MiLo SuaM |
- Budget 2011, Najib nak lawan Tun Mahathir?
- Ariel Peterpan kemungkinan besar dibebaskan 22 oktober ini
- Keputusan bola sepak Piala Malaysia Kelantan lawan Selangor
- Cuti bersalin bergaji penuh 90 hari serupa manifesto Pakatan
- Intipati ringkas kandungan budget malaysia 2011
| Budget 2011, Najib nak lawan Tun Mahathir? Posted: 15 Oct 2010 03:20 PM PDT Berdasarkan pembentangan bajet 2011 semalam, Sebuah bangunan yang tertinggi di Malaysia akan dibina dengan kedudukannya berhampiran Stadium Merdeka yang akan menelan belanja sebanyak RM5 bilion berdasarkan kenyataan Perdana Menteri di dewan parlimen semalam. Ia dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2015 di dalam projek yang dikenali sebagai Warisan Merdeka. Bangunan setinggi 100 tingkat itu yang belum diketahui tingginya dijangkakan tidak akan menewaskan bangunan tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa di Dubai. Burj Khalifa berukuran 828 meter tinggi dengan menempatkan 160 tingkat. Namun begitu bangunan itu dijangka akan dapat menandingi ketinggian bangunan kedua tertinggi di dunia, Taipei 101 dengan ketinggian 101 tingkap pada ukuran ketinggian 509 meter. Nampaknya bangunan Najib ini akan mengalahkan Bangunan Tun Mahathir iaitu Menara Berkembar Petronas yang suatu masa dahulu pernah memegang rekod bangunan tertinggi di dunia pada ketinggian 452 meter menempatkan 88 tingkat. Seperti Tun Mahathir yang sudah bersara ,jelas sekali Najib bakal mencipta sejarah tersendiri sebagai tanda ingatan untuk rakyat apabila beliau tiada nanti. Iaitu bangunan yang pernah dibina olehnya semasa menjadi pemerintah Malaysia ReJaM© |
| Ariel Peterpan kemungkinan besar dibebaskan 22 oktober ini Posted: 15 Oct 2010 01:06 PM PDT Setelah hampir empat bulan tinggal di sebalik jeriji besi di dalam tahanan Polis Indonesia kini Ariel mampu menarik nafas lega berikutan kebarangkalian besar kesnya akan digugurkan. Ariel vokalis kumpulan popular dari Indonesia itu sudah hampir 120 hari di dalam tahanan Polis Indonesia. Menurut undang-undang Indonesia, sekiranya pihak pendakwaan gagal menyediakan bukti yang secukupnya untuk mendakwa Ariel di dalam masa 120 hari, maka secara automatik Ariel boleh dibebaskan tanpa syarat. "Minimal 22 Oktober 2010 ini (berkas penyidikan harus dilengkapi). Itu kan sesuai dengan undang-undang 120 hari," jelas Marwoto seorang pegawai polis Indonesia. "Setelah itu Ariel bisa dibebaskan begitu saja, tanpa ada status sebagai tahanan. Kalau masa tahanannya habis, ya sudah kita keluarkan saja," tambahnya lagi. Sehingga hari ini Polis Indonesia masih gagal untuk menyediakan bukti yang lengkap bagi mendakwa penyanyi yang dikaitkan dengan skandal video lucah bersama 2 orang model terkenal Indonesia, Cut Tari dan Luna Maya. Sekiranya Polis masih gagal menyiapkan bukti sehingga 22 Oktober ini iaitu tempoh masa genap Ariel ditahan, maka dia akan dibebaskan tanpa syarat. ReJaM© |
| Keputusan bola sepak Piala Malaysia Kelantan lawan Selangor Posted: 15 Oct 2010 09:37 AM PDT ![]() Berita baik untuk para penyokong The Red Warrior, Akhirnya setelah berhempas pulas di suku akhir, keputusan perlawanan bola sepak di antara Kelantan menentang Selangor tahun 2010, ternyata tuah menyebelahi Kelantan dengan kemenangan selesa 3 gol berbalas 0. Dengan itu Kelantan berjaya melayakkan diri ke separuh akhir bertemu sama ada Kedah ataupun Terengganu. Berikut berita yang dipetik dari Utusan Malaysia. KOTA BHARU 15 Okt. - Kelantan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menang selesa 3-0 ke atas Selangor pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad ke-1V, di sini malam ini. Kemenangan itu menjadikan The Red Warrior pasukan pertama ke separuh akhir dan menanti pemenang antara Kedah dan Terengganu yang akan berlangsung esok. Pada suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang dicemari dengan gelagat penonton kedua-dua pasukan. - Utusan ReJaM© "Majulah sukan untuk negara keh keh keh" |
| Cuti bersalin bergaji penuh 90 hari serupa manifesto Pakatan Posted: 15 Oct 2010 05:25 AM PDT Sebelum mengulas serba sedikit tentang pembentangan budget 2011 ReJaM© nak mengucapkan tahniah kepada golongan wanita dan kaum ibu kerana pada bajet 2011, Najib memberikan cuti bersalin dan hamil bergaji penuh kepada para wanita sehingga 90 hari berbanding hanya 60 hari sebelum ini. Terlalu banyak yang perlu dianalisis, jadi kali ini ReJaM© hanya ingin menyentuh tentang salah satu budget 2011 yang baru dibentangkan petang tadi oleh Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Apapun ianya satu keputusan yang baik dan ReJaM© sebagai rakyat turut menyokong cadangan itu. Apa yang baik takkanlah nak bantah pulak kan? Apapun nampaknya unjuran ini begitu serupa dengan manifesto pakatan rakyat pada pilihanraya umum yang lalu. Pakatan Rakyat, dengan manifesto utama 'negara berkebajikan' telah lama mencadangkan unjuran untuk cuti bersalin selama 90 hari dengan gaji yang dibayar penuh. Dahulu ramai para blogger pro-kerajaan yang menentang manifesto ini kononnya dikatakan tidak realistik dan hanya sekadar janji kosong Pakatan Rakyat. Namun apabila ia sudah dilaksanakan sendiri oleh Najib, apa mereka nak kata? Senyap-senyap sudahla kah kah kah... berikut keratan manifesto Pakatan Rakyat yang lepas, sila klik untuk membesarkan image. ![]() ReJaM© "Diam-diam sudahlah....." |
| Intipati ringkas kandungan budget malaysia 2011 Posted: 15 Oct 2010 03:07 AM PDT Budget negara Malaysia bagi tahun 2011 baru sahaja selesai dibentangkan sebentar tadi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun razak. Berikut serba sedikit intipati ringkas belanjawan bagi tahun 2011. Belanjawan (bajet) 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama. Berikut petikan penting ucapannya:
ReJaM© |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan