Jumaat, 15 Oktober 2010

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Bajet 2011 bukan ‘bajet pilihan raya’ tapi PRU-13 waktu terdekat, kata penganalisis

Posted: 15 Oct 2010 05:13 PM PDT

Bajet 2011 bukan 'bajet pilihan raya' tapi PRU-13 waktu terdekat, kata penganalisis

October 16, 2010
Najib dan Muhyiddin (kanan) digambarkan di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2011 semalam. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Walaupun pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai "bajet pilihan raya", namun penganalisis dan pemerhati politik berpendapat sebaliknya.

Bagaimanapun penganalisis dan pemerhati juga tidak menolak Barisan Nasional (BN) akan memanggil pilihan raya umum tergempar dalam waktu terdekat.

Semalam selepas pembentangan bajet pemimpin PR mendakwa pelbagai insentif yang diumumkan termasuk tidak menaikkan kadar tol di empat lebuh raya kendalian PLUS, bagi tempoh lima tahun, pemberian bantuan kewangan khas kepada penjawat awam serta beberapa insentif lain.

Penganalisis politik Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, secara keseluruhan bajet yang dibentangkan semalam lebih memfokus kepada keperluan rakyat.

"Dari segi umumnya kita boleh anggap ia adalah bajet rakyat kerana banyak elemen yang dibentangkan Perdana Menteri memberi suntikan kepada kesejahteraan rakyat.

"Ini jelas menunjukkan Bajet 2011 yang dibentangkan ini memberikan fokus kepada rakyat. Kita boleh menggambarkan bajet ini menjadikan konsep 1 Malaysia sebagai falsafah induk.

"Sebagai rakyat saya berpuas hati kerana saya melihat ia bergerak ke arah memajukan negara," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Mengenai dakwaan pembangkang kononnya bajet yang dibentangkan Najib adalah bajet pilihan raya, Samsul bagaimanapun berpendapat sebaliknya.

"Ada yang melihat pembentangan bajet ini adalah bajet pilihan raya dan saya berpendapat apa yang dibentangkan menunjukkan ada kebenarannya.

"Namun saya berpendapat pilihan raya umum tidak akan diadakan dalam masa terdekat atau awal tahun depan.

"Kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2012, jadi pada pandangan saya ia tidak akan berlaku pada dalam masa terdekat," kata beliau.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata tidak ada perbezaan antara Bajet 2011 yang dibentangkan semalam dengan bajet-bajet sebelum ini.

"Saya melihat tiap-tiap tahun semuanya adalah bajet rakyat, cuma tukar nama. Cuma dalam pembentangan bajet hari ini (semalam), saya perhatikan ada bahagian atau peruntukan yang dipotong dan ada yang bertambah, malah ada elemen yang bagus.

"Secara keseluruhannya saya melihat pembentangan ini ada kebaikan dan kekurangannya.

"Tapi secara peribadi saya lihat ia umpama sama sahaja dengan pembentangan bajet sebelum ini," katanya.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pemimpin PR yang mendakwa bajet tersebut adalah bajet pilihan raya kerana berpendapat kerajaan tidak memberikan imbuhan lebih kepada rakyat.

"Mengenai bajet pilihan raya saya ada dengar pihak-pihak tertentu terutamanya daripada pembangkang mengatakan perkara itu tapi bila diperhatikan semula tidak juga kerana ada peruntukan yang tidak begitu memberangsangkan.

"Kalau ia bajet pilihan raya kerajaan akan lebih bermurah hati kepada rakyat," kata beliau.

Katanya, secara peribadi beliau rasa tidak mungkin pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat.

"Ia tidak menunjukkan ke arah itu, mungkin sempat lagi satu pembentangan bajet baru pilihan raya umum," katanya.

Namun bagi pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa Prof A. Aziz Bari, bajet yang dibentangkan itu adalah semata-mata mahu meraih semula sokongan rakyat terhadap pentadbiran Najib.

"Sebab itu Bajet 2011 ini penuh dengan gula-gula untuk menawan hati golongan tertentu yang mudah dimakan oleh belaian sementara itu.

"Ini tidak penting dalam merangsang dan memacu ekonomi. Dan, yang mendukacitakan kos untuk itu semua ditanggung oleh pembayar cukai.

