Sabtu, 20 Ogos 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Jika p'raya telus, sudah lama BN pembangkang

Posted: 20 Aug 2011 01:06 AM PDT

BUTTERWORTH, 20 Ogos: Pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen seperti mana yang dilaung-laungkan oleh BN sejak awal lagi sudah menunjukkan ketidakadilan mereka dalam menangani isu pilihan raya.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (gambar) ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid Mak Mandin, Butterworth petang semalam.
Menurut beliau lagi, dalam pembentukan jawatankuasa tersebut sudah melihat adanya kepincangan, jadi bagaimana untuk mengharapkan suatu keadilan tercapai secara telus.
"Mereka ingin bentuk jawatankuasa yang didominasi oleh mereka. Majoriti kuasa ada pada mereka. Suara juga banyak pada mereka. BN ada lima anggota dan PR hanya tiga. NGO yang dicadangkan juga tidak relevan pada mereka.
"Pembentukan (jawatankuasa) ini tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya pada awal-awal lagi sudah adanya unsur-unsur tidak telus dalam menangani masalah pilihan raya yang tidak adil dan telus dalam negara.
"Selagi SPR diperkudakan oleh Umno dan BN, saya yakin, selagi itulah masalah yang sekian lama dipertikaikan seperti pengundi pos, pengundi hantu dan terkini isu pemilikan Mykad oleh warga asing sebagai pemilih sah," ujarnya lagi.
Jelasnya lagi, Umno dan BN tidak akan berani untuk menghadapi pilihan raya secara telus dan adil.
Malah katanya, sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara telus BN sudah lama menjadi pembangkang dalam politik negara apabila rakyat menolak mereka melalui keputusan pilihan raya yang bersih.
"Namun begitu, adalah sukar untuk merealisasikan pembersihan ini wujud, selagi SPR tidak melepaskan diri mereka dari belenggu parti pemerintah, " tambahnya lagiFakhri Ali  

Mismah tak ingin lagi diwawancara

Posted: 19 Aug 2011 10:24 PM PDT

Selepas dua minggu mencuri perhatian ekoran dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam, Mismah -- pekerja di sebuah syarikat jualan langsung -- kini enggan diwawancara pihak media.

Baginya, cukuplah berita yang ditulis tentang dirinya oleh pelbagai media sejak hari pertama disiarkan sehinggalah dikunjungi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini.

mismah in sinar harian 140811 front page story imageKetika ditemui Malaysiakini di gerai tempat wanita itu berniaga di ibu negara semalam, Mismah -- anak kelahiran Bawaen, Indonesia -- itu bagaimanapun masih mesra dan ramah berbual.

Jelasnya, beliau cuma tidak mahu lagi kenyataannya dipetik media mahupun gambarnya di gerai itu dirakamkan, walaupun dipujuk berkali-kali.

"Sudah banyak tentang diri saya ditulis," katanya petang semalam menjelang waktu berbuka puasa di gerai kecil 10 kali 10 kaki di depan sebuah kedai baju di pusat bandar Kuala Lumpur.

Selepas bekerja sebagai tukang sapu di sebelah siang, pada malamnya beliau mengambil kesempatan meniaga sempena hari raya yang bakal tiba hujung bulan ini.

Ketika kunjungan itu, Mismah, 47 kelihatan menunggu pelanggan di gerai baju kurungnya. Beliau tidak lagi menjual tudung seperti dilaporkan baru-baru ini.

Memandangkan hujan agak lebat pada masa itu, keadaan agak lengang dan tidak ramai mengunjungi gerainya -- tidak seperti kelaziman di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sesak setiap kali menjelang musim perayaan.

Tiga soalan, jawapan off record

Selepas dilaporkan Malaysiakini pada 2 Ogos, isu sama ada ibu kepada empat anak itu merupakan penduduk tetap (PR) yang diberikan hak mengundi hangat diperdebatkan.

Tambahan lagi apabila statusnya di laman dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertukar daripada PR kepada warganegara selepas empat jam berita itu disiarkan.

gerai mismah jalan tar 200811 2JPN bagaimanapun sehari selepas itu membuat penjelasan bahawa dakwaan itu tidak benar dan kewarganegaraan wanita itu sebenarnya diluluskan pada 31 Januari lalu.

Laporan itu disusuli penampilannya kali pertama kepada Sinar Harian pada 12 Ogos -- sepuluh hari selepas itu di mana beliau dilaporkan menolak mendapat kerakyatan mudah melalui "pintu belakang".

Sebaliknya, jelas Mismah, beliau juga menjalani laluan sukar apabila mendapat kerakyatan setelah menjadi PR selama 17 tahun dan dua kali memohon menjadi warganegara.

Kunjungan Malaysiakini semalam bagi mendapatkan penjelasan bagaimana Mismah mendapat taraf PKR dalam tempoh beberapa bulan sahaja ketika masih belasan tahun dan siapa yang membawanya masuk ke negara ini pada tahun 1982.

Selain itu, masih ramai tertanya-tanya apa yang mendorongnya membuat permohonan baru di Putrajaya setelah gagal kali pertama dan apa yang mendorongnya mendafar sebagai pemilih tidak lama selepas mendapat taraf itu.

Sebahagian daripada soalan itu dijawab oleh Mismah tetapi Malaysiakini tidak dapat menyiarkan atas permintaannya supaya perbualan itu tidak dirakamkan atau off record.

Ketika beredar, keramahan Mismah jelas kelihatan apabila beliau sempat mencadangkan tempat berbuka puasa sekitar kawasan itu kepada pemberita dan juruvideo Malaysiakini.

PM: P'raya boleh bila-bila masa, tak perlu tunggu PSC

Posted: 19 Aug 2011 03:50 PM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Perdana menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato'
Onn hari ini.
Najib yang juga presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.

Ditanya mengenai pendirian pembangkang yang belum membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa itu selagi belum melihat terma rujukannya, Najib berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan merupakan tawaran yang ikhlas daripada pihak kerajaan supaya setiap keputusan dapat dibuat secara konsensus.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Pada Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.
Najib juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut tetapi tidak bererti mereka mengakui terdapat kelemahan yang besar pada kesahihan pilihan raya di negara ini.

"MT nak tegaskan demokrasi berparlimen adalah prinsip perjuangan Umno selama ini. Kesahihan pilihan raya tidak seharusnya dipersoalkan sebab kita telah buktikan tiada manipulasi dalam pilihan raya sama ada dari segi undi yang
dilakukan atau senarai daftar pemilih," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat beberapa individu yang menjadi penduduk tetap dan tersenarai sebagai pengundi dalam masa yang singkat, Perdana Menteri berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat penjelasan mengenai kes tersebut.

"Mungkin ada individu-individu yang boleh jadi pertikaian tapi kita minta SPR buat penjelasan tentang kedudukan nama-nama tersebut memandangkan kecenderungan pembangkang membangkitkan nama-nama mereka," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: