Anak Cucu Nabi Adam |
- Menutup Aurat Suatu Tuntutan Agama
- 7 Hal Penting untuk Diajarkan kepada Anak
- Perkara Tersembunyi Disebalik Amalan Diet
- Azmin, Zaid dan Mus Tanding Timbalan Presiden PKR
- Pertandingan kerusi naib presiden 'panas'
- SAPP akan tanding di Batu Sapi
- Umno Gua Musang mahu calon mereka
- Bonus Kerajaan Tak Ada Duit, Untuk Rosmah Boleh
- Pak Brahim Akan Dibedah Jantung
- Nazri Wira hatchetman
- Umno Pulau Pinang tak serik fitnah kerajaan negeri
- Ketua cawangan Umno didakwa buat tuntutan palsu
- Kenyataan penuh Sidang Media oleh Che'gu Bard
- Shamsul buat pusingan ‘U’
- Saya adalah calon yang bebas dari tajaan
- Tak tahan kena kutuk jangan masuk politik
- Kerajaan PP bawah LGE iktiraf tahfiz al-Quran
- Bajet utamakan BN hadapi PRU13
- Bajet Selamatkan Murujib Menjelangg PRU13
- Kelantan dianaktirikan dalam bajet PRU13
| Menutup Aurat Suatu Tuntutan Agama Posted: 16 Oct 2010 02:53 AM PDT Mari sama-sama kita fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya?Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mungkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW? BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI? Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang disebutkan diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar kita dengar hujah ini di media massa. Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :- "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59) Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam jubah untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara ('afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik. Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan 'illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau kerana tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sesetengah orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan) Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti. BANTAHAN KAUM WANITA "Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu didengar bila isu ini ditimbulkan. "Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?".Jika anda mengatakan pernah , apa kaitannya?" "Biasanya bila seseorang itu sedang marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang dikeluarkan olehakhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal" "Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman web, akhbar, majalah dan novel lucah " . "Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" . "Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dari mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing". "Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenis anda yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur" Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT : زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين "Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…" Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda : ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa ) ANTARA LAWAK & HUKUM Sering kali lelaki apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih kita melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka. Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a. Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :- ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988) KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek. KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'. KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya : "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (an-Nur: 31) Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut 'juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju. Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya. Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya. Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya. Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin. Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain. Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram. Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri (memakai purdah), demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah. "Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31) Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (paha, betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan. Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk tubuh dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya. Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim) Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi) 'Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas. Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini. Larangan Nipis Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud) Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah. Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam) KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :- يرحم الله المتسرولات Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) . Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831) Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikianlah menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh. KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan. Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32) TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh . Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :- " Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20) Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :- a) Perbezaan dengan binatang. Allah SWT berfirman : " Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26) Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat. b) Agar kaum wanita tidak disakiti Ia berdasarkan ulasan yang telah dibuat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59. c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam. Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. » Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati » d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana 'trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan 'dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga 'standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform. Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu 'standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat. e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT. Maka hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2) DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER Ungkapan ini sering kita dengari. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. "Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya. "Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi. Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin 'advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu : "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim) Simpati bercampur kesal bila kita mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja. "Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain 'game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu" Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main 'game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang" Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ? Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya : "Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim) Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja. Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu 'that cover is reflecting what's inside the heart of a person'. Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith : إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 ) Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam. Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih ) Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya? Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya? ~islam digest~ |
| 7 Hal Penting untuk Diajarkan kepada Anak Posted: 16 Oct 2010 02:42 AM PDT Menjadi orang tua adalah hal yang paling penting di dunia. Mengajarkan anak 7 hal yang penting ini akan membantu mereka bertanggung jawab. 1. Mencuci pakaian sendiri Pada usia 12 tahun, anak sudah harus mampu mencuci pakaian sendiri. Ajar mereka bagaimana memilah pakaian, mencuci dengan tangan, mencuci dengan mesin basuh dan menjemur, menggosok dan melipat pakaiannya sendiri. Hal ini juga penting selain ia mampu menggunakan komputer, internet dan main game online. Jangan hanya memarahi anak yang sudah besar semasa dia pulang dengan jeans dan pakaian yang kotor. Mereka harus bertanggungjawab dan terlibat bagaimana mencuci jeans tersebut, bagaimana cara menghilangkan kotor, tentu tidak semudah mencuci pakaian biasa. 2. Memasak yang sederhana Ajar anak, baik lelaki mahupun perempuan, cara memasak makanan sederhana. Oleh sebab manusia perlu makan, memasak pasti akan berguna kelak baginya bila tinggal jauh dari orang tua, untuk belajar mahupun bekerja nanti atau saat dia membentuk keluarga baru dengan pasangannya. Dengan boleh memasak sendiri selain lebih berjimat juga lebih sihat. Mulakan dengan membiarkan anak merancang hendak makan apa hari ini, memberitahunya bahan-bahan masakan, belanja bersama dan biarkan dia memasak dengan sedikit petunjuk dan bantuan anda. Ajak dia mengemas meja dan mencuci pinggan setelah makan. Pengalaman ini menyiapkan dia menjadi orang yang bertanggungjawab dan meningkatkan rasa percaya diri sendiri. 3. Mempunyai Wang Saku Hasil Keringat Sendiri Biarkan anak membuat pekerjaan kecil yang tidak mengganggu waktu belajarnya, Seorang anak menghargai wang yang diperolehinya sendiri dan belajar menggunakannya dengan bijak. Bila dia suka berniaga untuk menambah wang saku atau hobi yang dapat menghasilkan wang, membantu mencuci kereta sehingga bapa tidak perlu ke car wash lagi, memotong rumput dan menyiram bunga sehingga ibu tidak perlu bantuan tukang kebun, hal ini juga boleh diberi wang saku tambahan untuk mereka. Hal ini mengajarkan mereka tanggungjawab atas suatu pekerjaan dan mereka akan belajar standard kualiti untuk suatu pekerjaan, hasil yang baik dibayar baik, pelajaran memberi dan menerima. 4. Memilih teman yang baik Pasangan pertama akan mempengaruhi seorang remaja untuk keseluruhan hidupnya. Itu bakal merupakan pengalaman positif atau negatif. Orang tua tidak dapat mengawal secara langsung hubungan pertama remaja, namun paling tidak orang tua dapat memberi contoh, untuk menghargai orang lain, toleransi pada pendapat berbeza dan berfikiran terbuka. Saat hubungan buruk, orang tua harus menyokong dan memberikan nasihat, jadi sebagai teman untuk curahan hati, jelaskan bahawa hal demikian adalah normal di usia mereka, dan merupakan pengalaman dari perjalanan hidup manusia. 5. Mengajarkan anak tentang Kesepakatan Remaja harus memahami fakta bahwa kompromi (kesepakatan) adalah hal yang harus dilakukan, tidak boleh menuruti kemahuan sendiri (ego) dan memaksa kehendak kepada orang lain. Misalnya, anak ingin pergi main bola dan jalan-jalan ke shopping complex bersama teman-temannya di akhir minggu, dan minta dihantar ke rumah temannya itu. Sedangkan anda juga ada urusan yang harus dilakukan, majlis pekahwinan kawan yang harus dihadiri. Untuk kesepakatan keperluan bersama, lakukan perbincangan untuk mencapai kesepakatan. Anda setuju untuk menghantar anak, namun si anak juga harus pulang awal supaya dapat pergi ke majlis perkahwinan kawan ibu bapanya. 6. Belajar etika sosial dan penghargaan pada sesiapa pun Bekal anak dengan sopan santun dan etika sosial. Anak mencerminkan kehidupan di rumah, jadi "pendidikan" terbaik dalam hal ini adalah pada orang tua, bagaimana mereka memperlakukan pasangannya, pembantu rumah tangga, dan orang-orang di luar rumah. Contohnya, saat di restoran, saat makanan datang, dahulukan orang yang lebih tua untuk mengambil makanan terlebih dahulu, anak-anak jangan berteriak di tempat umum kerana boleh menggangu ketenangan orang lain. Saat ada yang mengirimkan hadiah ulang tahun, jangan lupa menelefon atau mengucapkan terima kasih. Saat mengunjungi teman atau tetamu, harus berpakaian rapi dan sopan, atau membawa sedikit buah tangan, apalagi bila diundang makan, hargai bantuan orang dengan rasa terima kasih dan jangan lupa balas budi, hargai orang-orang di sekitar kita seperti cleaning service, pembantu dan lainnya dengan hormat yang setara. 7. Belajar berkawan dan memiliki komunikasi yang baik Seseorang yang terlalu pendiam, malas berkawan akan merasa tersisih. Bentuklah anak menjadi peribadi yang ramah, riang, terbuka dan selalu memikirkan orang lain terlebih dahulu, toleransi terhadap perbezaan dan menjadi orang yang dapat dipercayai, mampu memaafkan dan rendah hati. ~erabaru~ |
| Perkara Tersembunyi Disebalik Amalan Diet Posted: 16 Oct 2010 02:35 AM PDT Mintalah pendapat diet dari 10 orang, maka kita akan dapat 10 jawapan berbeza. "Kebanyakan kita mengikuti peraturan tertentu bagaimana menghilangkan beberapa kilo bagi seluruh hidup kita," kata Nancy Snyderman MD, editor NBC News dan penulis buku Diet Myths That Keep Us Fat. "Tetapi banyak dari apa yang telah diberitahu kepada kita tentang berat badan, sebenarnya palsu," tegasnya. Berikut, Snyderman menyangkal mitos-mitos yang mengatakan diet hingga tubuh langsing mungkin anda dapat seperti disebarkan Redbook. 1. Semakin anda berolahraga semakin baik Kita tahu bahawa olahraga merupakan salah satu hal terbaik untuk menjaga berat badan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, tapi olahraga berlebihan sebenarnya memiliki kesan yang berlawanan. "Bekerja tujuh hari seminggu dapat melemahkan sistem imun tubuh, menegangkan sendi, dan melelahkan tubuh. Otot kita perlu waktu untuk memperbaiki diri sehingga mampu lebih efisien selama menjalani sesi olahraga berikutnya," kata Snyderman. Dan jika berolahraga dengan bentuk yang tidak tepat hingga letih, kita benar-benar akan membakar kalori lebih sedikit daripada jika kita berolahraga dengan betul. Untuk mencegah kontraproduktif ini, jadualkan setidak-tidaknya satu hari dalam seminggu untuk olahraga dan variasikan sesi olahraga. Kemudian, pastikan punggung lurus dan tidak bersandar pada pegangan peralatan kardio untuk mencegah cedera dan memaksimakan pembakaran kalori. 2. Buah-buahan dan sayuran segar lebih bergizi daripada dalam bentuk beku atau tin Produk beku dan tin akan sama-sama sihat dan bahkan lebih ekonomi daripada produk segar, kata Snyderman. Kondisi beku pada buah-buahan seperti anggur membantu mempertahankan zat. Beberapa produk tin sebenarnya lebih berzat daripada produk segar dan mentah. Sebab, antioksidan seperti lycopene yang ditemui dalam tomato dan betakaroten dalam lobak lebih mudah diserap ketika telah diolah. "Tidak masalah bagaimana mendapatkan buah-buahan dan sayuran itu. Yang penting, kita masih menghadamnya," tegas Snyderman. 3. Tambah berat badan tidak dapat dihindari saat usia bertambah "Mitos ini berasal dari kenyataan bahawa lemak perut mulai bertambah pada usia semakin tua, tetapi lemak membuncit dapat dihindari," kata Snyderman. Sebagian besar lemak tersebut tidak bertambah, lebih kerana akibat berat yang bergeser oleh kondisi perubahan hormon, setelah melahirkan, atau melemahnya tulang. Kita dapat memperlambatkan perubahannya dengan latihan kekuatan. Menurut penelitian dari National Institute of Helth, kegemukan dan wanita gemuk yang mengangkat beban hanya dua kali seminggu, lemak perutnya boleh lebih dibakar (7 persen wanita dengan latihan selama dua tahun) dibandingkan yang tidak berolahraga (lemak perutnya naik 21 persen dalam dua tahun). ~suaramedia~ |
| Azmin, Zaid dan Mus Tanding Timbalan Presiden PKR Posted: 16 Oct 2010 02:27 AM PDT Persaingan merebut jawatan nombor dua PKR adalah pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden parti itu, Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan ketua Perak Mustaffa Kamil Ayub.Azmin yang juga adalah ketua Selangor, merupakan calon pertama mengemukakan borang penerimaan pencalonan manakala Zaid pula mengesahkan bahawa beliau akan bertanding menerusi blognya. "Pada tepat jam 11.05 pagi tadi, dengan penuh keinsafan, saya menerima pencalonan sebagai timbalan presiden. "Saya berharap anggota terus memberi sokongan dan selepas pemilihan ini parti (kita) akan lebih kuat, anggota menjadi matang, demokrasi akan terus subur dan reformasi ditegakkan di Putrajaya," katanya. Turut berada di atas pentas, adalah exco Selangor Dr Xavier Jayakumar yang menyokong Azmin. Beliau pula pula menawarkan diri untuk bertanding naib prtesiden. Zaid kemudiannya menghantar wakil untuk mengemukakan penerimaan pencalonannya. Menurut sumber parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan puteri reformasi PKR yang juga ahli parlimen Nurul Izzah Anwar dijangka menolak pencalonan masing-masing. Dipercayai anak ketua umum PKR dan presiden parti itu akan bertanding merebut satu daripada empat jawatan naib presiden yang dipertandingkan. Sementara itu, Mustaffa Kamil Ayub juga mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut. Beliau menyerahkan borang tawarannya itu kira-kira jam 12.50 pagi di ibu pejabat parti. "Saya tawarkan diri untuk berkhidmat dengan parti kerana saya yakin demokrasi ada dalam parti. "Saya akan meneruskan agenda kepimpinan dan kekuatan dalam parti sehingga ia terus diyakini," katanya dalam ucapan selepas mengemukakan penawarannya. Menurutnya lagi, beliau mempertaruhkan segala pengalaman beliau sewaktu memimpin pertubuhan belia Islam dan selaku bekas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan perjuangan reformasi. Tambahnya, beliau menawarkan politik baru yang menekankan politik nilai yang berteraskan profesionalisme dan menolak politik perkauman. Sementara itu, Datuk Zaid Ibrahim yang tiba kemudian, dalam ucapannya berkata ahli parti perlu diberi kesedaran terlebih dahulu sebelum parti bercakap tentang perubahan dan transformasi. "Ia perlu untuk menjayakan harapan kita yang terpendam... Dengan itu saya minta ahli dan penyokong tumpu dalam pemilihan dengan kempen yang sihat. "Jangan mereka-reka cerita, jangan laga-lagakan sesama kita, kita mahu kesatuan yang kukuh. Itu sahaja yang boleh ganyang BN," katanya. Katanya, parti ini bukan parti untuknya, tapi parti untuk rakyat. Sementara itu, Nurul Izzah berkata, beliau menolak pencalonan bagi timbalan presiden dan memilih bertanding jawatan nombor tiga itu disebabkan keterbatasan dan ruang yang beliau ada. "Saya mahu membudayakan politik harapan dan pembebasan dan memperkukuhkan asas-asas demokrasi parti dalam usaha memperkasakan suara dan semangat generasi muda,"katanya dalam satu sidang media selepas menghantar borang pencalonannya. Ditanya mengapa beliau tidak betanding untuk jawatan timbalan, sedangkan beliau layak berbuat demikian, Nurul Izzah berkata: "Semua calon yang bertanding layak akan membuat sedaya mungkin untuk memmbantu memperkukuhkan parti. "Dalam ruang dan keterbatasan yang saya, ada, saya fikir inilah (bertanding naib presiden) jalan terbaik untuk saya buat masa ini. Yang penting adalah kesetiaan dan perjuangan parti dan terus mempromosi politik harapan dan pembebasan demi memastikan Malaysia dijauhkan daripada politik kebencian dan perkauman". Ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang juga merupakan bekas naib presiden PKR telah memilih untuk tidak bertanding jawatan timbalan presiden meskipun telah mendapat lima pencalonan. Beliau juga seperti Nurul Izzah, dikatakan akan merebut jawatan naib presiden. Semua calon mempunyai masa sehingga jam 6 petang ini untuk mengesahkan sama ada mereka menerima pencalonan untuk bertanding jawatan masing-masing. 24 Oktober ini telah ditetapkan sebagai tarikh pengumuman calon yang sedia bertanding. Penerimaan pencalonan dibuka mulai jam 10 pagi ini di luar pusat pencalon yang ditubuhkan di ibu pejabat parti di Tropicana, Kuala Lumpur. Penyokong Azmin dilaporkan penuh sesak sebagai sokongan moral kepadanya. Suasana di sana dilaporkan bagaikan pesta dengan lima kanopi besar dipasang untuk proses pengambilan borang penerimaan calon. Sejak beberapa hari kebelangkangan ini, terdapat usaha sengit bagi mengatur percaturan dalam usaha menentukan kepimpinan PKR. Jawatan naib presiden juga dijangka amat sengit dengan hampir 30 calon yang layak bertanding meskipun ramai dijangka akan mengundurkan diri. "Hari penerimaan calon Pemilihan Pimpinan PKR. 252 dicalonkan untuk pelbagai jawatan. Ramai akan tarik diri. Tentu ada memeranjatkan," kata timbalan presiden PKR Syed Husin Ali yang tidak akan mempertahankan jawatannya menerusi tweeter. Bagi kerusi Pemuda - AMK, - ketuanya sekarang Shamsul Iskandar Mohd Akin akan mempertahankan jawatannya. Shamsul sebelum ini dikatakan berminat menjawat jawatan lebih tinggi dalam PKR tetapi menukar hasratnya kerana dipercayai sedar bahawa peluangnya agak tipis. Dipercayai Shamsul akan dicabar oleh Badrul Hisham Shahrin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, dan Rafizi Ramli. Senarai calon yang telah mengesahkan penerimaan pencalonan (sehingga jam 4.30 petang) Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan presiden Azmin Ali Zaid Ibrahim Mustaffa Kamil Ayub Naib presiden (4 jawatan) Mansor Othman Dr Xavier Jayakumar Tian Chua Fuziah Salleh Jonson Chong R Sivarasa Abdullah Sani Abdul Hamid N Gobalakrishnan S Manikasavagam Mohd Yahya Shari Ansari Abdullah Nurul Izzah Anwar Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin Badrul Hisham Shaharin ~MK~ |
| Pertandingan kerusi naib presiden 'panas' Posted: 16 Oct 2010 02:24 AM PDT Pertandingan merebut empat jawatan naib presiden PKR dijangka sengit dengan hampir 30 orang telah dicalonkan. Pengarah pilihan raya parti itu, Fuziah Salleh dan exco Selangor Dr Xavier Jayakumar menjadi antara yang terawal mengumumkan hasrat untuk bertanding naib presiden.Selain kedua-dua mereka pemimpin lain yang juga berminat adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Ketua Cabang PKR Tanjung Karang Yahya Shaari. Fuziah, ketika menyampaikan ucapannya, beliau berkata beliau menerima pencalonan dari cabang dengan penuh rasa rendah diri dan berjanji akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. "Saya tahu tuan-tuan tidak minta apa-apa daripada saya. Tapi tuan-tuan dan puan-puan mahu saya mencari suara dan jadi obor kepada perjuangan kita," katanya. Fuziah juga turut mengucapkan terima kasih kepada cabang cabang yang mencalonkannya. Katanya, beliau menerima lebih daripada 100 cabang. Yahya Shari pula berkata beliau akan menggarap dan menggabungkan segala pengalamannya selama ini bermula zaman reformasi untuk menguatkan parti sehingga matlamat mereka berpindah ke Putrajaya. Manakala Mansor berkata beliau,berhasrat untuk memperkasakan parti dan rakyat dan optimis akan memenangi jawatan tersebut. Beliau memeprolehi 53 pencalonan dari seluruh cabang di seluruh negara. Bekas naib presiden - Tian Chua dan bekas pengarah komunikasi PKR - Jonson Chong juga mengesahkan akan bertanding. Naib presiden, R Sivarasa juga menerima pencalonan bagi mempertahankan jawatannya. Sebelum ini, seorang penyandangnya Dr Lee Boon Chye memilih tidak mempertahankan jawatan naib presidennya itu meskipun selesa dengan lebih 40 pencalonan. Dr Lee yang juga ahli parlimen Gopeng berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memfokuskan tugasnya sebagai wakil rakyat dan ketua cabang di situ. Di Kota Kinabalu, seorang lagi naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, mengumumkan menolak pencalonan bagi mempertahankan jawatan itu menjelang pemilihan parti, bulan depan. Sambil merakamkan penghargaan kepada 40 pencalonan yang diterimanya, beliau menyifatkan jawatan itu tidak membawa banyak makna "kerana tiada orang mendengar pandangan kita." Berikut senarai yang telah mengesahkan penerimaan pencalonan (sehingga jam 4:30 petang) Naib presiden (4 jawatan) Mansor Othman Dr Xavier Jayakumar Tian Chua Fuziah Salleh Jonson Chong R Sivarasa Abdullah Sani Abdul Hamid N Gobalakrishnan S Manikasavagam Mohd Yahya Shari Ansari Abdullah Nurul Izzah Anwar ~MK~ |
| SAPP akan tanding di Batu Sapi Posted: 16 Oct 2010 02:23 AM PDT Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, 4 November ini. Perkara itu diumumkan oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee."Kerana ia hanya pilihan raya kecil, keputusan kami tidak akan menyaksikan perubahaan dalam kerajaan negeri tetapi SAPP akan goncang BN menyebabkan ahlinya lari," katanya pada sidang akbar di ibu pejabat parti itu. Mengulangi hasrat parti itu untuk merampas kerajaan negeri pada piliuhan raya umum akan datang, yong berkata kemenangan kepada SAPP penting bagi menyakinkan rakyat Sabah bahawa mereka mampu menguruskan pentadbiran negeri sendiri. Katanya juga adalah penting bagi Sapp memenangi kerusi yang mempunyai majoriti penduduk bumiputera seperti Batu Sapi. Ini ujian getit bagi parti itu setelah berkerat arang dengan BN dan mengisytiharkan mereka sebagai parti pembangkang pada 2008. Yong bagaimanapun cuba mengelakkan jawapan pemberita apabila ditanya mengenai peluang SAPP dengan mendakwa Umno yang sepatutnya gusar kerana batu Sapi adalah kubu kuat mereka. "Apa peluang kita? Batu Sapi adalah kerusi tradisional Sapp (bila ia bertanding) untuk BN," katanya. Ditanya sama ada beliau bersedia mencalonkan diri sendiri pada pilihan raya 4 November ini Yong berkata parti belum membuat keputusan. "Calon adalah paling utama dalam mana-mana pilihan raya, tetapi ada masa yang sesuai untuk semua perkara. "Hari ini (kita umumkan) untuk bertanding. Calon kita akan diumumkan kemungkinan pada 23 November di Sandakan, bila kita rasmikan pejabat baru di kawasan Karamunting dan Batu Sapi" katanya sambil menambah mereka telah mengenalpasti lokasi pejabat berkenaan sebelum Aidilfitri. Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu. Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan. Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771. ~MK~ |
| Umno Gua Musang mahu calon mereka Posted: 16 Oct 2010 02:20 AM PDT Akar umbi Umno di Gua Musang sedang berusaha keras memujuk pucuk pimpinan mereka di Kuala Lumpur agar memilih calon yang mereka kehendaki untuk pilihan raya kecil Galas. Usaha mereka ini disokong oleh pimpinan Umno negeri walaupun mereka sudah agak kecewa apabila Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai pengarah pilihanraya kecil itu. "Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih oleh parti, dia menikam pemimpin kami ini," kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang. Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno. Pada asalnya, Saufi sebagai ketua bahagian dilantik sebagai timbalan ketua bahagian. Namun dalam mesyuarat agung yang lalu, orang Ku Li telah melawan beliau dan seterusnya mengalah Saufi untuk jawatan timbalan ketua bahagian. Luka itu berdarah sejak pilihan raya umum 2008 lagi apabila Saufi menjadi satu-satu pemimpin Umno Gua Musang yang kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka syak Saufi ditikam dari belakang oleh penyokong Ku Li. Saufi kalah kepada Chek Hashim Sulaima dari PAS. Che Hashim meninggal baru-baru ini menyebabkan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 November nanti. "Kalau Saufi tidak diterimapun, Datuk Hazani kito atau Bazlan pun boleh jadi calon," kata pemimpin Umno berkenaan. Beliau merujuk kepada Ketua Wanita Umno bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Yusof dan Bazlan Baharudin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang. "Mereka inilah pejuang sebenar Umno. Tapi kini terpinggir. Ambo pun tak tahulah, apa yang mereka (pemimpin Umno negeri dan pusat) nak. Ku Li ni bukan bersama Umno, dia penyokong PAS. Siang male (malam) bekerja sokong kerajaan negeri (Kelantan)," kata beliau lagi. "Lagipun, Ku Li tak baik doh dengan istana lepas naik raja baru nih. Kalau dulu boleh kito kata istana sokong dia," kata pemimpin Umno tempatan itu. Menurut beliau, Ku Li memihak kepada Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis yang kini sudah terpinggir dalam kemelut istana Kelantan itu ekoran perlantikan Tengku Faris sebagia sultan Kelantan yang baru. Baru-baru ini, Bernama melaporkan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan pada 4 November ini. Satu lagi nama yang timbul ialah Naib Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Zamzani Harun, 39. Kedua-dua nama ini adalah bekas pemimpin Semangat 46 yang bersama dengan Ku Li dahulu atau mereka yang menjadi penyokong kuat Ku Li di Gua Musang kini. "Kalau nak lantik di kalangan Pemuda Umno kenapa Zamzani. Dia naib je. Kenapa tak pilih Bazlan (ketua pemuda bahagian)," kata beliau lagi. ~harakah~ |
| Bonus Kerajaan Tak Ada Duit, Untuk Rosmah Boleh Posted: 16 Oct 2010 02:16 AM PDT Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan. Najib berkata memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam. "Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara. "Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," katanya pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, pagi ini. RM500 wajar Oleh itu, katanya pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar. Najib berkata bantuan khas kewangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa dalam persiapan untuk persekolahan anak-anak pada hujung tahun. "RM500 ini sangat-sangat berguna sekali dan kerajaan akan bayar bantuan khas itu pada Disember ini," katanya. Beliau berkata kerajaan bermurah hati turut memanjangkan bantuan ini kepada pesara-pesara kerajaan walaupun mungkin ada yang tiada lagi perlu menanggung anak-anak bersekolah. Menurutnya walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari. Ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara, katanya. "Cuti bersalin ini satu hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga...itu terpulang kepada mereka," katanya. Perdana Menteri berkata kerajaan turut memberi faedah tambahan dari segi pinjaman perumahan di mana had maksimum pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, agar penjawat awam lebih mampu membeli rumah lebih berharga. Mengenai pelbagai memorandum yang disampaikan kepada beliau untuk melakukan penambahbaikan skim perkhidmatan perguruan, Najib berkata beliau perlu sedikit masa menelitinya kerana melibatkan implikasi kewangan dan kumpulan guru yang besar. "Sebab itu saya perlu teliti bersama JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kewangan. Banyak cadangan dikemukakan...sekiranya kerajaan mampu, saya akan bincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran)...boleh buat pengumuman bila sampai pada masanya," katanya. TH: Biasalah NKRA (Najib Kerja Rosmah Arah) untuk kakitangan awam KERAjaan BN tak tau nak cekau mana duit tapi senang-senang saja bagi RM111 juta kat bini dia. ~MK~ |
| Pak Brahim Akan Dibedah Jantung Posted: 16 Oct 2010 02:15 AM PDT Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung. Beliau yang juga adalah presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dijadual menjalani pembedahan jantung Isnin ini.Pada 13 Oktober lalu, Ibrahim ketika dibidas pelbagai pihak kerana didakwa gagal berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mendakwa tindakannya itu kerana kakinya kebas. Katanya, ia akibat penyakit kencing manis dan rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkann beliau seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki. "Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur." Selain itu, tidak dapat dipastikan sama ada tekanan yang dihadapinya sejak akhir-akhir ini termasuk tindakan Istana Kelantan Rabu lalu yang melucutkan gelaran 'Datuk Paduka' ke atasnya itu menyumbang kepada masalah kesihatannya. Pingat Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra. Walaupun pingatnya ditarik balik oleh Sultan Kelantan sekarang, namun Ibrahim masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka. ~MK~ |
| Posted: 16 Oct 2010 02:11 AM PDT Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang berpandangan bebas. Menteri di jabatan perdana menteri itu berkata beliau langsung tidak peduli dengan pelbagai label yang dilemparkan terhadap dirinya, mahupun pandangan daripada golongan yang skeptis dengan pendiriannya.Nazri sebelum ini sering kali mengambil pendirian yang bertentangan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga menyebabkan beliau diberi jolokan sebagai 'hatchetman' kepada perdana menteri kemudiannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Begitu juga selepas beliau dilantik ke kabinet Datuk Seri Najib Razak. Tanpa diminta, beliau terus ke hadapan untuk mempertahankan Najib apabila timbul isu melibatkan Biro Tata Negara. Tindakannya sering meletakkan beliau dalam keadaan yang tidak selari dengan aspirasi pemimpin lain dalam BN yang mempertahankan BTN, walapun modul latihannya didakwa memupuk perkauman. Dalam reaksinya, Nazri yang mula dilantik ke kabinet Dr Mahathir sejak 11 tahun lalu itu berkata tindakannya itu hanyalah sekadar menggunakan haknya untuk menjawab pandangan daripada bekas ketuanya itu. "Orang melihat saya sebagai tidak menghormati dan tidak berterima kasih (kepada Dr Mahathir). Tapi saya rasa, jika Tun boleh buat kenyataan kepada umum, saya juga ada hak untuk menjawab. "Orang selalu kata, 'kenapa mesti Nazri (yang menjawab)? Kenapa tidak orang lain?' Biar saya beritahu -- Saya seorang menteri di jabatan perdana menteri. Apabila PM diserang, anda tidak tunggu PM untuk jawab, tapi menteri di jabatan perdana menteri (patut jawab). "Kalau anda tidak mahu saya buka mulut, letak saya di kementerian lainlah," katanya lagi dan menambah, beliau menjawab isu tersebut kerana ia ditimbulkan di Dewan Rakyat. Katanya lagi, beliau tidak melihat isu berkenaan satu isu peribadi antara beliau dan Dr Mahathir. "Ia cuma tugas saya. Saya tidak mahu menjadi hero. Bila Tun menjadi PM, Pak Lah (Abdullah Badawi) jadi PM, saya yang mempertahankan mereka. Saya cuma pertahankan PM. "Selagi saya tahu perkara itu benar, saya akan terus perkatakannya," katanya lagi. Satu lagi isu yang menyeret beliau ke kancah kontroversi ialah apabila menyahut cabaran penasihat DAP Lim Kit Siang supaya menyatakan bahawa beliau mengutamakan kedudukan sebagai 'bangsa Malaysia' dan bukannya sebagai 'bangsa Melayu.' Beliau merupakan satu-satunya pemimpin Umno yang berani berbuat demikian, setelah dicabar oleh Lim untuk membuktikan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Najib. Katanya, beliau tidak kisah walaupun rakan-rakan sejawatannya yang lain tidak mengikut rentak langkahnya. "Saya percaya dengan apa yang saya buat, dan saya (bertindak) dengan betul. Kalau anda main bola sepak sebagai striker, anda tidak akan tanya kenapa pemain pertahanan atau sayap kanan tidak menjaringkan gol. "Saya tidak mahu peduli tentang orang lain, sebab ia akan buatkan kita berasa serba salah. Jadi kenapa saya perlu peduli? Saya cuma tumpukan kepada gol saya," katanya lagi. "Saya tak peduli sedikitpun apa yang orang akan kata. Saya percaya ini adalah cara untuk kita maju ke hadapan selepas lebih 50 tahun (merdeka). Tambahnya, beliau tidak mendukung pegangan yang ultra dalam mengutarakan isu-isu kaum dan beliau konsisten dalam hal ini semenjak menjadi ahli pergerakan pemuda Umno. Malangnya, beliau tidak dapat mengulangi slogan "Malaysian first" itu di Perhimpunan Agung Umno memandangkan beliau kini dalam majlis tertinggi parti. Nazri menjelaskan, lebih baik sekiranya beliau hanya seorang ketua bahagian kerana itu akan memberikannya lebih lebih berpeluang untuk bercakap dalam mesyuarat itu. Namun itu tidak akan menyekat beliau untuk terus bercakap mengenai agenda anti-perkauman, katanya. "(Pemain skuasy dan badminton negara, Datuk ) Nicol David dan (Datuk) Lee Chong Wei menang pingat emas apabila mereka bermain untuk negara. Mereka bukannya bermain untuk China tetapi Malaysia. Mereka dijulang sebagai hero. "Tapi bila mereka pulang, apa yang (kumpulan) rasis ini beritahu mereka? 'Masyarakat kamu tidak diterima di sini.' (Orang) rasis ini tidak sepatutnya menerima apa-apa dari Malaysia. "Jadi saya akan terus memerangi mereka," tegasnya. ~MK~ |
| Umno Pulau Pinang tak serik fitnah kerajaan negeri Posted: 16 Oct 2010 02:09 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan Umno yang mendakwa kerajaan negeri telah meluluskan permohonan daripada beberapa institusi pengajian tinggi swasta yang akan dibina di Balik Pulau.Katanya, sehingga ini tiada sebarang permohonan yang telah diterima dari mana-mana institusi seperti didakwa oleh Umno baru-baru ini. "Dakwaan Umno kononnya kerajaan negeri sudah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di Balik Pulau untuk pembinaan institusi tersebut adalah fitnah dan berniat jahat. "Mereka juga cuba memainkan sentimen perkauman dengan mendakwa pembinaan institusi tersebut bagi kaum Cina adalah tuduhan yang tidak benar. Pendidikan adalah untuk semua golongan masyarakat dan tidak hanya kepada kaum tertentu sahaja," katanya semasa sidang media di Komtar, semalam. Tambahnya, walaupun sebelum ini memang terdapat beberapa universiti luar negara menyuarakan hasrat mereka untuk membuka kampus cawangan di sini, namun sehingga ke hari ini belum ada permohonan yang diterima. Sebelum ini, Umno mendakwa kerajaan negeri telah mewartakan tanah tersebut bagi pembinaan sebuah universiti swasta yang akan melenyapkan sebuah lagi perkampungan Melayu di Balik Pulau. Mereka juga mendakwa tindakan kerajaan negeri dengan sengaja mencari tapak yang dihuni oleh masyarakat Melayu sebagai salah satu usaha untuk menyahkan mereka dari mendiami kawasan yang menjadi tumpuan majoriti masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Lim juga menafikan dakwaan Umno bahawa hanya tanah orang Melayu sahaja yang diambil untuk pembinaan institusi pengajian tinggi tersebut. "Sebenarnya dalam proses pengambilan tanah dan jumlah tawaran yang diberikan bagi tanah terbabit kerajaan negeri tidak patut dipersalahkan. Proses ini dibuat menurut undang-undang yang ada serta dilakukan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun lalu. "Nilai pampasan bukannya ditentukan oleh pihak kerajaan negeri, sebaliknya ia ditentukan oleh Jabatan Penilaian yang merupakan salah sebuah agensi Kerajaan Pusat," ujarnya lagi. ~harakah~ |
| Ketua cawangan Umno didakwa buat tuntutan palsu Posted: 16 Oct 2010 02:06 AM PDT Seorang Pengerusi Jawarankuasa Kemajuan dan Kebajikkan Kampung (JKKK) dekat sini mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menipu bekalan makanan dan minuman majlis berbuka puasa dan memohon agar dibicarakan di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu baru-baru ini.Tertuduh, 56 tahun yang juga Ketua Umno cawangan di Dun Wakaf Mempelam hadir diringi pegawai SPRM dengan memakai baju kemeja berlengan panjang dan berseluar slack hitam.. Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM, Syafinaz Shabudin di hadapan hakim Mahkamah Sesyen,Tuan Azman Mustapha. Mengikut kertas pertuduhan, pada 24 oktober 2005 lalu, di pejabat Daerah Kuala Terengganu, dengan disedari telah memberikan seorang ejen iaitu seorang pembantu Tadbir (Kewangan) Pejabat Daerah berkenaan satu dokumen iaitu pesanan kerajaan nombor yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan mengenainya dan mengandungi butiran yang palsu. Iaitu mengenai pembekalan makanan dan minuman untuk juadah majlis berbuka puasa di empat surau iaitu Surau Tok Jamal, Surau Haji Ahmad, Surau Gong Pauh Kiri, Surau Pok Babok pada tahun 2005, yang sebenarnya pembekalan itu tidak dilakukan oleh tertuduh. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 11(C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama dengan hukuman penjara tidak kurang 14 hari, tidak lebih dua tahun atau denda 10 kali ganda nilai suapan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. Hakim mahkamah menetapkan 9 november depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut dan membenarkan tertuduh melantik peguam serta tertuduh dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. ~harakah~ |
| Kenyataan penuh Sidang Media oleh Che'gu Bard Posted: 15 Oct 2010 10:01 AM PDT Saudara /saudari sekalian – selamat datangKami menyokong pencalonan Azmin Ali Kami menyokong pencalonan Khalid Ibrahim Kami menyokong pencalonan Zaid Ibrahim Kami menyokong pencalonan Mustapha Kamil Ayub Mereka adalah induk puncuk pimpian KEADILAN. Ketrampilan mereka adalah ketrampilan KEADILAN. Kekuatan mereka adalah kekuatan KEADILAN. Ketika ini KEADILAN sedang menganjurkan dan meluaskan ruang demokrasi. Semua anggota KEADILAN telah diperkasa dengan hak mereka memilih pimpinan dari yang paling rendah hingga tertinggi, dari cabang hingga ke pimpinan pusat. Syabas! Kerana KEADILAN lah parti pertama dalam negara ini yang mengotakan dan menterjemahkan konsep dan idea demokrasi sebenar. Pemilihan ini adalah kami ibaratakan BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT. Ini adalah satu proses untuk memilih satu pasukan kepimpinan parti untuk memperkukuhkan parti. Pada hemat kami Anwar Ibrahim akan di penjara. Pada hemat kami krisis ekonomi dunia akan merebak ke tanah air kita Pada hemat kami adu domba perkauman akan terus di tingkatkan Semua ini adalah krisis. Dalam krisis yang akan datang tidak lama lagi ini kita memerlukan kepimpinan yang kukuh, ampuh dan setia. Kepimpinan yang berteraskan massa rakyat. Kepimpinan yang lari dan keluar dari baju batik, berlengan panjang dan bersenggang di pejabat. Kerana itu kami menyokong Azmin. Kerana itu kami menyokong Zaid. Kerana itu kami menyokong Khalid. Kerana itu kami menyokong Mus. Menyedari betapa anak muda perlu disiapkan menghadapi krisis negara dan terus memacu bagi menyelesaikan 'pertempuran' peringkat ini maka justeru dengan sokongan anak anak muda dari Perlis hingga ke Sabah – dari Rembau hingga ke Permatang Pauh. Dari Bruas hingga ke Bintulu. Dari Kemaman hingga ke Kuching. Dari Seremban hingga ke Sarikei. Maka saya dengan rendah hati menawarkan diri saya untuk bertanding sebagai Ketua Angkatan Muda Malaysia dan Chang Lih Kang selaku Timbalan Ketua Angkatan Muda Malaysia serta yang lain - lain mengisi jawatan selaku Naib-naib dan exco. Justeru kerana inilah kami akan terus bersetia kepada parti, kepada pucuk pimpinan dan kepada gerakan anak muda. Angkatan Muda Keadilan akan diwajahkan menjadi landasan bagi gerakan semua anak muda Malaysia. Biduk lalu kiambang bertaut. Sesudah pemilihan kita bersetiakawan lagi untuk bergerak dan melawan musuh politik kita. Anak muda bersedia meneraju perubahan : membujur lalu melintang patah. Anak muda penerus perjuangan REFORMASI. |
| Posted: 15 Oct 2010 09:59 AM PDT Pemilihan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) hampir pasti akan menyaksikan saingan tiga penjuru dengan penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dilihat akan mempertahankan kedudukan beliau.The Malaysian Insider difahamkan Shamsul Iskandar telah mengambil keputusan akhir mahu mempertahankan jawatan semasa beliau dan ia akan diumumkan secara rasmi esok. Difahamkan, beliau membuat keputusan itu dua minggu lalu dan akan membuat pengumuman final ketika menerima pencalonan secara rasmi esok. Ketika dihubungi hari ini, Shamsul Iskandar berkata, "tunggu dulu, saya akan membuat keputusan apabila tiba masa yang sesuai." "Ada orang mengatakan saya telah membuat pusingan 'U'... tetapi saya hendak jelaskan, apa yang saya sebutkan sebelum ini, cuma menawarkan diri untuk bertanding kerusi naib presiden. "Sejak itu saya mendapat sokongan (pencalonan) yang baik, begitu juga agar saya bertanding mempertahankan jawatan saya di peringkat AMK. Pencalonan sungguh positif bagi kedua-dua jawatan. "Bagi jawatan ketua AMK, saya juga menerima sokongan pencalonan baik... jadi, saya masih mempertimbangkan dengan mendalam, dan akan membuat keputusan terakhir apabila tiba masanya," kata beliau. Dalam pada itu, Rafizi Ramli juga mengesahkan yang beliau bertanding jawatan ketua AMK. "Ya, ya saya bertandng... pendirian saya yang diumumkan lebih sebulan yang lalu masih kekal dan tidak berubah," kata ketua PKR Kemaman. "Saya tidak melihat kami ada mengalami perubahan, tiada yang berubah... semua sama. Yang berubah cuma seorang sahaja, seorang calon kerusi Exco memutuskan untuk menyertai pasukan lain iaitu ADUN Teja, yang menyertai kumpulan Chegubard, yang lain semua sama," katanya lagi. Kelmarin, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin secara rasmi mengumumkan bertanding jawatan ketua AMK dengan gandingan ADUN Teja Chang Lih Kang sebagai calon timbalan ketua. Semua mereka yang dicalonkan perlu memaklumkan penerimaan pencalonan mereka esok di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. Sesi itu akan berlangsung mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang. Mengenai peluang ekoran persaingan tiga penjuru, Rafizi berkata, mengambil kira sistem pemilihan langsung beliau yakin mempunyai peluang yang seimbang meskipun Shamsul Iskandar dan Badrul Hisham sudah terkenal di kalangan ahli-ahli parti. "Memandangkan sokongan yang diperlihatkan oleh ahli-ahli parti terhadap gagasan pertandingan saya dan pasukan saya cukup baik, saya terpanggil untuk meneruskan pertarungan dalam pemilihan ketua AMK. "Kita serahkan kepada ahli memandangkan parti menjalankan pemilihan satu ahli satu undi, lebih-lebih lagi ini melibatkan persaingan dalam keluarga parti" katanya lagi. |
| Saya adalah calon yang bebas dari tajaan Posted: 15 Oct 2010 09:55 AM PDT Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shaharin yang mengumumkan bertanding merebut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima baik tindakan penyandang Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memutuskan untuk mengekalkan jawatan beliau."Saya raikan penyertaan Shamsul," jelas ringkas beliau ketika dihubung FMT. "Seperti yang pihak saya ucapkan ketika sidang media sebelum ini kami menerima dan menyokong semua calon Timbalan Presiden sama ada Zaid Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub atau pun Azmin Ali. "Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti. Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak," ujar beliau lagi. Menurut Badrul yang lebih dikenali dengan Chegu Bard berkata AMK perlukan haluan baru dalam usaha membantu parti memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang. Hampir 70% pengundi muda Katanya, walaupun sekarang sebanyak 204 cabang PKR di seluruh negara tetapi hanya 163 sahaja cabang berdaftar yang mempunyai AMK. Manakala tidak sampai 50 cabang yang berjaya membuat pencalonan lengkap ketika pemilihan pencalonan yang berakhir 3 Oktober lalu. "Kelemahan ini perlu di atasi segera kerana dalam pilihan raya umum akan datang hampir 70 peratus pengundi merupakan pengundi muda dibawah umur 40 tahun." "Kita tak mahu pemimpin yang terlalu banyak berpolitik sedangkan hak-hak asas untuk memperkukuhkan AMK di semua peringkat kurang di beri tumpuan," kata beliau lagi. Dalam pada itu, Shamsul yang menerima 65 pencalonan untuk jawatan Naib Presiden dan 38 pencalonan Ketua AMK memilih untuk mempertahankan jawatan beliau walaupun sasaran beliau sebelum ini untuk jawatan Naib Presiden. |
| Tak tahan kena kutuk jangan masuk politik Posted: 15 Oct 2010 09:52 AM PDT Perkara ini ialah asam garam berpolitik. Azmin kutuk Mahathir, Mahathir juga sering kali mengutuk Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) dan Tuan Guru Abdul Hadi (TGAH) semasa beliau berkuasa. Tapi TGNA dan TGAH tidak pernah melatah dan ahli PAS juga tidak pernah memberi komen dalam akhbar. Yang saya dengar TGNA dan TGAH cuma kutuk Umno. Dan perkara yang disentuh dan dikomen ialah penyelewengan dalam Umno dalam semua hal termasuk kesucian agama Islam. Tidak pernah kedua Tuan Guru ini mengutuk individu. Ada satu insiden di mana TGNA panggil Umno "barua". Tidak lama kemudian mantan PM kita ini telah mengunjungi Kelantan dan dalam ceramah, beliau terus menghentam TGNA dan mengutuk serta mengaibkan TGNA. Itulah Dr Mahathir yang sebenar. Apalah sangat nak disanjung mantan Perdana Menteri itu. Projek-projek mega yang telah dijalankan dan sudah terlaksana bukannya dari duit poket dia. Semua duit projek dalam Malaysia ini ialah duit rakyat. Nak kata beliau perjuangkan bangsa Melayu semasa beliau berkuasa, tidak juga. Saya tengok kaum Melayu tidak ada apa-apa bezapun kalau nak 'dibenchmarkkan' dengan kaum lain. Malah kaum Melayulah yang menjuarai serta menduduki "TOP ON THE LIST" dalam istilah penagihan dadah, peragut, mat rempit, pembuangan bayi, perogol dan rasuah. Inilah wacana yang ditiup dan dicanang atas nama PEMBANGUNAN oleh Umno. Saya yakin jika ditakdirkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa pada Pilihan Raya Umum 13 yang akan datang ini, parti PAS dapat membentuk kerajaan dengan berpandukan al-Quran dan Hadis. Masalah serta gejala penagihan dadah, mat rempit, pembuangan bayi, peragut, perogol dan rasuah akan pasti dapat dikurangkan, insya Allah. ~zulmamakpng~ |
| Kerajaan PP bawah LGE iktiraf tahfiz al-Quran Posted: 15 Oct 2010 09:35 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggangap para huffaz merupakan harta yang tidak ternilai pada negara kerana memerlukan kepimpinan berketrampilan dan mempunyai cara hidup beragama yang tinggi. Katanya, jika tidak mengamalkan cara hidup beragama yang tinggi beliau yakin negara boleh musnah ekoran krisis moral yang semakin mengancam negara.Para huffaz sama ada yang hadir pada hari ini atau yang ada di luar negara adalah harta yang tidak ternilai pada negara. Kepimpinan yang berakhlak mulia akan mengemudikan negara dengan baik," ujarnya ketika berucap sempena Majlis Pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang. Oleh itu, sambung beliau sejak tiga tahun lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sumbangan kepada golongan terbabit sebagai menghargai jasa mereka yang sanggup menghafal Al-Quran. Kerajaan juga, ujarnya menyalurkan bantuan khusus kepada aktiviti keagamaan semata-mata memartabatkan Islam di negeri ini dan hasil program tersebut terhadap pertambahan 40 orang huffaz untuk tahun ini berbanding tahun lalu. Ia juga, katanya selari dengan matlamat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang mahu melahirkan 'satu keluarga satu hafiz'." Saya yakin hasil dari pengiktirafan itu menambahkan lagi para huffaz di negeri ini. Untuk tahun ini sahaja saya difahamkan 40 orang telah dilahirkan. Ini satu kebanggaan," tegasnya. Selain memberikan pengiktirafan kepada para huffaz yang hadir kerajaan negeri juga memberikan sumbangan kepada Johan Program Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridwan yang telah menaikkan imej Negeri Pulau Pinang serta boleh dijadikan motivasi kepada para huffaz di sini. Beliau merupakan seorang huffaz lulusan Maahad Tahfiz Al Quran Pulau Pinang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab). Turut hadir dalam majlis tersebut Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama (Dr) Abdul Rahman Abas. ![]() ~zulmamakpng~ |
| Bajet utamakan BN hadapi PRU13 Posted: 15 Oct 2010 09:32 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pembentangan Bajet 2011 hanya berpihak kepada negeri-negeri di bawah naungan Umno-BN.Berikutan itu, beliau yang juga setiausaha agung DAP akan mengemukkan rayuan kepada kerajaan persekutuan untuk memberi perhatian kepada negeri-negeri di bawah naugan Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat. Katanya, pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya ilusi untuk memerangkap perhatian rakyat dengan imbuhan. "Pembentangan bajet memperlihatkan imbuhan yang pelbagai oleh kerajaan, namun adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut?" soalnya. Menurut Lim, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri tumpuan terhadap tenaga kerja yang akan menjana ekonomi. "Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil (kemahiran) dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," kata ahli parlimen Bagan itu. Bagi ahli parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa pula, bajet yang dibentangkan Najib itu memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya. "Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda pilihan raya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka. "Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada sama ada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa, contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainya dan juga industri yang ingin diperkembangkan dalam negara kita," katanya yang juga timbalan presiden PAS. Ahli parlimen Kubang Kerian yang juga naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentang, menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi sebenarnya satu perangkap yang akan membebankan rakyat. "Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan. "Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada projek mega yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata Salahuddin. Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli parlimen yang lain bahawa ia merupakan gula-gula pilihan raya. "Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga setiausaha agung PKR. ~MK~ |
| Bajet Selamatkan Murujib Menjelangg PRU13 Posted: 15 Oct 2010 09:31 AM PDT Bajet 2011 yang dibentangkan hari ini tidak mengambil kira pembaharuan struktural yang dituntut oleh pelabur tetapi sebaliknya bergantung kepada perbelanjaan infrastruktur dan peningkatan pendapatan bagi memacu ekonomi negara dalam menghadapi pilihan raya umum yang dijangkakan tahun hadapan.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet yang mensasarkan peningkatan 2.8 peratus dalam perbelanjaan dan pada masa yang sama mengharapkan defisit negara dapat dikurangkan bagi mencapai 5.4 peratus keluaran dalam negara kasar tahun depan berbanding 5.6 peratus tahun ini. Menurut perangcangan, Malaysia yang merupakan ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara menjangkakan pertumbuhan 5-6 peratus pada 2011 selepas pengembangan 7 peratus tahun ini berbanding pengecutan 1.7 peratus pada 2009. "Trend berkenaan adalah perdagangan antarabangsa yang semakin mencabar dengan saingan semakin hebat untuk menarik prelabur asing," kata Najib. "Untuk menghadapi cabaran ini, sektor swasta mesti dinamik, kreatif dan inovatif untuk memacu pertumbuhan ekonomi." Malaysia memerlukan suntikan pelaburan asing langsung yang sebelum ini susut 81 peratus iaitu RM4.43 bilion pada 2009 berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada 2008. Jiran-jiran Malaysia, termasuk Singapura, Thailand dan Indonesia telah mengatasi negara ini dari segi pengaliran modal asing. Namun menurut penganalis bajet yang dibentangkan itu cuba memuaskan kehendak pengundi daripada pelabur. Meskipun rakyat akan dibebankan dengan kenaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus berbanding 5 peratus, tetapi mereka dipujuk dengan pembekuan lima tahun kadar tol, pengecualian cukai telefon bimbit dan juga diskaun duti setem untuk pembelian rumah kali pertama. Namun rancangan perbelanjaan RM212 bilion itu dikatakan mengecewakan pelabur kerana kekurangan pembaharuan dalam subsidi negara dan dasar negara yang berasaskan perkauman, kata beberapa penganalis. "Sebahagian besar pelabur asing tidak akan berpuas hati dengan bajet itu jika mereka tidak diberi apa-apa dalam bentuk wang yang sebenar," kata James Chin, seorang professor di Universiti Monash di Kuala Lumpur. Bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bajet itu tidak mencapai objektif isu utama iaitu menangani defisit yang sedang dihadapi. Katanya, ia menumpukan kepada projek mega yang hanya akan menguntungkan kroni Umno-BN. "Najib langsung tidak menyentuh isu penyelewengan dan rasuah dalam pembentangan belanjawannya. "Terlalu banyak tumpuan kepada diberikan kepada imbuhan tapi rakyat tidak akan dapat menikmatinya. "Mereka hanya sebut projek mega tapi hakikatnnya bilion ringgit akan dapat kepada kroni dan rakyat hanya dapat ratusan ringgit," sindirnya. Anwar berkata belanjawan yang dibentangkan ternyata menjurus ke arah menambat hati rakyat sekaligus menampakkan dengan jelas bahawa pilihan raya yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Antara projek mega yang disebut oleh Najib dalam pembentangan bajet 2011, ialah projek pembangunan Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara membabitkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) bernilai RM40 bilion dan juga projek Perkongsian Awam Swasta (PPP) bernilai RM12.5 bilion di mana kerajaan akan menyediakan dana fasiliti berjumlah RM1 bilion ~Agencies~ |
| Kelantan dianaktirikan dalam bajet PRU13 Posted: 15 Oct 2010 09:28 AM PDT Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar melahirkan kekecewaan dengan Bajet 2011 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak petang tadi langsung tidak menyentuh peruntukan untuk negeri Kelantan. "Saya amat kecewa sebagai ahli Parlimen daripada Kelantan, tidak ada apa-apa projek pun yang disebut menyentuh Kelantan sama ada jalan raya, lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tak ada satu pun yang memberi nikmat kepada rakyat Kelantan. "BN tidak mempedulikan Kelantan kerana merasakan seolah-olah mereka tidak mempunyai apa-apa harapan lagi terhadap Kelantan," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad melahirkan kebimbangan dengan cara kerajaan berbelanja yang jelas menunjukkan defisit. "Saya rasa ini bajet terakhir sebelum pilihan raya. Najib cuba sedapat yang boleh memberikan kemudahan kepada orang kampung, belia, sekolah agama rakyat yang dahulunya ipinggirkan, tidak ketinggalan juga Permata. "Saya nampak semua diambil kira dan beliau meramalkan defisit RM5.4 bilion. Kalau beginilah cara kerajaan berbelanja dengan tidak memberikan fokus kepada bagaimana langkah-langkah untuk mendapatkan pelaburan asing, saya tidak nampak satu langkah untuk mendapatkan pelaburan asing atau swasta dan membantu pertumbuhan ekonomi negara," katanya yang juga AJK PAS Pusat. ~harakah~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Katanya, jika tidak mengamalkan cara hidup beragama yang tinggi beliau yakin negara boleh musnah ekoran krisis moral yang semakin mengancam negara.Para huffaz sama ada yang hadir pada hari ini atau yang ada di luar negara adalah harta yang tidak ternilai pada negara.
Kepimpinan yang berakhlak mulia akan mengemudikan negara dengan baik," ujarnya ketika berucap sempena Majlis Pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang.
Oleh itu, sambung beliau sejak tiga tahun lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sumbangan kepada golongan terbabit sebagai menghargai jasa mereka yang sanggup menghafal Al-Quran.
Kerajaan juga, ujarnya menyalurkan bantuan khusus kepada aktiviti keagamaan semata-mata memartabatkan Islam di negeri ini dan hasil program tersebut terhadap pertambahan 40 orang huffaz untuk tahun ini berbanding tahun lalu.
Ia juga, katanya selari dengan matlamat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang mahu melahirkan 'satu keluarga satu hafiz'."
Saya yakin hasil dari pengiktirafan itu menambahkan lagi para huffaz di negeri ini. Untuk tahun ini sahaja saya difahamkan 40 orang telah dilahirkan. Ini satu kebanggaan," tegasnya.
Selain memberikan pengiktirafan kepada para huffaz yang hadir kerajaan negeri juga memberikan sumbangan kepada Johan Program Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridwan yang telah menaikkan imej Negeri Pulau Pinang serta boleh dijadikan motivasi kepada para huffaz di sini.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.