"Bajet pilihan raya atau bajet rakyat sama sahaja, Barisan Nasional (BN) perlu buat rakyat terlena dan suka hati walaupun kenyataannya belum tentu begitu," katanya.

Beliau yang ternyata kecewa dengan pembentangan Bajet 2011 berkata, PR terpaksa melalui satu lagi "proses pembersihan" sekiranya berjaya memerintah negara.

"Itu semua adalah kesan budaya politik BN yang akan terpaksa diwarisi oleh kerajaan baru (sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berbuat demikian). PR kalau menang terpaksa melakukan pembersihan (seperti mengecilkan Kabinet; kepada sekitar 20 menteri sahaja).

"Pada saya oleh kerana pilihan raya tidak boleh dielakkan, maka BN terpaksa mencari jalan untuk menyenangkan hati rakyat dan seperti biasa mereka buat gimik yang mudah difahami; contohnya RM500 untuk gred 54 ke bawah.

"Di universiti, contohnya, kakitangan dari profesor madya ke bawah dapatlah duit itu. Kita harap rakyat tak termakan dengan gimik murah ini kerana wang ini bukan datang dari langit. Ini wang pembayar cukai sendiri," katanya.

Aziz juga berkata walaupun pembentangan bajet itu tidak dilihat menjurus kepada bajet pilihan raya, namun kerajaan terpaksa mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat berdasarkan perubahan politik yang berlaku.

"Saya kata pilihan raya tak boleh dielakkan sebab di sisi perlembagaan apabila Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) genap lima tahun ia akan bubar sendiri.

"Meskipun Dewan Rakyat boleh bertahan sehingga 2013 tapi DUN Sarawak genap lima tahun pada 2011 dan pilihan raya umum perlu diadakan kerana berdasarkan senario politik sekarang mengadakan pilihan raya berasingan mempunyai risiko besar kepada BN," katanya. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin juga menafikan Bajet 2011 sebagai bajet pilihan raya seperti mana dakwaan sesetengah pihak terutamanya parti pembangkang.

DENGAN DUIT TAK SEBERAPA,RAKYAT MALAYSIA AKAN MEMBELI SAKAN

Posted: 15 Oct 2010 04:28 PM PDT

Oleh: wrlr
ilutrasi:Malaysiakini


Bajet semalam bukan sahaja memberikan peluang untuk rakyat membeli belah , malah menukar gaya hidup bilaman kerajaan menurunkan cukai talifon bimbit dan juga barangan import .Ini menjadikan golongan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda sebagaimana kerajaan mahu menarik golongan muda untuk menyokong mereka.

Barangan yang dibeli nanti bukan sahaja mampu menaikkan gaya hidup , malahan ianya akan menjadikan golongan mampu beli ini mendapat apa yang dihajati kerana harganya murah-murah belaka.

Oleh yang demikian harga tersebut, termasuk pewarna rambut,bag tangan,kasut tumit tingi, baju dalam dan seluar dalam akan menjadi barangan pilihan utuama rakyat Malaysia berbanding barangan dapur yang semakin melonjak naik termasuk harga petai,belacan,gula,kicap.sabun mandi,syampoo serta barangan pengguna lainnya.


Malah dalam beberapa komen yang sudah tentunya golongan remaja, dalam utusan Malaysia..mengambarkan betapa kerajaan begitu prihatin dengan keperluan wanita,remaja, dan juga golongan muda dimana kasut,pewarna rambut,bag tangan,baju baik luar dan dalam , minyak wangi berbanding minyak masak , walaupun Malaysia pengeluar minyak masak, yang dilihat bahawa ianya adalah sebagai satu modal tambahan bagi menarik golongan muda menyokong kerajaan.


Beberapa pakar ekonomi juga menyatakan bahawa Najib membentangkan belanjawan selamat menjelang pilihanraya , malahan ianya juga dikatakan memberikan sebanyak 111 juta kepada projek isteri beliau dan dengan itu melupakan keperluan asas yang sepatutnya dionikmati oleh rakyat Malaysia.


Untuk menghadapi cabaran ekonomi semasa, negara memelukan pelaburan luar yang susutsusut 81 peratus iaitu RM4.43 bilion pada 2009 berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada 2008.


