Jumaat, 15 Oktober 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Bila agaknya masa untuk perubahan?

Posted: 15 Oct 2010 08:22 AM PDT

Memasuki zaman yang sudah bercampur antara islam dan kemungkaran, tidakkah kita terfikir bahawa inilah masanya untuk kita kembali kepada islam yang sebenar. Lihatlah betapa parahnya gejala maksiat didalam masyarakat.

Remaja islam sudah berani bermaksiat dan merakamnya untuk tontonan sedangkan mereka lupa, perbuatan maksiat samada yang mereka rakam ataupun tidak sentiasa dirakam oleh malaikat untuk diperlihatkan kembali kepada mereka diakhirat kelak.

Kita sudah bosan membilang angka bayi yang dibuang merata tempat.Kita bosan menggelengkan kepada setiap kali ada anak yang lahir tampa bapanya. Kita sudah penat mengetip bibir apabila jenayah dalam negara marak umpama api yang membakar dedaun yang kering. Tidakkah kita terfikir inilah akibat apabila melupakan penyelesaian yang Allah turunkan kepada manusia?

Sehinggalah sekarang saya masih tidak faham mengapa kerajaan yang sedia ada sekarang seolah-olah tiada terniat lansung untuk melaksanakan hukum yang telah diturunkan oleh Allah dalam al-Quran. Tolong berikan saya penjelasan. Tolonglah berikan kepada semua insan yang penat dan bosan tadi penjelasan.

Ada orang tersengih dan memerli "awak cuba bermain politik". Atau mungkin perlian mereka terlebih sinis "awak cuba menggunakan agama untuk politik". Silakan memerli. Teruskan tersengih dan selamat bertemu dimahkamah Allah yang Maha Adil. Untuk apa hidup megah didunia lalu apabila mati menjadi penghuni neraka Allah? Saya tidak memilih diam sebagai jalan untuk melarikan diri dari tanggunjawab sebagai seorang muslim.

Saya sedar,masih ramai yang mengimpikan untuk melihat islam itu tegak dibumi Malaysia yang tercinta ini. Tetapi impian tidak akan menatijahkan perubahan. Tampa usaha, kerja kuat, istiqamah dan doa yang berterusan kepada Allah, impian pasti tinggal impian.

Sekali lagi saya tegaskan, 60 tahun terlalu singkat untuk mengejar kebahagian...

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

Protokol JPM tak nasihat atau Rosmah degil?

Posted: 15 Oct 2010 07:41 AM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempersoalkan sama ada penggunaan gelaran 'Wanita Pertama' oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang berakhir 13 Oktober yang lalu adalah akibat daripada kealpaan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menasihati beliau ataupun disebabkan kedegilan beliau sendiri.

"Rosmah sepatutnya malu untuk menggunakan gelaran 'First Lady', kerana umum mengetahui gelaran itu untuk Permaisuri Agong. Namun, walaupun isu ini telah dijelaskan oleh pelbagai pihak namun ianya berterusan berlaku, dan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pimpinan asing," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau memberikan komen tersebut sebagai mengulas laporan portal Suara Keadilan yang memetik pakar perlembagaan negara, Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mempersoalkan tugas Bahagian Protokol adalah di bawah JPM yang sepatutnya, pada pandangan beliau menasihatkan Rosmah mengenai penggunaan gelaran 'First Lady'.

"Sepatutnya bahagian ini menjalankan tanggungjawabnya dan memberi garis panduan kepada isteri Perdana Menteri mengenai isu ini.

"Perlembagaan amat jelas siapa sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama iaitu dalam perkara ini Raja Permaisuri Agong," tegas Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dr Aziz Bari turut berkata Perkara 32(2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Perkara 32(2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Sehubungan itu pihak istana negara disaran mengeluarkan kenyataan rasmi agar kesilapan ini tidak berterusan dan gelaran 'First Lady' tidak digunakan sewenang-wenangnya," kata Tuan Ibrahim, sambil menambah bahawa tindakan Rosmah dilihat sebagai tidak memahami protokol rasmi dan juga konsep institusi Raja Berperlembagaan.

"Kalau ini berlaku dalam Pakatan Rakyat, kita yakin media perdana akan terus melabelkan kita dengan label pengkhianat," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
< Prev

Peruntukan 'Rosmah' lebih besar dari Sekolah Agama Rakyat

Posted: 15 Oct 2010 07:34 AM PDT

Dalam pembentangan Bajet petang Jumaat 15 Oktober, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Sejurus pengumuman tersebut, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen pokok Sena, berang lalu dengan kuat menjerit "Rosmah! Rosmah!".

Keberangan Mahfuz adalah kerana projek Permata yang keseluruhannya di kuasa Rosmah Mansur mendapat peruntukan bajet yang lebih besar daripada peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Sekolah agama rendah dan menengah hanya mendapat peruntukan RM95 juta kurang 16 juta dari RM111 juta yang diperuntukkan untuk 'Rosmah'.

Selain itu, Rosmah yang tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, menjadi orang yang paling berkuasa ke atas program PERMATA.

Program Permata pula, suatu projek peribadi Rosmah sudah bertukar menjadi projek kerajaan Malaysia dan mendapat bajet 'istImewa'.

PRU-13 Semakin Hampir

Rata-rata ahli parlimen Pakatan rakyat menyifatkan Bajet 2011 adalah 'bajet gula-gula' yang merupakan bajet pra-pilihanraya umum ke-13, disifatkan 'akan diadakan pada bila-bila masa' dari sekarang.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok beranggapan, bajet yang dibentangkan mungkin tanda PRU akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka.

Setiausaha Agung DAP. Lim Guan Eng berpandangan, dengan peruntukan bajet melebihkan negeri-negeri dibawah Barisan Nasional berbanding negeri-negeri pakatan Rakyat menunjukkan pilihanraya umum semakin hampir

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dipetik Malaysiakini berkata akan mengemukakan rayuan supaya negeri-negeri pakatan rakyat turut diberikan perhatian oleh kerajaan persekutuan.

Manakala ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail turut bersetuju dengan ahli parlimen yang lain bahawa bajet 2011 merupakan bajet 'gula-gula pilihan raya'.

"Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga setiausaha agung PKR.

Penyokong PERKASA hina sultan Kelantan

Posted: 15 Oct 2010 03:02 AM PDT


Facebook 'Muhd Tajul Ariffin'..

Encik Ibrahim Ali, cepat aturkan demo!!!!

(Gambar Klip Untuk Besarkan)

Hebahan : Solat Hajat Untuk DSAI

Posted: 15 Oct 2010 02:50 AM PDT

Seluruh Umat Islam yang menyokong Pakatan Rakyat yang berada didalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dijemput hadir bagi menjayakan Majlis Solat Hajat untuk DSAI yang akan diadakan pada 17.10.2010 di Surau Taman Ara Indah, Permatang Pasir, diimamkan oleh Ustaz Yusof Derawi, Tok Guru dari Pondok Lanai..

Di Johor Ada yang Makan Dedak, Di KL nak buat Menara 100 Tingkat !!

Posted: 15 Oct 2010 02:37 AM PDT

Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.

"Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.


Tahun 2019 adalah tahun bankrapsi mengikut perkiraan Idris Jala, tetapi menurut Presiden UMNO tahun 2020 kita ada bangunan 100 tingkat. Aku tak faham...







Oleh Edyes

KEADILAN Tonjol Barisan Kepimpinan Muda Dalam Pemilihan 2010

Posted: 15 Oct 2010 02:33 AM PDT

Pemilihan KEADILAN 2010 telah saksikan kemenangan pimpinan muda dan berkebolehan di peringkat Cabang.
Ini meneruskan tren pimpinan muda yang muncul sebagai Ahli Parlimen dan ADUN Keadilan pada Pilihan Raya umum 2008.

