WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- TIMB PRES PKR - NURUL IZZAH MESTI KENAL SIAPA YANG BERSAMANYA KETIKA SUSAH DAN SENANG
- LIWAT II - ADA KESAN AIR MANI, BERMAKNA ADA TUSUKAN. TIADA KESAN CEDERA, MUNGKIN TIDAK MELAWAN, TIADA PERGELUTAN
- TIMB PRES PKR - SIAPA DI SEBELAH DATO ZAID?
- BIMBANG JIKA BENAR-BENAR RAJA KATAK TERKENTUT SELEPAS INI
- KES ANWAR - PESURUHJAYA SUMPAH PUN DIPAKSA ?
- TIMB PRES PKR - SELAMAT BERTANDING IZZAH, KE MANA HALUAN DATO ZAID ?
- PKR YANG BERKUBUR ATAU RAJA KATAK YANG BERKUBUR?
| TIMB PRES PKR - NURUL IZZAH MESTI KENAL SIAPA YANG BERSAMANYA KETIKA SUSAH DAN SENANG Posted: 14 Oct 2010 11:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS APA komen DS Anwar terhadap pencalonan dan kemungkinan YB Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR? Malaysiakini memetik kenyataan Ketua Umum PKR itu, "Saya bangga dengannya dan yakin dengan penilaiannya. Saya percaya dia tahu siapa penyokong sebenar dan siapa yang mahu mempergunakannya untuk tujuan tertentu," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini." (Malaysiakini). Amat berhemat sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Anwar selaku Ketua Umum PKR lebih-lebih lagi sebagai seorang ayah kepada anak sulungnya itu. Kenyataan yang penuh erti dan nasihat dari seorang tokoh yang begitu banyak bergelumang dengan sepak terajang politik sehinggakan mahu di`hapus'kan terus dari dunia ini oleh musuh politiknya. Kita yakin, YB Nurul Izzah sudah kenal siapa yang benar-benar menyokongnya, siapa yang sanggup merasa susah dan derita bersama beliau dan keluarganya tatkala bermulanya episod kezaliman terhadap ayahandanya itu. Beliau tidak boleh melihat orang-orang yang menyokong kuat beliau waktu sekarang sahaja kerana sudah menjadi kelaziman diwaktu senang, memang ramai teman. Kita khuatir beliau akan `berpencak' dengan orang yang dahulunya sanggup `menangis' bersama beliau, hanya kerana `hasutan' ataupun `sokongan' dari mereka yang tidak pernah merasa susah bersama beliau dahulu. Amatlah dukacita jika YB Nurul Izzah sanggup `berpencak' dengan YB Azmin Ali semata-mata sokongan dari Dato Zaid Ibrahim ataupun `musuh' politik YB Azmin. Sekiranya YB Nurul Izzah tidak rela menyokong YB Azmin, paling tidak pun beliau tidak perlu memasuki gelanggang untuk `menyingsing lengan' menentang YB Azmin. Biarlah orang lain yang mencuba kehebatan YB Azmin, bukannya YB Nurul Izzah. Risikonya bukan sedikit di dalam `pertarungan' itu nanti. Samada YB Azmin menang, ataupun YB Nurul Izzah menang sekalipun kedua-duanya pasti mengalami sedikit `luka dan tercedera'. Luka di tubuh boleh dilihat, luka dihati siapa yang tahu. Kita bersimpati sekiranya kedua-dua mereka `terluka' akibat `pertarungan' ini kerana mereka adalah pejuang kita yang sama-sama bersusah payah sejak dari era reformasi. Mungkin YB Azmin tidak memerlukan ucapan terima kasih dari YB Nurul Izzah kerana pengorbanan beliau sehingga terseksa di bawah ISA semata-mata untuk menyelamatkan bapanya dari difitnah. Adakah politik dengan nama demokrasi boleh menghilangkan semua perasaan terhadap orang lain? YB Azmin tidak mengikut jejak Ezam sesumpah yang akhirnya menjadi pengkhianat. Beliau juga mengalah sebanyak dua kali sebelum ini untuk tidak merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kerana menghormati Dr Syed Hussin Ali sebagai orang lama. Beliau tidak belot kepada parti walaupun beliau tidak dipilih oleh DS Anwar menjadi MB Selangor. Saya percaya YB Nurul Izzah tentu boleh melakukan seperti itu apatah lagi usianya yang terlalu muda serta mempunyai masa depan yang amat cerah. Nasihat dari ayahandanya hendaklah difikir semasak-masaknya oleh YB Nurul Izzah. DS Anwar mungkin tidak mahu anaknya menjadi mangsa atau `jambatan' oleh orang yang mempunyai kepentingan diri. Orang yang mempunyai kepentingan diri ini salah satu sikapnya adalah sering berjanji tetapi sering berdolak-dalik di dalam janjinya./wfauzdin.blogspot.com | |||||
| Posted: 14 Oct 2010 06:00 PM PDT LAPORAN LANGSUNG 9:41am Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin mengambil tempatnya. 9:47am: Karpal berkata tindakan menghina mahkamah akan dikenakan ke atas Rahimi berhubung kenytaannya kepada media. Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau memandang berat perkara berkenaan. Hakim Zabidin membenarkan Karpal mengemukakan permohonan menghina mahkamah itu. Mahkamah bersambung dengan saksi pendakwa yang ketiga iaitu Dr Siew Sheue Feng. 9.58am: Dr Siew, 40, berkata beliau telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat. 10.15am: Hakim Mohamed Zabidin memutuskan bilangan kali Saiful memaklumkan kepada doktor yang dia diliwat dikeluarkan kerana ia tidak dicatatkan dalam borang pendakwaan. 10.39am: Semua sampel dimasukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup rapi serta ditandatangani oleh Saiful dan tiga doktor berkenaan. 10.49am: Dr Siew berkata sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal. 11.13am: Giliran seorang lagi doktor dari HKL memberi keterangan - Dr Khairul Nizam Hassan sebagai saksi seterusnya. 11.19am: Dr Khairul Nizam, 40 berkata beliau telah mengendalikan 20 kes liwat dan merawat Saiful pada 28 Jun 2008. 11.23am: Dr Khairul berkata dia ditugaskan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas Saiful, manakala Dr Razali pula memeriksa bahagian sekitar dubur mangsa. 11.27am: Menurut Dr Khairul, beliau kemudiannya menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh ke atas Saiful. Beliau bermula daripada bahagian atas kepala sehingga ke bahagian khaki. 11.32am: Dr Khairul juga berkata beliau mengambil sampel air ludah dari bahagian kiri dan kanan puting, areola, sampel air mani dari mulut dan contoh darah. 11.44am: Saksi itu berkata berdasarkan adanya air mani lelaki di kawasan peri-anal dan bahagian bawah serta atas dubur, maka tusukkan zakar memang berlaku. Menurut Dr Khairul ada kemungkinan tiada kesan kecederaan di kawasan dubur meskipun berlakunya tusukan. Hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 25 Oktober ini untuk bersambung semula./Malaysiakini | |||||
| TIMB PRES PKR - SIAPA DI SEBELAH DATO ZAID? Posted: 14 Oct 2010 01:35 PM PDT Memilih antara yang kurang buruk Meskipun PKR dilihat sebagai "parti harapan masa depan", namun pemilihan parti ini agak mengecewakan pada peringkat awal, khususnya jawatan Timbalan Presiden. Ini kerana pertandingan ini disarat dengan serangan peribadi, dan tidak menampilkan perdebatan halatuju atau dasar. Malah, terdapat anggota partinya yang mengeluh bahawa ia bagaikan pemilihan antara dua biji epal yang busuk, bezanya hanya yang busuk dengan yang kurang busuk.
Pada hakikatnya, Zaid mencungkil saraf anggota partinya apabila menerima satu wawancara bersama Mingguan Malaysia. Seandainya diteliti, mereka yang berada di kem Zaid sebenarnya orang yang tidak berpuas hati dengan Azmin Ali, misalnya Jeffrey Kitingan yang tidak berpuas hati kerana pelantikan Tamrin Zaini sebagai Pengerusi Perhubungan Sabah; ahli parlimen Padang Serai N. Gopalakrishnan dan sebagainya. Dan kita tidak lupa puak "korporat", termasuk Soh Chee Wen, yang seketika dahulu rapat dengan bekas Presiden MCA Ling Liong Sik. Kebetulan bekas Pengarah Komunikasi, Jonson Chong telah menyatakan sokongannya terhadap Zaid, dan sudi membantu Zaid untuk berkempen. Zaid pernah mengeluarkan kenyataan untuk membela Soh Chee Wen, yang disifatkannya rapat dengan Anwar Ibrahim seketika dahulu. Apabila tindak-tanduk ini dikaitkan bersama, ia akan memberi persepsi bahawa wujudnya kerjasama yang terjalin antara kedua-dua puak ini.
Zaid dijangka meraih sokongan daripada kelas menengah dan penduduk bandar. Mereka memberi penghormatan kepada Zaid Ibrahim yang meletak jawatan Menteri Jabatan Perdana Menteri ketika kerajaan Barisan Nasional menangkap wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 2008. Namun demikian, Zaid Ibrahim yang pada mulanya mendapat sokongan mereka yang tidak suka Azmin Ali, dikatakan kehilangan sokongan itu setelah menunjukkan sikap yang dianggap terlalu angkuh. Malah, sesetengah anggota yang sedar sikap Soh Chee Wen, juga dipercayai tidak lagi menaruh harapan kepadanya./Merdeka Review | |||||
| BIMBANG JIKA BENAR-BENAR RAJA KATAK TERKENTUT SELEPAS INI Posted: 14 Oct 2010 10:49 AM PDT Oleh: MandorRAJA Katak, Berahim Ali punyai alasan mengapa dia lewat bangun bertafakur sewaktu Palimen menghormati seorang ahlinya yang meninggal dunia baru-baru ini. Beliau lewat bangun kerana penyakit dalam tubuh badannya seperti kencing manis dan ada lagi penyakit lain. Kira ada jugalah alasan beliau walaupun semua tahu siapa raja katak dan perangainya itu. Ketika menghadiri majlis pertubuhan yang sinonim dengan nama Perkosa, apatah lagi hadir bersama di majlis tersebut seorang tua dari Kubang Pasu yang dipujanya tiada pula raja katak merungut tidak boleh berdiri lama akibat kencing manis. Bahkan, beliau dengan gagah bagaikan Hang Tuah mengucup keris telanjang di perhimpunan tersebut. Kali ini, beliau merungut kerana kencing manis pula. Raja katak begitu marah kerana hal remeh seperti itu diperbesarkan. Beliau berkata, jika beliau terkentut pun tentu Parlimen akan `gempar' membicarakannya. Memanglah, siapa yang tidak gempar jika raja katak terkentut? Bayangkan, jika suara yang keluar dari mulut raja katak pun bukan main lagi busuknya, apatah lagi sesuatu yang keluar dari lubang belakangnya. Justeru itu, kita amat bimbang jika benar-benar raja katak terkentut nanti./mandor.blogspot.com | |||||
| KES ANWAR - PESURUHJAYA SUMPAH PUN DIPAKSA ? Posted: 14 Oct 2010 10:12 AM PDT
Jika dipanggil, peguam PKR Saiful Izham Ramli meminta ahli parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong memberitahu "perkara sebenar" bahawa Rahimi Osman - bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - tidak dipaksa membuat akuan bersumpah. Saiful Izham yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR berkata, Wee tidak pernah diminta menjadi pesuruhjaya sumpah kepada Rahimi sebaliknya dia didakwa menawarkan diri sendiri bagi tujuan itu. Menurut Saiful Izham (kiri) juga, pihaknya tidak mahu Wee di kemudian hari mungkin mendakwa beliau juga dipaksa menjadi pesuruhjaya sumpah kepada Rahimi. "Mungkin dia ada sesuatu hendak disembunyikan," kata Saiful Izham dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya awal petang tadi. Semalam, Wee enggan mengesah atau menyangkal dakwaan balas bahawa Rahimi tidak dipaksa atau dikurung. Wee berkata peranannya dalam hal ini hanya terhad sebagai pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan Rahimi menandatangani satu akuan bersumpah pada 29 Jun 2008. Rahimi menjadi tumpuan Rabu lalu, apabila dia menuduh peguam Latheefa Koya dan yang lain, menahannya di Hotel Quality, Shah Alam dan memaksanya untuk menandatangani akuan bersumpah palsu./Malaysiakini | |||||
| TIMB PRES PKR - SELAMAT BERTANDING IZZAH, KE MANA HALUAN DATO ZAID ? Posted: 14 Oct 2010 04:12 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS AKHIRNYA tuah menyebelahi YB Nurul Izzah apabila beliau disahkan layak merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Sebelum ini, dikatakan pencalonan beliau untuk jawatan tersebut tidak memenuhi syarat 2 pencalonan setelah tarikh tutup pencalonan, tetapi tidak diketahui kaedah yang diguna pakai atau sememangnya YB Nurul Izzah memang layak bertanding. Apa pun, selamat bertanding buat YB Nurul Izzah sekiranya beliau tetap mahu bersaing untuk jawatan tersebut. Apabila parti memberi kebenaran dan inilah yang diharapkan oleh beberapa ahli di dalam PKR, maka tiada sebab lagi untuk menyalahkan parti atau menimbulkan soal konspirasi untuk melarang YB Nurul Izzah bertanding. Saya berharap parti telah melaksanakan keadilan di dalam pemilihan kali ini walaupun beberapa aspek teknikal masih dipertikaikan. Memang sesuatu yang baru akan menghadapi beberapa masalah di dalam perlaksanaannya. Apa yang penting, prinsip keadilan dan ketelusan dapat dipraktikkan sebaik mungkin. YB Nurul Izzah sekarang ini pasti sedang menimbang samada bijak atau tidak untuk beliau menawarkan diri bertanding kerusi nombor dua di dalam PKR itu. Setakat ini pencalonan untuk beliau bagi jawatan tersebut paling minima jika dibandingkan dengan calon-calon lain. Jika diukur dari pencalonan, lebih bijak dan praktikal YB Nurul Izzah mencuba merebut jawatan Naib Presiden PKR. Jika beliau bersetuju untuk merebut jawatan Naib Presiden, laluan untuk beliau juga agak samar kerana wakil calon wanita sudah bersedia menanti iaitu YB Fuziah Salleh. Dikatakan sokongan untuk MP Kuantan itu tidak boleh dipandang mudah. Adakah PKR perlu kepada 2 tokoh wanita menduduki kerusi Naib Presiden? Samada YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden atau Naib Presiden, tentunya memberi kesan ke atas pencalonan terhadap Dato Zaid Ibrahim. Apakah jawatan yang ingin ditandingi oleh Dato Zaid Ibrahim mungkin tertakluk kepada pendirian YB Nurul Izzah selepas ini. Ada yang berpendapat, penyokong-penyokong Dato Zaid akan memberikan sokongan padu kepada YB Nurul Izzah walau apa jua jawatan yang ingin disandangnya. Tetapi, belum tentu penyokong-penyokong YB Nurul Izzah akan menyokong Dato Zaid sekiranya Dato Zaid bertanding di dalam pemilihan kali ini./wfauzdin.blogspot.com | |||||
| PKR YANG BERKUBUR ATAU RAJA KATAK YANG BERKUBUR? Posted: 14 Oct 2010 02:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSIBRAHIM Ali menjadi `Nujum Pak Belalang' kali ini. Raja katak Pasir Mas ini meramalkan PKR akan hidup kali terakhir di dalam PRU ke 13 nanti, selepas itu PKR lenyap katanya. Kita sudah biasa dengan ramalan seperti itu. Sebelum PRU ke 12 dulu, Nazri Aziz pernah juga meramalkan PKR akan berkubur selepas PRU ke 12 memandangkan ketika itu wakil PKR di dalam Parlimen cuma tinggal seorang sahaja iaitu DS Wan Azizah. Tetapi sebaliknya berlaku, yang banyak mendirikan `batu nisan' adalah Umno, lebih-lebih lagi yang tidak disangka adalah dari MCA, MIC dan Gerakan. Biarlah raja katak meramalkan begitu. Cuma nanti kita lihat samada yang berkubur di dalam PRU Ke 13 nanti adalah PKR atau raja katak Pasir Mas. Sebenarnya, raja katak Pasir Mas sudah boleh dikuburkan lebih awal tetapi keengganan atau sikap bacul raja katak, maka beliau berpeluang untuk `menumpang' kerusi yang tidak diredhai oleh PAS itu sehingga sekarang. Memang raja katak tidak tahu malu kerana beliau perasan beliaulah seorang `pejuang' Melayu kununnya. Seorang pejuang yang telah dilucutkan pingat oleh Raja Melayu di bumi sendiri./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.