Malahan, cukai perkhidmatan sebanyak 6 % berbanding 5 % sebelum ini dilihat dengan mata kasar bahawa kerajaan tidak menghiraukan tekanan yang di hadapi rakyat keseluruhanya.Negara jiran tetanga dilihat berjaya mengatasi Malaysia seperti Indonesia,Singapura,Thailand malahan Vietnam yang berjaya keluar dari kemelut kemerosotan ekonomi.

Dengan tidak adanya inisiatif membenteras rasuah, mengurangkan harga petrol,mengurangkan cukai pengguna dan barangan domesatik terutamanya keperluan asas rakyat, maka tahap ekonomi berpendapatan tinggi sebenarnya hanya impian kosong kerajaan Bn melihat rakyat hidup dengan lebih selesa.

Keutamaan membina banggunan pencakar langit dilihat sebagai satu pelaburan yang tidak menguntungkan, malahan jika ianya di jadikan sebagai asas kepada pengurangan cukai dan juga usaha menarik pelabur dilihat sebagai usaha kerajaan meringankan beban rakyat.Tiada sebarang subsidi atau inisiatif untuk mengurangkan barangan penguna, mlahan ianya dilihat sebagai usaha mengaut "keuntungan yang belum terlaksana" di bawah budget 2011 selain untuk menarik pengundi semata-mata.

Projek mega yang disebut oleh Najib dalam pembentangan bajet 2011, ialah projek pembangunan Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara membabitkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) bernilai RM40 bilion dan juga projek Perkongsian Awam Swasta (PPP) bernilai RM12.5 bilion di mana kerajaan akan menyediakan dana fasiliti berjumlah RM1 bilion. Apabila di tanya beliau dengan senanbg hati menjawab "seba kita mampu lakukan, maka kita lakukan"

Apabila rintihan rakyat mengenai harga barangan yang meningkat di kemukakan, alasannya"kita akan pantau harga barangan agar tidak melonjak" Inilah jawapan sebenarnya apabila harga kicap mula naik di pasaran....Mungkin Najib tak makan kicap...

Batu Sapi : Laluan Pakatan Rakyat Lebih Sukar?

Posted: 15 Oct 2010 02:47 AM PDT

Batu Sapi : Laluan Pakatan Rakyat Lebih Sukar?

Posted by admin | Friday, October 15, 2010


Print
ShareThis

Politik Sabah kembali menjadi tumpuan sejak ahli parlimen P185 Batu Sapi Datuk Edmund Chong Ket Wah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya baru-baru ini. Parlimen Batu Sapi yang terletak di pinggiran Bandar Sandakan, merupakan salah satu daripada tiga parlimen yang terletak dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan.

Berdasarkan Daftar Pemilih Induk 2008, pemilih Bumiputera Islam membentuk 60.14% manakala Bumiputera Bukan Islam 2.31%, cina 37.31 % dan lain-lain 0.31%

Jika pilihanraya berlaku, ianya akan menguji sejauh manakah rakyat menerima dan berpuashati dengan pemerintahan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman setelah dua tahun pilihanraya umum 2008 berlangsung.

PKR : DUA KALI GAGAL MENJADI CALON

Disebalik keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu meletak calon mereka di parlimen Batu Sapi pada pilihanraya kecil nanti, satu perkara yang mungkin tidak dapat dinafikan ialah parti tersebut sebenarnya gagal mengemukakan calon mereka sebanyak dua kali iaitu pada pilihanraya ke-11 tahun 2004 dan pilihanraya ke-12 tahun 2008.

Kegagalan calon PKR itu menyebabkan Datuk Edmund Chong dari PBS-BN menang tanpa bertanding pada tahun 2004 dan sekali lagi pada tahun 2008 Datuk Edmund Chong nyaris-nyaris menang tanpa bertanding gara-gara calonnya ditolak pencalonan atas sebab –sebab tertentu. Walaubagaimanapun kehadiran calon Bebas telah berjaya menafikan calon PBS-BN menang tanpa bertanding.

Salah seorang pemimpin PKR negeri, Datuk Kong Hong Min dalam satu kenyataan beliau membidas Pengarah Pilihanraya PKR Pusat Fauziah Salleh kerana mendahului Pakatan Rakyat Sabah dengan memberi kenyataan kepada media elektronik dan portal berita The Malaysia Insider. Beliau kesal kerana Pakatan Rakyat (PR) Sabah telah mengambil pendirian bersama untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bercanggah sehinggalah Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri bermesyuarat dan memutuskan parti manakah yang akan mewakli Pakatan di Batu Sapi.

Namun demikian, sesetengah pemimpim PKR termasuklah bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Ansari Abdullah dan Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim terus mengeluarkan kenyataan dengan membelakangi persefahaman yang telah dicapai.

Menurut sumber yang dipercayai Ansari diantara nama yang disebut-sebut calon PKR di Batu Sapi disamping Setiausaha Cabang Batu Sapi Zainudin Hassan dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Zaini. Thamrin dikatakan calon yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffry Kitingan bersama dua orang lagi calon yang tidai didedahkan indentiti mereka. Manakala Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim difahamkan lebih berminat bertanding di DUN Sekong pada pilihanraya ke-13 nanti walaupun disenaraikan calon utama.

Soalnya apakah munasabah Pakatan memberi peluang sekali lagi kepada PKR walhal parti itu telah gagal mengemukakan calon selama dua kali pilihanraya?

KEPUTUSAN PILIHANRAYA LEPAS

Merenung kembali sejarah penyertaan PKR dalam pilihanraya 2008, PKR telah meletak calon mereka di 19 kerusi parlimen berbanding DAP 5 kerusi dan PAS kosong. Manakala diperingkat DUN PKR telah meletak calonnya di 54 kerusi manakala DAP 10 dan PAS hanya 2.

Taburan parti-parti yang bertanding peringkat parlimen Sabah PRU-12

Taburan parti-parti yang bertanding peringkat DUN Sabah PRU-12

Taburan keputusan P185 Batu Sapi PRU-12 mengikut daerah mengundi



PAS LEBIH POPULAR DI BATU SAPI

Seorang penganalisa politik tempatan ketika diminta pandangan beliau berkata, "PKR tidak sepatutnya bertanding di Batu Sapi kerana imej mereka terjejas berikutan kegagalan projek 16 september, ramainya ahli parlimen mereka keluar parti dan insiden pergaduhan semasa pemilihan parti yang sedang berlaku sekarang. PKR dilihat sebagai sebuah parti yang tiada integriti, mementingkan diri, tamak dan kucar kacir ", katanya.

Beliau mencadangkan agar Pakatan menilai semula kewajaran PKR mewakili Pakatan di Batu Sapi.

"Adalah lebih baik PKR menyelesaikan dahulu hal ehwal rumahtangga mereka. Pemilihan 2010 masih lagi berjalan, manakala persepsi negatif yang ditimbulkan media sangat memberi kesan. Sebahagian besar penduduk Batu Sapi amat bergantung dengan media elektronik yang dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional kecuali pengundi dikalangan kaum tionghua". Katanya.

Dalam satu tinjauan awam yang dibuat di Batu Sapi baru-baru ini, misalnya di daerah mengundi Jalan Sibuga, apabila ditanya siapakah tokoh yang dihormati 51.69% memilih Tun Dr Mahathir Mohamad, 27.97% memilih Dato Seri Najib Razak, 3.39% memilih Dato Seri Anwar Ibahim, 3.03% memilih Datuk Nik Abdul Nik Mat dan 1.69% memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Manakala di Daerah Mengundi Jalan Batu Sapi apabila ditanya sejauh manakah mereka yakin kepada Pakatan Rakyat 25.45% menyatakan yakin, 61.82% tidak yakin dan 12.73% berkecuali.

Apabila ditanya parti manakah di kalangan Pakatan yang mereka sokong, 58.18% memilih PAS, 20% PKR, 1.82% DAP dan 18.18% berkecuali.

Di Daerah Mengundi Lupak Meluas apabila ditanya soalan yang sama 25% memilih PAS, 17.24% PKR, 2.59% DAP dan 55.17% tidak membuat keputusan.

-Detikdaily

Disebalik pelbagai kelemahan dan masalah rakyat yang gagal diselesaikan oleh ahli Parlimen lalu kajian menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional kekal kukuh dengan undi popular melebihi 80%.

SEKIRANYA ANDA SUKA UNTUK MEMBERI KOMEN DALAM BELANJAWAN ,MAKA BERILAH PANDANGAN ANDA

Posted: 15 Oct 2010 12:39 AM PDT

Tiada ulasan: