ANAK SENGAT |
| Posted: 15 Oct 2010 12:09 AM PDT ISA adalah undang undang zalim. Ia tetap zalim walau kepada siapa dilaksanakan. Ia menghalang hak untk membela diri. Setiap orang dilahirkan merdeka. Menjatuhkan hukuman tanpa ruang membela diri yang secukupnya adalah satu kezaliman melampau. Negara mempunyai pelbagai peringkat mahkamah yang memberi ruang keadilan seluas luasnya kepada tertuduh. Hukuman ISA kepada pegawai emigresen adalah sesuatu yang tidak wajar. mereka ditangkap dan dituduh. Mengapa kerajaan tidak bersedia untuk menuduh dan memberi ruang mereka membela diri di mahkamah terbuka.? Ia membahayakan negara...sewajarnya mereka didedahkan di mahkamah untuk melihat bagaimana mereka beroperasi.. Mungkin juge ada nama yang tersembunyi... Apakah cakap cakap umum bahawa ISA adalah jalan selamat menutup mulut dan menyelamatkan VIP dari dilibatkan dengan jenayah yang dilakukan.... Rupenye Malaysia masih belummerdeka dalam ertikata sebenarnya............. KUALA LUMPUR: Tujuh pegawai imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, penglibatan mereka bukan hanya melibakatkan penyeludupan manusia melalui pintu masuk utama tetapi juga terdedah kepada pelbagai jenayah serius lain seperti aktiviti pengganas, penyeludupan senjata api, dadah danpenyuluhan (pengintipan). "Mereka telah dipantau lama oleh polis, dan penglibatan mereka dengan ketua-ketua sindiket ini sangat berbahaya dan serius. "Saya memandang berat kes-kes penyeludupan ini kerana melibatkan soal keselamatan di pintu masuk negara sekali gus menjejaskan nama baik negara dan turut menimbulkan ancaman kepada keselamatan di rantau ini," katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Menteri Imigresen dan Kerakyatan Australia, Chris Bowen di pejabatnya di Bukit Aman di sini Khamis. Beliau diminta mengulas penahanan tujuh pegawai imigresen itu dan dua warga asing mengikut ISA dalam operasi besar-besaran selama tiga hari bermula Ahad lepas. Kesemua pegawai imigresen yang ditahan itu dipercayai bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang. Hishammuddin berkata, tindakan penahanan itu mampu membongkar dan mengekang kegiatan sindiket penyeludupan warga asing. "Saya mahu siasatan diteruskan hingga ke akar umbi kerana mahu setiap inci kegiatan sebegini dilumpuhkan. Hishammuddin bagaimanapun mempertahankan kewibawaan majoriti pegawai imigresen yang menjalankan tugas dan tanggungjwab dengan jujur dan amanah. Mengenai pertukaran Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman keKDN sebagai Setiausaha Bahagian Imigresen, Hishammuddin berkata ia adalah prosesbiasa. "Tidak ada kaitan dengan kes-kes melibatkan jabatan itu sejak akhir-akhir ini. Ianya hanyalah proses biasa yang melibatkan pegawai dalam mana-mana jabatan kerajaan," katanya. - BERNAMA | |||
| Posted: 14 Oct 2010 11:34 PM PDT Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin membidas cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin ditubuhkan, lapor Suara Keadilan. "Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan rasmi beliau yang sebenarnya? "Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latar belakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang 'adhoc'. Zuraida berkata Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat tidak menjalankan tugasnya sebagai anggota jemaah menteri. "Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," sindir beliau lagi. Pusat itu ditubuhkan oleh kerajaan Belgium dengan bertujuan mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa. Lawatan Rosmah ke CIG itu telah dibidas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad (atas, kanan) yang menyifatkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea untuk mengatasi gejala berkenaan. Idris berkata tindakan Rosmah itu ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan Islam mempunyai penyelesaiannya yang jitu terhadap masalah ini. | |||
| Posted: 14 Oct 2010 08:30 AM PDT Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) , sehingga kerajaan menangguhkan perancangan tersebut. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan semalam berkata, langkah berkenaan diambil bagi membolehkan kerajaan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat untuk memastikan penguatkuasaan GST kelak akan diterima dengan baik oleh semua pihak. Inilah hikmahnya apabila kuasa rakyat semakin terserlah dan bilangan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ramai, menyebabkan mereka merasa gerun perkara ini akan ditentang di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung. Mereka juga memahami isu penderitaan rakyat jika tidak ditangani dengan sempurna akan membawa padah kepada BN dalam pilihanraya akan datang. PAS mengharapkan kerajaan janganlah mencari jalan pintas untuk mendapatkan wang, dengan mengenakan GST semata-mata, kerana ia melibatkan semua lapisan rakyat di negara ini, terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kerajaan perlu membetulkan pengurusan kewangan negara dahulu, supaya lebih telus dan memerangi rasuah. Kos yang tiris inilah sebenarnya yang menyebabkan kerajaan pada hari ini tercekik sehingga memikirkan perlunya GST dilaksanakan. Janganlah merasa malu untuk belajar daripada pemimpin negeri Pakatan Rakyat yang telah terbukti kewibawaannya dalam menguruskan ekonomi di negeri masing-masing. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
| You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan