Sabtu, 19 November 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


NFC: PAC Parlimen mula inkuiri 23 Nov

Posted: 19 Nov 2011 12:46 AM PST


KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan mengadakan pendengaran dalaman berhubung projek ternakan lembu kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, minggu depan ekoran kerugian dan dakwaan salah guna dana awam RM250 juta.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuntut penjelasan daripada kerajaan dan agar kesemua minit mesyuarat Kabinet diumumkan kepada publik.

Anggota PAC Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa inkuiri akan diadakan Rabu ini, bermula pukul 11.30 pagi.

Ahli Parlimen Umno itu berkata PAC akan menentukan pihak yang perlu dipanggil untuk memberi keterangan ketika pendengaran dalaman itu minggu depan.

"Kami kemungkinan memanggil Kementerian Kewangan, Khazanah, ia bergantung. Secara peribadi, saya juga tiada masalah untuk memanggil pengurusan NFC bagi memberi keterangan," kata Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Kota Belud berkata tarikh bagi sesi pendengaran pertama diputuskan minggu lepas dan jawatankuasa memutuskan bahawa isu berkenaan perlu disegerakan ekoran kepentingan awam dan minat yang ditunjukkan oleh orang ramai.

Masalah menyelubungi projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang dikeluarkan 24 Oktober lalu.

Antara lain pembangkang khususnya PKR mendakwa dana NFC juga digunakan untuk membeli kondominimum mewah di Bangsar.

Dalam penjelasan kepada media terpilih kelmarin pengurusan NFC mengaku dakwaan itu dengan berkata lebih RM13 juta digunakan untuk membeli dua unit kondominium.

Pengurusan NFC juga mendakwa pelaburan itu adalah sesuatu yang strategik.

BN didakwa peralat bantuan RM100 untuk sekolah

Posted: 19 Nov 2011 12:27 AM PST

Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.

Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.

Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Langgar batasan

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.

"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.

"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.

ISA: Obama Patut Tahu & Diberitahu Bahawa Najib Sudah Menipu Rakyat Malaysia

Posted: 19 Nov 2011 12:16 AM PST

KELAB GREENBOC

Najib pamer kepimpinan hebat: Obama


NUSA DUA (BALI): Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah mempamerkan kepimpinan yang hebat bukan saja dalam terus meningkatkan ekonomi Malaysia tetapi juga kepimpinan dalam pelbagai forum pelbagai hala.

Pemimpin Amerika itu berkata "kami mahu menjadi rakan yang akrab dengan Malaysia".

"Saya menghargai kerjasama luar biasa yang sudah kami terima dalam pelbagai isu...terima kasih banyak-banyak Perdana Menteri," kata Obama dalam ucapannya pada mesyuarat dua hala dengan Najib di sini hari ini menjelang Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan esok.

Presiden AS itu berkata, mesyuarat dua hala itu akan membolehkan kedua-dua negara membincangkan bagaimana mereka dapat memanfaatkan sebaik mungkin Sidang Kemuncak Asia Timur untuk menjamin kemakmuran dan keselamatan bersama di seluruh rantau ini.

Obama berkata, mesyuarat itu juga akan membolehkan kedua-dua pihak memperluaskan perbincangan mengenai hubungan dua hala mereka, menyifatkannya sebagai "kukuh" serta kerjasama yang dapat dilihat melalui isu seperti Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Beliau turut menyentuh mengenai interaksinya dengan Najib di forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hawaii baru-baru ini.

"Saya hanya ingin menyatakan betapa saya berbesar hati dapat sekali lagi bertemu dengan Perdana Menteri Najib. Kami sudah berbual dan mengadakan perundingan yang baik pada persidangan APEC yang kami hoskan di Honolulu," katanya.

Sementara itu, Najib, dalam kenyataannya berkata AS adalah rakan perdagangan keempat terbesar dan secara asasnya masih pelabur terbesar di Malaysia.

"Kami amat mengalu-alukan untuk memperluaskan rangkaian perdagangan dan pelaburan. Dan menerusi TPP, diharapkan, kami dapat memenuhi tarikh akhir tahun depan," katanya.

Najib berkata, Kuala Lumpur melihat terdapat banyak prospek daripada segi peningkatan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

"Dan pastinya kami bersedia untuk menjalin kerjasama dalam bidang-bidang lain yang berkenaan," katanya. - BERNAMA

Isteri tahanan ISA ke Parlimen bantah Najib

KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS bercadang membawa isteri-isteri tahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Ahli Parlimen PAS dan pihaknya akan berbincang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk memudahkan urusan membawa mereka dari Sabah.

