Sabtu, 19 November 2011

Biaqpila

Biaqpila


Gadis 16 Tahun Dirogol Di Atas Pasir

Posted: 19 Nov 2011 02:00 PM PST

JERTIH: Kepulangan seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kota Bharu, Kelantan untuk melawat dan bercuti di rumah neneknya berakhir tragedi apabila dirogol dua lelaki sebaik tiba di kampung berkenaan pada awal pagi 11 November lalu.

Mangsa yang belajar di sebuah sekolah agama di Kota Bharu tinggal bersama keluarganya di Kampung Lepar Limbat, Kota Bharu dan dihantar pulang oleh teman lelakinya ke kampung neneknya pada hari kejadian.


Ketika ditinggalkan pada jam 2.20 pagi di tepi jalan, mangsa yang berjalan kaki menuju ke rumah neneknya di Kampung Beris, Alor Pisang, Kuala Besut tiba-tiba didekati seorang pemuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek kemudian memegang tangan mangsa dan berpura-pura bertanyakan ke mana destinasi mangsa.


Beliau berkata, apabila mangsa enggan melayan, suspek mengugut mangsa dengan mengatakan dia tahu dengan siapa mangsa keluar dan akan memberitahu keluarga, terutama neneknya mengenai tindakan mangsa keluar bersama teman lelaki hingga awal pagi.


Katanya, suspek memberikan syarat yang mangsa perlu melakukan hubungan seks dengannya jika tidak mahu rahsianya keluar bersama teman lelaki terbongkar.


"Akibat bimbang suspek membongkar rahsianya yang sering dihantar pulang ke rumah neneknya oleh teman lelaki, mangsa bersetuju mengadakan hubungan seks dengan suspek.


"Pada masa sama, seorang rakan suspek tiba di tempat berkenaan dan membawa mangsa ke rumah kosong berdekatan rumah nenek mangsa," katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa melakukan hubungan seks dengan suspek di atas pasir di tepi rumah kosong berkenaan dengan disaksikan rakannya itu.


"Tidak lama selepas itu, suspek memanggil seorang rakan lain yang kemudian turut merogol mangsa di tempat sama sambil disaksikan seorang lagi rakan suspek sebelum mangsa dihantar tiga suspek terbabit pulang ke rumah neneknya," katanya.


Menurutnya, mangsa menceritakan musibah yang berlaku kepada neneknya lima hari selepas kejadian sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut, 16 November lalu.


Katanya, susulan laporan itu, tiga suspek berasal dari Kuala Besut dicekup di rumah masing-masing pada petang hari sama dan mereka direman seminggu bermula kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN BOLASEPAK SUKAN SEA 19/11/11

Posted: 19 Nov 2011 03:01 AM PST



MALAYSIA 1-0 MYANMAR


INDONESIA 2-0 VIETNAM


*MALAYSIA DAN INDONESIA LAYAK KE PERLAWANAN AKHIR

Skuad Malaysia layak ke Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA 2011 selepas membenam Myanmar 1-0 melalui jaringan Fakri Saarani pada minit ke 85.

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PAS mahu semua menteri terbabit letak jawatan

Posted: 18 Nov 2011 11:00 PM PST


KUALA LUMPUR: Semua menteri kabinet yang meluluskan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM250 juta didesak meletakkan jawatan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kes-kes yang membabitkan penyelewengan dana awam adalah kes yang telah mencemarkan integriti pentadbiran negara.

Katanya, desakan untuk letak jawatan bukan sahaja membabitkan Menteri Pembang2unan Wanita, Dato' Shahrizat Abdul Jalil bahkan semua menteri yang terbabit.

"Kementerian dan kabinet yang meluluskan projek kepada suami Shahrizat sepatut bertanggungjawab sama, bukan Shahrizat seorang," katanya.

Merujuk kes pelantikan menantu Menteri Besar Kelantan sebagai CEO dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), jelasnya walaupun tidak ada pendakwaan berlakunya penyelewengan tetapi beliau meletak jawatan apabila didesak berbuat demikian.

Malangnya, jelas Ustaz Tuan Ibrahim, projek feedlot yang ternyata gagal dan diagihkan pula kepada kaum keluarga Shahrizat masih lagi dipertahankan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin.

Tegasnya, Muhyiddin sebagai menteri yang bertanggungjawab sepatutnya bukan mempertahankan Shahrizat sebaliknya mengambil tindakan ke atas kegagalan beberapa pihak yang menyalahgunakan dana awam tersebut

"Apa yang berlaku masing-masing cuba mempertahankan, mereka termasuklah Khairy Jamaluddin dan Noh Omar, menunjukkan mereka seolah-olah menyokong dana awam disalahgunakan," katanya.

"Apabila sistem pentadbiran negara kita sudah korup, berlaku penyelewengan di mana golongan yang tidak betul akan terus mempertahankan tindakan yang tidak betul. Inilah budaya dalam Umno," katanya.

Sebelum ini, desakan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat BN, Dato' Bung Mokhtar Radin agar mereka yang bertanggungjawab dalam skandal NFC wajar meletakkan jawatan.

Kemudian sehari selepas itu, Muhyiddin pula mempertahankan Shahrizat tidak terlibat secara langsung dalam projek NFC dan tidak perlu meletakkan jawatan sebagai anggota kabinet dan parti.

Muhyiddin berkata, gesaan Timbalan Pengerusi BBC-BN itu agar Shahrizat meletakkan jawatan adalah sesuatu yang tidak perlu di kalangan "orang sendiri."

selatanonline


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SKANDAL LEMBU TERLAMPAU: TV3SUKU PATUT SIARKAN JAWAPAN NI...

Posted: 18 Nov 2011 08:00 PM PST



Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan.

Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.

Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato' Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:

1) Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC

2) Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor

3) Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil

4) NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)

5) Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil

6) Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar

7) NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta

8) NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian

9) Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian


Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.

Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.

Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:

2008 (tahun pertama) 2009

Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk 4,141 ekor -

Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar 245 ekor -

Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia 8 ekor -

Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot 15 ekor -

Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah 45 ekor 56 ekor

Lembu yang mati di Pusat Fidlot 42 ekor 78 ekor

Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain 11 ekor 3 ekor

Lembu yang disembelih untuk dijual 113 ekor 1,562 ekor

Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual 121 ekor 137 ekor
(nisbah 1:1) (nisbah 1:11)

Anggaran kerugian akibat lembu mati RM542,201 RM613,897

Dalam temuramah dengan Berita Harian[2] pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik". Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.

Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.

Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:

Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil;
Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan
Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil sepenuhnya.
Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.

Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.



MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

18 NOVEMBER 2011

jalanpulang1978


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

UMNO Pulau Pinang Didominasi Mamak ?

Posted: 18 Nov 2011 04:31 PM PST

http://shahraza.files.wordpress.com/2010/09/rizal-american1.jpg 



Hasil kajian Ilham Centre menunjukkan bahawa Umno Pulau Pinang didominasi oleh Melayu “berketurunan mamak.”


“Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini. Namun begitu, orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa Umno adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang,” katanya lagi.


Di samping itu, Umno yang memiliki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri, yang kesemuanya dimenangi tiga tahun lalu, tidak mempunyai tokoh yang dikatakan berkaliber dan berdedikasi setelah kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat dan peletakan jawatan Abdullah sebagai Perdana Menteri.


Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, dipecat dari Umno pada September 1998 dan kemudian menubuhkan PKR.


“Namun rakyat masih lagi bergantung harap dengan Umno,” katanya lagi.


Ilham Centre juga berkata orang Melayu di kawasan kajian tidak mengetahui segala dasar baru kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.


“Mereka lebih cenderung kepada segala manfaat yang mereka akan terima secara ‘one-off’ sama ada dalam bentuk bantuan kebajikan dan barang-barang keperluan harian seperti; beras, gula, tepung, telur dan wang tunai kerana ia lebih dirasai berbanding dengan pengumuman program dan rancangan pembangunan yang bernilai jutaan ringgit,” katanya lagi.

atsixty-zakriali


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: