Sabtu, 16 Oktober 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Inchek Katak Sakit Jantung.. KahKahKah

Posted: 15 Oct 2010 11:54 PM PDT

Ibrahim Ali akan dibedah jantung Isnin ini



Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung.

Beliau yang juga adalah presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) dijadual jalani bedah jantung Isnin ini.

Pada 13 Oktober lalu, Ibrahim ketika dibidas pelbagai pihak kerana didakwa gagal berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mendakwa tindakannya itu kerana kakinya kebas.

Katnya, ia akibat penyakit kencing manisnya dan rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.


"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur."

Tidak dapat dipastikan sama ada tekanan yang dihadapinya sejak akhir-akhir termasuk tindakan Istana Kelantan Rabu lalu yang melucutkan gelaran 'Datuk Paduka' ke atasnya itu menyumbang kepada masalah kesihatannya.

Pingat Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

Walaupun pingatnya ditarik balik oleh Sultan Kelantan sekarang, namun Ibrahim masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

PRK Galas - Ku Li Tikam Belakang Pengundi Umno

Posted: 15 Oct 2010 09:43 PM PDT

Umno Gua Musang mahu calon mereka



GUA MUSANG, 16 Okt: Akar umbi Umno di Gua Musang sedang berusaha keras memujuk pucuk pimpinan mereka di Kuala Lumpur agar memilih calon yang mereka kehendaki untuk pilihan raya kecil Galas.

Usaha mereka ini disokong oleh pimpinan Umno negeri walaupun mereka sudah agak kecewa apabila Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai pengarah pilihanraya kecil itu.

"Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih oleh parti, dia menikam pemimpin kami ini," kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang.

Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno.


Pada asalnya, Saufi sebagai ketua bahagian dilantik sebagai timbalan ketua bahagian. Namun dalam mesyuarat agung yang lalu, orang Ku Li telah melawan beliau dan seterusnya mengalah Saufi untuk jawatan timbalan ketua bahagian.

Luka itu berdarah sejak pilihan raya umum 2008 lagi apabila Saufi menjadi satu-satu pemimpin Umno Gua Musang yang kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka syak Saufi ditikam dari belakang oleh penyokong Ku Li.

Saufi kalah kepada Chek Hashim Sulaima dari PAS. Che Hashim meninggal baru-baru ini menyebabkan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 November nanti.

"Kalau Saufi tidak diterimapun, Datuk Hazani kito atau Bazlan pun boleh jadi calon," kata pemimpin Umno berkenaan.

Beliau merujuk kepada Ketua Wanita Umno bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Yusof dan Bazlan Baharudin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang.

"Mereka inilah pejuang sebenar Umno. Tapi kini terpinggir. Ambo pun tak tahulah, apa yang mereka (pemimpin Umno negeri dan pusat) nak. Ku Li ni bukan bersama Umno, dia penyokong PAS. Siang male (malam) bekerja sokong kerajaan negeri (Kelantan)," kata beliau lagi.

"Lagipun, Ku Li tak baik doh dengan istana lepas naik raja baru nih. Kalau dulu boleh kito kata istana sokong dia," kata pemimpin Umno tempatan itu. Menurut beliau, Ku Li memihak kepada Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis yang kini sudah terpinggir dalam kemelut istana Kelantan itu ekoran perlantikan Tengku Faris sebagia sultan Kelantan yang baru.

Baru-baru ini, Bernama melaporkan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan pada 4 November ini.

Satu lagi nama yang timbul ialah Naib Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Zamzani Harun, 39. Kedua-dua nama ini adalah bekas pemimpin Semangat 46 yang bersama dengan Ku Li dahulu atau mereka yang menjadi penyokong kuat Ku Li di Gua Musang kini.

"Kalau nak lantik di kalangan Pemuda Umno kenapa Zamzani. Dia naib je. Kenapa tak pilih Bazlan (ketua pemuda bahagian)," kata beliau lagi.

Umno Gua Musang mahu calon mereka
Harakahdaily
GUA MUSANG, 16 Okt: Akar umbi Umno di Gua Musang sedang berusaha keras memujuk pucuk pimpinan mereka di Kuala Lumpur agar memilih calon yang mereka kehendaki untuk pilihan raya kecil Galas.

Usaha mereka ini disokong oleh pimpinan Umno negeri walaupun mereka sudah agak kecewa apabila Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai pengarah pilihanraya kecil itu.

"Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih oleh parti, dia menikam pemimpin kami ini," kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang.

Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno.

Pada asalnya, Saufi sebagai ketua bahagian dilantik sebagai timbalan ketua bahagian. Namun dalam mesyuarat agung yang lalu, orang Ku Li telah melawan beliau dan seterusnya mengalah Saufi untuk jawatan timbalan ketua bahagian.

Luka itu berdarah sejak pilihan raya umum 2008 lagi apabila Saufi menjadi satu-satu pemimpin Umno Gua Musang yang kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka syak Saufi ditikam dari belakang oleh penyokong Ku Li.

Saufi kalah kepada Chek Hashim Sulaima dari PAS. Che Hashim meninggal baru-baru ini menyebabkan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 November nanti.

"Kalau Saufi tidak diterimapun, Datuk Hazani kito atau Bazlan pun boleh jadi calon," kata pemimpin Umno berkenaan.

Beliau merujuk kepada Ketua Wanita Umno bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Yusof dan Bazlan Baharudin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang.

"Mereka inilah pejuang sebenar Umno. Tapi kini terpinggir. Ambo pun tak tahulah, apa yang mereka (pemimpin Umno negeri dan pusat) nak. Ku Li ni bukan bersama Umno, dia penyokong PAS. Siang male (malam) bekerja sokong kerajaan negeri (Kelantan)," kata beliau lagi.

"Lagipun, Ku Li tak baik doh dengan istana lepas naik raja baru nih. Kalau dulu boleh kito kata istana sokong dia," kata pemimpin Umno tempatan itu. Menurut beliau, Ku Li memihak kepada Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis yang kini sudah terpinggir dalam kemelut istana Kelantan itu ekoran perlantikan Tengku Faris sebagia sultan Kelantan yang baru.

Baru-baru ini, Bernama melaporkan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan pada 4 November ini.

Satu lagi nama yang timbul ialah Naib Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Zamzani Harun, 39. Kedua-dua nama ini adalah bekas pemimpin Semangat 46 yang bersama dengan Ku Li dahulu atau mereka yang menjadi penyokong kuat Ku Li di Gua Musang kini.

"Kalau nak lantik di kalangan Pemuda Umno kenapa Zamzani. Dia naib je. Kenapa tak pilih Bazlan (ketua pemuda bahagian)," kata beliau lagi.

Jangan syok sendiri Najib ooii ... Malaysia tak perlu bangunan 100 tingkat

Posted: 15 Oct 2010 09:23 PM PDT


wahai najib atau/dan PNB, jangan buat kerja syok sendiri. ... awat hang nak lawan Mahadet yang buat Petronas Twin Towers 88 tingkat lalu hang pun nak buat pula bangunan 100 tingkat, mengalahkan Mahadet tu.

Aku yang bekerja di Twin Tower sejak dari awal menara tu disiapkan dulu dalam tahun 1997 tahu, sehingga kehari ini masih ada tingkat yang kosong terutama di sebelah menara 2. Menara 1 memamg penuh, itu pun sebab Petronas menggunakan keseluruhan menara 1 tersebut. Jadi apakah nanti bangunan 100 tingkat hangpa tu tersergam indah tanpa berpenghuni.

Jangan buat kerja syok sendiri. Betul, seperti kata Yen Yen, bangunan itu nanti boleh menarik pelancong datang ke Mesia, tapi apakah bangunan pencakar langit tersebut hanya didirikan sekadar untuk pelancong datang mendongak kepala untuk melihat puncaknya?


