Jumaat, 15 Oktober 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BAJET NAJIB UNTUK ISTERINYA ROSMAH? BIAR BETUL BRO...

Posted: 15 Oct 2010 07:43 AM PDT

Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

"Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut..." kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan "Rosmah!" disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: "Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu."

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.

Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit "Rosmah! Rosmah!", sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.

Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter.

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

LAGI PROJEK MEGA TERTINGGI DI KL

Posted: 15 Oct 2010 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.

"Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

Kos projek berjumlah RM5 bilion, dengan menara dijangka siap pada 2015. – Bernama

PARLIMEN DIBUBARKAN @ PILIHAN RAYA MENGEJUT:PAKATAN RAKYAT TERKULAI

Posted: 14 Oct 2010 05:57 PM PDT

Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda "utama" bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Katanya, adalah jelas kerajaan BN tidak memikirkan kesannya ke atas rakyat apabila membentangkannya tahun lalu.

Menurut Anwar, kerajaan "takut" kerana tidak mampu menangani asakan oleh Pakatan Rakyat yang berpendapat cukai baru itu akan membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

"BN kini terdesak menjelang pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi. GST bukan rang undang-undang yang dirangka dengan baik dan penangguhan kali ini adalah kerana pilihan raya kecil dan kemungkinan diadakan pilihan raya mengejut," katanya,

Semalam, kementerian kewangan, mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan GST.

Menurut kenyataan itu, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaan cukai baru itu.

"Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik," petik kenyataan kementerian itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.