah ayat 196, "Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah itu KERANA ALLAH.."

Buat Najib Razak, usah disibukkan diri berbicara tentang iktisad dan pelaburan ekonomi Malaysia dengan pembinaan LRT, KTMB itu. Tumpu sepenuhnya hal-ehwal ibadat dan berdoalah di depan pintu Kaabah; Multazam supaya anda tidak digulingkan rakyat di Putrajaya sehingga mati beragan!

Teloq kemuruk tak dan pecah dah bau busuk... haha...

Posted: 18 Nov 2011 04:37 PM PST

Parlimen Jerman: Fitnah II cubaan Najib singkir lawan politik

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Parlimen Jerman menyifatkan perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sebagai satu cubaan BN untuk menyingkirkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkannya sebagai "proses menyingkirkan seteru politik", kumpulan itu yang datang daripada Asean Parliamentary Group untuk Parlimen Jerman berkata perbicaraan Fitnah II bertujuan merencatkan momentum reformasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.

"Kami memerhati dengan teliti perbicaraan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang akan selesai dalam bulan Disember.

"Sewaktu lawatan kami ke Malaysia pada awal 2011, keraguan kami terbukti benar yang perbicaraan itu mungkin merupakan proses menyingkirkan seteru politik," kata Dr Thomas Gambke, ketua Asean Parliamnetary Group itu dalam kenyataannya.

Justeru, mereka menuntut Najib dan pentadbirannya berlaku adil kepada Anwar di samping tidak memanipulasi proses pilihan raya untuk terus berpaut pada tampuk kuasa.

"Kami merayu kepada kerajaan Malaysia untuk menghormati matlamat reformasi demokratik sistem pilihan raya, yang diketuai Anwar Ibrahim.

"Langkah untuk mencegah penipuan pilihan raya perlu diperkenalkan bersama akses lebih meluas untuk media buat parti pembangkang yang kini mentadbir lima negeri di Malaysia.

"Perbicaraan bersifat politik terhadap Anwar akan hanya merosakkan imej antarabangsa Malaysia," kata mereka dalam kenyataan media.

Kenyataan itu dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru sahaja selesai menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Bali semalam.

Asean Parliamentary Group (Brunei, Indonesia, Cambodia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) itu diketuai Dr Thomas Gambke (Alliance 90/The Greens), dan Timbalan Pengerusinya adalah Dr Michael Fuchs (CDU / CSU), Holger Ortel (SPD), Dr. hc J├╝rgen Koppelin (FDP) dan Caren Lay (the Left.) - KD

Kelebihan Berzikir Dari Sudut Sains

Posted: 18 Nov 2011 03:32 PM PST

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.


Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).

Kaedah EEG yang digunakan untuk mengenalpasti aliran bio-elektrik

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Majalah Scientific American, Disember 1993

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Ujian imbasan PET

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering."

Oleh itu saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita sudahpun lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang rendah kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Tiada ulasan: