MANDOR.BLOGSPOT.COM |
| WAHAI GOBALA, SIAPA HAIRAN JIKA KAMU KELUAR PARTI ? Posted: 15 Oct 2010 12:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SEMALAM MP Padang Serai dari PKR, YB Gobala `mengugut' partinya sendiri disebabkan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan pimpinan di dalam PKR yang sedang berlangsung sekarang. Beliau mengugut untuk keluar dari PKR sekiranya parti itu tidak bertindak terhadap aduannya. Sasarannya adalah YB Azmin yang kununnya dikatakan banyak mempengaruhi atau campurtangan menentukan siapa calon yang bertanding. Seperti biasa, media pencari bangkai memberikan liputan meluas kenyataan Gobala. Semua tahu Gobala anti Azmin dan menyokong Zaid. Itu kita tidak kisah kerana itu hak individu untuk sokong sesiapa. Tetapi menuduh YB Azmin mempunyai pengaruh sebegitu besar di dalam pemilihan PKR adalah satu tuduhan dari orang yang tidak berakal. Jika benar YB Azmin mempunyai pengaruh sedemikian rupa, masakan YB Nurul Izzah dibenarkan bertanding Timbalan Presiden PKR walaupun pencalonannya tidak mencukupi setelah tarikh tutup pencalonan? Sudah tentu YB Azmin yang dikatakan berpengaruh besar itu akan mempengaruhi parti menolak pencalonan YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR memandangkan YB Azmin juga turut bertanding jawatan yang sama? Adakah ini satu cara untuk Gobala mencari jalan untuk melompat parti sepertimana taktik yang digunakan oleh YB Zulkifli Noordin? Sekiranya Gobala tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan di dalam PKR, mengapa beliau perlu mengugut untuk keluar parti? Bukan beliau seorang sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan sistem atau perjalanan pemilihan yang diadakan ini. Sudah banyak aduan telah diterima dan jaminan dari pihak yang berkenaan dari parti segala aduan akan disiasat dan akan dimaklumkan. Suatu sistem yang baru tentunya terdapat banyak masalah yang timbul dan ini semua satu pelajaran yang berguna buat PKR. Masalah Gobala bukan masalah tidak bersetuju dengan sistem pemilihan. Beliau tidak puas hati kerana kununnya YB Azmin dan beberapa pihak di dalam parti campurtangan di dalam menentukan siapa yang patut dipilih oleh ahli-ahli parti. Tentu beliau punyai bukti atas dakwaannya, walaupun YB Azmin telah pun menafikan beliau mempunyai `kuasa besar' itu. Jika Gobala ada bukti, sila kemukakan kepada parti untuk disiasat. Mengapa perlu ugut untuk keluar dari PKR? Mungkin Gobala yakin parti tidak akan bertindak ke atas aduannya. Jika beliau sudah tidak yakin dengan parti, maka wajarlah beliau keluar dari PKR. Jangan beliau ingat parti akan tunduk kepada kehendaknya melalui ugutan seperti itu. PKR sanggup hilang kerusi asalkan parti ini tidak menanggung orang yang berlagak seperti beliau. Contohnya YB Zulkifli Noordin, biarpun ketika PKR semakin kurang kerusi akibat beberapa pemimpin bertukar menjadi `katak", namun PKR berani menghumbankan MP Kulim Bandar Baru itu. Pada saya, sekali Gobala terasa ingin keluar parti, beribu kali saya bersetuju. PKR hendaklah menyiasat semua aduan tidak kira dari siapa dan apakah darjat mereka. Siasatan hendaklah dilakukan dengan jujur dan bertanggungjawab bukan kerana ugutan seperti Gobala lakukan. Jika ugutan seperti ini mahu dihentikan dari menjadi amalan di dalam PKR, maka wajarlah PKR `campak'kan Gobala ini ke dalam golongan `katak' yang sedia menyambut itu./wfauzdin.blogspot.com |