"Saya sudah menghubungi Ahli Parlimen PAS dan kita akan bekerjasama dengan GMI untuk membawa isteri-isteri tahanan sementara sidang Parlimen masih berbaki dua minggu," kata beliau ketika menghubungi Harakahdaily.

Mazlan berkata, selain Najib, pihaknya juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima memorandum bantahan tersebut kerana mereka mungkir janji terhadap rakyat Malaysia.

Menyifatkan penahanan tersebut sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, beliau menuntut Najib memberi penjelasan berhubung penahanan tersebut.

"Kita minta Perdana Menteri jelaskan mengenai perkara ini kerana tindakan ini jelas menunjukkan sikap hipokrit mereka," katanya.

PAS tegasnya mengulangi pendirian mahu tahanan dibicarakan di mahkamah jika benar dakwaan mereka terlibat dengan kumpulan militan.

"Apa yang malang, isteri mereka tidak tahu kenapa suami mereka ditangkap.

"Saya ulangi bagi pihak PAS kalau mereka ditahan kerana menggerakkan kumpulan militan seperti didakwa, bawa ke mahkamah," tegasnya.

Pada 14 November lalu, seramai 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA), 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia.

Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar. -HD


Ulasan GB

Apakah pengumuman Najib sebelum ini bahawa "ISA akan dihapuskan" hanya sebagai satu retorika kosong supaya beliau mendapat publisiti murahan dan dan untuk menerima perhatian dunia seperti Presiden Amerika Barrack Obama semasa persidangan APEC yang lalu?

Semasa pengumuman penghapusan ISA itu dilakukan, beberapa pemimpin dunia termasuk Obama memuji langkah Najib sebagai satu usaha ke arah pematangan demokrasi yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

Namun tindakan polis dan kerajaan Malaysia tiba-tiba menggunakan semula ISA untuk menahan 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA), 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia adalah jelas satu penipuan Najib mengenai penghapusan ISA.

Bukankah ia perlu di khabarkan kepada pemimpin dunia juga bahawa Najib itu sudah memungkiri janjinya dan tindakan beliau mengumumkan "ISA dihapuskan" hanyalah bertujuan untuk kepentingan politik peribadinya supaya dijulang?

Rakyat juga mengesyaki apakah pengumuman menghapuskan ISA itu adalah sebahagian dari "nasihat" konsultan luar, APCO khususnya, demi membolehkan hubungan Najib dengan negara maju dapat diperbaiki?

FITNAH TERHADAP NURUL IZZAH, KANTOI LAGI BLOGGER UMPORNO

Posted: 19 Nov 2011 12:10 AM PST

WFAUZDIN NS


Nurul Izzah ada Simpanan Di Bank Israel?.. FITNAH tu.. ini buktinya..


Boleh dikatakan semalam kebanyakkan blog-blog Pro UMNO menyebarkan fitnah kononnya anak Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah mempunyai akaun bank di Israeli National Bank, Berbagai tajuk diberikan mereka antaranya seperti printscreen diatas "Beranikah Nurul Izzah Beri Penjelasan Atau Mahu Tuduh UMNO?"

Ada dengan tajuk "MENGGEMPARKAN ! Nurul Izzah Anak Anwar Ibrahim, Ada Kaitan Dengan Israeli National Bank ??" seperti printscreen di bawah..

Ada pula dengan tajuk"Patutla Anwar selalu pergi ke Luar Negara rupa-rupanya terlalu banyak wang dalam USD di simpan di Bank Of Israel" seperti dibawah..

Dan banyak lagi Blog-blog Pro UMNO menyebarkan fitnah ini..

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip tanpa usul periksa (mungkin dia buta IT)telah mencabar Nurul Izzah untuk mengikut jejak langkah bapanya Anwar Ibrahim yang akan membuat tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas pendedahan yang berkaitan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.

Adakah benar dakwaan mereka itu atau sekadar fitnah? Maklumlah.. fitnah dengan Blog-blog Pro UMNO ni umpama aur dengan tebing..

Isu mengenai beberapa pemimpin mempunyai account dalam Israeli National Bank ini bukanlah satu perkara yang baru, ianya telah tersebar meluas pada pertengahan tahun 2008.

Antara nama yang dikatakan mempunyai account di dalam Israeli National Bank itu ialah Tun Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO.

Bagaimanapun ianya terbukti sebagai satu fitnah apabila individu yang menyebarkannya mendiamkan diri bila Tun telah mencabarnya untuk memberikan nama dan nombor kad pengenalannya..

Tun Mahathir menjelaskannya sebagai satu fitnah besar jika dikatakan beliau dan keluarganya mempunyai jumlah simpanan sebanyak USD199.45 juta dan SGD42 juta dalam bentuk deposit tetap melalui pelaburan di cawangan bank tersebut di Singapura.

Di dalam laman web Mahathir di www.chetdet.cc semasa menafikan laporan tersebut, Tun telah mencabar individu yang terbabit menyebarkannya supaya memberikan nama beliau dan nombor kad pengenalan supaya boleh disaman oleh pihaknya.

Tun juga telah memberikan kebenaran penuh kepada Israel National Bank untuk menyiarkan kepada awam akaun yang dimaksudkan tersebut supaya beliau boleh menuntut wang yang dikatakan milik dirinya dan keluarganya itu.

Malangnya tiada kenyataan yang disiarkan oleh Israeli National Bank dan manusia yang mula menyebarkan fitnah ini tidak berani tampil untuk menyerahkan nama dan nombor kad pengenalan beliau kepada Tun.

Kini isu ini dimainkan semula oleh Blogger Pro UMNO … dan Nurul Izzah yang mempertikaikan kualiti barangan di kedai 1Malaysia menjadi mangsa..

Lebih hebat lagi apa yang difitnah sebagai account Nurul Izzah itu hanyalah diubahsuai dari fitnah yang telah tersebar pertengahan tahun 2008 dulu..

Ini kononnya data-data tentang account Nurul Izzah..

Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00

Ini pula dari fitnah tahun 2008, data-data tentang account Marina Mahathir, perhatikan Nombor Passportnya.

7. Name : Ms Marina Bte Mahathir

Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : C-719-418-210 (M)
Amount : USD 13,000,000.00
Date of opening account : 17/06/96
Date of Maturity : 17/06/99

Nombor Passport mereka adalah sama.. dibawah pula adalah fitnah terhadap Mokhzani pula, perhatikan Account No, Amount, Date of opening account dan Date of Maturity

12. Name : Mr Mokhzani Bin Mahathir

Post : Son of Prime Minister
Passport No. : R 719325 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00

12. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00
Kecuali nama, tidakkah ianya sama dengan data-data yang digunakan oleh blogger pro UMNO untuk memfitnah Nurul Izzah?

Begitu juga dengan yang ini.. perhatikan apa yang telah ditukar pencacai UMNO..
8. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99

8. Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99
Dan juga yang ini..
9. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02

9. Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02
Hanya nama dan post yang ditukar mereka..

Lain-lain korang comparelah sendiri.. aku paste kandungan e-mail fitnah terhadap pemimpin UMNO dan juga data-data yang mengatakan itu adalah dari account Nurul Izzah..

Sumber dan maklumat selanjutnya klik di SINI (ASD).

KDN Kesan Pihak Daftar Pati Guna Biometrik Walau Sudah Tamat Tempoh

Posted: 19 Nov 2011 12:07 AM PST

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan pihak-pihak tertentu yang masih mendaftarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan sistem biometrik dengan bayaran RM750 walaupun tempoh mendaftar berakhir pada 26 Ogos lepas.

Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Mahmood Adam berkata, siasatan KD Nmendapati pihak-pihak berkenaan bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk melakukan kegiatan haram itu.

"Dua syarikat pengurus sedang disiasat. Kementerian tidak menolak kemungkinan terdapat pihak dalaman juga terlibat di dalam kegiatan ini sama ada berpunca dari pegawai imigresen, syarikat pembekal sistem atau syarikat pengurus.

"Satu laporan polis telah dibuat mengenai perkara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu, katanya satu jawatankuasa siasatan ditubuhkan semalam dengan dipengerusikannya.

Mahmood menambah, siasatan awal yang dilakukan dengan dua syarikat dan pegawai-pegawai imigresen yang disyaki dipanggil memberikan keterangan kepada jawatankuasa siasatan itu.

Pendaftaran biometrik sebahagian daripada Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.

Kira-kira 2 juta PATI telah mendaftar di bawah program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah, sejak dilaksanakan pada 13 Julai lepas. -BERNAMA

Suhakam Tidak Bertanggungjawab - Hishammuddin

Posted: 19 Nov 2011 12:01 AM PST

MSTAR ONLINE

KLUANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab apabila mendesak supaya 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Isnin lepas dibebaskan.

Beliau berkata Suhakam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengetahui tentang latar belakang dan fakta tentang kesemua mereka yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah.

"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di sini, Sabtu.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Semberong menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.

Hasmy di dalam kenyataan itu melahirkan rasa terkejutnya tentang tindakan menahan 13 individu itu termasuk enam warga asing di bawah ISA dan menyatakan ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta terbabit.

Menurutnya, Suhakam mahu kesemua mereka itu di hadapkan ke perbicaraan terbuka dan diwakili peguam.

Hishammuddin berkata, kenyataan Suhakam itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memikul tugas mereka.

"Jikalau mereka betul cuba membebaskan (13 individu) tanpa soal siasat dan tanpa mengetahui fakta, biarlah rakyat yang menilainya sendiri ke mana arah Suhakam pada masa ini," katanya.

Katanya, isu mengenai penahanan 13 individu itu tidak harus dipolitikkan dan ini kerana ISA hanya spesifik digunakan untuk tujuan memerangi keganasan dan tidak untuk tujuan politik.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang sering bercakap tentang hak asasi manusia juga mempunyai undang-undang menangani keganasan seperti Patriot Act dan Anti-Terrorism Act. BERNAMA

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) respon isu 152,182 anak luar nikah

Posted: 18 Nov 2011 11:53 PM PST

Oleh MPP GMUKM

Pendedahan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Rakyat kelmarin bahawa seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan dari 2008 hingga 2010 adalah sesuatu yang sangat membimbangkan.

Antara punca gejala tersebut menular menurut kajian, adalah disebabkan beberapa faktor; antaranya menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya dan rela melakukan hubungan seks, ujar Seai Kie ketika menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Timbalan Menteri terbabit Datuk Heng Seai Kie memaklumkan kepada sidang Parlimen, daripada jumlah itu, Sabah merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu 41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang)

Enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup, tambah beliau.

Respon PMUKM

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) ketika merespon isu ini menegaskan kepentingan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di samping kemahiran mendekati golongan remaja sebagai kaedah mencegah gejala yang kian membarah ini.

" Undang-undang kena (perlu) diperketat. Setahu saya, tiada tindakan (peruntukan) undang-undang terhadap pelaku yang melakukan seks bebas ini, kecuali di bawah kanun syariah. Itupun sekiranya (berlaku) hamil," respon MPP Noraini ketika diminta mengulas isu anak tidak sah taraf ini.

" (Peruntukan) Undang-undang yang terdekat merujuk kepada jenayah rogol. Bagi mereka yang lebih 18 tahun dan sabit kesalahan merogol gadis di bawah umur, baru boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun dengan sebatan.

" Di sini kita melihat ada kelonggaran (peruntukan undang-undang) untuk memantau dan mencegah gejala seks bebas ini. Sebab itu saya melihat isu ini perlu ditangani dengan penguatkuasaan undang-undang.

"Juga tidak harus ditiinggalkan hukuman melalui kanun syariah bagi pesalah beragama Islam. Ini demi menjaga maruah dan agama Islam itu sendiri yang dicemarkan pelaku maksiat tersebut," tambah saudari Noraini yang juga merupakan Pengerusi Biro Perpaduan dan Kemasyarakatan PMUKM merangkap MPP GMUKM bagi kerusi Umum tahun 1/2.

Naib Presiden 2 PMUKM, saudari Muslimah bt Marsi pula ketika dihubungi melalui talian menggesa pihak berkenaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mempelbagaikan kaedah menangani gejala tersebut.

Antara yang dicadangkan saudari Muslimah adalah pendekatan bengkel kemahiran mendekati golongan remaja yang didapati kelompok teramai terbabit dengan gejala seks bebas dan melahirkan anak luar nikah tersebut.

"Pihak penguasa dan mana-mana pihak tidak boleh terus menghukum pelaku, tanpa kita selidiki sebenarnya isu (masalah) ini berpunca daripada siapa. Jangan terus menghukum, (tetapi) sebaiknya mendekati dan mengenalpasti serta mengadakan kajian mengapa gejala anak luar nikah ini semakin meningkat.

" Di sini kemahiran mendekati, selain menguasai pelaku khususnya golongan wanita yang mungkin tertipu atau teraniaya perlu diaplikasi. Saya percaya ramai wanita yang terperdaya dengan pujuk rayu golongan lelaki 'hidung belang' ini. Mereka akhirnya menanggung (kesusahan).

" Maka di sini yang perlu segera diselidiki dan dicari lelaki-lelaki tidak bertanggungjawab tersebut," saran saudari Muslimah Marsi yang juga MPP GMUKM bagi kerusi Umum tahun 3/4.

Tindakan Kementerian

Untuk rekod, semasa sidang Dewan Rakyat kelmarin juga, pihak kementerian memaklum telah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pada tahun 2009 yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan masyarakat, terutama ibu bapa kesan negatif terhadap perlakuan seksual luar nikah.

Turut dilancarkan kempen Kami Prihatin dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia, Persatuan Karyawan dan Astro Holdings Sdn. Bhd. yang bermula April tahun lalu.

Layari blog rasmi Gabungan Mahasiswa UKM di http://gm-ukm.blogspot.com dan blog rasmi MPP GMUKM di http://pm-ukm.blogspot.com

KPF : Jangan Ulangi Kesilapan NFC!

Posted: 18 Nov 2011 11:51 PM PST

.Oleh RIDUAN MOHD NOR

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius dakwaan bahawa pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebagai tidak sah dan ikut pintu belakang. Bagi DPP Malaysia, isu ini sangat berat dan perlu disiasat segera kerana dianggap sebagai mengkhianati amanah rakyat khususnya peneroka Felda.

DPP Malaysia hairan bagaimana Tan Sri Isa Samad boleh diangkat menjadi Pengerusi KPF sedangkan beliau tidak layak menjadi ahli KPF kerana beliau bukan peneroka dan bukan kakitangan Felda. Mengapa kerajaan tidak memikirkan seorang tokoh lain yang ada kaitan rapat dengan Felda untuk diangkat sebagai Pengerusi Felda dan KPF. Tindakan ini mungkin boleh mengelakkan pertikaian banyak pihak

DPP Malaysia mempersoalkan mengapa perlu campurtangan Perdana Menteri sedangkan KPF mempunyai Ahli Lembaga Pengarahnya sendiri dan mereka mempunyai ahli jawatankuasa yang dilantik dalam mesyuarat agung melalui saluran yang betul?

Sepatutnya Perdana Menteri atau mana-mana Menteri Kabinet yang lain menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Agung KPF yang telah melantik Datuk Dzulkifli Wahab sebagai Pengerusi. Tan Sri Isa Abdul Samad tidak perlu dilibatkan dalam hal ini kerana beliau tidak ada kena mengena dalam isu KPF.

Bagi DPP Malaysia, campurtangan politik dalam sesuatu urusan yang berkaitan dengan agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) amat menyusahkan organisasi tersebut. Ia juga mengundang keresahan rakyat jelata. Inilah yang menyebabkan banyaknya birokrasi, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, tidak telus, kronisme, campurtangan 'orang luar' dan lain-lain lagi.

Dalam keadaan banyak skandal pemimpin negara dibongkarkan termasuk penyelewengan dana projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) serta pembelian kondominum mewah bernilai RM 9.8 juta, dan banyak lagi isu lain, DPP Malaysia mengingatkan agar PM mengambil iktibar dan pengajaran berharga. Biarkan Felda dan Koperasi Permodalan Felda diuruskan oleh mereka yang benar-benar berhak dan layak bagi menjaga kepentingan semua pihak.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Posted: 18 Nov 2011 11:45 PM PST

Suhakam 'Terkejut' Kerajaan Masih Gunakan ISA Sedangkan Najib Kata Akta Itu Sudah Hapuskan !

Posted: 18 Nov 2011 11:28 PM PST

PAHANG DAILY


KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meluahkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) atas kegiatan gerakan militan di Sabah.

"Tindakan pihak berkuasa ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri yang berani dan bersejarah untuk mansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara yang telah lama dinantikan dan amat dialukan dengan sepenuh hati oleh rakyat," kata pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam (foto) dalam satu kenyataan.

Katanya, selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, Suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam.

Suruhanjaya juga, ujarnya menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada; dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan wajar dijalankan.

[Dalam kes ini sebenarnya, bukan Suhakam sahaja yang terkejut malahan rakyat secara kesuluruhannya yang melihat kerajaan sebenarnya sekadar beretorik dalam hal ini.

Sepatutnya, dalam proses mereka mahu menghapuskan akta itu maka tidak perlu lagi ada tangkapan yang dilakukan terhadap mana-mana individu. Langkah tidak wajar ini menyebabkan rakyat tidak yakin dan percaya apakah kerajaan benar-benar ikhlas untuk melakukan tindakan itu, atau sekadar mahu memancing undi pilihanraya yang dijangka bakal diadakan sebelum PRU-13 itu nanti.

Kini rakyat boleh menilai, apakah kerajaan pimpinan Najib Razak benar-benar ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawabnya. Nampak benar, beliau sebenarnya sekadar mahu meredakan kemarahan rakyat terhadap Akta Zalim itu.

Maka, rakyat perlu bangkit lakukan perubahan dan jangan terpedaya lagi dengan dakyah mereka sekarang. Ubahlah sebelum parah!].

Blogger Dedah Kepincangan Dakwat Kekal

Posted: 18 Nov 2011 11:24 PM PST

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR - Seorang blogger pro kerajaan Papa Gomo melalui blog beliau mendedahkan kepincangan dakwat kekal untuk digunakan pada pilihanraya umum ke-13 dan sebagaimana salah satu dari lapan asas tuntutan Bersih 2.0.

Beliau mendedahkan bagaimana dakwat kekal mudah dibersihkan dengan menggunakan air, sabun dan bahan kimia tertentu dalam tempoh masa kurang dari lima minit.

Dalam rakaman video yang dimuatkan dalam blog tersebut, beliau menunjukkan cara-cara bagaimana hasil gabungan bahan-bahan yang disebutkan mampu melunturkan dakwat kekal.

Beliau juga mendakwa tuntutan penggunaan dakwat kekal oleh Bersih 2.0 merupakan agenda jahat pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional melalui manipulasi penggunaan dakwat tersebut.

Sebelum itu, penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu daripada tuntutan Bersih 2.0 bagi memastikan pilihanraya di Malaysia akan berlangsung dalam situasi telus dan adil.


Video seks: Bagaimana kes bunuh dan lembu?

Posted: 18 Nov 2011 11:18 PM PST

Malaysiadaily


Anwar menyelar Perdana Menteri, datuk Seri Najub Tun Razak kerana sibuk memfokus kepada politik sampah sedangkan banyak lagi penjenayah seperti yang terlibat dengan kes bunuh dan skandal lembu nampaknya sedang lepas bebas.

De-facto Ketua Pembangkang yang berusia 64 tahun itu yang dijangka berpeluang menumbangkan kuasa BN yang sudah pun berusia 5 dekad tidak menyatakan secara spefifik siapakah penjenayah yang dimaksudkan beliau.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang mengikuti perkembangan terkini skandal-skandal politik di Malaysia, sudah tentu boleh meneka bahawa beliau merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya yang mengaitkan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib.

Skandal lembu pula tidak lain tidak bukan adalah Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Keluarga beliau telah dituduh menggunakan RM83 juta daripada dana projek ternakan lembu negara, NFC. Menyalahgunakan kuasa mereka dengan membeli kondo mewah bernilai RM10 juta disamping mengenakan kos percutian RM800 000 untuk keluarga beliau.

"Inilah kerja mereka. Kita tiada pilihan lain selain berhadapan dengan mereka dan berusaha keras dalam pilihan raya seterusnya. Mereka sebenarnya takut berhadapan dengan kita jadi mereka gunakan pelbagai taktik kotor dan jahat ." Beritahu Anwar kepada wartawan di luar balai polis Kepong, Rabu.

Sandarkan harapan pada laporan yang dakwa lelaki dalam video adalah 99% sahih Anwar untuk menumbangkannya

Anwar telah dipanggil untuk menjawab dakwaan bahawa beliau telah menyedari bahawa beliau memberi maklumat palsu berkenaan kes video seks Datuk T. Polis menyandarkan harapan pada laporan dari AS yang mendakwa bahawa lelaki dalam video seks tersebut adalah Anwar untuk memerangkap beliau memandangkan pilihan raya mungkin diadakan dalam beberapa bulan lagi.

Siasatan dimulakan setelah pegawai penyiasat DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan bahawa Anwar telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 182 di bawah kanun keseksaan. Jika disabit, Anwar boleh berhadapan dengan hukuman penjara 6 bulan atau denda RM 2000. Polis Malaysia adalah dibawah jagaan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu Najib.

Hishammudin pernah menyatakan bahawa siasatan telah pun selesai dan laporan telah diserahkan kepada Peguam Negara tetapi, menurut Anwar, kes itu telah dibuka semula dengan memasukkan keterangan beliau.

Polis tidak boleh dipercayai

Anwar turut menyelar pihak polis kerana gagal bertindak atas laporan yang beliau buat atas Trio Datuk T. Anwar mendakwa mereka bertindak atas dasar ingin melakukan jenayah intimidasi.

Trio Datuk T yang terdiri daripada ahli Umno iaitu Shazryl Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuaib Lazim telah pun mengaku bahawa mereka telah membuat tayangan umum video itu dengan niat untuk meyakinkan Anwar dan isterinya Wan Azizah supaya berhenti daripada politik dalam masa 7 hari. Walaupun mereka telah mengakui niat mereka itu, pihak polis tidak mengendahkan tuntutan anwar untuk mendakwa trio Datuk T katas tuduhan jenayah intimidasi.

"Laporan saya adalah mengenai ancaman politik, jenayah fitnah dan intimidasi tetapi sekarang mereka hendak siasat saya semula hanya untuk mengenal pasti lelaki dalam video tersebut. "ujar Anwar. Malaysia Chronicle

Kajian UIA Tidak Menggambarkan Populariti UBN

Posted: 18 Nov 2011 11:16 PM PST

malaysiadaily
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjM3gLdKzyeVndUvg9KeyoHLxFWlKOxo_a66dUNTLEN-qrpF1pIquTiK6q9oqcYYUQNhZtmk30H0RGWA3-PhHoMIywCksoTd1b5TCA4JJqjSAd9EC4X0-AUy9c6Z4Hl2hxbOCwf7vV6fIc/s200/najib.jpgSATU kajian dijalan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan populariti Haji Najib Razak mantap dan mengatasi populariti tiga tokoh politik semasa lain; Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Lim Gua Eng. Kajian itu mengambil 1,500 sampel yang dilakukan sejak 2009.

Kajian itu menyebut populariti Najib yang sedikit merosot sebelum naik hingga 63%.

Saya bersetuju kalau populariti Najib naik mendadak dan meninggalkan tiga tokoh lain. Walaupun ia boleh dipertikaikan dari sudut kebenaran tetapi ada kebenarannya dengan kajian itu. Pihak yang tidak suka Najib tidak perlu menidakkan dapatan kajian itu.

Sebaliknya apa yang kena faham kajian itu hanya menumpukan kepada keperibadian Najib sebagai perdana menteri. Beberapa soalan yang mungkin diajukan kepada sampel ialah tentang stail Haji Najib dan juga pendekatannya dengan rakyat. Kajian itu tidak menyetuh soal permasalahan di sekitar diri Najib misalnya 'damage' yang disebabkan isterinya.

Apa yang ditanyai ialah soalan positif dan tentu mengelak soalan-soalan negatif berhubung dengan kelemahan fata Najib. Kalau soalan negatif ditanya atau pun soalan kajian itu bebas, sukar untuk meletakkan Najib lebih popular dari tokoh lain.

Manakala soalan yang diajukan mengenai tiga tokoh pembangkang, Nik Aziz, Anwar dan Guan Eng itu tentu soalan negatif yang disekitar apa yang didedahkan oleh media massa khsusnya media massa penjilat buntut kerajaan UBN.

Kalau sample menjadi atau memberi pandangan negtif mengenai ketiga-tiga tokoh itu ia juga tidak ganjil kerana media massa arus perdana sudah melanyak dan mengutuk mereka semahunya. Tentu sampel itu menjawab pertanyaan itu dengan pengaruh media massa. Dalam kata lain kajian itu dibuat secara endorcement.

Bagi saya kajian itu tidak sedikit pun perlu dibimbangi oleh para pendokong Pakatan Rakyat. Populariti Najib tidak banyak mempengaruhi keputusan pilihan raya ke 13 nanti. Harus disedari antara diri Najib dengan kerajaan yang dipimpinnya kini - UBN, dua hal berbeza.

Najib adalah sebagai peribadi mungkin cara dan pendekatannya yang turun pandang telah menyentuh perasaan rakyat. Bila Haji Najib minum kopi dengan rakyat di warung, ataupun membuat lawatan ke setesen bas dan teksi rakyat tertarik dengannya. Rakyat memang suka sikap dan juga pendekatan demikian kalaupun itu hanya sandiwara atau pun sikap yang sengaja diubah untuk kepentingan pilihan raya.

Kenapa saya kata begitu sebab mengunjungi orang kampung bukan perangai Najib. Najib jadi wakil rakyat bukan selepas beliau jadi perdana menteri, tetapi sejak tahun 1976 lagi. Orang Pekan mengetahui akan sejauh mana kepedulian Najib ini, kalau tidak Najib tidak pernah menang dengan nyawa ikan pada tahun 1999.

Populariti diri Najib belum tentu untuk mengatakan rakyat suka kepada parti yang dipimpinnya UBN. UBN telah terlalu lama dan membosankan rakyat. Berbagai penyakit yang menimpa UBN yang dilakukan oleh pemimpinnnya menyebabkan rakyat berfikir dua kali untuk terus memberi sokongan. Rakyat terutamanya yang ada otak akan membezakan di antara diri Najib dengan kerajaannya.

Isu-isu seperti lembu gemuk membabitkan Sharizat Jalil, menteri yang ke Makkah menaiki jet kawannya, dan sebagainya tetap menjadi persoalan rakyat. Isu itu akan dapat mengambus kemesraan Najib dengan rakyat.

Saya percaya Najib sendiri tahu apakah natijah kepada dapatan kajian itu. Najib sendiri tidak muda teruja dan terpesona dengan dapatan itu mengatakan dia popular. Kepopulariti beliau belum tentu dapat menjadikan parti UBN popular di kalangan rakyat.

Kesimpulan kajian UIA itu tidak lebih untuk menyedapkan Najib sahaja, tetapi hakikatnya amat pahit untuk diterima. Mungkin untuk media massa ia adalah berita yang sangat bernilai tetapi kepada UBN dan Najib sendiri sebaliknya. Kajian itu menjadikan Najib semakin cemas dan boleh memberi keburukan kepada dirinya sendiri. http://msomelayu.blogspot.com

Setiausaha agung GERAKAN sekali lagi jadi tumpuan

Posted: 18 Nov 2011 11:14 PM PST

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Sekali lagi, Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) membawa anggotanya ke permainan teka-teki.

Persoalan yang menyelubungi mereka kali ini ialah siapakah pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mengambil alih sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.

Soalan itu muncul berikutan pengumuman Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Khamis lalu yang beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, yang penggalnya tamat pada 2013.

Selepas memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti, dapat dirumuskan bahawa Dr Koh pada prinsipnya sudah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.

Selain memegang jawatan presiden GERAKAN dan pengerusi BN Pulau Pinang, Dr Koh juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang, kepada sesetengah pihak, adalah jawatan mencabar dengan tanggungjawab besar untuk mengambil alih semula negeri itu daripada pentadbiran kerajaan negeri pakatan pembangkang pimpinan DAP.

Jawatan itu juga dilihat sebagai peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan untuk membuktikan keupayaan kepimpinan seseorang.

Orang dalaman parti berkata, persetujuan dicapai dalam GERAKAN mengenai siapa yang akan dicadangkan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baru beberapa jam sebelum pengumuman Dr Koh untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, tiada nama didedahkan kerana Dr Koh berkata, perkara itu perlu dibincangkan lebih lanjut dan Perkara 23(2) perlembagaan BN menetapkan ia adalah kuasa mutlak pengerusi Dewan Tertinggi BN untuk melantik pengerusi BN negeri.

"Lebih baik ikut prosedur dan menghormati kuasa mutlak ini," kata Dr Koh kepada pemberita Khamis lalu.

Namun, timbul spekulasi mengenai siapa yang bakal dilantik ke jawatan itu, dengan teka-teki menjurus kepada dua individu - setiausaha agung GERAKAN, Teng Chang Yeow dan setiausaha politik Dr Koh, Ong Thean Lye.

Teng disebut-sebut sebagai tokoh yang paling sesuai untuk mengisi jawatan ketua menteri Pulau Pinang menjelang hari pengundian pilihan raya umum lalu pada 2008, tetapi prestasi teruk GERAKAN dalam pilihan raya itu, termasuk kekalahannya, membantutkan idea itu.

Tumpuan kali ini sekali lagi berpusat kepada Teng, dengan desas-desus bahawa beliau adalah pilihan paling sesuai bagi mengisi jawatan pengerusi BN Pulau Pinang berikutan sesi perbincangan panjang lebar di kalangan pemimpin parti pada Rabu lalu.

Orang dalaman parti berkata, Teng patut dicadangkan untuk memegang jawatan itu.

Teng, 47, anak kelahiran Batu Pahat berasal daripada keluarga pemimpin politik yang memegang jawatan dalam parti politik sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Abangnya, Datuk Teng Chang Khim ialah pemimpin DAP Selangor dan speaker Dewan Undangan Negeri dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR.

Bapanya yang lebih senang dengan sikap enggan menonjolkan diri, ialah penyokong kuat dan pemimpin peringkat akar umbi MCA di Batu Pahat, kampung halaman presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bapa saudaranya, Datuk Teng Boon Soon ialah anggota Parlimen Tebrau dan orang kuat MCA yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Lebih penting lagi, Teng Chang Yeow paling diingati oleh pemimpin dan anggota parti sebagai ahli politik yang mengalahkan pengerusi DAP, Karpal Singh di kawasan Dewan Undangan Negeri Padang Kota pada pilihan raya umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500.

Penganalisis politik yang berpangkalan di Pulau Pinang, Datuk Dr Cheah See Kian, berkata sekiranya Chang Yeow dilantik sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baru, ia akan membawa semangat baru kepada keseluruhan jentera negeri kerana beliau terkenal sebagai seorang pejuang dan akan mampu memberi saingan kepada kerajaan negeri sedia ada.

"Bukan lagi rahsia bahawa adalah sukar bagi BN untuk mengambil alih semula Pulau Pinang pada ketika ini, tetapi dengan meletakkan Chang Yeow (menerajuinya), ia sekurang-kurangnya meningkatkan peluang BN dalam perjuangannya itu," katanya.

Chang Yeow mungkin bukan tokoh popular dalam GERAKAN tetapi keberaniannya dalam isu-isu tertentu menarik perhatian kalangan pemimpin sama ada di dalam dan di luar parti. - BERNAMA

Tiada ulasan: