WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- BAJET - APABILA PEMIMPIN `MABUK DAN GILA' BANGUNAN TINGGI, RAKYAT DERITA
- AZMIN NAFI PENGARUHI JPP, HORMATI TS KHALID UNTUK BERTANDING
- SEKALI LAGI PERKASA DIPERLEKEHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO
- BAJET 2011 - BERSYUKURLAH MEREKA YANG SEANGKATAN DENGAN ROSMAH
- SELANGOR - GAGAL KALI PERTAMA, BALACI UMNO CUBA KALI KEDUA PULA
- WAHAI GOBALA, SIAPA HAIRAN JIKA KAMU KELUAR PARTI ?
| BAJET - APABILA PEMIMPIN `MABUK DAN GILA' BANGUNAN TINGGI, RAKYAT DERITA Posted: 15 Oct 2010 11:00 PM PDT Projek mega kembali Antara yang paling dipertikaikan dalam Belanjawan 2011 ini adalah pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Projek bernama "Warisan Merdeka" yang menelan RM5 bilion ini dibangunkan Permodalan Nasinal Berhad, dan dijangka akan siap pada tahun 2015.
Seandainya kedua-dua kes ini dibaca bersama, maka akan didapati bahawa kerajaan BN masih tidak mengambil iktibar daripada "projek mega" zaman Perdana Menteri ke-empat, Mahathir Mohamad. Projek mega seperti Putrajaya misalnya, telah membebankan generasi akan datang dengan kos penyelenggaran yang terlalu tinggi. Pembinaan projek mega semestinya memanfaatkan golongan kontraktor, yang menjadi asas kepada UMNO. Najib cuba menghalalkan kesinambungan "projek mega" dengan "Semangat Malaysia Boleh", tanpa menyedari bahawa keghairahan untuk menghambat kemegahan pencakar langit inilah yang menjejaskan ekonomi Malaysia.
Namun demikian, kelebihan-kelebihan ini telah dibinasakan, kerana dasar ekonomi yang lebih mementingkan pengagihan daripada penghasilan, hubungan etnik yang teruk, malah terlalu bermegah-megah dengan projek yang indah khabar dari rupa untuk mengubati perasaan inferior dirinya. Mahathir pernah mengibaratkan menara Petronas KLCC sebagai kotak untuk si pendek, Abdullah Ahmad Badawi (gambar atas) pula ghairah dengan khayalan angkasa-nya./Merdeka Review | |||||||
| AZMIN NAFI PENGARUHI JPP, HORMATI TS KHALID UNTUK BERTANDING Posted: 15 Oct 2010 06:00 PM PDT Azmin nafi manipulasi JPP KUALA LUMPUR - Calon jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan bahawa beliau bersama pasukannya memanipulasikan proses pemilihan parti itu. Naib Presiden PKR itu turut menafikan dakwaan pihak tertentu beliau mencampuri urusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sempena kempen pemilihan yang kini sedang rancak berlangsung sehingga November ini. Ahli Parlimen Gombak itu turut meminta semua pihak supaya boleh menerima keputusan yang dibuat oleh ahli parti dan mahu dirinya tidak dipersalahkan dalam isu pemilihan parti kerana beliau tidak terlibat. "Semua masalah parti, salahkan saya. Saya bukan JPP, macam mana saya boleh manipulasi pemilihan parti? Ini pemilihan secara terus. Ada wakil JPP pada setiap pemilihan cabang yang mengawasi mesyuarat pemilihan," katanya di lobi Parlimen, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan terbaru dalam mesyuarat pemilihan PKR termasuk dakwaan beliau campur tangan dalam pemilihan parti. Azmin berkata, beliau bukan setiausaha agung yang boleh mengawal parti. "Saya tidak boleh mengawal parti dan Penasihat PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Saya tidak boleh kawal semua," katanya. Ketika ditanya mengenai tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden, Azmin berkata, beliau menghormati keputusan Menteri Besar Selangor itu./Sinar | |||||||
| SEKALI LAGI PERKASA DIPERLEKEHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO Posted: 15 Oct 2010 12:00 PM PDT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz percaya Umno akan dapat bertahan dalam menghadapi kemaraan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwa semakin berpengaruh di kalangan anggota parti itu. Katanya, Umno pernah menghadapi ujian yang lebih getir ketika menghadapi pengaruh gerakan Islam dalam Umno yang membentuk PAS, Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah, malah daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membentuk PKR. "(Umno) telah diserang dari kiri dan kanan tapi kami masih di sini. Anda fikir PERKASA akan dapat buat lebih baik daripada Semangat 46, PKR atau PAS?" katanya ketika bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini. Nazri juga bertegas bahawa PERKASA merupakan satu gerakan ekstremis, namun tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menghalangnya. Dalam kewajaran itu juga, anggota Umno bebas untuk menganggotai PERKASA, kata Nazri. "Sebab itulah saya katakan, saya mahu PERKASA didaftarkan sebagai satu parti politik, kemudian barulah kita tahu sama ada anggota Umno benar-benar menyokong mereka," tambahnya. "Biar saya bagi tahu, kalau mereka daftar (sebagai parti politik), itu akan menjadi petanda kemusnahan mereka," kata Nazri yang tidak begitu yakin dengan pengaruh PERKASA. "Berapa ramai (presidennya Datuk Ibrahim Ali) dapat kumpul di Kelantan? Saya boleh kumpul lebih ramai lagi." katanya lagi. PERKASA yang mendapat sokongan daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan persepsi berbeza terhadap kewibawaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekarang. Pandangan seolah-olah Dr Mahathir masih lagi berkuasa, dengan sokongan gerakan seperti PERKASA yang giat mengutarakan pandangan yang bertentangan dengan usaha liberalisasi Najib. Ketika ditanya, Nazri sekadar menepis pandangan tersebut dengan berkata "ia satu persepsi semata-mata." "Sebagai sebuah negara Timur, kita masih hormati bekas pemimpin yang telah berkorban untuk negara. Jadi saya rasa sokongan yang dilihat itu hanya disebabkan rasa hormat (terhadap Dr Mahathir)," katanya. Dr Mahathir pada Mei 2008 lalu pernah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu kerana tidak yakin dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun, Dr Mahathir mengubah keputusannya kira-kira setahun kemudian selepas Najib secara rasminya menjadi perdana menteri. | |||||||
| BAJET 2011 - BERSYUKURLAH MEREKA YANG SEANGKATAN DENGAN ROSMAH Posted: 15 Oct 2010 11:00 AM PDT
Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia. Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan. Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan "Rosmah!" disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka. Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: "Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu." Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa. Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit "Rosmah! Rosmah!", sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis. Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'. Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter. "Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching. "Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong./Malaysiakini | |||||||
| SELANGOR - GAGAL KALI PERTAMA, BALACI UMNO CUBA KALI KEDUA PULA Posted: 15 Oct 2010 10:05 AM PDT Oleh: Mandor SETELAH Umno Selangor gagal di dalam misi Siri Pertama Jelajah Selamatkan Selangor (SSDE), hari ini dikatakan Umno Selangor meneruskannya dengan Siri Kedua pula. Kali ini, isunya mungkin lebih banyak tertumpu kepada isu peribadi DS Anwar kerana isu-isu lain telah ditertawakan oleh rakyat Selangor. Umno Selangor merasa kerajaan negeri di bawah PR di Selangor akan goyah dengan kempen mereka itu dengan membawa balaci-balaci yang dikutip dari tong sampah PKR. Ternyata kempen pada Siri Pertama tidak memberi kesan bahkan menikam mereka kembali. Strategi PR Selangor amat berkesan terutamanya di bawah Us Dr Badrul Amin yang sentiasa memantau dan mengekori ke mana sahaja balaci-balaci upahan ini pergi. Apakah ini bermakna PR Selangor takut dengan kempen mereka? Jawapannya ya, memang kita takut rakyat akan terus diperbodohkan oleh Umno sebagaimana di zaman anak Toyo lagi. Maka, kewajipan PR Selangor adalah untuk menyelamatkan rakyat Selangor. Sehubungan itu, PR Selangor haruslah terus mengatur strategi yang lebih berkesan agar hasutan dari puak `penghisap darah rakyat' ini gagal, biar mereka atur kempen untuk beberapa ratus siri sekalipun. Ini adalah penting kerana Umno tidak mampu hidup tanpa ada rakyat yang bodoh dan jahil. Wajib bagi PR Selangor melindungi rakyat sekeliannya dari balaci-balaci seperti ini./mandor.blogspot.com | |||||||
| WAHAI GOBALA, SIAPA HAIRAN JIKA KAMU KELUAR PARTI ? Posted: 15 Oct 2010 02:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SEMALAM MP Padang Serai dari PKR, YB Gobala `mengugut' partinya sendiri disebabkan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan pimpinan di dalam PKR yang sedang berlangsung sekarang. Beliau mengugut untuk keluar dari PKR sekiranya parti itu tidak bertindak terhadap aduannya. Sasarannya adalah YB Azmin yang kununnya dikatakan banyak mempengaruhi atau campurtangan menentukan siapa calon yang bertanding. Seperti biasa, media pencari bangkai memberikan liputan meluas kenyataan Gobala. Semua tahu Gobala anti Azmin dan menyokong Zaid. Itu kita tidak kisah kerana itu hak individu untuk sokong sesiapa. Tetapi menuduh YB Azmin mempunyai pengaruh sebegitu besar di dalam pemilihan PKR adalah satu tuduhan dari orang yang tidak berakal. Jika benar YB Azmin mempunyai pengaruh sedemikian rupa, masakan YB Nurul Izzah dibenarkan bertanding Timbalan Presiden PKR walaupun pencalonannya tidak mencukupi setelah tarikh tutup pencalonan? Sudah tentu YB Azmin yang dikatakan berpengaruh besar itu akan mempengaruhi parti menolak pencalonan YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR memandangkan YB Azmin juga turut bertanding jawatan yang sama? Adakah ini satu cara untuk Gobala mencari jalan untuk melompat parti sepertimana taktik yang digunakan oleh YB Zulkifli Noordin? Sekiranya Gobala tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan di dalam PKR, mengapa beliau perlu mengugut untuk keluar parti? Bukan beliau seorang sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan sistem atau perjalanan pemilihan yang diadakan ini. Sudah banyak aduan telah diterima dan jaminan dari pihak yang berkenaan dari parti segala aduan akan disiasat dan akan dimaklumkan. Suatu sistem yang baru tentunya terdapat banyak masalah yang timbul dan ini semua satu pelajaran yang berguna buat PKR. Masalah Gobala bukan masalah tidak bersetuju dengan sistem pemilihan. Beliau tidak puas hati kerana kununnya YB Azmin dan beberapa pihak di dalam parti campurtangan di dalam menentukan siapa yang patut dipilih oleh ahli-ahli parti. Tentu beliau punyai bukti atas dakwaannya, walaupun YB Azmin telah pun menafikan beliau mempunyai `kuasa besar' itu. Jika Gobala ada bukti, sila kemukakan kepada parti untuk disiasat. Mengapa perlu ugut untuk keluar dari PKR? Mungkin Gobala yakin parti tidak akan bertindak ke atas aduannya. Jika beliau sudah tidak yakin dengan parti, maka wajarlah beliau keluar dari PKR. Jangan beliau ingat parti akan tunduk kepada kehendaknya melalui ugutan seperti itu. PKR sanggup hilang kerusi asalkan parti ini tidak menanggung orang yang berlagak seperti beliau. Contohnya YB Zulkifli Noordin, biarpun ketika PKR semakin kurang kerusi akibat beberapa pemimpin bertukar menjadi `katak", namun PKR berani menghumbankan MP Kulim Bandar Baru itu. Pada saya, sekali Gobala terasa ingin keluar parti, beribu kali saya bersetuju. PKR hendaklah menyiasat semua aduan tidak kira dari siapa dan apakah darjat mereka. Siasatan hendaklah dilakukan dengan jujur dan bertanggungjawab bukan kerana ugutan seperti Gobala lakukan. Jika ugutan seperti ini mahu dihentikan dari menjadi amalan di dalam PKR, maka wajarlah PKR `campak'kan Gobala ini ke dalam golongan `katak' yang sedia menyambut itu./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.