Jangan tanya Menteri, jangan tanya Timb Menteri, yang dah pasti bersetuju dengan apa yang dirancangkan oleh tok ketua mereka tapi tanyalah orang bawahan, samada mereka bersetuju atau tidak dengan perancangan yang mengarut itu ...

Ini salah satu projek syok sendiri di zaman mahadet

Tengok apa jadi dengan PICC - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya?

Berapa kerat saja yang menggunakannya?

Ini pendapat orang-orang macam aku di bawah sini ...


*
KUALA LUMPUR, Oct 15 — Malaysians following the Budget 2011 announcement today via the Twitter micro-blogging service were confounded when the prime minister revived a proposal to build 100-storey tower between the historic Stadium Merdeka and Stadium Negara.

Many labelled the RM5 billion Warisan Merdeka project as a frivolous and unnecessary part of the Budget, which also failed to specify how developers Permodalan Nasional Berhad (PNB), would be funding the project.

"Does KL need a 100 storey building? Ridiculous," exclaimed Klang MP Charles Santiago (@mpklang) on his Twitter account, a sentiment shared by many others who "tweeted" on the subject as Datuk Seri Najib Razak unveiled his second Budget since taking office in April 2009.

The landmark tower will eclipse the 88-storey Petronas Twin Towers completed during Tun Dr Mahathir's administration. At 100-storey tall, the skyscraper is expected to be the tallest structure in Malaysia when completed in 2015.

"If they're gonna be building this 100-storey mega structure next to Stadium Merdeka... Where exactly is it going to be again??" asked concerned artist Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil).

Besides the two stadiums, the proposed site is also situated near the 117-year-old Victoria Institution (VI), one of the earliest schools in Kuala Lumpur.

A couple of VI alumni have expressed concern whether the development will affect the illustrious school, much like how Bukit Bintang Girls School was bulldozed over for the Pavillion shopping centre in Kuala Lumpur's Golden Triangle.

Amid a property overhang ripe in Kuala Lumpur, lawyer Chow Pong (@ChowPong) questioned, "I wonder who will occupy the 100 storey building? Even twintower isn't fully occupied, kan?"

On how to better spend the RM5 billion, Malaysians on Twitter have suggested a number of measures to improve the quality of life.

Many of them, including indie musician Pete Teo (@PeteTeo) thought that the money should have been funnelled to improve schools, human resource and public transport.

"Why not create a Central Park in KL that is bigger than New York?" commented a representative of marketing site Vanity Shack (@vanityshack). - TMI

* http://mimpi-senja.blogspot.com/2010/10/jangan-syok-sendiri-najib-ooii-malaysia.html

Tolak Ansur Dalam PKR?

Posted: 15 Oct 2010 08:31 PM PDT

Timbalan presiden PKR: Khalid, Nurul tarik diri

Persaingan merebut jawatan nombor dua PKR dijangka adalah pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden parti itu, Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan ketua Perak Mustaffa Kamil Ayub.

Azmin yang juga adalah ketua Selangor, mengemukakan borang penerimaan pencalonan sebentar tadi manakala Zaid pula mengesahkan bahawa beliau akan bertanding menerusi blognya.

Menurut sumber parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan puteri reformasi PKR yang juga ahli parlimen Nurul Izzah Anwar dijangka menolak pencalonan masing-masing.

Dipercayai anak ketua umum PKR dan presiden parti itu akan bertanding merebut satu daripada empat jawatan naib presiden yang dipertandingkan.

Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang juga merupakan bekas naib presiden PKR telah memilih untuk tidak bertanding jawatan timbalan presiden meskipun telah mendapat lima pencalonan.

Beliau juga seperti Nurul izzah, dikatakan akan cuba merebut jawatan naib presiden.


Semua calon mempunyai masa sehingga jam 5 petang ini untuk mengesahkan sama ada mereka menerima pencalonan untuk bertanding jawatan masing-masing. 24 Oktober ini telah ditetapkan sebagai tarikh pengumuman calon yang sedia bertanding.

Penerimaan pencalonan dibuka mulai jam 10 pagi ini di luar pusat pencalon yang ditubuhkan di ibu pejabat parti di Tropicana, Kuala Lumpur.

Penyokong Azmin dilaporkan penuh sesak sebagai sokongan moral kepadanya.

Suasana di sana dilaporkan bagaikan pesta dengan lima kanopi besar dipasang untuk proses pengambilan borang penerimaan calon.

Sejak beberapa hari kebelangkangan ini, terdapat usaha sengit bagi mengatur percaturan dalam usaha menentukan kepimpinan PKR.

Jawatan naib presiden juga dijangka amat sengit dengan hampir 30 calon yang layak bertanding meskipun ramai dijangka akan mengundurkan diri.

"Sejumlah 252 yang telah dicalonkan untuk pelbagai jawatan (dalam PKR). Ramai yang akan tarik diri. Mungkin ada kejutan," kata timbalan presiden PKR Syed Husin Ali yang tidak akan mempertahankan jawatannya menerusi tweeter.

Bagi kerusi Pemuda - AMK, - ketuanya sekarang Shamsul Iskandar Mohd Akin akan mempertahankan jawatannya.

Shamsul sebelum ini dikatakan berminat menjawat jawatan lebih tinggi dalam PKR tetapi menukar hasratnya kerana dipercayai sedar bahawa peluangnya agak tipis.

Dipercayai Shamsul akan dicabar oleh Badrul Hisham Shahrin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, dan Rafizi Ramli.

Bajet 2011 - Kondom Patut Diberi Pelepasan Cukai Yang Tinggi

Posted: 15 Oct 2010 06:49 PM PDT

Kelantan Terus Dipinggirkan Dalam Bajet 2011

Posted: 15 Oct 2010 09:45 AM PDT

Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar melahirkan kekecewaan dengan Bajet 2011 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak petang tadi langsung tidak menyentuh peruntukan untuk negeri Kelantan.

"Saya amat kecewa sebagai ahli Parlimen daripada Kelantan, tidak ada apa-apa projek pun yang disebut menyentuh Kelantan sama ada jalan raya, lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tak ada satu pun yang memberi nikmat kepada rakyat Kelantan.

"BN tidak mempedulikan Kelantan kerana merasakan seolah-olah mereka tidak mempunyai apa-apa harapan lagi terhadap Kelantan," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad melahirkan kebimbangan dengan cara kerajaan berbelanja yang jelas menunjukkan defisit.


"Saya rasa ini bajet terakhir sebelum pilihan raya. Najib cuba sedapat yang boleh memberikan kemudahan kepada orang kampung, belia, sekolah agama rakyat yang dahulunya ipinggirkan, tidak ketinggalan juga Permata.

"Saya nampak semua diambil kira dan beliau meramalkan defisit RM5.4 bilion. Kalau beginilah cara kerajaan berbelanja dengan tidak memberikan fokus kepada bagaimana langkah-langkah untuk mendapatkan pelaburan asing, saya tidak nampak satu langkah untuk mendapatkan pelaburan asing atau swasta dan membantu pertumbuhan ekonomi negara," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Nama Rosmah juga diheret dalam Bajet 2011

Posted: 15 Oct 2010 05:10 AM PDT

Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

"Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut..." kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan "Rosmah!" disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: "Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu."

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.


Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit "Rosmah! Rosmah!", sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.

Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter.

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong. - mkini

Bajet Permata Negara Lebih Hebat Berbanding Sekolah Agama

Posted: 15 Oct 2010 04:40 AM PDT

Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmii dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet 'istemewa'.

Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Kerengga

Laporan Polis Perlu Dibuat Segera

Posted: 15 Oct 2010 04:37 AM PDT

Facebook 'Muhd Tajul Ariffin'..

Encik Ibrahim Ali, cepat aturkan demo!!!!..penyokong fanatik Umno, segera buat laporan polis!!

Sumber Pria Malaya

Idham Lim @ Cina Islam Bakal Dikuburkan

Posted: 15 Oct 2010 03:15 AM PDT

KARIER POLITIK IDHAM LIM BAKAL BERAKHIR

Adun Titi Serong YB Idham Lim atau lebih terkenal dengan panggilan Cina Islam bakal ditidurkan dalam pilihan raya akan datang. Ini bermakna Mujaddid Yusuf Rawa sudah merancang untuk menggantikan calon yang lebih popular atau serasi dengannya.

Idlam Lim sebenarnya berperang besar dengan Mujadid Yusuf Rawa sehingga menyebabkan mereka tidak lagi berkongsi bangunan / pejabat atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat Masyarakat.

Ada angin menyatakan Idlam Lim akan dihantar untuk bertanding di kawasan Dato Seri Tajol Rosli di Hulu Perak. Jika benar ia merupakan satu agenda jahat kepimpinan Pas Perak untuk membunuh karier politik Idham Lim.

Cina Islam ini bukan sahaja tidak disukai oleh Pas Kerian dan juga oleh pengundi dan penduduk Titi Serong kerana sifatnya yang besar diri , bermegah-megah dan sombong. Beliau amat mudah untuk lepas cakap kepada sesiapa sahaja termasuk juga rakan-rakan lama yang masih mengajar di sebuah sekolah menengah di Parit Buntar.


Rakan-rakan guru yang sama mengajar dengan beliau amat marah bila sebut saja nama beliau. Cina Islam ini sanggup menghina rakan-rakan lamanya yang masih makan gaji dengan kerajaan . Dia lupa bahawa walaupun dia menjadi wakil rakyat Pas yang kini menjadi pembangkang tetapi beliau juga merupakan penjawat awam dan tertakluk kepada undang-undang.

Pas Perak juga tidak yakin yang beliau akan mengekalkan kerusi Titi Serong jika bertanding semula untuk kali kedua.

Wahai Cina Islam !!! Siap lah lubang kubur dan tempahlah batu nisan awal-awal kerana kamu akan dimatikan oleh rakan-rakan kamu sendiri.

Sumber - Blog Pencacai

RM500 Untuk Kakitangan Awam

Posted: 15 Oct 2010 03:01 AM PDT

Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.

NONEIa akan dibayar pada bulan Disember bagi meringankan beban perbelanjaan persiapan persekolahan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.


Selain itu, kerajaan juga menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 sekarng, selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.

civil servants government workers"Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara kerajaan," tambah beliau.

Kerajaan juga, katanya, perkhidmatan pegawai khidmat singkat akan tamat pada 31 Disember 2010, akan disambung setahun lagi.

Oleh itu, kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan pegawai khidmat singkat baru.

Kaduk Naik Junjung

Posted: 15 Oct 2010 02:57 AM PDT

Jais beri amaran tukar AJK masjid, surau

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi memberi amaran akan menukar sistem pemilihan jawatankuasa masjid dan surau di Selangor jika jawatankuasa yang ada terus melanggar arahan-arahan pihaknya.

Antara arahan-arahan itu adalah larangan berpolitik dalam masjid dan juga memberikan kebenaran kepada penceramah tanpa tauliah memberikan kuliah dalam masjid.

"Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini.

"Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan alu-aluan di majlis perasmian Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang oleh Sultan Selangor hari ini.

Turut hadir adalah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Agama, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali serta pemimpin masyarakat di Selangor.

Semua nazir dan jawatankuasa masjid dilantik secara demokratik di Selangor mulai tahun lepas apabila perlantikan mereka dipilih dalam mesyuarat oleh penduduk kariah berkenaan secara undi.

Mereka yang terpilih akan dilantik oleh Mais mengikut kuasa yang ada padanya.

Pendekatan ini diambil sejak Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Berikutan pendekatan itu, hampir semua masjid dan surau di Selangor sangat aktif dan penuh aktiviti di samping ia sentiasa dipenuhi oleh orang ramai sama ada untuk solat atau aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Tiada ulasan: