Sabtu, 16 Oktober 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Timbalan Presiden PKR: Nurul Dan Tan Sri Khalid Tarik Diri, Mustafa Punyai Harapan Biar Pun Zaid Dan Azmin Ali Kini Lebih Berpeluang Sebenarnya!

Posted: 15 Oct 2010 11:10 PM PDT

Akhirnya teka-teki siapakah calon bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini terjawab apabila "Puteri Reformasi" Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan itu. Keputusan itu memberi peluang terbuka kepada tiga calon lain untuk bersaing iaitu Azmin Ali, Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub. Dengan keputusan ini juga bermakna, apa yang diwar-warkan selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Apa yang pasti, calon pilihan masih berpihak kepada Azmin Ali dan Zaid Ibrahim setakat ini. Biarpun tentangan dijangka datang dari Mustafa Kamil Ayub, namun pertusan untuk beliau menang agak rendah jika dibandingkan dengan Azmin dan Zaid. Sebenarnya kempen kedua-dua pasukan itu lebih menyerlah daripada 'Team Mustafa". Malah Mustafa sendiri sudah hilang sedikit popularitinya, akibat tertewas di gelanggang sendiri dalam perubatan jawatan Ketua Cabang. Semua ini menyebabkan, harapan untuk melihat Mustafa menang agak tipis. Kini, pilihan sebenar ahli adalah antara Azmin dan Zaid. Kekuatan kedua-dua team itu dilihat lebih menyerlah mutakhir ini, biarpun lewat petang semalam Zaid diwar-warkan menarik diri bagi memberi laluan kepada Nurul Izzah bertanding jawatan itu. Namun, mungkin ada perbincangan akhir antara kedua-dua pemimpin terbabit makanya Nurul menarik diri dan memberi laluan kepada Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu. Soalnya sekarang, siapakah yang lebih hebat antara Azmin dan Zaid?. Kedua-duanya dilihat berpotensi untuk menang. Namun, berdasarkan kepada sokongan akar umbi kini ianya berpihak kepada Zaid. Biarpun pemimpin itu dikritik kerana kelantangan beliau membuat teguran terbuka terhadap parti.

Timbalan Presiden Perlu Berani Buat Perubahan

Namun bagi sesetengah pihak sememangnya mereka mahukan pemimpin yang berani. Mereka tidak mahu melihat seorang Timbalan Presiden yang hanya "menangguk" keputusan pucuk pimpinan biarpun ia terkadang tidak selaras dengan kehendak akar umbi itu sendiri. Azmin dilihat tidak mampu untuk melakukannya kerana beliau dilihat begitu rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Makanya, Azmin dilihat tidak berani untuk menegur apatah lagi mengkritik pemimpin tertinggi parti itu sebenarnya. Inilah kelebihan Zaid yang terkadang tidak dipersetujui oleh sesetengah pemimpin. Kelantangan itu membuatkan beliau dikutuk dan dituduh "kurang ajar". Malah tindakan Zaid mengkritik Timbalan Presiden PKR, Dr.Syed Hussin Ali (foto), juga dilihat tidak wajar dengan status keahliannya yang masih baru dalam perjuangan keadilan. Biar pun Azmin, kini dituduh dengan berbagai dakwaan yang mungkin tidak berasas namun pemimpin itu juga dilihat mempunyai peluang cerah untuk menang. Di tambah lagi dengan statusnya sebagai Pengerusi Keadilan bagi Negeri Selangor yang mempunyai peratus pengundi tertinggi dalam pemilihan ini. Andainya seluruh cabang-cabang PKR Selangor mengundi Azmin maka harapan untuk beliau menang agak cerah berbanding Zaid. Namun, laporan mengenai wujudnya konspirasi antara Azmin dengan Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat (JPP) sedikit mencemarkan dirinya.

[Biarpun ia dinafikan oleh Azmin, namun bagi sesetengah cabang yang berhadapan dengan masalah dalam pemilihan baru-baru ini mereka tetap percaya adanya campurtangan tersebut. Tambahan pula, ia berlaku di kawasan yang menyaksikan "orang Azmin" sepatutnya kecundang terutamanya di Hulu Selangor dan lain-lainnya. Soalnya, apakah isu ini boleh menjejaskan Azmin, sedangkan Zaid juga dilihat mempunyai masalah lain terutamanya politik wang yang tidak digemari oleh majoriti ahli PKR. Bila dilihat kepada masalah-masalah peribadi yang membelenggu kedua-dua pemimpin terbabit maka harapan terbuka pula boleh diberikan kepada Mustafa Kamil Ayub (foto). Beliau dilihat lebih bersih, berdisplin dan tidak banyak mencetuskan kontroversi. Semua ini menyebabkan dia mempunyai kelebihan dan bakal meraih undi "simpati" dari kalangan ahli yang sudah bosan dengan kerenah Azmin dan Zaid itu sendiri. Apapun, segalanya terletak ditangan ahli PKR yang akan menentukannya. Selamat berjuang buat semua pemipin dan pastikan perjalanan kempen lebih berhemah selepas ini hendaknya. Bertandinglah secara sihat dengan berlandaskan etika sebenar yang diharapkan oleh parti. Usahlah menghilangkan kepercayaan rakyat atas sikap taksub untuk merebut kuasa. Musuh sebenar PKR ialah UMNO dan Barisan Nasional, oleh itu jadikanlah pertandingan ini sebagai ruang untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu].

Pemilihan 2010: Panas, Jika Samsul Iskandar "U-Turn", Maka Ia Bakal Ranapkan Harapan Calon Lain Untuk Tanding Jawatan Ketua AMK Pusat !!

Posted: 15 Oct 2010 05:23 PM PDT

Ramai pemerhati politik yang terkejut dengan keputusan beberapa orang pemimpin PKR yang tidak "tetap pendirian", dalam keputusan untuk menawarkan diri sebagai calon dalam pemilihan PKR 2001 ini. Masing-masing kini seolah-olah sengaja bermain dengan teka teki, sedangkan hari pencalonan sudah pun tiba hari ini. Difahamkan, Ketua Angkatan Muda Keadilan Samsul Iskandar Md Akin. yang pada awalnya bercadang untuk menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden PKR dijangka "U-Turn" kembali untuk mempertahankan jawatannya itu. Satu sidang media berhubung dengan pendiriannya itu bakal dibuat tengahari ini sebelum beliau menghantar borang pencalonan. Samsul dikatakan lebih berminat untuk mempertahankan jawatannya daripada melangkah ke jawatan yang lebih tinggi. Biarpun dikutuk oleh kumpulan pro Chegubard, namun bagi Samsul keputusan itu dibuat selepas mengambikira beliau turut mendapat sokongan padu dari kalangan anak muda untuk mempertahankan kedudukannya. Malah, keputusnnya sebelum ini hanya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Tawaran bukan bermakna keputusan, makanya beliau berhak untuk mempertahankan jawatannya selepas melihat sokongan padu daripada anak muda yang masih mahu beliau memimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat untuk penggal berikutnya. Apapun keputusan ini pasti memberi tamparan hebat kepada "team Chegubard" yang dilihat berupaya untuk menang jika Samsul tidak "U-Turn". Malah, keputusan beliau itu juga akan menyebabkan dua calon lain seolah-olah bakal berputih mata. Selain Chegubard, dua calon lain ialah Rafizi Ramli dan Hashimi. Rafizi dilihat pencabar terdekat Chegubard jika Samsul tidak bertanding. Dengan keputusan Chegubard ini, maka nama Rafizi berada diranking ketiga dan amat sukar bagi anakmuda itu. Apapun, nantikan sahaja keputusan rasmi yang akan dibuat hari ini. Laporan terkini akan dilaporkan kemudian.

[Apapun keputusan Samsul. ramai yang menganggap pemimpin itu "seperti lalang" kerana tidak tetap pendirian. Malah, dalam sidang medianya yang mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden di Kampung Baru sebelum ini, rata-rata anak muda menganggap Samsul bakal melepaskan jawatan Ketua AMK. Alasan mereka, Samsul sudah pun berkompromi dengan Chegubard sebelum membuat keputusan tersebut. Namun, ternyata semua itu mungkin tidak menjadi kenyataan. Malah, Samsul dikatakan bertukar fikiran ketika berada di Jakarta. Apakah mungkin beliau ada bertemu dengan Azmin dan Anwar ketika disana dulu. Apakah ada pihak memaksa beliau "masuk semula" selepas melihat calon harapan iaitu Rafizi mungkin tidak berupaya untuk menyaingi kekuatan "Team Chegubard" itu agaknya. Segalanya kini terletak ditangan anak muda untuk menentukannya. Selamat berjuang semua!].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.