Sabtu, 16 Oktober 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Ewaaahhhhh, bersama isteri yang cun ...

Posted: 16 Oct 2010 05:45 AM PDT

Rahimi bersama isterinya yang cun ...

Sumber gambar di sini.

Nik Aziz jumpa dulu calon-calon Galas

Posted: 16 Oct 2010 05:30 AM PDT

"Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertemu terlebih dahulu dengan mereka yang disenarai pendek untuk dipilih mewakili PAS bertanding pada pilihan raya kecil Galas sebelum salah seorang daripada mereka diisytihar sebagai calon.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun (kiri) berkata ini adalah antara ketetapan yang akan dibuat oleh Menteri Besar Kelantan tersebut.

"Tok Guru (Nik Aziz) akan panggil mana-mana nama calon yang disenarai pendek mungkin untuk menerima amanat daripadanya sebelum seorang daripada mereka diumumkan sebagai calon," katanya kepada pemberita di kediaman Nik Aziz di Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu, hari ini."

Sepenuhnya di sini.

Doakan mamat ni selamat dan ....

Posted: 16 Oct 2010 12:42 AM PDT

"Ibrahim Ali akan dibedah jantung Isnin ini

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung.

Beliau yang juga adalah presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) dijadual jalani bedah jantung Isnin ini.

Pada 13 Oktober lalu, Ibrahim ketika dibidas pelbagai pihak kerana didakwa gagal berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mendakwa tindakannya itu kerana kakinya kebas.

Katnya, ia akibat penyakit kencing manisnya dan rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki."

Sepenuhnya di sini.

Saufi Deraman calon UMNO-BN di Galas ...

Posted: 15 Oct 2010 11:25 PM PDT

"Umno Gua Musang mahu calon mereka

GUA MUSANG, 16 Okt: Akar umbi Umno di Gua Musang sedang berusaha keras memujuk pucuk pimpinan mereka di Kuala Lumpur agar memilih calon yang mereka kehendaki untuk pilihan raya kecil Galas.

Usaha mereka ini disokong oleh pimpinan Umno negeri walaupun mereka sudah agak kecewa apabila Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai pengarah pilihanraya kecil itu.

"Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih oleh parti, dia menikam pemimpin kami ini," kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang."

Sepenuhnya di sini.

Ku Li mungkin terima jadi calon DUN-Galas

Posted: 15 Oct 2010 09:19 PM PDT

Desas-desus dari kalangan orang UMNO
mengatakan, walaupun Ku Li minta dicadangkan
nama-nama calon lain, tetapi nama Ku Li tidak
dimansukhkan.

Najib dikatakan tetap dengan Ku Li sebagai
calon di Galas. Ku Li tiada alasan untuk
menolaknya.

Aik, besarnyer hak dia ...

Posted: 15 Oct 2010 08:21 PM PDT

"Najib Bentang 'Bajet Seluar Dalam' Kata Mahfuz
Oleh Fazli Othman
MO11KUALA LUMPUR 16 Okt - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Belanjawan 2011 merupakan bajet retorik dan hanya mementingkan Pilihan Raya Umum yang akan diadakan seawal tahun depan.

Beliau berkata melalui bacaan awalnya sepatutnya PRU-13 akan diadakan pada bulan Mac atau Jun, tetapi melihat kepada bajet yang dibentangkan, ianya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangkakan.

"Berdasarkan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau tidak boleh menunggu lebih lama dari itu dan jika tidak ianya pasti memberikan tamparan hebat khususnya Umno-Barisan Nasional.

"Jadi, nampaknya tidak apa yang menarik daripada pembentangan tersebut dan lebih bersifatkan retorik. Saya sifatkan sebagai bajet 'seluar dalam' di mana ianya memainkan yang penting untuk kerajaan mencapai matlamat Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP) dan pertumbuhan 7 peratus yang bergantung kepada 'seluar dalam' dan juga 'kelambu'," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS."

Sepenuhnya di sini.

Projek `I Love You` ....

Posted: 15 Oct 2010 09:32 AM PDT

"Bajet: 'Rosmah' dapat RM111 juta, SAR RM95 juta
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmii dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet 'istemewa'.

Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah."

Sumber di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.