Dalam satu kenyataan media hari ini Parti Keadilan rakyat mengatakan apa yang menarik pimpinan ini pelbagai kaum dan latar belakang di seluruh Malaysia.

Antara pimpinan muda yang menang:

1. Darell Leiking
§ Ketua Cabang Penampang, Sabah
§ Umur 39 tahun
§ Berkelulusan sebagai peguam dari United Kingdom
§ Rakan kongsi firma guaman


2. Rafizi Ramli
§ Ketua Cabang Kemaman, Terengganu
§ Umur 33 tahun
§ Berkelulusan jurutera kimia dan akauntan bertauliah dari United Kingdom
§ Aktivis mahasiswa di United Kingdom
§ Pengurus di Petronas dan Pharmaniaga, kini CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor


3. Nurul Izzah Anwar
§ Ketua Cabang Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan
§ Umur 29 tahun
§ Berkelulusan jurutera daripada Malaysia dan sarjana pengajian antarabangsa daripada Amerika Syarikat
§ Ahli Parlimen Lembah Pantai


4. Sim Tze Tzin
§ Ketua Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang
§ Umur 34 tahun
§ Berkelulusan jurutera daripada Malaysia dan sarjana dari Amerika Syarikat
§ Pernah bekerja sebagai jurutera di Amerika Syarikat
§ Aktivis mahasiswa di Malaysia
§ ADUN Pantai Jerejak


5. Chang Lih kang
§ Ketua Cabang Ipoh Timur, Perak
§ Umur 30 tahun
§ Berkelulusan jurutera daripada Malaysia
§ Aktivis mahasiswa dan hak asasi masyarakat
§ ADUN Teja


6. S. Kesavan
§ Timbalan Ketua Cabang Bagan Datoh, Perak
§ Umur 38 tahun
§ Pakar motivasi
§ ADUN Hutan Melintang


7. Nik Nazmi Nik Ahmad
§ Timbalan Ketua Cabang Kelana Jaya, Selangor
§ Umur 28 tahun
§ Berkelulusan peguam daripada United Kingdom
§ Aktivis mahasiswa di United Kingdom
§ ADUN Seri Setia


8. Amirudin Shari
§ Timbalan Ketua Cabang Gombak, Selangor
§ Umur 30 tahun
§ Berkelulusan daripada Malaysia
§ Pernah bekerja bersama Institut Kajian Dasar
§ Aktivis mahasiswa di Malaysia
§ ADUN Batu Caves


"Selain mereka, juga wujud pimpinan muda sedia ada di bawah 40 tahun seperti Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia / Ketua Cabang Jasin, Melaka), Badrul Hisham Shaharin (Ahli Majlis Pimpinan Pusat / Ketua Cabang Rembau, Negeri Sembilan), Amran Ghani (Ketua Cabang Tanah Merah, Kelantan / Ahli Parlimen Tanah Merah), Abdul Yunus Jamsari (Ketua Cabang Parit Buntar, Perak / ADUN Kuala Kurau), Hasmi Hashim (Ketua Cabang Parit Sulong, Johor) dan Jason Ong Khan Lee (Ketua Cabang Bukit Bendera, Pulau Pinang / ADUN Kebun Bunga)," kata kenyataan itu.

YB Gobalakrishnan, Siapa Hiaran Jika Kamu "KELUAR PARTI" ?

Posted: 15 Oct 2010 02:20 AM PDT

SEMALAM MP Padang Serai dari PKR, YB Gobala `mengugut' partinya sendiri disebabkan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan pimpinan di dalam PKR yang sedang berlangsung sekarang. Beliau mengugut untuk keluar dari PKR sekiranya parti itu tidak bertindak terhadap aduannya. Sasarannya adalah YB Azmin yang kununnya dikatakan banyak mempengaruhi atau campurtangan menentukan siapa calon yang bertanding. Seperti biasa, media pencari bangkai memberikan liputan meluas kenyataan Gobala.

Semua tahu Gobala anti Azmin dan menyokong Zaid. Itu kita tidak kisah kerana itu hak individu untuk sokong sesiapa. Tetapi menuduh YB Azmin mempunyai pengaruh sebegitu besar di dalam pemilihan PKR adalah satu tuduhan dari orang yang tidak berakal. Jika benar YB Azmin mempunyai pengaruh sedemikian rupa, masakan YB Nurul Izzah dibenarkan bertanding Timbalan Presiden PKR walaupun pencalonannya tidak mencukupi setelah tarikh tutup pencalonan? Sudah tentu YB Azmin yang dikatakan berpengaruh besar itu akan mempengaruhi parti menolak pencalonan YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR memandangkan YB Azmin juga turut bertanding jawatan yang sama?

Adakah ini satu cara untuk Gobala mencari jalan untuk melompat parti sepertimana taktik yang digunakan oleh YB Zulkifli Noordin? Sekiranya Gobala tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan di dalam PKR, mengapa beliau perlu mengugut untuk keluar parti? Bukan beliau seorang sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan sistem atau perjalanan pemilihan yang diadakan ini. Sudah banyak aduan telah diterima dan jaminan dari pihak yang berkenaan dari parti segala aduan akan disiasat dan akan dimaklumkan. Suatu sistem yang baru tentunya terdapat banyak masalah yang timbul dan ini semua satu pelajaran yang berguna buat PKR.

Masalah Gobala bukan masalah tidak bersetuju dengan sistem pemilihan. Beliau tidak puas hati kerana kununnya YB Azmin dan beberapa pihak di dalam parti campurtangan di dalam menentukan siapa yang patut dipilih oleh ahli-ahli parti. Tentu beliau punyai bukti atas dakwaannya, walaupun YB Azmin telah pun menafikan beliau mempunyai `kuasa besar' itu. Jika Gobala ada bukti, sila kemukakan kepada parti untuk disiasat. Mengapa perlu ugut untuk keluar dari PKR?

Mungkin Gobala yakin parti tidak akan bertindak ke atas aduannya. Jika beliau sudah tidak yakin dengan parti, maka wajarlah beliau keluar dari PKR. Jangan beliau ingat parti akan tunduk kepada kehendaknya melalui ugutan seperti itu. PKR sanggup hilang kerusi asalkan parti ini tidak menanggung orang yang berlagak seperti beliau. Contohnya YB Zulkifli Noordin, biarpun ketika PKR semakin kurang kerusi akibat beberapa pemimpin bertukar menjadi `katak", namun PKR berani menghumbankan MP Kulim Bandar Baru itu.

Pada saya, sekali Gobala terasa ingin keluar parti, beribu kali saya bersetuju. PKR hendaklah menyiasat semua aduan tidak kira dari siapa dan apakah darjat mereka. Siasatan hendaklah dilakukan dengan jujur dan bertanggungjawab bukan kerana ugutan seperti Gobala lakukan. Jika ugutan seperti ini mahu dihentikan dari menjadi amalan di dalam PKR, maka wajarlah PKR `campak'kan Gobala ini ke dalam golongan `katak' yang sedia menyambut itu.





Oleh: WFAUZDIN NS

Mahathir kena 'ludah' Najib dan Chua

Posted: 14 Oct 2010 07:43 PM PDT

Memang sah, MCA dan Umno takut dengan PAS. Bukan rakyat Malaysia (Melayu, Cina dan India) yang takut dengan PAS tapi BN sendiri yang secara terang-terangan cuba meluahkan perasaan takut mereka kepada PAS dengan membuat ugutan jahat dan tidak bermaruah kepada pengundi Cina ketika Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 beberapa hari yang lepas.

Yang mendukacitakan, Najib yang mengaku Islam juga senada dan mengiyakan apa yang diungkap Chua yang memburuk-burukkan Islam dan sistem Islam.

Hangpa nampak macam bidas PAS tapi dalam diam-diam, hangpa duk buruk-burukkan sistem Islam dan cuba menakut-nakutkan orang bukan Islam mendekati keharmonian dan keadilan Islam.

Ini kenyataan dua pemimpin BN yang cuba menghina Islam secara sinis. Chua biarlah dia sebab dia kafir (wei puak-puak Umno, kalau hang nak kenal, ini dia kafir Harbi. Bukan Islam yang bersama-sama dengan kepimpinan Islam tu bukan Harbi. Hangpa kena reti sikit!)

Kenyataan Chua Soi Lek:


"Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten...PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang."



Kenyataan Najib:

"Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."




Tempelak Mahathir

Presiden kontroversi MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah membuat ugutan terhadap kaumnya sendiri kononnya bila PR menguasai Putrajaya, PAS yang akan mendominasi kerajaan persekutuan. Dengan kata lain, beliau cuba menakutkan pengundi Cina bahawa kaum itu dalam bahaya jika PAS menjadi ketua.

Sebenarnya telahan bodoh itu hanyalah pandangan songsang yang memperlihatkan ketakutan pemimpin-pemimpin kehilangan kuasa mereka di PRU 13 akan datang.

PRU 13 sudah semakin hampir, maka sudah sampai masanya Umno dan sekutunya termasuk MCA akan menjalankan provokasi jahat bagi menakutkan bukan Islam supaya menjauhi PAS. Kebimbangan itu timbul selepas PAS semakin mendapat sokongan bukan Islam sehingga tertubuhnya DHPP yang disertai hampir 20,000 bukan Islam.

Presiden BN, Datuk Seri Najib juga senada dengan presiden MCA yang terpalit dengan aksi hubungan seks dengan perempuan yang tidak dikenali.

Namun sebenarnya mereka ini tidak sedar, secara diam-diam telah menempelak dan 'meludah' ke muka mantan PM, Tun Mahathir yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan jika PR menang dalam PRU 13 dan menguasai Putrajaya, maka kuasa Melayu akan hilang.

Sekarang jelas taktik bodoh tanpa berfikir panjang untuk membuat provokasi murahan pemimpin BN bakal memakan diri sendiri dan menambahkan kebencian lagi rakyat terhadap mereka.

Mahathir kata jika PR kuasa Putrajaya, Melayu akan hilang kuasa tapi Najib dan Chua kata kalau PR kuasa Putrajaya, PAS akan kuasai kerajaan pusat.

Memang sah mereka tak study dulu cara provokasi Mahathir yang lebih licik. Amat jelas perbezaan ilmu politik Mahathir berbanding Najib. Najib memang tersangat lemah dan daya pemikiran singkat dalam politik.

PAS memang sah Melayu, sudah pasti Melayu akan merasa selamat jika betul dakwaan Najib dan Chua walaupun sebenarnya PAS lebih dari apa yang disangka mereka. PAS bukan seperti Umno yang memperjuangkan perkauman dan menafikan hak kaum lain.

PAS memperjuangkan keadilan dan kebajikan untuk semua tidak kira mereka itu Islam atau tidak sebab Islam mengajar berlaku adil kepada semua termasuk bukan Islam.

Sebenarnya Najib yang mengaku Islam perlu mengajar pemimpin MCA yang bergelumang dengan seks itu tentang keadilan Islam untuk semua.

Mana usaha Najib untuk bantu Amerika atasi Islamofobia?

Bukan ke Najib mahu mengajar Amerika untuk atasi Islamofobia (prasangka buruk dengan Islam). Jangan pergi jauhlah wahai Najib. Atasi dulu Islamofobia dalam BN dulu tu.

Bagitahu dulu kat Chua Soi Lek tu Islam tidak ganas, Islam tidak menindas bukan Islam dan Islam itu adil kepada semua. Jangan pulak kamu lagi menambahkan 'api dalam sekam' supaya orang bukan Islam semakin menjauhi Islam dan orang Islam.

Tapi sekarang kamu sedana dengan Chua yang cuba memberi gambaran buruk terhadap perjuangan PAS yang membawa keadilan Islam. Usah berlakonlah wahai Najib. Nanti makin lama makin terbongkar tembelang kamu.

Chua seiras Perkasa


Selama ini MCA melabelkan Perkasa adalah ekstem Melayu, tapi apa kurangnya anda? Anda adalah ekstrem Cina. Cuba mengapi-apikan kaum Cina supaya membenci Islam.

Sebenarnya Chua telah meludah ke mukanya sendiri apabila beliau cuba menakutkan orang Cina dengan PAS sama dengan Perkasa cuba menakutkan Melayu dengan DAP. Dua kali lima, lima kali dua. Kalau Perkasa 'brutal' Melayu, MCA pulak 'mafia' Cina.

Memang parti-parti dalam BN memperjuangkan perkauman dan tidak ke arah 1 Malaysia yang diwar-warkan Najib yang turut serta dengan aksi perkauman MCA. Sah 1 Malaysia hanyalah retorik semata-mata.

Memberi kredit kepada PAS

Kenyataan berbaur perkauman yang dibuat Chua dan Najib itu dilihat seperti memberi promosi percuma terhadap PAS.

Kenapa penulis WarkahDaily berhujah sedemikian?

Sebenarnya selama ini, Umno-BN bertungkus-lumus cuba memberi gambaran buruk kononnya teras politik Melayu akan hilang apabila PR memerintah. PAS akan menggadaikan Melayu dan Islam apabila PR menguasai Putrajaya.

Lebih dahsyat lagi mereka cuba membuat provokasi kononnya PAS menjadi tunggangan DAP dan PKR semata-mata dan perjuangan Islam dalam PAS sudah pun tergadai.

Tapi sekarang sebaliknya pulak mereka ini keluarkan kenyataan. Nak kata bodoh, memanglah tersangat bodoh. Memang lidah bercabang bercakap berbelit-belit. Kejap kata Islam dan Melayu akan tergadai jika PR menang, kejap kata PAS akan kuasai kerajaan pusat bila PR menang.

Najib 'ludah' kat muka sendiri dan pemimpin Umno dan Perkasa


Penulis WarkahDaily menganggap kenyataan Najib dan Chua itu diibaratkan meludah kat muka sendiri dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain. Tak terlepas juga menempelak 'pekikan' Perkasa yang mendakwa PAS sudah meninggalkan perjuangannya terhadap Islam.

Konco-konco Umno sibuk menuduh PAS akan menggadai dasar perjuangannya bila PR menang. Konon PAS dah mula longgar dengan dasar perjuangan Islamnya.

Tapi Najib dan Chua kata semalam, jika PR menang, PAS akan menguasai kerajaan pusat dan PAS tidak akan lupa akan cita-citanya dengan dasar Islam iaitu melaksanakan pentadbiran dan hukum Islam. Hangpa dah hilang ingatan ke apa?

Semakin gila rupanya pemimpin Umno ni. Semakin tak keruan lagi ucapan mereka bila mengetahui kuasa mereka bakal berakhir.

Jadi ucapan pemimpin Umno sebelum ini adalah karut semata-mata dan hanya berkepentingan politik murahan sahaja.

Dalam masa yang singkat, otak puak-puak Umno berputar berlawanan arah dengan kenyataan mereka sebelum ini. Dulu kata PAS dah longgarkan perjuangan Islamnya ketika bekerjasama dengan PR. Sekarang lain pulak dah, depa kata jika PR kuasai kerajaan pusat, PAS akan jadi ketua dan PAS akan meneruskan cita-citanya dengan dasar Islam. Chua turut menuduh, kerjasama dalam PR, DAP telah memberi momentum percuma untuk kekuatan dan sokongan bukan Islam terhadap PAS.

Mana satu betul ni wahai juak-juak Umno. Hangpa dah mabuk ke dah gila? Maklumlah, riwayat parti hangpa dah nak tamat. Kalau tak, kenapa Najib takut sangat sampai dilihat seolah-olah merayu dengan Cina mintak menang dalam PRU 13 nanti. "Kalau boleh saya nak menang dalam PRU 13, "rayu Najib dengan Cina.

Pakatan Rakyat diiktiraf

Sebenarnya juak-juak Umno-BN tak sedar, depa dah iktiraf kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR). Cuba bayangkan apa yang dikatakan Chua, DAP telah beri momentum kepada PAS untuk kuatkan PAS. Alangkah bagusnya kerjasama dan perpaduan dalam PR. PAS pulak bantu DAP ubah persepsi buruk Melayu terhadap parti itu.

Dalam BN, mana mungkin benda seperti ini boleh berlaku. Lagi menyemarak isu perkauman ada lah. Penulis WarkahDaily belum lupa bagaimana Umno Pulau Pinang mengoyak gambar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dari Gerakan, Koh Tsu Koon.





Dari WarkahDaily

Ketua Pemuda Umno Kedah didesak letak jawatan

Posted: 14 Oct 2010 07:39 PM PDT

Sekumpulan individu, yang menggelarkan diri mereka sebagai Badan Bertindak Selamatkan Kedah, mendesak Ketua Pemuda Umno Kedah Badrolhisham Hashim meletak jawatan kerana didakwa tidak menjalankan tugas dengan baik untuk menangani beberapa isu dan mendekati pengundi muda atas pagar.

Pengerusi badan itu Sobri Sudin berkata desakan itu dibuat kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Badrolhisham yang gagal mengemudi pergerakan pemuda dengan berkesan.

"Kalau betul nak menang dalam pilihan raya akan datang, mereka (Pemuda Umno) kena buat kerja betul-betul. Kita mahu mereka semua bergerak di semua bahagian. Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak buat kerja," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum supaya Badrolhisham meletakkan jawatan kepada Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kedah Tahir Md Zain.

Sobri berkata badan bertindak itu turut mendesak Badrolhisham memilih sama ada mahu memegang jawatan Setiausaha Umno Bahagian Padang Terap atau Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri kerana mereka mahukan perhatian serius diberikan kepada pergerakan pemuda untuk meningkatkan momentum aktiviti.

"Kita mahu Pemuda dan Umno melaksanakan segera usaha secara besar-besaran untuk memulih, menggembleng dan meningkatkan semangat serta gerak kerja di semua bahagian untuk menjadi kumpulan pendesak lebih ramai bagi menentang dakyah PAS dan parti pakatan di Kedah," katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Kedah Haris Che Mat berkata Pemuda Umno negeri menolak memorandum badan bertindak itu.

"Pemuda Umno berada di landasan yang baik untuk memimpin Kedah. Ini hanya satu permainan yang hanya diputarbelitkan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata sepatutnya badan bertindak berjumpa terus dan berbincang dengan pihak pengurusan secara baik, bukannya dengan cara menghantar memorandum seperti hari ini.


– Bernama

Berita terdahulu....

Sebelas AJK Pemuda Umno Bahagian Alor Setar Letak Jawatan


ALOR SETAR: 11 ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Alor Setar meletak jawatan berkuat kuasa 7 Ogos lepas dengan alasan tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan bahagian kerana meminggirkan peranan pergerakan itu selepas pilihan raya umum 2008.

Mereka terdiri penolong setiausaha, Mohd Azreen Azizan, selain Noor Baidurzaman Abu Bakar, Mohamed Shajahan Mohd Abdul Kader, Elias Haron, Mohamad Roshidi Marzuki, Wira bin Abdullah, Ahmad Faiz Abdul Halim, Mohd Zahir Abu Bakar, Ros Mahadi Hashim, Che Nat Said dan Mohd Shaharudin Manaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.