jiwo kelate |
| Asal boleh buat duit mudah … jual jer Posted: 14 Oct 2010 09:47 PM PDT Oleh Malaysiakini Menurut laporan itu, yang dipetik oleh Reuters, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti Plus pada harga RM4.60 sesaham. Sebelum ini, KWSP sudah memiliki 12.3 peratus saham dalam Plus manakala Khazanah pula memegang 55.2 peratus kepentingan syarikat itu. Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan Plus tidak dapat dihubungi untuk reaksi merteka. Semalam, urus niaga saham Plus di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham. SEBELUM ITU, Urus-niaga syarikat konsensi lebuhraya terbesar negara, Plus Expressways Bhd di Bursa Malaysia digantung apabila pasaran saham dibuka pagi ini hingga jam 5 petang esok, sementara menunggu pengumuman utama. Pengumuman itu dijangka esok ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan membentangkan ucapan Bajet 2011 esok. Menurut Plus, tindakan menggantung urus-niaga itu diminta oleh pemegang saham utamanya. Sejak beberapa minggu lalu, timbul spekulasi bahawa Kumpulan UEM menjadi sasaran untuk diambil-alih oleh MMC Corporation yang dimiliki oleh jutawan Syed Mokhtar Albukhary. |
| You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan