Jumaat, 15 Oktober 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Kertas Kerja Tanam Cili 2011 ... Kah kah kaahhh ...?

Posted: 15 Oct 2010 03:56 AM PDT

Semasa saya di pekan tadi,
ramai yang heboh pasal Kertas Kerja
Projek Tanam Cili 2011. Berapa modal,
berapa kutipan buah dan berapa pula
hasil jualan.

Kah kah kaahhh ...
Hancuzs ...

Ku Li tolak jadi calon Galas

Posted: 14 Oct 2010 11:12 PM PDT

"Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan Umno bahagian Gua Musang - yang mengadakan mesyuarat khas petang semalam - supaya bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.

Cadangan tersebut dikemukakan oleh ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Ghani dan disokong oleh ahli jawatankuasa bahagian yang menghadiri mesyuarat khas itu di pejabat Umno bahagian selama kira-kira dua jam mulai 5 petang.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mat Yusoff mengesahkan beliau membuat cadangan tersebut dan mendapat sokongan para AJK bahagian.

Bagaimanapun, katanya, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dan ketua bahagian berkenaan, meminta mereka memilih calon lain daripada beliau dan dua ADUN dalam Parlimen Gua Musang - Nenggiri dan Paloh."

Sepenuhnya di sini.

Dialog 2 Bakal PM selepas PRU-13 ....

Posted: 14 Oct 2010 09:58 PM PDT

Kalau ana jadi PM,
orang kata ana kaki liwat ...

Kalau enta jadi PM,
orang kata enta kaki gout ...

Kah kah kaahhh ...
I em sori ...

Aik, mati pun boleh kerja ...?

Posted: 14 Oct 2010 06:06 PM PDT

"Syarikat 'mati' kontraktor utama bina Istana Negara

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan skandal pembinaan Istana Negara yang baru apabila projek bernilai RM950 juta itu diserahkan kepada Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat misteri itu dilantik sebagai kontraktor utama pada 26 Oktober tiga tahun lalu.

Walhal, katanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) mengesahkan syarikat misteri itu telah mati atau tidak aktif ketika proses penyerahan tender dibuat oleh kerajaan Pusat.

"Syarikat kontraktor utama itu didaftarkan semula (di SSM) pada Ogos 2008 sedangkan kontraktor diserahkan kepada syarikat itu pada Oktober 2007.

"Mengapa status kontrak sedemikian, apakah cara begini yang Umno ambil," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu petang tadi di lobi Parlimen."

Sepenuhnya di sini.

Gambar Tetamu Allah ...

Posted: 14 Oct 2010 02:40 PM PDT

Hingga pukul 4.00 petang semalam seramai 34,168 tetamu Allah telah sampai ke Madinah, melalui penerbangan. Paling ramai ialah dari Turki, seramai 16,561. Dari India seramai 5,070.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.