DIALOG RAKYAT |
- Pembangkang Bertegas Bajet 2011 Bajet Pilihan Raya
- Sarawak Dapat Imbuhan Gula-Gula Pilihan Raya
- Umno-BN Dedahkan Lebih Banyak Wang KWSP Di Pelaburan Luar Negara
- Belanjawan 2011 Gagal Tangani Masalah Defisit
- Ku Li tolak jadi calon Galas
- Nazri: Umno mampu atasi pengaruh PERKASA
- Tol empat lebuh raya PLUS tidak naik untuk 5 tahun
- Najib: 'Kita bukan saudagar mimpi'
- Alasan kementerian beli tren elektrik memalukan
- Konsert: Gamis bimbang masa depan rakyat
- PAS harap Bajet 2011 tidak rampas hak rakyat
- Bahang PRK Galas mulai terasa
- Muslimat PAS mahu Bajet 2011 mesra wanita
- Protokol JPM tak nasihat atau Rosmah degil?
- Bantah keputusan MATC Kuala Selangor
- Gaji Minima: Perlu Keazaman Politik dan Perubahan Menyeluruh
- Belanjawan 2011, peruntukan kementerian dipotong separuh
- INTIPATI BAJET 2011
- Polis siasat mesej hina Sultan Johor dalam Facebook
- Pilihan raya kecil Batu Sapi serentak DUN Galas
- SAPP mungkin letak calon di Batu Sapi
- Bajet 2011: Intipati berkaitan perniagaan
- SPRM rayu keputusan mahkamah bebaskan bekas KP Imigresen
- Ketua AMK: Saingan tiga penjuru, Shamsul tak tanding naib presiden
- Kes Sosilawati: Dua tertuduh mohon maaf keluarga mangsa, rakyat
| Pembangkang Bertegas Bajet 2011 Bajet Pilihan Raya Posted: 15 Oct 2010 06:50 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Sungguhpun dinafikan oleh pemimpin kerajaan, namun pihak pembangkang tetap berpendirian bahawa Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat, adalah bajet pilihan raya. Mereka mendakwa pelbagai insentif yang diumumkan termasuk tidak menaikkan kadar tol lebuh raya Utara Selatan (Plus) bagi tempoh lima tahun, pemberian bantuan kewangan khas kepada penjawat awam serta penetapan gaji minimum bertujuan memenangi hati rakyat. Anggota Parlimen Bachok yang juga Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mendakwa apa yang dibentangkan itu secara jelas menjurus ke arah pilihan raya. "Pembentangan bajet ini jelas bahawa ia untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang. Jangkaan kami sebelum ini, meletakkan (pilihan raya) daripada bulan enam ke atas, tetapi dari apa yang dibentangkan ini, bagi saya mungkin lebih awal daripada bulan enam," katanya kepada pemberita. Namun beliau menyambut baik peruntukan kepada sistem perbankan dan kewangan Islam yang disifatkannya mampu berkembang kukuh untuk tahun hadapan. Sentimen sama turut disuarakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa bajet yang dibentangkan Najib tidak menyeluruh dan tidak mencapai matlamatnya dalam membantu rakyat. "Saya tengok ada kelemahan besar (dalam bajet ini) kerana masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran tidak disebut dan hanya disebut projek-projek mega yang seperti biasa akan memberi manfaat yang lebih besar berbilion kepada kroni dan keluarga, ratus ringgit kepada rakyat," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh mendakwa bajet kali ini tidak mempunyai hala tuju yang jelas sebaliknya hanya membentangkan projek-projek gergasi yang akan dilaksanakan dan memberi manfaat kepada golongan tertentu berbanding keperluan rakyat. Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata beliau tertarik dengan peruntukkan yang diumumkan oleh kerajaan kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang boleh memperkasakan modal insan di negara ini. "Cumanya saya tidak nampak macam mana peruntukkan ini digunakan dengan berkesan dan saya berharap kerajaan dapat melaksanakan dengan lebih berkesan strategi yang direncanakan menerusi peruntukan belanjawan hari ini," katanya yang juga Anggota Parlimen Kepong. Anggota Bebas dari Pasir Mas, Ibrahim Ali mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk memberikan pinjaman 100 peratus kepada golongan eksekutif muda untuk memiliki rumah sendiri yang berharga bawah RM220,000. Walau bagaimanapun, beliau berharap kerajaan harus mengenakan syarat terhadap pihak pemaju dalam memastikan kuota pemilikan rumah diagih secara adil dan saksama bagi mengelakkan monopoli. "Sekurang-kurangnya, kerajaan harus memastikan kuota pemilikan rumah dimiliki oleh Bumiputera sebanyak 30 hingga 50 peratus," katanya. | ||||||
| Sarawak Dapat Imbuhan Gula-Gula Pilihan Raya Posted: 15 Oct 2010 06:49 AM PDT
| ||||||
| Umno-BN Dedahkan Lebih Banyak Wang KWSP Di Pelaburan Luar Negara Posted: 15 Oct 2010 06:47 AM PDT
| ||||||
| Belanjawan 2011 Gagal Tangani Masalah Defisit Posted: 15 Oct 2010 06:42 AM PDT
| ||||||
| Posted: 15 Oct 2010 06:41 AM PDT
Cadangan tersebut dikemukakan oleh ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Ghani dan disokong oleh ahli jawatankuasa bahagian yang menghadiri mesyuarat khas itu di pejabat Umno bahagian selama kira-kira dua jam mulai 5 petang. Ketika dihubungi Malaysiakini, Mat Yusoff mengesahkan beliau membuat cadangan tersebut dan mendapat sokongan para AJK bahagian. Mat Yusoff berkata, mesyuarat khas itu turut meneliti senarai calon yang dicadangkan oleh kalangan AJK bahagian, yang turut mengandungi nama Tengku Razaleigh. Katanya, turut dijemput menghadiri mesyuarat khas petang semalam termasuk di kalangan wakil kerajaan, pegawai lantikan politik, penggawa di bahagian berkenaan. "Tengku Razaleigh telah memberi kebebasan kepada AJK bahagian untuk menentukan calon BN di Galas. "Dan calon pilihan mereka itu akan diserahkan kepada pihak pusat untuk diputuskan. "Beliau kata walaupun perdana menteri mahu beliau (Tengku Razaleigh) sendiri yang memilih calon, tetapi beliau mahu perdana menteri yang memutuskannya," katanya. Menurut Mat Yusoff lagi, senarai calon tersebut turut diedarkan kepada mereka yang menghadiri mesyuarat khas semalam untuk mencadangkan calon yang sesuai. "Dua tiga hari lagi kita tahulah keputusannya," tambah beliau. Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang. Kerusi tersebut kosong selepas kematian ADUN dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September, kerana barah usus. | ||||||
| Nazri: Umno mampu atasi pengaruh PERKASA Posted: 15 Oct 2010 05:29 AM PDT
"(Umno) telah diserang dari kiri dan kanan tapi kami masih di sini. Anda fikir PERKASA akan dapat buat lebih baik daripada Semangat 46, PKR atau PAS?" katanya ketika bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini. Nazri juga bertegas bahawa PERKASA merupakan satu gerakan ekstremis, namun tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menghalangnya. Dalam kewajaran itu juga, anggota Umno bebas untuk menganggotai PERKASA, kata Nazri. "Sebab itulah saya katakan, saya mahu PERKASA didaftarkan sebagai satu parti politik, kemudian barulah kita tahu sama ada anggota Umno benar-benar menyokong mereka," tambahnya. "Biar saya bagi tahu, kalau mereka daftar (sebagai parti politik), itu akan menjadi petanda kemusnahan mereka," kata Nazri yang tidak begitu yakin dengan pengaruh PERKASA. "Berapa ramai (presidennya Datuk Ibrahim Ali) dapat kumpul di Kelantan? Saya boleh kumpul lebih ramai lagi." katanya lagi. PERKASA yang mendapat sokongan daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan persepsi berbeza terhadap kewibawaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekarang. Ketika ditanya, Nazri sekadar menepis pandangan tersebut dengan berkata "ia satu persepsi semata-mata." "Sebagai sebuah negara Timur, kita masih hormati bekas pemimpin yang telah berkorban untuk negara. Jadi saya rasa sokongan yang dilihat itu hanya disebabkan rasa hormat (terhadap Dr Mahathir)," katanya. Bagaimanapun, Dr Mahathir mengubah keputusannya kira-kira setahun kemudian selepas Najib secara rasminya menjadi perdana menteri. | ||||||
| Tol empat lebuh raya PLUS tidak naik untuk 5 tahun Posted: 15 Oct 2010 05:20 AM PDT
Beliau menegaskan demikian ketika membentang bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini. Di samping itu, katanya kerajaan juga komited untuk memastikan akses kepada kesihatan berkualiti dapat dinikmati segenap lapisan rakyat. Berikutan itu, tambahnya, kerajaan memperuntukkan RM15.2 bilion bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat serta mendapat bekalan ubata dan peralatan perubatan. Di samping itu, kata perdana menteri, klinik 1Malaysia yang kini berjumlah 51 buah, akan ditambah sebanyak 25 buah lagi. | ||||||
| Najib: 'Kita bukan saudagar mimpi' Posted: 15 Oct 2010 05:13 AM PDT
"Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba," katanya Datuk Seri Najib Razak mengakhiri pembentangan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang tadi. "Percaya, bahawa kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi untuk populariti jangka pendek. "Yakinlah, bahawa kami tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang," tambahnya. Lantaran itu, katanya, rakyat perlu insaf bahawa masa depan mereka dan anak-anak adalah terlalu bernilai dan mahal harganya untuk diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Mahfuz: Ucapan bajet terakhir "Kepada-Mu ya Allah, dipanjatkan doa dan dipohon kekuatan, mudah-mudahan segala usaha hamba-hamba-Mu ini beroleh keberkatan," tambahnya. Setelah ucapan pembentangan bajet itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli parlimen pembangkang Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) bangkit dan berkata: "Terima kasih untuk ucapan bajet terakhir". | ||||||
| Alasan kementerian beli tren elektrik memalukan Posted: 15 Oct 2010 05:11 AM PDT
| ||||||
| Konsert: Gamis bimbang masa depan rakyat Posted: 15 Oct 2010 05:10 AM PDT
| ||||||
| PAS harap Bajet 2011 tidak rampas hak rakyat Posted: 15 Oct 2010 05:09 AM PDT
| ||||||
| Posted: 15 Oct 2010 05:08 AM PDT
| ||||||
| Muslimat PAS mahu Bajet 2011 mesra wanita Posted: 15 Oct 2010 05:05 AM PDT
| ||||||
| Protokol JPM tak nasihat atau Rosmah degil? Posted: 15 Oct 2010 05:02 AM PDT
| ||||||
| Bantah keputusan MATC Kuala Selangor Posted: 15 Oct 2010 04:59 AM PDT PETALING JAYA: Calon yang tewas, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah mendesak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membatalkan pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kuala Selangor kerana masalah pengawas dan jumlah kertas undi melebihi pengundi. Dalam mesyuarat itu, yang berlangsung pada 3 Oktober lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya mempertahankan jawatan ketua cabang di kawasan itu.
"Keputusan mesyuarat itu perlu dibatalkan kerana terhadap beberapa unsur fitnah," kata Muhammad Kamil yang telah menyerahkan surat bantahan di Ibu Pejabat PKR di sini Rabu lalu. Ketika dihubungi FMT hari ini, beliau berkata, antara faktor yang pertama beliau meminta keputusan cabang Kuala Selangor dibatalkan kerana masalah pengawas pemilihan. Muhammad Kamil berkata bahawa pengawas pemilihan dicabang Kuala Selangor iaitu Sangeetha Jeyakumar ialah anak kepada Adun Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar, bekerja di pejabat kerajaan negeri, dibawah pentadbiran Khalid. "Sementara Kalidass dan Nageswaran mempunyai rekod jenayah kerana terlibat dengan satu pergaduhan pada mesyuarat pemilihan cabang Kota Raja," katanya. Pengundi hantu? Kedua, jumlah kertas undi melebihi pengundi. Pada hari pemilihan sebelum proses pengiraan JPP berkata jumlah pengundi adalah 1,461 tetapi di akhir pengiraan jumlah kertas undi yang dikira adalah 1,520. Ini bermakna terdapat unsur 'undi hantu' di pemilihan Ujar beliau, "walaupun terdapat bantahan semasa pengiraan undi, JPP masih bertegas mengumumkan keputusan berpihak kepada Menteri Besar. "Sedangkan JPP menangguh keputusan pemilihan cabang Hulu Selangor untuk perkara yang sama tetapi tidak pula di Kuala Selangor," tambahnya. Katanya lagi, ini jelas menunjukkan Pusat parti dan JPP mengamalkan 'double standard' terhadap ahli biasa apabila bertanding menentang ahli berprofil tinggi", katanya. Deepavali lebih awal Ketiga katanya, pada September 25, Khalid dan Adun Bukit Melawati A Mutthiah mengadakan majlis makan malam Deepavali. Dalam majlis tersebut Mutthiah memberi hamper dan sagu hati kepada ahli parti dan berkempen bagi pihak Khalid. "Saya sangat hairan kerana perayaan (Deepavali) jatuh pada bulan November depan tetapi majlis pula di raihkan sebelum dua bulan sebelum itu", ujar beliau. Muhammad Kamil menjelaskan bahawa beliau mengambil masa yang lama untuk membuat bantahan kerana kelewatan mengumpul bukti. " Saya mengaku mengambil masa yang lama untuk mengumpul bukti untuk mengukuhkan lagi tuduhan saya". Pemilihan cabang Kuala Selangor pada 3 Oktober lalu menyaksikan Khalid selaku mantan ketua cabang menghadapi saingan tiga penjuru. Khalid memperoleh 772 undi, mengatasi pencabarnya Muhammad Kamil (348 undi) dan Mazli Saring (122 undi). | ||||||
| Gaji Minima: Perlu Keazaman Politik dan Perubahan Menyeluruh Posted: 15 Oct 2010 04:57 AM PDT FREE MALAYSIA TODAY
Beliau berkata, sudah sekian lama pekerja-pekerja terutamanya menerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah memperjuangkan dasar gaji minima bagi membela kebajikan pekerja.
Menurut beliau, PKR telah menjadikan gaji minima sebagai antara lima manifesto utama pada Pilihan Raya Umum 2008. Komitmen melaksanakan gaji minima juga telah dimeterai oleh Pakatan Rakyat menerusi Dasar Bersama yang diluluskan Konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada tahun lepas. Nik Nazmi menegaskan, "masalah kadar upah yang rendah adalah masalah utama yang membelenggu pekerja dan keluarga mereka. Sudah begitu lama Malaysia bergantung kepada kadar upah rendah dengan "Ekonomi negara tidak meningkat dalam rangkaian nilai dan rakyat Malaysia berhadapan kos sara hidup yang tinggi. Kesannya, semakin ramai pekerja dan keluarga mereka dibebani hutang di sekeliling pinggang," kata beliau yang juga Adun Seri Setia. Katanya, beliau kesal dengan pandangan Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam yang seolah-olah berat hati untuk melaksanakan dasar gaji minima. Namun beliau menyambut baik hasrat kabinet hendak membincangkan cadangan gaji minima untuk pekerja-pekerja di Malaysia. BN gagal bela kaum pekerja Ujarnya, "ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika kita memeriksa rekod Barisan Nasional yang gagal membela golongan pekerja selama lebih 50 tahun memegang kuasa. "Pengalaman negara-negara luar membuktikan dasar ini boleh berjaya seiring pengenalan dasar-dasar lain yang memacu pertumbuhan ekonomi," tambahnya. Isu meningkatkan pengangguran mahupun mengurangkan pelaburan asing tidak timbul jika kerajaan membina keyakinan untuk meningkatkan pelaburan asing dan swasta serta pada masa yang sama melabur dalam sektor pendidikan, latihan dan infrastruktur. Nik Nazmi berkata, "ini sekaligus dapat meningkatkan kemahiran dan produktiviti pekerja. Kerajaan juga mesti serius mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing. Di samping itu katanya, keyakinan pelabur hanya dapat diperoleh dengan mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kerajaan berserta memerangi gejala rasuah. "Isu-isu ini yang telah menjejaskan kebolehan Malaysia menarik pelaburan hari ini meskipun belum melaksanakan gaji minima," terang beliau. Menurut beliau lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan pendapatan minimum isi rumah sebanyak RM4,000 menjelang lima tahun Pakatan Rakyat memegang tampuk Kerajaan Persekutuan ketika mengulas pencapaian separuh tahun ekonomi negara yang hambar Ogos lalu. "Sasaran ini dapat dicapai dengan iltizam untuk memerangi ketirisan serta rasuah, melakukan reformasi terhadap sistem kehakiman serta institusi awam lainnya di samping mengembalikan kredibiliti, ketelusan dan pertanggungjawaban untuk menarik pelaburan asing secara langsung . "PKR berpendapat gaji minima akan benar-benar bermakna hanya jika dilaksanakan bersama perubahan menyeluruh tersebut dengan keikhlasan membela hak pekerja dan rakyat Malaysia," katanya. | ||||||
| Belanjawan 2011, peruntukan kementerian dipotong separuh Posted: 15 Oct 2010 04:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Pentadbiran Perdana Menteri Najib Tun Razak memperuntukan lebih RM100 bilion untuk Belanjawan 2011 tetapi peruntukan untuk semua kementerian dipotong separuh. Sumber-sumber kerajaan memberitahu FMT bahawa perbelanjaan dipotong untuk membiayai projek-projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dengan masing-masing mendapat peruntukan lebih RM17 bilion dan RM11 bilion.
Adalah difahamkan bahawa hanya kira-kira RM35 bilion, separuh dari peruntukan tahun lalu, diperuntukan untuk projek-projek baru kementerian. | ||||||
| Posted: 15 Oct 2010 04:52 AM PDT FREE MALAYSIA TODAY
| ||||||
| Polis siasat mesej hina Sultan Johor dalam Facebook Posted: 15 Oct 2010 04:49 AM PDT BERNAMA JOHOR BARU — Polis telah memulakan siasatan terhadap individu yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook berhubung pengurniaan kenderaan milik baginda kepada Polis Diraja Malaysia pada Isnin lepas. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan dibuat selepas polis menerima satu laporan mengenai laman Facebook itu pada 4.33 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan. "Kita beri jaminan akan siasat laman sosial ini yang dilaporkan mengandungi maklumat palsu. Jika ada unsur hasutan, siasatan akan dijalankan dan kita akan serahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mohd Mokhtar berkata, bagi mengelak pengendali laman itu daripada dikesan, individu berkenaan meletakkan gambar profil seorang wanita bagi mengelirukan pengguna Facebook dan pihak berkuasa. Ditanya tentang kes seorang individu menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, juga menerusi Facebook, Mohd Mokhtar berkata kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya baru-baru ini. | ||||||
| Pilihan raya kecil Batu Sapi serentak DUN Galas Posted: 15 Oct 2010 04:47 AM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER
Dengan keputusan itu, pilihan raya kecil kerusi DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah akan diadakan serentak sebagaimana diamalkan awal tahun lalu membabitkan tiga kawasan. Pada minggu lalu, SPR menetapkan pilihan raya kecil kerusi Galas akan diadakan 4 November. Tarikh pilihan raya kecil yang ke-13 ini diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mesyuarat khas hari ini. Mengenai pilihan raya serentak, Aziz berkata keputusan itu berdasarkan faktor undang-undang tidak melarang berbuat demikian dan pengalaman SPR sebelum ini yang mengadakan pilihan raya kecil secara serentak di tiga tempat iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai tahun lalu. Beliau berkata jika dijalankan serentak, tempoh untuk mengadakan pilihan raya kecil itu menjadi pendek berbanding secara berasingan, sekali gus menjimatkan masa, perbelanjaan SPR dan mengurangkan ketegangan. Katanya selain itu, SPR melihat tarikh berkenaan sebagai yang terbaik memandangkan faktor ruang yang terhad berikutan banyak peristiwa berlaku menjelang hujung tahun seperti sambutan perayaan Deepavali, Hari Raya Aidiladha, sidang DUN Sabah, awal Muharram, peperiksaan SPM. "Dan yang paling penting, Sabah telah menyatakan kesediaannya untuk menghadapi pilihan raya kecil," katanya selepas mengadakan mesyuarat khas berhubung pilihan raya kecil itu di sini. Kerusi Batu Sapi kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada Sabtu lalu. Chong yang juga Bendahari Agung PBS meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Datuk Samsudin Yahya daripada BN dan DUN Karamunting oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar daripada Parti Liberal Demokratik bulan lepas. Pada pilihan raya umum 2008, Chong memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon Bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708. Mendiang memperoleh 9,479 undi manakala Chung meraih 5,771 undi. Aziz berkata daftar pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil itu ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemas kini sehingga 9 Oktober lalu. Katanya daftar pemilih tersebut mengandungi 25,582 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pemilih pos. Beliau berkata dua DUN di kawasan Parlimen Batu Sapi iaitu masing-masing Sekong dan Karamunting, mempunyai 11,321 dan 14,261 pengundi. Aziz berkata daripada segi kaum, di DUN Sekong, seramai 2,167 atau 19 peratus merupakan kaum Melayu, Cina - 2,366 (21 peratus), India - 37 (0.03 peratus), Bumiputera Sabah - 6,031 (53 peratus), Bumiputera Sarawak - 41 (0.36 peratus), Orang Asli - 3 (0.03 peratus), dan lain-lain - 676 (6 peratus). Katanya bagi DUN Karamunting pula, seramai 5,000 atau 20 peratus ialah kaum Melayu, Cina - 9,546 (37 peratus), India - 92 (0.36 peratus), Bumiputera Sabah - 9,565 (37 peratus), Bumiputera Sarawak - 158 (0.62 peratus), Orang Asli - 8 (0.03 peratus), dan lain-lain - 1,213 (5 peratus). Beliau berkata daripada segi bilangan umur, kedua-dua DUN tersebut membabitkan umur 21 hingga 90 tahun ke atas. Katanya SPR melantik Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan Mohamad Hamsan Awang Supain sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan empat orang penolong pegawai pengurus. SPR akan menggunakan Dewan Masyarakat Sandakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala 11 buah sekolah dan sebuah perpustakaan wilayah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 45 saluran tempat mengundi. Aziz berkata SPR bersetuju untuk menubuhkan dua pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen. Katanya RM1.3 juta diperuntukkan untuk menjalankan pilihan raya kecil itu yang akan dikendalikan oleh 405 petugas. Beliau berkata pihaknya menjangkakan peratusan keluar mengundi akan meningkat kepada 80 peratus berbanding 63.1 peratus pada pilihan raya umum lalu. SPR turut menjangkakan pengumuman keputusan akan dibuat serentak bagi kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan iaitu kira-kira pukul 8 malam. Beliau berkata selepas 28 April tahun depan, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan berikutan hanya tinggal tempoh dua tahun sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan. | ||||||
| SAPP mungkin letak calon di Batu Sapi Posted: 15 Oct 2010 04:11 AM PDT BERNAMA KOTA KINABALU– Parti Maju Sabah (SAPP) berkemungkinan meletakkan seorang calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi bulan depan, bakal menyediakan pentas bagi pertandingan tiga penjuru membabitkan SAPP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN). Sungguhpun pemimpin SAPP sehingga kini berdiam diri berhubung kemungkinan parti berkenaan menyertai saingan itu, namun tanda-tanda berhubung hasrat parti itu sudah pun ada. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Nov sebagai hari pengundian bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, jika ada pertandingan, manakala penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober. Dalam apa yang dilihat sebagai petunjuk awal, Ketua Cabang PKR Batu Sapi Datuk Nahalan Damasal menggesa pembangkang supaya membenarkan SAPP bertanding menentang BN dalam pilihan raya kecil Batu Sapi itu. Semasa membuat gesaan itu dalam sidang akhbar di Lido semalam, yang ironinya dihadiri oleh Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah, Nahalan dipetik sebagai berkata beliau bersedia membantu calon SAPP dalam pilihan raya kecil itu. Ditanya tentang perkara ini, Chong berkata setiap orang berhak membuat spekulasi namun parti berkenaan masih belum membuat keputusan mengenainya. "Nahalan hanya menggesa SAPP supaya bertanding menentang BN tetapi ada juga orang yang menghubungi saya, meminta penjelasan kerana tidak bertanding di Batu Sapi. "Ini adalah perkara yang perlu dianalisis atau diberi pertimbangan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Oleh itu, Chong berkata SAPP akan mengadakan mesyuarat khas majlis tertinggi di Luyang esok, untuk membincangkan pendirian parti itu dalam pilihan raya kecil Batu Sapi. Penganalisis politik tempatan Clarence Sinsua berpendapat SAPP berkemungkinan bertanding dalam pilihan raya kecil Batu Sapi. "Sejak meninggalkan gagasan BN selepas pilihan raya umum 2008, pemimpin parti lantang mengetengahkan pelbagai isu yang menjejaskan negeri ini... jadi, perkiraan saya ialah SAPP mungkin menggunakan pilihan raya kecil Batu Sapi untuk mengukur sokongan akar umbi sebelum pilihan raya umum akan datang, selain menguji kredibiliti parti berkenaan. "Saya rasa parti SAPP tidak akan melepaskan peluang keemasan ini, begitu juga dengan Pakatan Rakyat, terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Jika kedua-dua parti itu tidak boleh berkompromi berhubung calon tunggal bagi pembangkang, kebarangkaliannya ialah SAPP, PKR dan BN akan terbabit dalam pertarungan sengit," katanya. Bagaimanapun, Clarence percaya calon BN daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan memiliki kelebihan atau berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengekalkan kerusi berkenaan "apatah lagi, jika SAPP dan PKR menentang sesama sendiri dengan meletakkan calon masing-masing". Beliau berkata BN negeri sudah tentu tidak mahu label "fixed deposit" bagi parti BN yang memerintah terjejas oleh pembangkang, lantas menjadikan pilihan raya kecil ini lebih menarik. "Saya berpendapat bukan mudah bagi pembangkang merampas kerusi itu daripada BN atau membuat kejutan. Kerajaan sekarang, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri, terbukti berupaya menunaikan janji, terutamanya menerusi konsep 1Malaysia. "Pada pengetahuan saya, Batu Sapi menikmati pembangunan di bawah BN. Jadi, parti pembangkang seperti SAPP dan pakatan perlu benar-benar membangkitkan 'isu besar' untuk memenangi hati dan minda pengundi Batu Sapi," katanya. Pada pilihan raya umum lepas, BN memenangi 24 daripada 25 kerusi Parlimen yang dipertaruhkan di Sabah, kalah hanya kerusi Kota Kinabalu kepada DAP. Jumlah itu berkurangan kepada 22 kerusi selepas SAPP, yang mempunyai dua anggota Parlimen, keluar daripada BN. Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian tragik penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam kemalangan jalan raya Sabtu lepas. Dalam pilihan raya umum 2008, Chong memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi setelah menewaskan calon bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi. Terdahulu, pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh berkata PKR akan bertanding dalam pilihan raya kecil Batu Sapi, dengan mengatakan kerusi itu kepunyaan PKR sungguhpun parti itu tidak meletakkan calon pada 2008. Dua hari kemudian, anggota majlis tertinggi PKR dan Ketua Cabang PKR Tuaran Ansari Abdullah berkata perti itu akan mengadakan mesyuarat dengan SAPP tidak lama lagi bagi memastikan hanya seorang calon daripada pembangkang yang menentang BN. Beliau berkata PKR sedang dalam proses memuktamadkan calon dengan memberi penekanan kepada dua kriteria – penerimaan rakyat dan kesediaan bakal calon untuk berkhidmat di kawasan berkenaan. Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah, sehingga 1 Sept tahun ini, Batu Sapi mempunyai 25,720 pengundi dengan 56.01 peratus terdiri daripada Bumiputera Islam, Cina (40.22 peratus) dan lain-lain, tiga peratus. Batu Sapi terdiri daripada dua kerusi DUN, iaitu Sekong dan Karamunting, dan kedua-duanya diwakili oleh BN di Dewan Undangan Negeri. | ||||||
| Bajet 2011: Intipati berkaitan perniagaan Posted: 15 Oct 2010 04:10 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
* Kerajaan semak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2010 kepada tujuh peratus berbanding enam peratus sebelumnya * Pendapatan per kapita bertambah 6.1 peratus kepada RM28,000 * Pelaburan swasta berkembang 12.5 peratus kepada RM86 bilion * Pelaksanaan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dijangka menjana pelaburan bernilai lebih RM1.3 trilion dalam pelaburan dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan * Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebagai "tipping point" untuk membangunkan infrastruktur sokongan bagi membolehkan projek yang diterajui sektor swasta * Beberapa projek perkongsian awam-swasta (PPP) di bawah RMK-10 akan dilaksanakan pada 2011 melalui pelaburan swasta sebanyak RM12.5 bilion * Academic Medical Centre, usahasama antara Academic Medical Centre Sdn Bhd dan Johns Hopkins Medical International serta Royal College of Surgeons Ireland, merupakan sebuah lagi projek PPP yang dikenal pasti dengan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion * Kerajaan bersedia menimbang pakej insentif yang menarik sebagai galakan untuk mereka yang melabur di Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) * Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) akan mula dilaksanakan mulai 2011 dengan pelaburan swasta sebanyak RM40 bilion dan siap menjelang 2020 * Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh bercampur dengan anggaran kos sebanyak RM10 bilion, yang dijangka siap menjelang 2025. | ||||||
| SPRM rayu keputusan mahkamah bebaskan bekas KP Imigresen Posted: 15 Oct 2010 04:08 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don atas tuduhan rasuah. SPRM, melalui satu kenyataan di sini, berkata walaupun menghormati keputusan mahkamah tetapi SPRM yakin bahawa "kes itu adalah kes yang kukuh". "SPRM akan meminta Bahagian Perundangan dan Pendakwaan untuk memfailkan notis rayuan berhubung keputusan kes tersebut hari ini. "Tiada sebarang alasan lisan atau alasan bertulis diberikan oleh Mahkamah Sesyen berhubung keputusan tersebut," menurut kenyataan itu. Hakim Rosbiahanin Arifin membebaskan Wahid, 57, daripada tuduhan menerima rasuah berjumlah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Wahid didakwa menerima rasuah itu daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki negara ini. | ||||||
| Ketua AMK: Saingan tiga penjuru, Shamsul tak tanding naib presiden Posted: 15 Oct 2010 04:07 AM PDT Shamsul Iskandar
The Malaysian Insider difahamkan Shamsul Iskandar telah mengambil keputusan akhir mahu mempertahankan jawatan semasa beliau dan ia akan diumumkan secara rasmi esok. Difahamkan, beliau membuat keputusan itu dua minggu lalu dan akan membuat pengumuman final ketika menerima pencalonan secara rasmi esok. Ketika dihubungi hari ini, Shamsul Iskandar berkata, "tunggu dulu, saya akan membuat keputusan apabila tiba masa yang sesuai." "Ada orang mengatakan saya telah membuat pusingan 'U'... tetapi saya hendak jelaskan, apa yang saya sebutkan sebelum ini, cuma menawarkan diri untuk bertanding kerusi naib presiden. "Sejak itu saya mendapat sokongan (pencalonan) yang baik, begitu juga agar saya bertanding mempertahankan jawatan saya di peringkat AMK. Pencalonan sungguh positif bagi kedua-dua jawatan. "Bagi jawatan ketua AMK, saya juga menerima sokongan pencalonan baik... jadi, saya masih mempertimbangkan dengan mendalam, dan akan membuat keputusan terakhir apabila tiba masanya," kata beliau. Dalam pada itu, Rafizi Ramli juga mengesahkan yang beliau bertanding jawatan ketua AMK. "Ya, ya saya bertandng... pendirian saya yang diumumkan lebih sebulan yang lalu masih kekal dan tidak berubah," kata ketua PKR Kemaman. "Saya tidak melihat kami ada mengalami perubahan, tiada yang berubah... semua sama. Yang berubah cuma seorang sahaja, seorang calon kerusi Exco memutuskan untuk menyertai pasukan lain iaitu ADUN Teja, yang menyertai kumpulan Chegubard, yang lain semua sama," katanya lagi. Kelmarin, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin secara rasmi mengumumkan bertanding jawatan ketua AMK dengan gandingan ADUN Teja Chang Lih Kang sebagai calon timbalan ketua. Semua mereka yang dicalonkan perlu memaklumkan penerimaan pencalonan mereka esok di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. Sesi itu akan berlangsung mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang. Mengenai peluang ekoran persaingan tiga penjuru, Rafizi berkata, mengambil kira sistem pemilihan langsung beliau yakin mempunyai peluang yang seimbang meskipun Shamsul Iskandar dan Badrul Hisham sudah terkenal di kalangan ahli-ahli parti. "Memandangkan sokongan yang diperlihatkan oleh ahli-ahli parti terhadap gagasan pertandingan saya dan pasukan saya cukup baik, saya terpanggil untuk meneruskan pertarungan dalam pemilihan ketua AMK. "Kita serahkan kepada ahli memandangkan parti menjalankan pemilihan satu ahli satu undi, lebih-lebih lagi ini melibatkan persaingan dalam keluarga parti" katanya lagi. | ||||||
| Kes Sosilawati: Dua tertuduh mohon maaf keluarga mangsa, rakyat Posted: 15 Oct 2010 04:05 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER BANTING – Dua lelaki yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah berhubung tuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain memohon maaf kepada keluarga mangsa dan orang ramai. Selepas Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman, K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh memberitahu mahkamah bahawa mereka memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat di atas perbuatan yang telah mereka lakukan dan telah insaf, dalam Bahasa Tamil dan telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh jurubahasa mahkamah. Sarawanan dan Suresh yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan melupuskan bahan bukti didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan. Hurman menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap. Sarawanan dan Suresh diwakili oleh peguam M. Puravelan, Mohd Naguib Abdul Malik dan Roslie Sulie manakala pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohd Yusoff dan dibantu oleh Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abdul Ghani. Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan di antara 9 dan 12 September lepas bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lalu. Kelmarin, peguam N. Patmanabhan, pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, 44. "Anak guam saya mohon diberikan peluang kedua dalam situasi ini," kata Mohd Naguib. Roslie dan Mohd Naguib memohon supaya Sarawanan dan Suresh dikenakan hukuman penjara serentak bagi kesalahan mereka. Bagaimanapun, Ishak berkata di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan mereka berdua boleh dikenakan penjara maksimum tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan juga boleh didenda. Beliau memohon kepada mahkamah supaya tidak memberikan sebarang diskaun hukuman kepada kedua-dua pesalah dan perlu dikenakan hukuman maksimum yang dijalankan secara berasingan bagi memberikan peringatan kepada yang lain daripada melakukan jenayah yang sama. Perbuatan mereka menghapuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain serta kesan tindakan mereka terhadap mangsa dan keluarga mereka yang terbabit juga perlu diambil kira, katanya. Hurman ketika menjatuhkan hukuman tersebut berkata beliau mengambil kira tindakan tertuduh memusnahkan bahan bukti kes perbicaraan pembunuhan, kesan tindakan mereka terhadap keluarga si mati dan kepada masyarakat selain daripada latar belakang tertuduh yang mempengaruhi mereka melakukan jenayah itu. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.