Blog-list Malaysia |
- Rakyat Kena Tipu Lagi - Bekas KP Imigresen Bebas Tuduhan Rasuah
- Isu Imigresen - Rakyat Diperbodohkan Lagi
- Tiada Paksaan Kepada Rahimi Osman Buat Kenyataan Bersumpah
- Sebab Istana Benci Dan Meluatlah Tu...
- Tangguh GST, Petanda PRU Semakin Hampir.
- 'Wee patut beritahu polis Rahimi tak dipaksa'
| Rakyat Kena Tipu Lagi - Bekas KP Imigresen Bebas Tuduhan Rasuah Posted: 14 Oct 2010 07:17 PM PDT Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas tuduhan rasuah. Keputusan itu dibuat ole Wahid, 58, didakwa menerima suapan RM60,000 pada tahun 2008 daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran meluluskan permohonan visa bagi 4,337 pekerja Bangladesh memasuki Malaysia. Wahid, didakwa menerima wang itu sebagai bayaran upah dan kesalahan itu didakwa dilakukan rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Jalan Duta, pada jam 10.15 malam 10 Julai. Beliau dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama. | |
| Isu Imigresen - Rakyat Diperbodohkan Lagi Posted: 14 Oct 2010 06:40 PM PDT Tindakan regim tahan pegawai Imegresen untuk lindungi 'jerung besar' Tindakan regim penguasa menahan pegawai Imegresin di bawah ISA merupakan usaha melindungi rangkaian jenayah korupsi dalam Imegresen yang melibatkan 'jerung besar'. Regim terpaksa bertindak kerana orang ramai sudah terlalu bising, malah sudah jadi rahsia umum mengenai kegiatan korupsi dikalangan pegawai Imegresen dalam hal membawa masuk tenaga kerja asing. Tindakan ini juga kerana takut dengan tekanan negara asing khususnya Amerika Syarikat kerana negara ini sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa kegitan yang berlansung sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleudup manusia' , pasti didalangi oleh orang - orang besar. Menurut Menteri Keselamatan dalam Negeri, Tujuh pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara. Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan' terlambak dan terdedah' di depan rakyat. Ini bukan satu yang tidak mungkin, ketika sesi lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu che'GuBard sendiri ada berjumpa seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi Kad Pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia. Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan ialah atas arahan sulit dari atas yang dia terlibat dalam memberi Kad Pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihanraya pada ketika itu. Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan dibawah ISA kerana untuk elakan penyiasatan dan pendakwaan akan mendedahkan apa sebenar yang berlaku. Mansuhkan ISA yang menjadi alat pelindung kepada kekuasaan regim. cheguBard | |
| Tiada Paksaan Kepada Rahimi Osman Buat Kenyataan Bersumpah Posted: 14 Oct 2010 10:12 AM PDT Ketiga-tiga mereka, Zulkifli Ibrahim dan Amizuddin Ahmat kedua-duanya Exco AMK Pusat serta Amizuddin Ahmat mengesahkan bahawa tiada paksaan dibuat keatas Rahimi Osman dalam satu sidang media di ibupejabat PKR hari ini. Mereka mengadakan sidang media berkenaan selepas di panggil ke Balai Polis Bukit Aman semalam dan hari ini berhubung kes kenyataan bersumpah Rahimi Osman yang mendakwa dibuat secara paksaan. Menurut Amizuddin Ahmat, beliau memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan tersebut dan menggunakan hak di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak menjawab beberapa persoalan yang diajukan. Tegas Amizuddin beliau bersama Zulkifkli yang 'menjaga' Rahimi memberi kebebasan kepadanya untuk bergerak dan tiada unsur paksaan sepanjang tempoh mereka ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi. "Pada setiap masa kami bersama Rahimi dan beliau bebas untuk ke mana sahaja termasuk membuat dan menerima panggilan telefon dan beliau juga bebas untuk berjumpa sesiapa serta keluar ke mana-mana sahaja", jelas beliau lagi di sidang media berkenaan. Menurut Amizuddin, sepanjang bersama menemani Rahimi , beliau tidak pernah melihat Rahimi samada dipaksa,diugut,ataupun sebarang kekerasan digunakan ke atasnya oleh sesiapa juga termasuklah mereka sendiri. Sebelum ini, mereka telah menerima panggilan daripada seorang pegawai polis yang hanya dikenali sebagai Superintendan Meor, bagi tujuan melengkapkan siasatan tersebut berikutan laporan polis yang dibuat oleh Rahimi di balai polis Klang, 6 Oktober lalu. Dalam siasatan awal polis terhadap laporan polis Rahimi, selain nama peguam Anwar Lathefa Koya dan Saiful Izham Ramli, nama Amizuddin Ahmat (Din Binjai) dan Zulikifli Ibrahim juga disebut kerana mereka berdua yang menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam ketika itu. | |
| Sebab Istana Benci Dan Meluatlah Tu... Posted: 14 Oct 2010 05:19 AM PDT Perkasa mahu penjelasan Istana Kelantan lucut gelaran 'Datuk' ketuanya KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memohon pihak Istana Kelantan supaya memberikan penjelasan mengenai penarikan pingat "Datuk" yang dikurniakan kepada ketua mereka Datuk Ibrahim Ali. Syed Hassan berkata selama ini Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. begitu menghormati institusi diraja selain mempertahankan hak orang Melayu di negara ini. "Beliau (Ibrahim) yang kami tahu merupakan seorang individu yang begitu lantang dan akan mengecam mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja Melayu. "Jadi saya mohon supaya pihak Istana dapat memberikan penjelasan kenapa gelaran Datuk itu ditarik balik kerana ia mendapat respon daripada ahl-ahli yang terkejut dengan keputusan tersebut," katanya kepada The Malaysian Insider. Syed Hassan berkata, pihaknya tidak mahu mempersoalkan keputusan tersebut tetapi hanya mahukan penjelasan. "Keputusan itu adalah hak istana, tapi saya tidak mahu ahli Perkasa yang majoriti orang Melayu memberi tanggapan terhadap pihak istana. "Semalam dan hari ini saya telah mendapat banyak maklum balas daripada ahli yang ternyata kecewa dan sedih mengenai keputusan itu. "Kalau betul presiden Perkasa telah melakukan penghinaan besar kepada institusi diraja, ahli boleh menemplak beliau," katanya ketika ditemui selepas sidang media Perkasa di sini. Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa "Datuk", yang dikurniakan kepada Ibrahim berkuat kuasa semalam. | |
| Tangguh GST, Petanda PRU Semakin Hampir. Posted: 14 Oct 2010 04:35 AM PDT "Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini. Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia. Katanya, adalah jelas kerajaan BN tidak memikirkan kesannya ke atas rakyat apabila membentangkannya tahun lalu. Menurut Anwar, kerajaan "takut" kerana tidak mampu menangani asakan oleh Pakatan Rakyat yang berpendapat cukai baru itu akan membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah. "BN kini terdesak menjelang pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi. GST bukan rang undang-undang yang dirangka dengan baik dan penangguhan kali ini adalah kerana pilihan raya kecil dan kemungkinan diadakan pilihan raya mengejut," katanya, Semalam, kementerian kewangan, mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan GST. Menurut kenyataan itu, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaan cukai baru itu. "Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik," petik kenyataan kementerian itu. | |
| 'Wee patut beritahu polis Rahimi tak dipaksa' Posted: 14 Oct 2010 04:32 AM PDT Jika dipanggil, peguam PKR Saiful Izham Ramli meminta ahli parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong memberitahu "perkara sebenar" bahawa Rahimi Osman - bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - tidak dipaksa membuat akuan bersumpah. Saiful Izham yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR berkata, Wee tidak pernah diminta menjadi pesuruhjaya sumpah kepada Rahimi sebaliknya dia didakwa menawarkan diri sendiri bagi tujuan itu. "Mungkin dia ada sesuatu hendak disembunyikan," kata Saiful Izham dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya awal petang tadi. Semalam, Wee enggan mengesah atau menyangkal dakwaan balas bahawa Rahimi tidak dipaksa atau dikurung. Wee berkata peranannya dalam hal ini hanya terhad sebagai pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan Rahimi menandatangani satu akuan bersumpah pada 29 Jun 2008. Rahimi menjadi tumpuan Rabu lalu, apabila dia menuduh peguam Latheefa Koya dan yang lain, menahannya di Hotel Quality, Shah Alam dan memaksanya untuk menandatangani akuan bersumpah palsu. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.