Jumaat, 15 Oktober 2010

PRO REFORM

PRO REFORM


Video Perhimpunan Bersejarah Ahmadinejad Di Lubnan

Posted: 15 Oct 2010 07:22 AM PDT

Pada hari kedua lawatan bersejarah Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad ke Selatan Lubnan telah menimbulkan ketakutan kepada Rejim Zionis dan memaksa mereka untuk membuat 'pemantauan rapi'.

Mengikut laporan media di sana, Rejim Zionis telah meningkatkan kawalan dan dalam keadaan siap sedia berhampiran sempadan dengan wilayah Palestin yang mereka telah rampas. Mereka telah menghantar pasukan bantuan ke pos-pos mereka di sana.

Dibawah ini saya sertakan ringkasan rakaman video perhimpunan raksasa pada sebelah malam sempena lawatan penuh bersejarah Ahmadinejad di sana.

klik untuk video yang di maksudkan

Ahmadinejad Mendapat Sambutan 'Luar Biasa' Di Lubnan

Posted: 14 Oct 2010 10:27 AM PDT

Ahmadinejad hari ini di sambut dengan begitu meriah sekali oleh mahasiswa di kampus Universiti Lubnan di mana beliau telah menerima anugerah doktor kehormat. Lagu kebangsaan Lubnan dan Iran dimainkan di dewan Universiti berkenaan. Dalam ucapan beliau berkata,
foto: Al Manar

"Kami percaya bahawa ilmu pengetahuan akan mewujudkan keamanan, cinta dan persaudaraan kepada umat manusia.

"Tenaga nuklear mampu memberi manfaat kemanusiaan dan kami percaya ianya boleh digunakan sekurang-kurangnya dalam 16 katogori yang berbeza. Namun, Amerika menggunakan teknologi ini untuk menghasilkan bom.


"Walau bagaimanapun, kami masih mengadakan pertemuan dengan Barat. Mereka bertegas bahawa mungkin di lain masa ataupun 10 tahun lagi mereka akan bersetuju dengan pendirian kita. Namun, dalam masa yang sama, mereka menggunakan teknologi ini untuk tujuan mereka sendiri.

"jika Lubnan mempunyai dua atau tiga reaktor penjanaan tenaga nuklear, kos tenaga di Lubnan akan menjadi salah satu dari tujuh yang ada sekarang. Hari ini, untuk memajukan tenaga nuklear di Lubnan, anda perlu mendapat kelulusan daripada Barat kerana mereka ingin monopoli teknologi ini.

"Apa yang telah mereka lakukan di Afghanistan? Mereka berjaya menawan Afghanistan hanya dalam masa beberapa hari sahaja. Apa yang mereka telah lakukan dalam masa 9 tahun sejak itu?

"Adakah anda masih ingat semasa tentera Amerika membunuh 100 orang penduduk di satu majlis perkahwinan di sana? Mereka mengebom seluruh perkampungan. Kami bertanya, kenapa? Mereka menjawab, 'ada pengganas di sana'.

"Para sarjana agama ciptaan ilahi boleh meletakkan cabaran utama yang dihadapi masyarakat manusia dalam agenda untuk mencari ... penyelesaian kepada mereka.

"Semua agama ciptaan ilahi merupakan panduan kepada umat manusia untuk kemakmuran dan mengundang masyarakat manusia dengan tauhid, keadilan dan persahabatan".

Beliau juga menyeru supaya mengadakan dialog antara agama yang berbeza. Masaalah utama dunia pada masa ini adalah berpunca dari kelalaian terhadap nilai-nilai kemanusiaan.

Beliau juga memuji semangat perjuangan Lubnan dan berharap supaya Lubnan berjaya menjadi model teladan persatuan.

Pada penghujung majlis berkenaan, Universiti Lubnan memberi penganugerahan kepada Ahmadinejad dengan gelaran doktor kehormat dalam ilmu politik.

Selepas itu, perjumpaan dengan pimpinan kerajaan Lubnan di adakan. Dan yang menarik sekali, lautan manusia telah bersama-sama dengan mereka dalam perhimpunan raksasa yang luar biasa yang 'menggerunkan' Dajjal Zionis..!!!

Apakah Ahmadinejad lah 'HERO kita' yang akan mengetuai armada perang kita untuk melanyak Dajjal Zionis dan yang sewaktu dengannya? Jawapan kepada persoalan ini sudah hampir tiba...

sumber: Al Manar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.