Jumaat, 15 Oktober 2010

.

.


Tazkirah Jumaat

Posted: 14 Oct 2010 06:36 PM PDT

Tarik Gelaran Datuk Bukan Kerana Ziarah Tuanku Ismail

SEMALAM tiap orang kenalan atau rakan penulis saya yang berjumpa di beberapa lokasi mereka bertanya perihal Inche Ibrahim Ali yang kena tarik gelaran Datuk oleh Sultan Mohamad Ke V. Mulanya saya malas nak melayan mereka, kerana saya fikir mereka sengaja mahu provok saya saja. Mahu tengok bagaimana sikap saya dengan kejadian itu.

Ada seorang penjenguk menulis dalam ruang komentar (tetapi saya tidak poskan), katanya tentu saya bergembira terguling-guling atas jalan raya sambil memegang bendera Pas apabila mendapat tahu gelaran Datuk dari Inchek Ibrahim ditarik. Begitu dangkal dan hingus sekali penjenguk berkenaan dalam menyinis saya. (Mungkin dia ni orang kanan Mat Maslan).

Tiap yang berjumpa dengan saya itu membuat kesimpulan mudah menganggap penarikan balik darjah kebesaran itu kerana Inche Ibrahim pergi menziarahi ayahandanya Tuanku Ismail yang sedang gering di Istana Mahkota, Kota Bharu. Lalu mereka menerima andanian itu dengan mengatakan kenapa begitu sekali pihak Istana Kelantan. Apakah melawat orang sakit itu satu dosa besar?

Saya tidak tahu apakah Inchek Ibrahim ada membuat andaian itu, bahawa gelaran itu ditarik kerana beliau menghadap Tuanku Ismail sehingga sesetengah orang menghukum demikian. Kalaulah ada memang jangkaan Inchek Ibrahim itu sendiri salah. Tanggapan demikian tidak boleh diterima langsung dan ianya cuba dipolitikkan untuk kepentingannya.

"Saya kagum dengan tingkah laku Sultan Kelantan yang baru ini, pakai jubah, sembelih lembu dan rapat dengan rakyat, tetapi kalau benar anugerah Datuk pada Brahim itu ditarik kerna ia pergi ziarah ayahnya yang sakit ia boleh menjejaskan kredibiliti itu," begitu kata seorang kenalan juga bergelar Datuk benar-benar simpati dan kesal ata apa yang berlaku.

Saya tidak segera menjawab dan mendengar saja. Saya mengiyakan dalam senyap saya protes. Untuk tidak mengusik hatinya. Saya tahu datuk ini bercakap berkisar kepada apa yang beliau dengar saja tanpa mengenali siapa dia Inchek Ibrahim dan siapa dia Sultan Mohamad Ke V.

Ditempat lain macam itu juga. Seorang kenalan mempersoalkan apa salah Inchek Ibrahim. Setahu mereka Inchek Ibrahim rapat dengan Tuanku Ismail, mereka berkawan baik. Pelik kalau penarikan itu dibuat berdasarkan alasan itu. Begitu juga kata mereka Inchek Ibrahim seorang pembela kepada institusi raja-raja.

Di sini saya tidak mewakili sesiapa apa lagi Istana Kelantan. Tetapi saya hendak jelaskan persoalan yang ditimbulkan itu atau termasuk kalau Inchek Ibrahim bersangkakan begitu. Tidak logik sama sekali kalau anugerah itu ditarik keran sebab-sebab seperti yang difahmkan itu atau cuba ditimbulkan sesetengah pihak.

Kenapa saya berkata begitu. Kerana yang melawat Sultan Kelantan baik semasa di Singapura ataupun di Kelantan bukan saja Inchek Ibrahim. Ramai para Datuk, Tan Sri malah Tun pun ada yang melawat Tuanku Ismail. Barang kali berguni-guni datuk dari Kelantan yang melawat Tuanku Ismail termasuk juga Nik Aziz, Ahmad Yaacob, Mohd Amar Nik Abdullah dan Husam Musa, Mufti dan sebagainya.

Kalaulah penarikan itu kerana sebab itu kenapa anugerah datuk kepada orang lain itu tidak ditarik? Sepatutnya semua mereka yang mengziarahi Tuanku Ismail ditarik balik Datuk mereka.

Begitu juga apa hairanlan kalau penarikan itu dibuat ke atas orang yang membela institusi raja-raja. Banyak dalam kisah dan hikayat dulu mereka yang membunuh raja dengan cara memberi racun ialah pembesar istana sendiri. Yang setiap hari melafazkan kata-kata Menjujung Kasih dan Daulat Tuanku. Mereka ini hanya berpura-pura saja sedangkan di lubuk hari mereka tersimpan bertong-tong sampah busuk dan berulat.

Mereka inilah menjadi batu api atau penghasut kepada istana yang akhirnya menyebabkan istana berantakan dan setengahnya institusi itu hilang dari atas muka bumi ini. Penghasut ini memang merbahaya dan mereka wajar dinyah dan bukan saja setakat menarik gelaran Datuk ataupun darjah-darjah lain.

Saya sangat percaya dan yakin penarikan itu bukan kerana Inchek Ibrahim telah mengunjungi Tuanku ISmail. Tetapi ada sebab-sebab yang lebih besar yang tidak boleh diungkapkan di sini. Dalam hal ini Inchek Ibrahim atau kawan-kawan rapatnya, terutamanya yang membawa Inchek Ibrahim menghadap tempoh hari tahu akan apakah sebab musabab sebenarnya. Tanyalah mereka dan mintalah mereka menceritakan dengan lidah nabi bukan lidah Abdullah bin Ubai.

Marilah kita mulai bercakap benar dan menjadi orang yang baik-baik dan soleh demi kejernihan bersama. Usia sudah pun melangkau lebih setengah abad. Jangan kita mengumpul terlalu banyak soalan untuk dijawab dalam kubur nanti kerana kita sebagai manusia sangat sedikit ilmu untuk menipu Munkar dan Nankir. Akibah menipu atau gagal menjawab persoalan Munkar dan Nankir menyebabkan kita akan dipalu dengan tongkat berapi, dummmmmmmmm! Adaoi! [wm.kl.9:30 am 15/10/10]

Menjelang Maghrib

Posted: 13 Oct 2010 03:51 PM PDT

PKR Jangan Menang Pemilihan Tetapi Kalah Pilihan Raya

PROSES pemilihan kepimpinan dalam PKR sudah pun hampir penghujung. Ternyata proses pemilihan kali ini menarik dan mendapat perhatian umum. Macam-macam gelagat dan kejadian berlaku dalam pemilihan itu. Baling kerusi, sepak, tendang, tabur kertas pengudian semuanya ada.

Manakala calon yang bertanding pula muncul dengan pelbagai gelagat. Ada yang melakukan serang hendap untuk menang. Ada yang mucul dengan manifesto dan wawasan tersendiri, ala-ala pertandingan presiden Amerika pula. Tidak kurang pula yang menggunakan tetktik provo, lempar batu sembunyi tangan, buat kenyataan dalam dalam rumah dan melihat kesannya menerusi kaca tingkap.

Kenapa pemilihan kali ini menarik dan mendapat perhatian. Saya sudah ulas dalam posting sebelum ini. Media masa penjilat buntut Umno yang selamanya akan memerangi PKR tidak habis-habis mencari dan menyunting angle yang boleh memberi keburukan kepada PKR. Apa dilakukan media kerajaan melakukan propaganda memburukkan PKR. Bekas ahli sampah PKR juga tutur sama bercakap dan memperkatakan prihal parti mereka dengan sedikit upahan oleh pihak tertentu. Walaupun mereka tidak ada locas standi tetapi kerana niat hendak memburukkan Anwar selaku penasihatnya diecer apa saja yang terfikir dalam kepalanya.

Setengannya ada yang bercakap menghemburkan PKR dan Anwar sambil menjinjing kain yang terkena berak sendiri.

Kenapa pemilihan PKR kali ini jadi perhatian, kerana PKR sudah besar dan gema yang mengatakan PKR akan bersama Pakatan Rakyat akan merampas Putrajaya begitu mempesonakan. Pendeknya pemiliha pemimpin hebat dan panas. Secara tidak langsung para pencacai itu yang gerun Putrajaya dirampas Pakatan Rakyat sudah kena tipu.

Proses pemilihan peringkat cabang sudah selesai. Begitu juga dengan pencalonan untuk merebut jawatan tertinggi. Pada 16 Oktober ini pengundian akan dijalankan. Waktu ini mereka yang layak untuk bertanding sedang membuat pertimbangan terakhir sama ingin meneruskan cabaran atau tidak. Beberapa calon sudah pun membuat pengumuman awal menyatakan pendirian mereka sama ada bertanding atau sebaliknya.

Untuk jawatan timbalan presiden, Mohammad Azmin Ali yang mendapat pencalonan terbanyak lebih 100 sudah tentu akan meneruskan cabaran. Mustapa Kamil Ayub juga telah menyatakan kesediaan bertanding. Hari ini beliau mengulangi sekali lagi pendirian itu bimbang takut pengundi (ahli) PKR melupai ke mana beliau. Mustapa Kamil akan bertanding jawatan timbalan presiden.

Begitu juga dengan Khalid Ibrahim yang dilihat begitu naif untuk bertanding telah menyatakan pendiriannya menerima pencalonan sebagai timbalan presiden. Saya melihat penerimaan Khalid itu tidak lebih daripada untuk memecahkan undi saja. Kalau soal-soal di sekeliling MB masih belum lendek molek, untuk apa beliau bertanding jawatan timbalan presiden. Saya kira Khalid tidak serius dan beliau perlu serius menumpukan menyelesaikan masalah birokrasi politik dalam pentadbirannya atau konflik intres antara kerajaan dengan partinya atau sebaliknya.

Anak Anwar, Nurul Izzah yang sebelum ini bersemangat untuk bertanding dan tergencat seketika kerana pencalonannya tidak mencukupi juga menyatakan hasrat bertanding jawatan itu. Biro Politik PKR hari ini telah memutuskan bahawa pencalonan untuk Izzah sudah mencukupi. Beliau akan mengumumkan sama ada bertanding atau tidak pada masa sesuai.

Sama seperti Khalid Ibrahim, kesediaan Izzah untuk bertanding itu bagi mata saya bukan serius. Izzah sendiri tentu tahu mengukur baju di badannya sendiri. Apa yang menyebabkan Izzah terlatah untuk bertanding kerana dirangsang oleh seseorang. Orang Melayu ada perangai suka melatah terutama wanita berumur. Mungkin Izzah juga ada penyakit itu kerana usianya sudah menjejak ke dewasa selepas menjadi ibu kepada dua anak.

Kenapa saya kata begitu sebab jawatan yang cuba hendak digapai itu tinggi, nombor dua. Sedangkan jawatan paling layak buatnya ialah kerusi Naib Presiden. Itu pun jika diukur dengan pengalaman dan penglibatannya dalam parti, pencapaian sebagai ahli Parlimen jawatan itu juga belum sesuai untuk beliau. Izzah baru '10 tahun jagung'. Jawatan paling afdal ialah menjadi Ketua Ankatan Wanita saja. Saya berharap Izzah tidak terasang dengan hasutan mengeruhkan suasana dan membatalkan hasrat bertanding apa juga jawatan.

Manakala orang yang ghairah untuk menjadi orang nombor sejak awal-awal lagi, Zaid Ibrahim masih membuat perhitungan sama ada akan meneruskan hasratnya untuk tanding jawatan itu atau tidak. Zaid kelihatan masih terus berteta teki dan membuat pelbagai gimik. Teta teki ini apakah satu permainan ataupun kebimbangan Zaid terhadap nasibnya dalam parti berkenaan. Pencalonan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden tidak sampai 40.

Ada sedikit yang tidak kena atau dirasakan pelik pada Zaid ini. Satu masa beliau membayangkan akan bertanding kerusi Presiden sekiranya Nurul Izzan bertanding timbalan presiden. Kenapa beliau menjadi Nurul Izzah sebagai sandaran. Pada saya pemimpin yang berteta teki panjang sangat dan meletakkan sandaran pada orang lain adalah orang yang penakut dan tidak mempunyai kredibiliti sendiri.

Kalau Zaid benar-benar berani dan gentelman seperti dibayangkan dia tidak perlu menjadi sesiapa sebagai sandaran atau pun syarat. Tengok calon lain, Mustapa Kamil Ayub atau Azmin tidak mengada-ngakan syarat. Mereka berdua jantan dan terus menyatakan pendiriannya. Kenapa harus berselindung di sebalik orang lain.

Zaid khabarnya akan membuat kenyataan mengenai jawatan apa yang beliau hendak tandingi. Beliau ada dua peluang. Sama ada timbalan presiden atau presiden. Apakah waktu ini beliau sedang berada di tikar sembayang melakukan istikharah bagi menentukan jawatan apa yang sesuai baginya.

Cara Zaid berpolitik sedikit sebanyak telah menimbulkan kebosanan orang ramai dan ahli PKR. Perhati saja semasa proses pemilihan peringkat cabang baru lalu beliau membuat berbagai kenyataan untuk mendapat sokongan. Lepas satu satu gimik atau pun provokasi yang beliau buat. Salah satu yang agak melampau apabila beliau membayangkan yang kuasa presiden hari ini diliwat. Semua itu mengharapkan dia mendapat pencalonan terbanyak tetapi dalam masa sama melambakkan masalah dalam PKR.

Tanpa disedari sesetengah kenyataan itu telah menimbulkan masalah kepada PKR. Ketelusan dan sikap tegas dan terbuka melampau beliau yang dilakukan itu memberi menodai ketenangan dalam PKR. Di sini pada penilaian saya bekas menteri di JPM itu kurang bijaksana dan kurang peka kepada semangat berpersatuan. Beliau tidak berhemah dan memikirkan kemaslahatan parti lebih besar daripada mencari popular untuk mengharapkan pencalonan. Zaid adalah seorang individualistik.

Pengkaitan Zaid untuk bertanding dengan Nurul Izzah adalah permainan licit beliau. Zaid cuba bayangkan yang beliau mendapat sokongan Nurul Izzah. Harapan lebih jauh dari itu beliau ingin mencerminkan sokongan Izzah itu juga adalah sokonag kedua ibu bapa Izzah kepadanya. Gambaran dari itu juga bahawa Izzah menyokongnya. Tetapi sifir itu tidak mudah memberi jawaban yang konkrit. Zaid sendiri tahu dalam politik 2 x 5 jawabannya bukan saja 10 tetapi berbagai-bagai.

Silap kalau Zaid menyokong Izzah dengan nait itu. PKR adalah parti demokratik yang autentik nombor satu. Pemilihan dan keputusan bakal dibuat Izzah untuk menyokong sesiapa bukan dipengaruhi oleh ayah dan ibunya. Begitu juga dengan orang lain yang bertembung dengan keadaan demikian tidak akan menjadi orang lain sebagai pakar rujuk.

Benarlah kata Anwar, anaknya itu ada pemikiran dan penilaian sendiri dan beliau bangga dengan apa yang dibuat oleh Nuru Izzah itu. Memang Nurul Izzah ada izzahnya sendiri.

Apa pun masa terus berlalu mana-mana calon yang sedang diselubungi kegelapan akhirnya akan terkeluar juga dari jerumu itu. Begitu juga dengan Zaid akan sampai masa untuk beliau menyatakan pendiriannya. Bagi saya yang melihat dari jauh keadaan atau kehebatan Zaid dalam PKR kini semakin menirus bukannya menebal. Hari ini di mana-mana orang mempersoal dan merunggut tentang sikapnya yang seolah bergerak melencung dari landasan kelaziman dan cuba hendak membawa rel demokrasinya sendiri yang tidak mudah diterima umum. Di sini ada sikap agah kepada Zaid seolah-olah beliau saja yang betul, telus dan ikhlas.

Justeru pada saya dengan masalah, persepsi dan tuduhan ke atas beliau, sekiranya beliau masih ada hati dengan PKR beliau mansuhkan saja hasratnya untuk jadi orang nombor dua atau menjadi orang nombor satu. Pemansuhan niatnya itu akan dilihat orang itulah kejujuran Zaid dan sekaligus ia boleh meletakkan semula mahkota kebehatan beliau dalam PKR selama ini.

Tetapi kalau beliau bertanding juga apa lagi kalah, Zaid akan hilang segalanya dan PKR juga akan kehilangan beliau. Saya bersetuju dengan pendepat seorang penulis yang mengatakan tidak ada parti politik di Malaysia ini sesuai dengan jiwa bebas merdeka dimiliki Zaid. Makanya beliau harus menubuh partinya sendiri, menjadi presiden, menjadi timbalan presiden dan ahlinya sekali sebab beliau tidak mudah untuk melarutkan diri dalam kemajmukan ragam manusia politik. [wm.kl.6:00 am 15/10/10]

Tiada ulasan: