Anak Sungai Derhaka |
- Kerana UMNO/BN, setiap rakyat berhutang RM15,000 seorang
- Ibrahim Ali masuk Hospital..
- Pemilihan PKR : Timbalan, 3 bertanding
- Ketua cawangan UMNO didakwa buat tuntutan palsu
- Bajet 2011: BN saudagar mimpi perdagang dongengan, kata Hadi
- Kes Bunuh Sosilawati : Abu Mayat diangkut menggunakan 4WD
- Bajet 2011 : Bukan ‘bajet pilihan raya’ tapi PRU-13 waktu terdekat
- Budget 2011 : Shahrizat paling Gembira?
- Dari 'Malaysia Boleh' menjadi 'Malaysia Bodoh'
| Kerana UMNO/BN, setiap rakyat berhutang RM15,000 seorang Posted: 16 Oct 2010 06:57 AM PDT PULAU PINANG 16 OKT - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional 2010 yang meningkat lebih 10 peratus berbanding tahun sebelumnya hanya membebankan dan secara tidak langsung terpaksa ditanggung oleh rakyat ekoran ketidakcekapan kerajaan mengurus kewangan.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion manakala pada 2010 meningkat kepada lebih RM408 bilion. "Jelas sekali peningkatan lebih RM40 bilion ini hanya membebankan rakyat dan ini juga bermakna 27 juta rakyat di negara ini terpaksa menanggung beban hutang berkenaan," katanya dalam satu sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar, Pulau Pinang tengahari tadi. Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beban hutan berkenaan jika dibahagikan sama rata dengan 27 juta rakyat di negara ini, bermakna setiap rakyat terpaksa membayar anggaran RM15,000 seorang untuk memikul beban hutang yang ditanggung oleh kerajaan. Dalam buku bajet 2011, jadual 4.6 (Mukasurat 119) Jadual hutang kerajaan pada 2009, mencatatkan hutang dalam negeri berjumlah RM348 bilion merangkumi Bil Perbendaharaan, terbitan pelaburan termasuk bon simpanan berlandaskan syariah 2009 serta sukuk runcit 1 Malaysia 2010, sekuriti kerajaan dan tabung pinjaman perumahan. Jumlah hutang negara pula ialah RM13,786 bilion termasuk pinjaman pasaran dan pinjaman projek, namun bagi 2010 jumlah hutang dalam negeri meningkat kepada RM390,724 bilion manakala hutang luar negara pula adalah RM17,454 bilion. Dalam pada itu beliau juga menolak dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa tindakan tidak menaikkan kadar tol untuk tempoh lima tahun akan menguntungkan rakyat. Beliau menambah, jika dilihat pada fakta yang terdapat dalam buku bajet 2011, jumlah pampasan yang diberikan kepada PLUS dari 2006 hingga 2009 berjumlah hampir RM3 bilion. Jumlah tersebut, katanya adalah RM655 juta bagi 2006, RM698 juta bagi 2007, RM731 juta bagi 2008 manakala 2009 pula sejumlah RM850 juta wang pampasan dibayar oleh kerajaan pada konsesi tol. "Jika kerajaan mendakwa, kenaikan harga tol dibekukan untuuk tempoh lima tahun, jelas sekali yang menggusarkan saya adalah rakyat sekali lagi bakal menanggung beban yang lebih berat dengan kadar pampasan yang terpaksa dibayar selepas tempoh kenaikan harga tol dibekukan tamat," katanya lagi kepada media. Menurutnya lagi angka-angka pembayaran pampasan kerana tidak menaikkan kadar tol sebelum ini sekaligus menangkis dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka mementingkan rakyat dengan tidak menaikkan kadar tol selama lima tahun kerana hakikatnya kerajaan hanya 'cakap kosong'. "Ini bukan pentingkan rakyat...ini namanya hanya menguntungkan kroni sahaja," tambah beliau lagi. Beliau seterusnya mengesyorkan supaya kerajaan mengambil alih terus semua konsesi tol di negara ini secara 'one - off' supaya rakyat tidak akan dibebankan dengan isu pampasan kepada konsesi dan juga kenaikan kadar tol. |
| Posted: 15 Oct 2010 11:53 PM PDT Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung.Beliau yang juga adalah presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) dijadual jalani bedah jantung Isnin ini. Pada 13 Oktober lalu, Ibrahim ketika dibidas pelbagai pihak kerana didakwa gagal berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mendakwa tindakannya itu kerana kakinya kebas. Katnya, ia akibat penyakit kencing manisnya dan rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki. "Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur." Tidak dapat dipastikan sama ada tekanan yang dihadapinya sejak akhir-akhir termasuk tindakan Istana Kelantan Rabu lalu yang melucutkan gelaran 'Datuk Paduka' ke atasnya itu menyumbang kepada masalah kesihatannya. Pingat Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra. Walaupun pingatnya ditarik balik oleh Sultan Kelantan sekarang, namun Ibrahim masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka. Malaysiakini |
| Pemilihan PKR : Timbalan, 3 bertanding Posted: 15 Oct 2010 11:46 PM PDT Persaingan merebut jawatan nombor dua PKR adalah pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden parti itu, Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan ketua Perak Mustaffa Kamil Ayub. Azmin yang juga adalah ketua Selangor, merupakan calon pertama mengemukakan borang penerimaan pencalonan manakala Zaid pula mengesahkan bahawa beliau akan bertanding menerusi blognya. "Pada tepat jam 11.05 pagi tadi, dengan penuh keinsafan, saya menerima pencalonan sebagai timbalan presiden. "Saya berharap anggota terus memberi sokongan dan selepas pemilihan ini parti (kita) akan lebih kuat, anggota menjadi matang, demokrasi akan terus subur dan reformasi ditegakkan di Putrajaya," katanya. Turut berada di atas pentas, adalah exco Selangor Dr Xavier Jayakumar yang menyokong Azmin. Beliau pula pula menawarkan diri untuk bertanding naib prtesiden. Zaid kemudiannya menghantar wakil untuk mengemukakan penerimaan pencalonannya. Menurut sumber parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan puteri reformasi PKR yang juga ahli parlimen Nurul Izzah Anwar dijangka menolak pencalonan masing-masing. Dipercayai anak ketua umum PKR dan presiden parti itu akan bertanding merebut satu daripada empat jawatan naib presiden yang dipertandingkan. Sementara itu, Mustaffa Kamil Ayub juga mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut. Beliau menyerahkan borang tawarannya itu kira-kira jam 12.50 pagi di ibu pejabat parti. "Saya tawarkan diri untuk berkhidmat dengan parti kerana saya yakin demokrasi ada dalam parti. "Saya akan meneruskan agenda kepimpinan dan kekuatan dalam parti sehingga ia terus diyakini," katanya dalam ucapan selepas mengemukakan penawarannya. Menurutnya lagi, beliau mempertaruhkan segala pengalaman beliau sewaktu memimpin pertubuhan belia Islam dan selaku bekas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan perjuangan reformasi. Tambahnya, beliau menawarkan politik baru yang menekankan politik nilai yang berteraskan profesionalisme dan menolak politik perkauman. Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang juga merupakan bekas naib presiden PKR telah memilih untuk tidak bertanding jawatan timbalan presiden meskipun telah mendapat lima pencalonan. Beliau juga seperti Nurul Izzah, dikatakan akan merebut jawatan naib presiden. Semua calon mempunyai masa sehingga jam 5 petang ini untuk mengesahkan sama ada mereka menerima pencalonan untuk bertanding jawatan masing-masing. 24 Oktober ini telah ditetapkan sebagai tarikh pengumuman calon yang sedia bertanding. Penerimaan pencalonan dibuka mulai jam 10 pagi ini di luar pusat pencalon yang ditubuhkan di ibu pejabat parti di Tropicana, Kuala Lumpur. Penyokong Azmin dilaporkan penuh sesak sebagai sokongan moral kepadanya. Suasana di sana dilaporkan bagaikan pesta dengan lima kanopi besar dipasang untuk proses pengambilan borang penerimaan calon. Sejak beberapa hari kebelangkangan ini, terdapat usaha sengit bagi mengatur percaturan dalam usaha menentukan kepimpinan PKR. Jawatan naib presiden juga dijangka amat sengit dengan hampir 30 calon yang layak bertanding meskipun ramai dijangka akan mengundurkan diri. "Hari penerimaan calon Pemilihan Pimpinan PKR. 252 dicalonkan untuk pelbagai jawatan. Ramai akan tarik diri. Tentu ada memeranjatkan," kata timbalan presiden PKR Syed Husin Ali yang tidak akan mempertahankan jawatannya menerusi tweeter. Bagi kerusi Pemuda - AMK, - ketuanya sekarang Shamsul Iskandar Mohd Akin akan mempertahankan jawatannya. Shamsul sebelum ini dikatakan berminat menjawat jawatan lebih tinggi dalam PKR tetapi menukar hasratnya kerana dipercayai sedar bahawa peluangnya agak tipis. Dipercayai Shamsul akan dicabar oleh Badrul Hisham Shahrin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, dan Rafizi Ramli. Senarai calon yang telah mengesahkan penerimaan pencalonan (sehingga jam 1 petang) Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan presiden 1~Azmin Ali 2~Zaid Ibrahim 3~Mustaffa Kamil Ayub Naib presiden (4 jawatan) 1~Mansor Othman 2~Dr Xavier Jayakumar 3~Tian Chua 4~Fuziah Salleh 5~Jonson Chong 6~R Sivarasa 7~Abdullah Sani Abdul Hamid 8~N Gobalakrishnan 9~S Manikasavagam Majlis tertinggi (20 jawatan) 1~Elizabeth Wong 2~Khalid Jaafar Malaysiakini |
| Ketua cawangan UMNO didakwa buat tuntutan palsu Posted: 15 Oct 2010 10:42 PM PDT Dari pemimpin atasan hinggalah kepada pemimpin peringkat bawahan, sama saja perangai ahli UMNO ni.. menipu untuk menjadi kaya.. Tertuduh, 56 tahun yang juga Ketua Umno cawangan di Dun Wakaf Mempelam hadir diringi pegawai SPRM dengan memakai baju kemeja berlengan panjang dan berseluar slack hitam.. Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM, Syafinaz Shabudin di hadapan hakim Mahkamah Sesyen,Tuan Azman Mustapha. Mengikut kertas pertuduhan, pada 24 oktober 2005 lalu, di pejabat Daerah Kuala Terengganu, dengan disedari telah memberikan seorang ejen iaitu seorang pembantu Tadbir (Kewangan) Pejabat Daerah berkenaan satu dokumen iaitu pesanan kerajaan nombor yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan mengenainya dan mengandungi butiran yang palsu. Iaitu mengenai pembekalan makanan dan minuman untuk juadah majlis berbuka puasa di empat surau iaitu Surau Tok Jamal, Surau Haji Ahmad, Surau Gong Pauh Kiri, Surau Pok Babok pada tahun 2005, yang sebenarnya pembekalan itu tidak dilakukan oleh tertuduh. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 11(C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama dengan hukuman penjara tidak kurang 14 hari, tidak lebih dua tahun atau denda 10 kali ganda nilai suapan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. Hakim mahkamah menetapkan 9 november depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut dan membenarkan tertuduh melantik peguam serta tertuduh dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Harakah Daily |
| Bajet 2011: BN saudagar mimpi perdagang dongengan, kata Hadi Posted: 15 Oct 2010 07:39 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Okt — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan semalam membuktikan agenda ekonomi dan transformasi dibawa Datuk Seri Najib Razak sebenarnya "berpusing di takuk lama dengan diberi penjenamaan semula."Kata beliau, kerajaan pusat pimpinan BN cuba menjadi "saudagar mimpin yang memperdagangan dongengan" dengan angkta-angka besar dalam bajet kali ini dan pengumuman projek-projek mega. Dalam ucapan Bajet 2011 semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan dan Perdana Menteri berkata, "kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dongengan." "Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata. "Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorbanan yang tinggi," kata Najib. Dalam reaksinya, Hadi (gambar) juga medakwa Bajet 2011 ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan mengkesampingkan pembinaan manusia yang menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi berkenaan. Ahli Parlimen Marang ini memberitahu akibat dari penyelewangan, pembaziran dan rasuah yang bermaharajalela dan sistem pemerintahan yang tidak bersifat adil kepada rakyat teramai, maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. "Inilah yang ditekankan oleh PAS bahawa asas terbesar ialah kerajaan yang dipacu oleh Umno-BN telah gagal dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru setelah diberi peluang memerintah selama lebih 50 tahun," kata Hadi dalam satu kenyataan dikeluarkan. Justeru, kata Hadi, bagaimana mungkin kerajaan yang sama boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik peras ugut dan penyisihan komponen ekonomi terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa. Beliau menambah pada masa yang sama fokus kerajaan juga terus tersasar atas sebab-sebab tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program Pusat Anak Permata Negara yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih di peringkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta berbanding RM100 juta untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli dan Pribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah. Kata Hadi, apa yang penting ialah bukannya jumlah angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa pendapatan per kapita meningkat 6.1 peratus kepada RM28,000 dan kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5 peratus sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung daripada peningkatan angka-angka sedemikian bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini. "Inilah hakikatnya," kata beliau. "Kita katakan bahawa kerajaan Umno-BNlah sebenarnya yang menjadi 'saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan" bahkan mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian. "Projek-projek pelaburan juga dilihat gagal dalam melakukan anjakan terhadap taraf hidup rakyat luar bandar yang miskin dan memerlukan," katanya. Hadi berkata,kerajaan juga nampaknya tidak cuba belajar dari kesilapan lalu dengan mengimpikan projek pembangunan Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat beserta kemudahannya yang bakal menelan belanja asas RM5 bilion sedangkan projek koridor yang sepatutnya lebih memberi manafaat kepada rakyat hanyalah menerima secebis peruntukan sahaja. "Contohnya peruntukan untuk East Coast Economic Region (ECER) hanyalah RM178 juta iaitu dalam lingkungan 3.6 peratus dari projek Warisan Merdeka. "Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 bilion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan Umno-BN," kata beliau. Hadi menambah, agensi yang sepatutnya melaksanakan amanah untuk membangunkan ekonomi rakyat miskin, kini telah menumpukan pula kepada projek mega sebegini kerana pimpinan Umno-BNlah sebenarnya "bermimpikan projek" lantas "memperdagangkan tanggungjawab membangunkan ekonomi rakyat." "PAS menekankan peningkatan taraf hidup rakyat miskin perlulah melalui fasa di mana rakyat teramai ini perlu merasakan bahawa mereka adalah menjadi sebahagian dari enjin aktiviti ekonomi bahkan mereka juga menjadi pemain dalam memperkasakan pembangunan negara," katanya. The Malaysian Insider |
| Kes Bunuh Sosilawati : Abu Mayat diangkut menggunakan 4WD Posted: 15 Oct 2010 07:29 PM PDT Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk melupuskan bukti pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dekat Ladang Gadong telah dibawa ke Mahkamah Majestret Telok Datuk, Banting, hari ini. Ketika prosiding itu, Majistret Hurman Hussain, pasukan pendakwaan dan pembelaan turut keluar sebentar daripada mahkamah untuk melihat salah satu eksibit yang dibawa oleh pihak polis iaitu sebuah kenderaan Isuzu D-Max berwarna kelabu yang digunakan mengangkut abu mayat keempat-empat mangsa untuk dibuang ke dalam Sungai Panchau. K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda. Majistret Hurman menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 9 September lalu. Mereka adalah antara lapan orang yang ditahan di antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lalu. Sarawanan dituduh menghilangkan bukti itu dengan membakar mayat Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Bekas mekanik itu didakwa membakar mayat keempat-empat mangsa itu di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos lepas antara 9.45 malam dan 12.00 tengah malam. Suresh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap pula didakwa menghilangkan bahan bukti itu dengan membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 31 Ogos lalu antara 8 pagi hingga 10 pagi. Mereka berdua didakwa melakukan perbuatan itu bagi mengelakkan empat-empat tertuduh di dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain daripada tindakan undang-undang. Rabu lalu, peguam N Patmanabhan, 41; pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20; dan R Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret yang sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin. Pada proseding mahkamah yang bermula pada 11.15 pagi tadi, Sarawanan dan Suresh diwakili oleh peguam M Puravelan, Mohd Naguib Abdul Malik dan Roslie Sulie, manakala pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohd Yusoff dan dibantu oleh Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abdul Ghani. Pertuduhan ke atas kedua-duanya dibacakan di dalam Bahasa Tamil oleh jurubahasa di dalam mahkamah yang dipenuhi wartawan dan orang ramai termasuk adik perempuan Suresh berusia 25 tahun. Sementara itu, dalam rayuannya, Puravelan memohon mahkamah mengambil kira faktor latar belakang dan kebolehan tertuduh apabila menjatuhkan hukuman. "Kedua-dua tertuduh memohon maaf di atas kesalahan yang mereka lakukan," katanya. Roslie berkata, Sarawanan yang bekerja sebagai mekanik motosikal sebelum ini adalah tempat keluarganya bergantung hidup dengan pendapatan RM800 sebulan bagi menyara bapanya yang mengidap sakit jantung dan ibunya seorang suri rumah. "Tertuduh yang juga anak bongsu daripada empat beradik telah kematian abang dan dua lagi kakaknya sudah berkahwin dan kini menetap di Ipoh," kata Roslie. Katanya, beliau percaya Sarawanan tidak mempunyai kesalahan lampau dan pengakuan tertuduh perlu diambil kira kerana menjimatkan masa dan kos perbicaraan serta perlu dipertimbangkan untuk hukuman yang lebih ringan. Mohd Naguib pula berkata, anak guamnya, Suresh tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai pendapatan RM700 sebulan bagi menyara adiknya yang sudah bertunang dan ibunya pula bekerja sebagai seorang tukang cuci dengan pendapatan RM800 sebulan. Bapanya sudah meninggal dunia dan ibunya memerlukan lebih RM300 bagi mendapatkan rawatan penyakit kencing manis, darah tinggi dan alahan kepada ubat-ubatan, katanya. "Anak guam saya mohon diberikan peluang kedua dalam situasi ini," kata Mohd Naguib. Roslie dan Mohd Naguib memohon supaya Sarawanan dan Suresh dikenakan hukuman penjara serentak bagi kesalahan mereka. Bagaimanapun, Ishak berkata di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan mereka berdua boleh dikenakan penjara maksimum tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan juga boleh didenda. Beliau memohon kepada mahkamah supaya tidak memberikan sebarang diskaun hukuman kepada kedua-dua pesalah dan perlu dikenakan hukuman maksimum yang dijalankan secara berasingan bagi memberikan peringatan kepada yang lain daripada melakukan jenayah yang sama. "Perbuatan mereka menghapuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain serta kesan tindakan mereka terhadap mangsa dan keluarga mereka yang terbabit juga perlu diambil kira," katanya. Hurman ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, beliau mengambil kira tindakan tertuduh memusnahkan bahan bukti kes perbicaraan pembunuhan, kesan tindakan mereka terhadap keluarga simati dan kepada masyarakat selain daripada latar belakang tertuduh yang mempengaruhi mereka melakukan jenayah itu. Selepas Hurman menjatuhkan hukuman, Sarawanan dan Suresh memberitahu mahkamah bahawa mereka memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat di atas perbuatan yang mereka lakukan dan telah insaf. Kedua-dua tertuduh bercakap dalam Bahasa Tamil dan diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh jurubahasa mahkamah. myMetro |
| Bajet 2011 : Bukan ‘bajet pilihan raya’ tapi PRU-13 waktu terdekat Posted: 15 Oct 2010 07:17 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Okt — Walaupun pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai "bajet pilihan raya", namun penganalisis dan pemerhati politik berpendapat sebaliknya.Bagaimanapun penganalisis dan pemerhati juga tidak menolak Barisan Nasional (BN) akan memanggil pilihan raya umum tergempar dalam waktu terdekat. Semalam selepas pembentangan bajet pemimpin PR mendakwa pelbagai insentif yang diumumkan termasuk tidak menaikkan kadar tol di empat lebuh raya kendalian PLUS, bagi tempoh lima tahun, pemberian bantuan kewangan khas kepada penjawat awam serta beberapa insentif lain. Penganalisis politik Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, secara keseluruhan bajet yang dibentangkan semalam lebih memfokus kepada keperluan rakyat. "Dari segi umumnya kita boleh anggap ia adalah bajet rakyat kerana banyak elemen yang dibentangkan Perdana Menteri memberi suntikan kepada kesejahteraan rakyat. "Ini jelas menunjukkan Bajet 2011 yang dibentangkan ini memberikan fokus kepada rakyat. Kita boleh menggambarkan bajet ini menjadikan konsep 1 Malaysia sebagai falsafah induk. "Sebagai rakyat saya berpuas hati kerana saya melihat ia bergerak ke arah memajukan negara," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Mengenai dakwaan pembangkang kononnya bajet yang dibentangkan Najib adalah bajet pilihan raya, Samsul bagaimanapun berpendapat sebaliknya. "Ada yang melihat pembentangan bajet ini adalah bajet pilihan raya dan saya berpendapat apa yang dibentangkan menunjukkan ada kebenarannya. "Namun saya berpendapat pilihan raya umum tidak akan diadakan dalam masa terdekat atau awal tahun depan. "Kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2012, jadi pada pandangan saya ia tidak akan berlaku pada dalam masa terdekat," kata beliau. Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata tidak ada perbezaan antara Bajet 2011 yang dibentangkan semalam dengan bajet-bajet sebelum ini. "Saya melihat tiap-tiap tahun semuanya adalah bajet rakyat, cuma tukar nama. Cuma dalam pembentangan bajet hari ini (semalam), saya perhatikan ada bahagian atau peruntukan yang dipotong dan ada yang bertambah, malah ada elemen yang bagus. "Secara keseluruhannya saya melihat pembentangan ini ada kebaikan dan kekurangannya. "Tapi secara peribadi saya lihat ia umpama sama sahaja dengan pembentangan bajet sebelum ini," katanya. Beliau juga tidak bersetuju dengan pemimpin PR yang mendakwa bajet tersebut adalah bajet pilihan raya kerana berpendapat kerajaan tidak memberikan imbuhan lebih kepada rakyat. "Mengenai bajet pilihan raya saya ada dengar pihak-pihak tertentu terutamanya daripada pembangkang mengatakan perkara itu tapi bila diperhatikan semula tidak juga kerana ada peruntukan yang tidak begitu memberangsangkan. "Kalau ia bajet pilihan raya kerajaan akan lebih bermurah hati kepada rakyat," kata beliau. Katanya, secara peribadi beliau rasa tidak mungkin pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat. "Ia tidak menunjukkan ke arah itu, mungkin sempat lagi satu pembentangan bajet baru pilihan raya umum," katanya. Namun bagi pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa Prof A. Aziz Bari, bajet yang dibentangkan itu adalah semata-mata mahu meraih semula sokongan rakyat terhadap pentadbiran Najib. "Sebab itu Bajet 2011 ini penuh dengan gula-gula untuk menawan hati golongan tertentu yang mudah dimakan oleh belaian sementara itu. "Ini tidak penting dalam merangsang dan memacu ekonomi. Dan, yang mendukacitakan kos untuk itu semua ditanggung oleh pembayar cukai. "Bajet pilihan raya atau bajet rakyat sama sahaja, Barisan Nasional (BN) perlu buat rakyat terlena dan suka hati walaupun kenyataannya belum tentu begitu," katanya. Beliau yang ternyata kecewa dengan pembentangan Bajet 2011 berkata, PR terpaksa melalui satu lagi "proses pembersihan" sekiranya berjaya memerintah negara. "Itu semua adalah kesan budaya politik BN yang akan terpaksa diwarisi oleh kerajaan baru (sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berbuat demikian). PR kalau menang terpaksa melakukan pembersihan (seperti mengecilkan Kabinet; kepada sekitar 20 menteri sahaja). "Pada saya oleh kerana pilihan raya tidak boleh dielakkan, maka BN terpaksa mencari jalan untuk menyenangkan hati rakyat dan seperti biasa mereka buat gimik yang mudah difahami; contohnya RM500 untuk gred 54 ke bawah. "Di universiti, contohnya, kakitangan dari profesor madya ke bawah dapatlah duit itu. Kita harap rakyat tak termakan dengan gimik murah ini kerana wang ini bukan datang dari langit. Ini wang pembayar cukai sendiri," katanya. Aziz juga berkata walaupun pembentangan bajet itu tidak dilihat menjurus kepada bajet pilihan raya, namun kerajaan terpaksa mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat berdasarkan perubahan politik yang berlaku. "Saya kata pilihan raya tak boleh dielakkan sebab di sisi perlembagaan apabila Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) genap lima tahun ia akan bubar sendiri. "Meskipun Dewan Rakyat boleh bertahan sehingga 2013 tapi DUN Sarawak genap lima tahun pada 2011 dan pilihan raya umum perlu diadakan kerana berdasarkan senario politik sekarang mengadakan pilihan raya berasingan mempunyai risiko besar kepada BN," katanya. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin juga menafikan Bajet 2011 sebagai bajet pilihan raya seperti mana dakwaan sesetengah pihak terutamanya parti pembangkang. The Malaysian Insider |
| Budget 2011 : Shahrizat paling Gembira? Posted: 15 Oct 2010 06:59 PM PDT Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan Budget yang dibentangkan oleh Najib kelmarin sebagai satu budget yang bersifat paling 'mesra keluarga dan wanita'yang pernah di kemukakan oleh kerajaan.Beliau juga berkata " Saya adalah Menteri yang paling gembira disini hari ini, Inilah budget yang palin mesra wanita dan keluarga yang pernah dibentangkan oleh kerajaan selama 9 tahun saya berada dalam cabinet". Hmmmm… betoi ka tu.. gembira pasai Najib mengumumkan kakitangan awam wanita bercuti bersalin selama 90 hari.. gembira atau kecewa ni? Rasanya Rosmah lebih gembira.. pasal bukan Menteri tapi hanya Isteri Perdana Menteri mendapat peruntukan RM111 Juta.. Kementerian Shahrizat dapat peruntukan berapa juta?? Shahrizat says Budget 2011 most women and family-friendly By Clara Chooi KUALA LUMPUR, Oct 15 – Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Jalil sang high praise for Budget 2011 today, saying it was the most "women and family-friendly" budget ever tabled by the government. "I am the most happiest minister here today. In my nine years in Cabinet, this was the most women and family-friendly budget ever announced," she told reporters when met at the Parliament lobby after the budget was tabled this evening. She pointed to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's announcement that the government would allow flexibility for female civil servants to self-determine fully-paid maternity leave of up to 90 days, a one-month increase from the present 60-days leave allowed. Najib also said that the facility was subject to a total of 300 days of maternity leave throughout the civil servant's entire tenure of service. The budget also offered more opportunities for qualified female civil servants to hold key executive posts in the government, pointing out that as at end-2009, a total of 30.5 per cent of key posts in the public sector were held by women. "I urge the private sector to provide opportunities for more women to hold posts at decision-making levels, particularly as board of directors and chief executive officiers," said Najib in his budget speech. Shahrizat said that this showed the government had acknowledged that women made up a substantive part of the workforce and were willing to create a more women and family-friendly environment to encourage more women to come out to work. "For the time-being, I think this is sufficient. This is what we have been fighting for. They have recognised women and are ready to tap into their potential," she said. Tourism Minister Datuk Dr Ng Yen Yen described the budget as holistic and also joined her Barisan Nasional colleague in commending the government's move to provide better opportunities for women in the civil service. "I am very glad that there are many benefits provided for women such as the extended maternity leave," she said. The Malaysian Insider |
| Dari 'Malaysia Boleh' menjadi 'Malaysia Bodoh' Posted: 15 Oct 2010 10:46 AM PDT Itu adalah terjemahan tajuk sebuah artikel yang ditulis oleh wartawan Australia, M.Backman dalam bukunya Asia's Future Shock, yang mengulas situasi Malaysia dengan satu artikel berjudul "From Malaysia Boleh to Malaysia Bodoh". Backman menganggap Malaysia memiliki kelebihannya yang tersendiri, kerana kaya dengan sumber semulajadi, malah telah mewarisi satu sistem yang moden dari tangan penjajah British.Namun demikian, kelebihan-kelebihan ini telah dibinasakan... Belanjawan 2011 tanpa istilah "Rasuah" Lim Hong Siang Sesungguhnya ia Belanjawan yang mempersiap-sediakan Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Malah, mungkin sesetengah ahli Dewan Rakyat yang sarkastik akan menyindir bahawa ianya satu belanjawan yang dihantui bayang isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Ia sudah terbukti dalam dewan itu sendiri, apabila nama "Rosmah" dilaungkan ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak (gambar kiri) mencadangkan pemansuhan duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, pada kadar 5% hingga 30% - antaranya, pewarna rambut. Malah, apabila Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta kepada PERMATA, sekali lagi dewan menjadi gempar dengan nama Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program ini.Belanjawan tahun 2010 yang bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" ini mencatat angka peruntukan tertinggi dalam sejarah, iaitu RM212 bilion, 2.8% lebih tinggi berbanding peruntukan Belanjawan tahun 2010. Defisit kerajaan persekutuan dijangka berkurangan kepada 5.4% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2011, iaitu RM45.481 bilion. Gula-Gula PRU Beberapa peruntukan disalurkan kepada kawasan kampung atau desa, misalnya penambahan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800, berbanding RM450 sekarang. Bukan itu sahaja, malah elaun imam, guru KAFA turut dinaikkan. Sasarannya jelas apabila Najib menyatakan "kerajaan tidak akan meminggirkan rakyat luar bandar" - lantas RM6.9 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar, meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tanpa pertikaian, Belanjawan tahun 2011 berbaur politik. Ia semakin terhidu apabila Najib mengambil kesempatan untuk mencuit Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tanpa menyebut nama, mendakwa bahawa kerajaan BN "bukan saudagar mimpi yang memperdagang dongengan". "Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata," katanya sambil meyakinkan rakyat dengan "kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi yang akan datang". Persoalannya, apakah Belanjawan tahun 2011 ini membawa Malaysia kembali ke landasan yang tepat untuk meluncur ke arah kejayaan? Projek mega kembali Antara yang paling dipertikaikan dalam Belanjawan 2011 ini adalah pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Projek bernama "Warisan Merdeka" yang menelan RM5 bilion ini dibangunkan Permodalan Nasinal Berhad, dan dijangka akan siap pada tahun 2015. Sementara itu, ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong mendedahkan bahawa bangunan Sri Perdana (kediaman rasmi PM) di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM15.8 bilion. Seandainya kedua-dua kes ini dibaca bersama, maka akan didapati bahawa kerajaan BN masih tidak mengambil iktibar daripada "projek mega" zaman Perdana Menteri ke-empat, Mahathir Mohamad. Projek mega seperti Putrajaya misalnya, telah membebankan generasi akan datang dengan kos penyelenggaran yang terlalu tinggi. Pembinaan projek mega semestinya memanfaatkan golongan kontraktor, yang menjadi asas kepada UMNO. Najib cuba menghalalkan kesinambungan "projek mega" dengan "Semangat Malaysia Boleh", tanpa menyedari bahawa keghairahan untuk menghambat kemegahan pencakar langit inilah yang menjejaskan ekonomi Malaysia. Wartawan Australia, M.Backman dalam bukunya Asia's Future Shock, mengulas situasi Malaysia dengan satu artikel berjudul "From Malaysia Boleh to Malaysia Bodoh". Backman menganggap Malaysia memiliki kelebihannya yang tersendiri, kerana kaya dengan sumber semulajadi, malah telah mewarisi satu sistem yang moden dari tangan penjajah British. Namun demikian, kelebihan-kelebihan ini telah dibinasakan, kerana dasar ekonomi yang lebih mementingkan pengagihan daripada penghasilan, hubungan etnik yang teruk, malah terlalu bermegah-megah dengan projek yang indah khabar dari rupa untuk mengubati perasaan inferior dirinya. Mahathir pernah mengibaratkan menara Petronas KLCC sebagai kotak untuk si pendek, Abdullah Ahmad Badawi pula ghairah dengan khayalan angkasa-nya. Tiada istilah "Rasuah" Tanah air kita seolah-olah terkena sumpahan sumber (resource curse), dilimpahi sumber yang terlalu lumayan, tetapi berakhir dengan pertumbuhan ekonomi yang lembik berbanding negara yang kekurangan sumber. Cuba ambil Indeks Pembangunan Manusia (Human Development Index, HDI), Malaysia menduduki ranking dunia ke-59 pada tahun 1999, tetapi tergelincir ke tangga 63 pada tahun 2007, malah terus menjunam ke 66 pada tahun 2008. Baru-baru ini, penganalisa politik-ekonomi, Soon Hoh Sing melancarkan bukunya yang berjudul "Ekonomi Malaysia yang kekok" (The Embarrassing Malaysian Economy). Beliau sempat memetik beberapa angka, yang pada pandangan beliau cukup menggusarkan. Pelaburan Malaysia di luar negara mencatat peningkatan dari RM22.1 bilion pada tahun 2006, RM38.2 bilion pada tahun 2007, kepada RM50.2 bilion pada tahun 2008. Sebaliknya, kita dimaklumkan bahawa pelaburan asing langsung di Malaysia pula menjunam sebanyak 81%, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009. Lebih ketara, pelaburan yang mengalir keluar pada tahun 2008 (RM50.2 bilion) lebih tinggi daripada pelaburan asing yang mengalir ke dalam Malaysia (RM23.47 bilion). Apakah yang berlaku pada hakikatnya? Sementara rakyat disuapkan dengan angka-angka yang memberangsangkan, jarang sekali tumpuan diberikan kepada Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Malaysia menduduki tangga ke-56 daripada 180 buah negara pada tahun 2009, setelah pelbagai langkah pembaharuan cuba diketengahkan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi selepas tsunami politik tahun 2008. Apa yang menarik, istilah "rasuah" langsung tidak disebut dalam teks ucapan Najib Razak yang setebal 45 muka surat hari ini. Jadi, agak jelas untuk kita - sejauh manakah iltizam kerajaan Najib untuk membanteras rasuah, jikalau dinilai dari teks ucapan tersebut. Berbalik kepada persoalan, apakah ekonomi Malaysia akan meluncur semula di landasan yang betul dengan pembinaan menara 100 tingkat, pada masa yang sama enggan meneliti masalah rasuah yang berleluasa di Malaysia? MerdekaReview |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.