| TIMB PRES PKR - NURUL IZZAH MESTI KENAL SIAPA YANG BERSAMANYA KETIKA SUSAH DAN SENANG Posted: 15 Oct 2010 10:03 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS APA komen DS Anwar terhadap pencalonan dan kemungkinan YB Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR? Malaysiakini memetik kenyataan Ketua Umum PKR itu, "Saya bangga dengannya dan yakin dengan penilaiannya. Saya percaya dia tahu siapa penyokong sebenar dan siapa yang mahu mempergunakannya untuk tujuan tertentu," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini." (Malaysiakini). Amat berhemat sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Anwar selaku Ketua Umum PKR lebih-lebih lagi sebagai seorang ayah kepada anak sulungnya itu. Kenyataan yang penuh erti dan nasihat dari seorang tokoh yang begitu banyak bergelumang dengan sepak terajang politik sehinggakan mahu di`hapus'kan terus dari dunia ini oleh musuh politiknya. Kita yakin, YB Nurul Izzah sudah kenal siapa yang benar-benar menyokongnya, siapa yang sanggup merasa susah dan derita bersama beliau dan keluarganya tatkala bermulanya episod kezaliman terhadap ayahandanya itu. Beliau tidak boleh melihat orang-orang yang menyokong kuat beliau waktu sekarang sahaja kerana sudah menjadi kelaziman diwaktu senang, memang ramai teman. Kita khuatir beliau akan `berpencak' dengan orang yang dahulunya sanggup `menangis' bersama beliau, hanya kerana `hasutan' ataupun `sokongan' dari mereka yang tidak pernah merasa susah bersama beliau dahulu. Amatlah dukacita jika YB Nurul Izzah sanggup `berpencak' dengan YB Azmin Ali semata-mata sokongan dari Dato Zaid Ibrahim ataupun `musuh' politik YB Azmin. Sekiranya YB Nurul Izzah tidak rela menyokong YB Azmin, paling tidak pun beliau tidak perlu memasuki gelanggang untuk `menyingsing lengan' menentang YB Azmin. Biarlah orang lain yang mencuba kehebatan YB Azmin, bukannya YB Nurul Izzah. Risikonya bukan sedikit di dalam `pertarungan' itu nanti. Samada YB Azmin menang, ataupun YB Nurul Izzah menang sekalipun kedua-duanya pasti mengalami sedikit `luka dan tercedera'. Luka di tubuh boleh dilihat, luka dihati siapa yang tahu. Kita bersimpati sekiranya kedua-dua mereka `terluka' akibat `pertarungan' ini kerana mereka adalah pejuang kita yang sama-sama bersusah payah sejak dari era reformasi. Mungkin YB Azmin tidak memerlukan ucapan terima kasih dari YB Nurul Izzah kerana pengorbanan beliau sehingga terseksa di bawah ISA semata-mata untuk menyelamatkan bapanya dari difitnah. Adakah politik dengan nama demokrasi boleh menghilangkan semua perasaan terhadap orang lain? YB Azmin tidak mengikut jejak Ezam sesumpah yang akhirnya menjadi pengkhianat. Beliau juga mengalah sebanyak dua kali sebelum ini untuk tidak merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kerana menghormati Dr Syed Hussin Ali sebagai orang lama. Beliau tidak belot kepada parti walaupun beliau tidak dipilih oleh DS Anwar menjadi MB Selangor. Saya percaya YB Nurul Izzah tentu boleh melakukan seperti itu apatah lagi usianya yang terlalu muda serta mempunyai masa depan yang amat cerah. Nasihat dari ayahandanya hendaklah difikir semasak-masaknya oleh YB Nurul Izzah. DS Anwar mungkin tidak mahu anaknya menjadi mangsa atau `jambatan' oleh orang yang mempunyai kepentingan diri. Orang yang mempunyai kepentingan diri ini salah satu sikapnya adalah sering berjanji tetapi sering berdolak-dalik di dalam janjinya./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan