Jumaat, 15 Oktober 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Intipati Bajet 2011

Posted: 15 Oct 2010 05:35 AM PDT

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat. Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi - RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan - RM49.2 bilion

Berikut petikan penting ucapannya:

•Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
•Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
•Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
•Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
•Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
•Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
•Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
•Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
•Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
•Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
•Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
•Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
•Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
•Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
•Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
•Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
•RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
•RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

•Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

•RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

•Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
•Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
•Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
•Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
•Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
•RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
•RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
•Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

~MK~

PTK Dimansuhkan

Posted: 15 Oct 2010 05:35 AM PDT

Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecepatan (PTK) untuk kakitangan awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, PTK akan digantikan dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima oleh penjawat awam menjelang Jun 2011.

Beliau menegaskan demikian ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Perdana menteri itu, keputusan itu dibuat dalam usaha berterusan menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambilkira maklumbalas para penjawat awam.

Katanya, penjawat awam selaku pelaksana dasar adalah komponen yang amat penting dalam usaha negara merealisasikan wawasan kebangsaan.

"Tanpa agen pelaksana yang cekap, berkesan dan dinamik, wawasan negara akan hanya tinggal sekadar matlamat murni", tegas perdana menteri.

Rasa tidak puas hati berkaitan PTK tidak sahaja bangkit dari kakitangan bawahan, malah sehingga peringkat pegawai kanan kerajaan.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu PTK dikaji semula termasuk dari segi kenaikan pangkat dengan tidak hanya mengutamakan mereka yang lulus cemerlang tahap empat sahaja.

Sebaliknya, Presidennya, Omar Osman dilaporkan berkata penjawat awam yang lulus tahap tiga namun berpengalaman dan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, juga perlu diberikan keutamaan untuk kenaikan pangkat.

Katanya, ini kerana sejak PTK diperkenalkan pada 2002, kakitangan lama memang sukar untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PTK berbanding kakitangan muda.

Mengikut sistem PTK, mereka yang lulus tahap empat layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat dan anjakan gaji manakala lulus tahap tiga layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat.

Ramai kakitangan lama yang berpengalaman, sukar menikmati kenaikan pangkat disebabkan lulus tahap tiga dan terpaksa bersaing dengan mereka yang lulus cemerlang tahap empat.

~MK~

Bajet PRU 13

Posted: 15 Oct 2010 05:33 AM PDT

Bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi disifatkan sebagai 'Bajet Pilihan Raya (PRU) ke-13' oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ini kerana bajet yang bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" itu memberikan 'gula-gula' kepada semua golongan namun tidak membantu mengatasi beban yang ditanggung mereka.

Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang juga ditemui di lobi Parlimen pula berkata, bajet yang dibentangkan Najib memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

"Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda PRU akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka.

"Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada samada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainyadan juga industri yang ingin diperkembagkan dalam negara kita'" kata beliau yang juga Timbalan Presiden PAS.

Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentangkan menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi

"Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan.

"Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada mega projek yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata beliau kepada pemberita di luar lobi Parlimen selepas selesai pembentangan bajet.

Sementara itu, ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Umno Barisan Nasional hanya prihatin terhadap rakyat apabila menjelangnya pilihan raya.

"Nampaknya Umno BN hanya prihatin kepada rakyat hanya menjelang pilihan raya.

"Bajet ini nampaknya menjurus kepada pilihan raya. Ada beberapa kemudahan yang ditambah menjelang pilihan raya.

"Tapi isu terbesar yang menyebabkan pelaburan tidak meningkat di negara kita ialah masalah defisit yang tidak ditangani dalam belanjawan .

"Itu menunjukkan belanjawan itu terpaksa berdepan dengan beberapa masalah seperti ekonomi, menjana pertumbuhan dan menarik pelaburan.

"Kemudian satu kelemahan besar kerana masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran tidak disebut. Yang disebut hanya projek mega puluhan bilion ringgit yang akan memberi manfaat lebih besar kepada kroni dan keluarga dan hanya ratusan ringgit kepada rakyat," kata beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli Parlimen yang lain bahawa ianya merupakan gula-gula pilihan raya.

"Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga Setiausaha Agung PKR.

~harakah~

Bagus sangatkah PERMATA?

Posted: 15 Oct 2010 05:32 AM PDT

Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

"Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut..." kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan "Rosmah!" disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: "Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu."

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.

Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit "Rosmah! Rosmah!", sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.

Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah. Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter.

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

~MK~

Rosmah dapat RM111 juta

Posted: 15 Oct 2010 05:30 AM PDT

Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011. Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmii dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet 'istemewa'.

Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

~harakah~

Pakatan sinis dengan bajet 2011

Posted: 15 Oct 2010 05:29 AM PDT

Kongsi 0Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima reaksi sinis daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat, namun wakil BN tetap optimis dengan angka-angka yang dikemukakan.

Antara yang menjadi sasaran ialah tindakan Najib mengumumkan rancangan kerajaan untuk memansuhkan duti import antara 5 peratus hingga peratus bagi 300 barangan pilihan pelancong – termasuk seluar dalam dan minyak wangi.

Ahli parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching, dalam tulisannya di laman Twitter, antaranya mempersoalkan sama ada pengumuman itu merupakan "hadiah" Najib untuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, sindiran juga disuarakan berikutan pengumuman peruntukan sebanyak RM111 juta untuk Program Pendidikan dan Pengasuhan Kanak-kanak (PERMATA), satu program bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diusahakan Rosmah.

Tambahan pula, JPM sendiri kali ini menerima peruntukan sebesar RM15 bilion. "Malangnya peruntukan untuk parlimen hanya RM78 juta," kata ahli parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

"Permata dapat RM111 juta dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) RM90 juta. Hebat lagi peruntukan First Lady," katanya di laman Twitter, merujuk kepada nama jolokan kepada Rosmah.

Menulis lanjut, Dr Dzulkefly berkata peruntukan yang disediakan kerajaan dalam belanjawan kali ini juga menunjukkan trend yang sama dengan tahun lalu.

Peruntukan untuk pengurusan kekal besar – sebanyak RM162 bilion (RM131 bilion dalam bajet 2010), berbanding peruntukan untuk pembangunan sebanyak RM51 bilion (RM51 bilion bajet 2010).

Bagaimanapun, bajet kali ini tetap menerima reaksi positif daripada pemimpin BN. Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin yang mengusahakan BN Youth Lab bagi mendapatkan maklum balas daripada golongan muda.

Menulis di Twitter, Khairy ternyata gembira apabila Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk Program Latihan 1Malaysia yang menyediakan kemahiran kepada golongan itu.

"Pendekatan Pemuda BN berteraskan partisipasi anak muda & idea menghasilkan perubahan hakiki dalam belanjawan hari ini.

"Syukur cadangan BN Youth Lab dimasukkan dalam Belanjawan 2011," tulisnya lagi.

Katanya, kerajaan juga telah menerima cadangan makmal itu dalam menyediakan Skim Rumah Pertama, penetapan gaji minimum serta dana belia 1Malaysia.

Namun, pembentangan kali ini, yang disasarkan Najib sebagai "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" itu masih belum dapat meyakini wakil rakyat seperti ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad.

"Nampaknya seperti bajet yang disasarkan untuk mendapatkan undi, bukannya ekonomi berpendapatan tinggi," kata Khalid di Twitter, merujuk kepada pemberian kerajaan kepada golongan pemimpin masyarakat luar bandar yang diumumkan Najib.

Imbuhan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kali ini dinaikkan daripada RM500 kepada RM800, manakala elaun bagi imam pula dinaikkan daripada RM450 dan RM750.

Selain itu Elaun pengerusi JKKK, JKKP dan Tok Batin Orang Asli juga dinaikkan menjadi RM800.

~MK~

Bantuan Khas RM500 Bukan Bonus Tau

Posted: 15 Oct 2010 05:27 AM PDT

Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan. Ia akan dibayar pada bulan Disember bagi meringankan beban perbelanjaan persiapan persekolahan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini. Selain itu, kerajaan juga menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 sekarng, selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.

"Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara kerajaan," tambah beliau.

Kerajaan juga, katanya, perkhidmatan pegawai khidmat singkat akan tamat pada 31 Disember 2010, akan disambung setahun lagi. Oleh itu, kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan pegawai khidmat singkat baru.

Wanita

Najib juga mengumumkan penjawat awam wanita diberi pilihan untuk menentukan sendiri sama ada untuk mengambil cuti bersalin bergaji penuh sehingga 90 hari. Sekarang ini, mereka menikmati 60 hari kecuali di Kelantan yang telah melaksanakan tempoh cuti 90 hari berkenaan.

Najib berkata kemudahan, yang bertujuan menambah baik kemudahan cuti bersalin penjawat awam wanita, bagaimanapun tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

"Sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan," kata Najib.

Najib berkata kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, termasuk untuk memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita bersempena Hari Wanita mulai tahun depan.

~MK~

Majlis konsultasi gaji negara ditubuhkan

Posted: 15 Oct 2010 05:26 AM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk menjadi platform utama dalam penetapan upah golongan pekerja di negara ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata majlis berkenaan akan diwakili oleh majikan, kesatuan pekerja, kumpulan pekerja tanpa persatuan, agensi kerajaan, akademia, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu.

Beliau berkata sekretariat bagi majlis berkenaan adalah Kementerian Sumber Manusia.

"Selaras dengan peningkatan produktiviti, golongan pekerja seharusnya mendapat upah dan ganjaran yang lebih tinggi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum akan ditentukan oleh majlis tersebut.

Misalnya, beliau berkata pada masa ini, gaji pokok permulaan posmen telah dinaikkan kepada RM710 sebulan berbanding RM610 sebulan pada 1 Julai lepas dan dengan kenaikan itu, upah keseluruhan posmen meningkat daripada RM1,035 sebulan kepada RM1,285 termasuk elaun tetap.

Bagi pengawal keselamatan pula, beliau berkata kerajaan akan menguatkuasa gaji pokok minimum kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan berbanding RM300 dan RM400 pada masa ini.

"Dengan kenaikan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah melebihi RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai Januari tahun depan," katanya.

Selain itu, Najib berkata kerajaan akan meneruskan langkah pengurangan bilangan pekerja asing dengan menaikkan levi secara berperingkat mengikut sektor dan pada masa sama, majikan akan diwajibkan memperoleh insurans kesihatan bagi pengambilan pekerja asing mereka.

Najib berkata kerajaan juga akan mewujudkan Program Latihan 1Malaysia yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Beliau berkata program latihan itu mempunyai tiga komponen iaitu sebanyak RM200 juta untuk menjalankan latihan sambilan di sebelah malam dan hujung minggu di pusat latihan terpilih di seluruh negara.

"Ia akan dikendalikan oleh Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara, Pusat Giat Mara dan Institut Latihan Perindustrian dengan kemudahan sedia ada," katanya.

Beliau berkata antara kursus yang ditawarkan pada sebelah malam ialah Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Inggeris, Arab dan kelas muzik manakala di hujung minggu, kursus berbentuk kemahiran dan teknikal akan dilaksanakan termasuk memasak, menjahit, spa, mekanik, elektrik dan kimpalan.

Najib berkata program berkenaan juga meliputi peruntukan RM200 juta daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia yang membolehkan syarikat membiayai program latihan khusus bagi pekerja mereka.

Selain itu, katanya Kementerian Sumber Manusia juga menyediakan RM100 juta untuk membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal.

~Bernama~

Dana pencen swasta mulai tahun depan

Posted: 15 Oct 2010 05:26 AM PDT

Kerajaan akan melancarkan Dana Pencen Swasta tahun depan bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan untuk meliputi caruman yang dibuat kepada dana itu termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri.

"Majikan juga akan diberi potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerjanya. Ini akan memberikan pilihan kepada rakyat bagi melabur untuk hari tua mereka," katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, beliau berkata Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera pada tahun ini dengan saiz bernilai RM1 bilion dan patuh syariah.

"Sebagai penyertaan yang lebih bermakna dan mapan oleh golongan Bumiputera, yayasan tersebut akan memberi peluang pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersil utama di bandar utama dalam negara.

"Bumiputera dapat melanggan dalam tabung pemilikan hartanah komersil kelas utama di Lembah Klang melalui skim pemilikan berkelompok," katanya.

~MK~

Elaun pengerusi JKKK dan imam naik

Posted: 15 Oct 2010 05:25 AM PDT

Kerajaan akan menaikkan hampir 100 peratus elaun bulanan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP, Tok Batin, pengerusi JKKK Orang Asli dan pengerusi kampung baru.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kadar elaun bulanan mereka dinaikkan kepada RM800 berbanding RM450 sekarang.

"Sejak dulu, kini dan selamanya, jasa golongan pemimpin masyarakat tidak pernah dilupa," kata perdana menteri ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Bagi memastikan eluan itu dinikmati oleh semua ketua kampung, katanya, ia turut diberikan kepada pengerusi jawatankuasa kampung baru rangkaian dan pengerusi jawatankuasa kampung bagan.

"Kerajaan juga akan menaikkan eluan kehadiran mesyuarat kepada semua ahli jawatankuasa dari RM30 kepada RM50," katanya.

Di samping itu, katanya, elaun bulanan bulanan imam juga akan dinaikkan dari RM450 kepada RM750.

"Manakala imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan kepada RM800 berbanding RM500 berkuatkuasa Januari 2011," tambahnya.

~MK~

Pinjaman rumah 100 % untuk golongan muda

Posted: 15 Oct 2010 05:24 AM PDT

Kerajaan memperkenalkan 'skim rumah pertamaku' melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.

Skim itu menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

"Skim ini adalah untuk pembeli rumah pertama berpendapatan isu rumah kurang daripada RM3,000 sebulan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

"Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahulun, seperti amalan lazim," tembahnya.

Pada masa yang sama, tambahnya, pembeli rumah pertama juga diberi pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus di atas surat cara pindah milik rumah yang berharga tidak melebihi RM350,000.

"Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama tersebut.

Sementara itu, perdana menteri berkata, kerajaan juga akan memperbaiki lagi syarat-syarat untuk pinjaman perumahan bagi kakitangan awam, dengan:

1. Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik.

2. Menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000 berbanding RM10,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi kumpulan sokongan dua; dan

3. Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini.

"Kesemua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

~MK~

Tol empat lebuh raya PLUS tidak naik untuk 5 tahun

Posted: 15 Oct 2010 05:22 AM PDT

Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Ekspressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, berkuatkuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat.

Beliau menegaskan demikian ketika membentang bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini. Di samping itu, katanya kerajaan juga komited untuk memastikan akses kepada kesihatan berkualiti dapat dinikmati segenap lapisan rakyat.

Berikutan itu, tambahnya, kerajaan memperuntukkan RM15.2 bilion bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat serta mendapat bekalan ubata dan peralatan perubatan.

Di samping itu, kata perdana menteri, klinik 1Malaysia yang kini berjumlah 51 buah, akan ditambah sebanyak 25 buah lagi.

~MK~

Cukai jualan telefon mudah alih dimansuh

Posted: 15 Oct 2010 05:21 AM PDT

Kerajaan bercadang mengecualikan cukai jualan untuk telefon mudah alih, berkuatkuasa pukul 4 petang ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

"Bagi mengharmonikan layanan cukai ke atas "Personal Digital Assistant" (PDA) dengan "Global System Mobile" (GSM) dan telefon mudah alih biasa, kerajaan mencadangkan telefon mudah alih dikecualikan daripada cukai jualan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa ini, telefon mudah alih biasa tertakluk kepada 10 peratus cukai jualan sedangkan PDA dan GSM, yang juga berfungsi sebagai telefon mudah alih, diberikan pengecualian cukai menerusi Perintah (Pengecualian) cukai jualan 2008.

Oleh itu, layanan cukai jualan ke atas telefon mudah alih dan peralatan lain mungkin berfungsi sebagai telefon mudah alih seperti PDA dengan GSM, tidak
sama.

~MK~

Warisan Merdeka tandingi KLCC

Posted: 15 Oct 2010 05:20 AM PDT

Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.

Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara. Kos projek berjumlah RM5 bilion, dengan menara dijangka siap pada 2015.

~MK~

Adunan mandatori biobahan api mulai Jun 2011

Posted: 15 Oct 2010 05:18 AM PDT

Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga akan melaksana mekanisme "Feed in Tariff" menerusi Akta Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) bagi membolehkan tenaga elektrik daripada sumber RE oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa membentangkan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

~MK~

Rosmah memang degil

Posted: 15 Oct 2010 05:17 AM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempersoalkan sama ada penggunaan gelaran 'Wanita Pertama' oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang berakhir 13 Oktober yang lalu adalah akibat daripada kealpaan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menasihati beliau ataupun disebabkan kedegilan beliau sendiri.

"Rosmah sepatutnya malu untuk menggunakan gelaran 'First Lady', kerana umum mengetahui gelaran itu untuk Permaisuri Agong. Namun, walaupun isu ini telah dijelaskan oleh pelbagai pihak namun ianya berterusan berlaku, dan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pimpinan asing," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau memberikan komen tersebut sebagai mengulas laporan portal Suara Keadilan yang memetik pakar perlembagaan negara, Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mempersoalkan tugas Bahagian Protokol adalah di bawah JPM yang sepatutnya, pada pandangan beliau menasihatkan Rosmah mengenai penggunaan gelaran 'First Lady'.

"Sepatutnya bahagian ini menjalankan tanggungjawabnya dan memberi garis panduan kepada isteri Perdana Menteri mengenai isu ini.

"Perlembagaan amat jelas siapa sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama iaitu dalam perkara ini Raja Permaisuri Agong," tegas Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dr Aziz Bari turut berkata Perkara 32(2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Perkara 32(2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Sehubungan itu pihak istana negara disaran mengeluarkan kenyataan rasmi agar kesilapan ini tidak berterusan dan gelaran 'First Lady' tidak digunakan sewenang-wenangnya," kata Tuan Ibrahim, sambil menambah bahawa tindakan Rosmah dilihat sebagai tidak memahami protokol rasmi dan juga konsep institusi Raja Berperlembagaan.

"Kalau ini berlaku dalam Pakatan Rakyat, kita yakin media perdana akan terus melabelkan kita dengan label pengkhianat," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

~MK~

Ansari Bertanding Naib Presiden PKR

Posted: 15 Oct 2010 01:43 AM PDT

Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pusat Ansari Abdullah, mengesahkan beliau akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti November depan.

Beliau yang juga Ketua Cabang Tuaran merupakan antara aktivis terawal KEADILAN dan pernah menyandang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah selama satu penggal.

Sebelum itu Ansar juga aktif sebagai seperti Penasihat Undang-undang Parti Keadilan Nasional Sabah (sebelum pengabungan) serta Timbalan Pengerusi KEADILAN Sabah selama dua penggal.

Beliau yang juga seorang peguambela dan peguamcara yang terkenal dan disegani di Sabah mula berkecimpung dalam dunia politik sedari era negeri itu ditadbir oleh kerajaan USNO di bawah Tun Datu Mustapha Datu Harun lagi.

Dalam sidang media yang diadakan di Kota Kinabalu Isnin lalu, Ansari menjelaskan tujuan beliau menawarkan diri bagi jawatan Naib Presiden adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara pimpinan Sabah dan Sarawak dengan pimpinan tertinggi pusat dalam usaha untuk memecahkan teori 'fix deposit' Umno-Barisan Nasional.

"Saya telah diminta oleh majoriti Cabang di Sabah dan juga beberapa cabang sahabat di Semenanjung yang ingin melihat saya memainkan peranan yang lebih aktif dalam misi memperjuangkan hak-hak warga Sabah dan Sarawak dalam konteks federalisme.

"InsyaAllah saya akan berusaha keras untuk merapatkan jurang persahabatan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, memperkasakan reformasi, memperjuangkan tanah adat Orang Asal dan juga memberi perhatian kepada pelbagai isu yang dihadapi rakyat kedua-dua negeri ini," kata Ansari.

Laksana Pembaharuan Institusi

Posted: 15 Oct 2010 01:43 AM PDT

Sempena proses pemilihan peringkat pusat dengan pengesahan calon-calon bertanding pada 16 Oktober ini, saya mencadangkan supaya semua calon yang bertanding mengisytiharkan harta serta belanjawan masing-masing.

Boleh dikatakan sepanjang pilihan raya umum dan kecil lepas, oposisi mengajak rakyat percaya bahawa kebanyakan pemimpin UMNO/BN mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Kita bukan sahaja mencabar mereka yang terbabit mendedahkan akaun masing-masing dan belanjawan pilihan raya masing-masing sempena pilihan raya. Malah, kita juga mendesak pihak berwajib seperti SPR dan SPRM supaya menyiasat beberapa pemimpin UMNO/BN yang kita anggap tiada integriti.

Cabaran dan desakan ini semata-mata kerana kita mahu melihat proses pilihan raya dan demokrasi berlangsung secara bersih, bebas dan adil.

Apa yang kita cadangkan serta desakan ini, bagi saya adalah suatu pembaharuan institusi (institutional reform) - iaitu kita mereformasi sistem yang sedia ada supaya mengangkat pemimpin yang adil dan bersih.

Pengalaman menentang korupsi Tun Dr. Mahathir Mohammed pada era Reformasi tersebut akhirnya masih mengangkat seorang peribadi korup yang lain iaitu Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Penentangan massa ke atas Abdullah akhirnya tetap mengangkat seorang peribadi yang juga korup, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penentangan ini senantiasa tidak menyebelahi rakyat untuk mengangkat seseorang yang adil, bersih dan demokratik selagi kita tidak membawa suatu pembaharuan institusi dalam sistem pilihan raya negara.

Kita gagal membenamkan parti rejim jua sebenarnya ekoran kita gagal membawa pembaharuan institusi (institutional reform) terlebih dahulu ke dalam negara.

Sebab itu, rakyat perlu menganggap beberapa tuntutan BERSIH ke atas SPR menjelang PRU12 lalu sebagai suatu pembaharuan institusi.

Institusi yang direformasi menjadi bebas, adil dan demokratik pastinya akan mengangkat kepemimpinan yang integriti, adil dan demokratik.

Sekarang kita tidak mampu melakukan semua pembaharuan institusi ini di dalam kerajaan; khususnya SPR kerana kita masih tidak berpeluang mendapat mandat rakyat.

Tetapi, kita khususnya JPP mempunyai kuasa untuk membuktikan bahawa semua ini relevan dan realistik untuk dilaksanakan dalam negara, dengan kita menjadikan parti kita sebagai pelantar ujian yang sihat.

Biar dunia melihat bahawa semua cadangan pembaharuan institusi (institutional reform) ini relevan dan realistik untuk dilaksanakan dalam Malaysia dengan melihat pelantar ujian kita.

Yang terjejas, mungkin pemimpin yang melakukan korupsi atau menyalahguna kuasa sahaja.

Rakyat akan melihat komitmen ini.

Tidak mustahil rakyat akan sokong usaha ini dan bersedia memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, khususnya Parti KEADILAN kerana mereka percaya Parti KEADILAN jika memerintah selepas PRU13 kelak akan laksanakan pembaharuan institusi (institutional reform) dalam negara sebagaimana yang telahpun dibuktikan dalam parti kita.

Satu lagi, saya cadang kita laksanakan cat jari sempena pemilihan kali ini.

Cadangan ini yang bagi saya satu lagi pembaharuan institusi (institutional reform) mampu membuka mata rakyat.

Rakyat akan berkata, "rupa-rupanya sistem cat jari dan dedah akaun peribadi calon tidak lah mengganggu sistem demokrasi. Kalau KEADILAN boleh buat, mengapa kerajaan pusat masih cipta alasan untuk membodohkan rakyat?"

Sekali saya cadangkan, JPP perkenalkan sistem dedah akaun peribadi calon dan cap jari demi mengangkat imej parti sebagai parti yang bersih dan saksama.

Saya mohon sokongan semua pihak.

Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia.

"Angkat Politik Nilai, Laksana Pembaharuan Institusi (Institutional Reform) Demi Memperkasa Imej Parti"

Mustaffa Kamil Ayub
Naib Presiden
Parti KEADILAN Rakyat

Menyingkap hari-hari terakhir UBN di Johor

Posted: 15 Oct 2010 01:41 AM PDT

Hari-hari terakhir bagi sesebuah pemerintahan atau kerajaan menjadi sangat nyata apabila ianya semakin zalim dan korup. Begitulah keadaannya dengan umno-bn di Malaysia. Dalam konteks ini, Johor yang kononnya sebagai benteng kuat umno tidak terkecuali.

Beberapa hari yang lalu, suasana perayaan Aidilfitri anjuran Keadilan Negeri Johor yang pada mulanya meriah dan berjalan lancar telah menjadi ribut apabila sepasukan polis tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah persendirian di Kampung Air Manis, Kulaijaya tempat jamuan hariraya itu diadakan.

Pada malam Sabtu 8 Oktober itu, kira-kira 40 orang anggota polis yang diarah sendiri oleh Ketua Polis Daerah, DSP Zulkefly Yahya, telah merentap mikrofon ketika Pengerusi Keadilan Negeri, Chua Jui Meng, sedang berucap. Selepas itu, mereka merampas pula peralatan siaraya yang lain termasuk dua keping banner di situ.

Mengapakah polis yang kononnya "tegas, adil dan berhemah" itu bertindak sebegitu rupa? Zulkefly Yahya tidak ada jawapan lain kecuali membebelkan "tidak ada permit".

Kalau itulah alasannya, kami ingin bertanya: berapa ribukah permit yang telah dikeluarkan oleh pihak polis, dan berapa ratuskah majlis rumah-terbuka yang telah mereka serbu sepanjang musim perayaan ini?

Peristiwa polis menceroboh kawasan persendirin atas alasan "tidak ada permit" sudah pernah berlaku beberapa kali. Kejadian di Sungai Tongkang, Rengit pada malam 31 Julai masih segar dalam ingatan. Ketika itu, ribuan orang sedang menunggu untuk mendengar ceramah anjuran Keadilan di kawasan Markas Pas.

Pada masa itulah, ratusan orang polis termasuk dari unit FRU telah dikerah untuk menceroboh masuk ke kawasan yang berkenaan serta memecahkan pintu stor dan merampas peralatan siaraya yang terkunci di dalamnya. Dalam masa yang sama, mereka juga telah bertindak memukul serta mencederakan sejumlah orang, dan menangkap beberapa yang lain.

Semua ini tidak dapat dilupakan. Akantetapi, mengapakah polis yang sepatutnya profesional bertindak sedemikian rupa?

Dari dua contoh di atas, saya buat kesimpulan begini: Pemerintah yang sudah tidak berupaya, dan institusi kerajaan yang sudah korup serta tidak berwibawa, kedua-duanya akan berpaut erat antara satu sama lain. Demi survival, mereka akan berganding melakukan apa saja, tanpa mempedulikan nasib serta masa depan negara dan rakyat.

~Syed Hamid Ali~

Chegu Bard dan Chang Lih Kang berganding

Posted: 15 Oct 2010 01:40 AM PDT

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Badrul Hisham Shahrin mencari jalan selamat dengan enggan mengaitkan dirinya dengan calon-calon yang bertanding jawatan peringkat pusat apabila mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

"Kami tidak mendakwa merestui atau menyokong siapapun.

"Kita semua orang (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang (presiden) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kita menyokong (calon timbalan presiden) Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub kerana mereka adalah teras pucuk pimpinan kita," katanya.

Namun demikian, kehadiran Mustaffa di sidang akhbar mungkin memberikan penunjuk di mana terletak kesetiaannya.

Ditanya mengenainya, Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berkata beliau menjemput semua calon timbalan presiden, tetapi percaya yang lain-lainnya ada urusan kerana adalah hari bekerja.

Beliau bagaimanapun, mengakui berkongsi pandangan reformis Mustaffa dan menghormati kesetiaannya kepada parti. Regu Badrul adalah ADUN Teja Chang Lih Kang yang bertanding jawatan timbalan ketua AMK.

Chang sebelum ini disenaraikan untuk bertanding jawatan exco AMK oleh pasukan pesaing 'Generasi Reformasi' yang diketuai oleh Rafizi Ramli.

"Saya membuat keputusan ini kerana saya ingin bertanding jawatan yang lebih tinggi daripada anggota exco, yang disenaraikan (dalam pasukan Rafizi)," katanya.

Yang lainnya dalam pasukan Badrul, yang bertanding di bawah slogan 'Penerus Momentum Reformasi', adalah calon naib ketua yang juga ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamhari dan wakil cabang Keningau, Dr Nicholas J Guntobon.

Barisan muktamad akan hanya dibuat dalam beberapa hari lagi kerana "ada terlalu ramai" yang ingin menjadi menyertai pasukan itu, kata Badrul. Turut hadir hari ini ialah bekas ketua komunikasi PKR, Jonson Chong dan wakil AMK dari Perak, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor dan kira-kira 30 orang penyokong.

Datuk Azhar pilih maaf atau saman fitnah?

Posted: 15 Oct 2010 01:37 AM PDT

Adun Dato' Keramat, YB Jagdeep Singh memberitahu para pemberita bahawa ketua pembangkang dari UMNO Barisan Nasional Datuk Azhar diberi 7 hari untuk meminta maaf daripada kerajaan Pakatan Rakyat dan juga ke semua warga emas.

Jikalau tidak, Datuk Azhar akan dikenakan saman fitnah. YB Jagdeep juga menegaskan tindakan saman fitnah akan juga dikenakan ke atas media yang menyiarkan berita palsu itu.

Seramai 20 orang warga emas dari kawasan Parlimen Jelutong hadir bersama untuk memberi sokongan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk teruskan Program Warga Emas dan Program Penghargaan Waris Warga Emas.

Perhimpunan beramai itu diadakan di tanah lapang di Jalan Perak, Pulau Pinang pada pukul 6 petang, Rabu 13hb Oktober 2010. Hj Rashid selaku Timbalan Ketua Cabang Bayan Baru Keadilan turut hadir, pimpinan PAS dan DAP juga turut hadir bersama.

Mana nama warga emas yang pulangkan duit judi?

Posted: 15 Oct 2010 01:35 AM PDT

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, menggesa Umno Pulau Pinang supaya segera mengemukakan bukti tentang dakwaan mereka bahawa sebahagian besar warga emas menolak sumbangan wang penghargaan sebanyak RM100 sepertimana yang diuar-uarkan sebelum ini.

Menurutnya, jika sebelum ini Umno menjadikan warga emas sebagai alat untuk memperdayakan mereka bagi mendapat sokongan yang hilang terhadap mereka, maka adalah lebih baik bagi Umno mengemukakan bukti segera supaya tidak dilihat sebagai membohongi warga emas yang tidak bersalah.

"Sila kemukakan kepada kerajaan negeri dengan tepat butir-butir peribadi penerima serta surat akuan yang ditandatangani oleh warga emas sendiri membuktikan mereka sememangnya melakukannya dengan ikhlas untuk menarik diri dari menjadi penerima sumbangan tersebut.

"Sebaik saja kita menerima butir-butir yang telah sahih itu, maka nama mereka yang telah dikenal pasti akan dipotong dari senarai penerima. Kita tidak mahu maklumat yang diberikan tidak benar serta tidak langsung terdapat nama mereka dalam sistem yang direkodkan sebelum ini," ujarnya ketika mengulas tindakan sebahagian besar warga emas yang menunjukkan sokongan terhadap kerajaan negeri di Dewan Ahmad Badawi, Butterworth, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu berkata, sepatutnya Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang hadir dalam sidang Dun yang lalu menjelaskan perkara yang benar kepada warga emas.

Namun begitu berlaku sebaliknya, apabila Azhar yang mengetahui mengenai peruntukan sebanyak RM20 juta yang telah diluluskan dalam sidang Dun itu tidak menyatakan kebenaran tersebut.

"Sekiranya perkara yang sememangnya benar beliau ketahui dalam sidang Dun sendiri tidak dapat beliau nyatakan kebenarannya, maka bagaimana kita hendak mengharapkan beliau dapat memberi pembelaan yang sewajarnya kepada masyarakat yang diwakili oleh beliau," tegasnya lagi.

Dua Exco AMK Disiasat PDRM

Posted: 15 Oct 2010 01:31 AM PDT

Sharpshooter bersama Zulkifli telah selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Bukit Aman yang tak pernah aman. Kami hadir ke Ibu Pejabat Bukit Aman bersama dua orang peguam. Kami disoal siasat serentak tetapi di dalam dua bilik yang berasingan.

Kami memilih dan mengguna pakai Seksyen 112 (2) Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak menjawab semua persoalan yang diajukan walau pun diasak dan dipaksa menjawab semua persoalan. Hampir 20 soalan yang ditanya dan diasak kepada kami tetapi polis pun memang sudah masak dengan orang Keadilan yang memang tahu hak dan undang-undang

Kami cuma memberi sedikit kenyataan setelah semua persoalan tidak dijawab kecuali yang terakhir - Adakah kamu ingin menambah atau meminda apa-apa kepada kenyataan kamu?

Ringkasnya adalah kami menemani Rahimi di Hotel Quality kerana bimbang apa yang berlaku pada 1998 kepada beberapa staf Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana mereka ditahan oleh pihak cawangan khas atau polis dan dipaksa untuk membuat pengakuan palsu.

Sepanjang kami menemani Rahimi di Hotel Quality, keluarga Rahimi ada datang berjumpanya di bilik hotel malah kami diperkenalkan oleh Rahimi kepada keluarganya, inilah dua abang yang menemaninya dengan baik.

Pada malam 29/6/2008, Rahimi telah mengajak kami pergi menonton bola Final Euro di Seri Pentas, Damansara bersamanya. Kami pergi dengan seorang kawan Rahimi bernama Imran dengan menaiki satu kereta iaitu kereta Rahimi. Kami kemudiannya pergi minum di satu kedai mamak bersama Rahimi dan Imran sebelum pulang ke hotel.

Pada sepanjang masa kami menemani Rahimi, kami tidak pernah melihat Rahimi dipaksa, diugut ataupun sebarang kekerasan digunakan ke atasnya oleh sesiapa termasuk oleh kami sendiri.

Selepas membuat kenyataan tersebut, pihak polis sekali lagi telah mendesak kami untuk menjawab soalan berikutnya setelah kami menjawab soalan terakhir. Tetapi polis kecewa dan hampa kerana kami begitu tegas menggunakan Seksyen 112 (2) Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak menjawab sebarang soalan tambahan. Polis berang tetapi kami tetap tenang...Jangan takut kepada polis kerana mereka juga adalah makhluk seperti kita. Takbir.

Terimakasih pada semua yang memberi sokongan dan doa lebih-lebih lagi kepada sahabat-sahabat adik beradik seperjuangan seperti gambar di bawah yang sentiasa bersama untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan dan bekerja keras memastikan Chegubard Ketua AMK Malaysia yang baru. InsyaAllah.

Sharpshooter yakin..kebenaran dan keadilan bersama orang-orang yang sabar dan kami yakin Saiful Izham dan Latheefah Koyah tidak pernah memaksa Rahimi dan Rasid untk membuat akuan bersumpah. Ini adalah cubaan untuk memburukkan kredibiliti dua orang peguam Anwar yang profesional serta imej Anwar Ibrahim sendiri.

Kami berdua bersama Imran akan membuat sidang media di Pejabat Keadilan Pusat, Tropicana pada jam 1 tengahari hari ini 14 Oktober 2010. Nantikan berita lanjut akan menyusul.

Terimakasih pada semua sahabat-sahabat yang datang dari Johor, Negeri Sembilan, P.Pinang, Kedah, Wilayah serta adik-adik mahasiswa yang menunggu sehingga kami selesai memberi keterangan kepada polis bukit aman yang tak pernah aman.

~sharpshooter~

Ada Jawatan Dalam BN Memang Power

Posted: 15 Oct 2010 01:22 AM PDT

Kami pegawai-pegawai Kerajaan tidak kira di mana berada dan bekerja baik di JPM, JPA, MOT, MOH, APMM dan dimana-mana kementerian/jabatan/agensi sekali pun tidak berani bersuara atau menegur salahlaku pengurusan atasan seperti KSU, KPPA, ketua jabatan, setiausaha bahagian yang menjadi balaci politik seperti ini, apatah lagi menegur ahli potitik yang berkuasa seperti Perdana Menteri dan Menteri.

Jika kami berani menegur atau bersuara, silap-silap kami kena masuk POOL di JPA. Ini sudah pun berlaku mana-mana pegawai yang berani menentang arus perdana baik pegawai biasa baik JUSA akan segera diPOOLkan dan duduklah mereka di situ sampai pencen.

Kalau rasa terhina atau malu eloklah mereka letak jawatan atau bersara pilihan. Inilah dilema kami pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat. Jangan salahkan kami di JPM. Sekian, pegawai P&P di JPM.

Ishhh... ishhh...ishhhh... power bangat kuasa mereka2 yang disebutkan yeaaaa... tak sedar diri ke... gaji diorang tu di bayar oleh siapa...??? Itulah bahananya kalau dah lama sangat berkuasa dan berada di tampok pemerintahan. Macam sialan haramjadah jer.... wa cakap luuuuu.....

Bersempena PRK Galas, kat bawah ni pula gua ulangsiar pengakuan Pejawat Awam dalam JASA yang pernah gua siarkan dulu... di sini.

"Saya amat berterima kasih dan berbangga berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), satu-satunya agensi Kerajaan yang bidang kerjanya adalah dalam hal ehwal politik (khususnya parti UMNO). Tetapi saya bukanlah pegawai politik JASA. Saya hanyalah kakitangan sokongan sahaja di JASA.

Selama berkhidmat dengan JASA saya faham apa makna politik sebenarnya, sebelum ini saya buta dan jahil pasal politik. Sejak kebelakangan ini JASA sibuk dengan kerja-kerja pilihan raya kecil di sana-sini. Bila tiba pilihan raya, hampir semua pegawai dan jentera kerja JASA dikerahkan untuk turun padang menjalankan kerja-kerja kempen.

Yang saya hairan ialah, setiap kali pilihan raya kecil, UMNO atau BN kalah saja! Maka tertanya-tanyalah saya sendiri..apa lagi yang tak cukup? Pegawai JASA rata-rata kalau Melayu adalah orang kuat parti UMNO! Takkan tak tahu nak kempen?

Nak kata duit kempen tak cukup, setiap kali buat bajet pilihan raya JASA minta beratus ribu. Untuk apa semua tu? Pegawai terlibat pula sampai beratus orang ramainya. Takkan tak boleh nak berkempen lagi kalau bercampur dengan orang UMNO atau BN di kawasan tempat pilihan raya?

Pengalaman di beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini barulah saya tahu apa sebenarnya orang JASA buat di kawasan pilihan raya. Rupa-rupanya yang turun ramai-ramai bukan semua buat kerja.

Ada juga yang diturunkan sebagai `pegawai tugas-tugas khas' untuk jaga bila Ketua Pengarah turun padang. Selain dariapada itu tiada melakukan apa-apa kerja, sekadar jadi pemantau bilik gerakan macam `anjing pengawal' gayanya.

Pegawai JASA tak sempat buat kerja kempen masa pilihan raya kerana sibuk mengikut bontot mana-mana pemimpin parti yang datang ke kawasan pilihan raya. Inilah hakikatnya! Mereka amat bermegah-megah dengan situasi ini. Mereka tolak kerja ke tepi!

Bila sampai masa kena hantar laporan, mereka tulis sahaja apa kawan-kawan lain cakap. Yang paling sedih ialah ada juga antara pegawai lapangan yang `swastakan' laporan kerana tak masuk kawasan! Apa dah jadi ni?

Ada juga yang terlibat pilihan raya semata-mata nak makan elaun dan over time. Kalau rate over time RM15 satu jam kali dengan 7 jam sehari (5ptg – 12mlm) maknanya RM105/hari over time sahaja. Itu tidak dikira hari Sabtu, Ahad dan cuti umum lagi. RM105 kali dengan 20 hari bekerja dah berapa banyak duit over time..RM2100.

Patutlah lagak pegawai JASA hebat-hebat semua. Terkejut saya melihat borang tuntutan over time pegawai JASA gred S22. Yang peliknya tuntutan over time bukan sahaja di musim pilihan raya sahaja tetapi setiap bulan di semua daerah!

Persoalan saya ialah apa kerja yang mereka buat, tapi pilihan raya tetap kalah! Pihak pengurusan pula tidak banyak soal, semuanya lulus. Saya beranggapan bahawa 60 peratus daripada duit JASA dihabiskan untuk membayar tuntutan elaun pegawai dan over time sahaja!

Satu lagi ialah program Taqarub! Saya lihat hampir setiap pegawai melaksanakan program Taqarub setiap hari. Satu hari bukannya satu, ada sampai lima program! Perbelanjaan pula di bayar secara tunai. Persoalan saya ialah adakah program ini benar-benar dilaksanakan dan apakah kesan atau impaknya kepada JASA dan Kerajaan? Siapa pula khalayaknya?

Orang awam atau sanak saudara sahaja. Lagi pun prosedur tuntutan kepada program Taqarub amat senang! Kalau di kawasan pilihan raya kecil lagi banyak program Taqarub dan beribu-ribu khalayaknya…tapi BN tetap kalah! JASA buat untuk siapa? Untuk penyokong pembangkang kah?

Ada juga kawan-kawan di JASA bercakap, kalau musim pilihan raya inilah peluang nak tukar handphone baru, cat kereta baru, sport rim baru dan kadang-kadang siap boleh tukar kereta baru lagi! Macam mana pegawai JASA `berniaga' dalam tempoh 20 hingga 30 hari dalam tempoh pilihan raya..? Aneh! Memang aneh kerana perkara ini memang berlaku!

Saya dapati banyak `benda-benda pelik' berlaku dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran JASA. Saya rasa sedih kerana Jabatan yang diamanahkan untuk menjaga rakyat ini sesunguhnya tidak menjaga rakyat, sebaliknya hanyalah menjaga kepentingan `warga kontrak' JASA sahaja – samada pengawai DUN gred S22 hinggalah kepada Ketua Pengarah yang bertaraf JUSA. Tidak terkecuali satu kumpulan yang bergelar `Panel Pemikir JASA'.

Saya lihat panel pemikir adalah sesuatu yang merugikan duit rakyat. Mengapa perlu ada pemikir lagi kalau semua pegawai kontrak di DUN dan Parlimen itu orang-orang kuat parti dan pakar politik setempat. Panel pemikir tidak tahu apa berlaku di kampong kerana mereka berada di ibu pejabat.

Latar belakang mereka pun bukan lah daripada orang politik atau strategist. Kalau panel pemikir benar-benar berfungsi, adalah mustahil semua strategi tidak menjadi! Bagaimana Kuala Terengganu yang dimiliki oleh BN boleh bertukar tangan kepada PAS? Apa yang difikirkan panel pemikir. Atau adakah panel pemikir mula berfikir bila diminta berfikir…?

Sesungguhnya kalau dilihat visi, misi dan objektif serta fungsi, JASA adalah satu-satunya nadi UMNO dan BN dalam memastikan kesinambungan pemeritahan Kerajaan hari ini. Semuanya suci, murni dan indah! Namun di mana silapnya?

Adakah kelemahan ini berpunca daripada pihak pengurusan yang gagal atau bersekongkol dengan orang bawahan atau pegawai-pegawai kontak yang di pilih itu sememangnya tidak amanah.

Kalau tidak amanah mengapa tidak ambil tindakan? Apa peranan pengurusan tinggi dalam hal ini. Saya tidak pasti sama ada KP menyedari kepincangan ini atau sengaja melindungi demi kepentingan diri.

Walau bagaimanapun saya mengharapkan agar kepimpinan JASA sedia ada ditukar ganti. JASA memerlukan seorang ketua yang energetic, universal dan integriti yang tinggi dalam menangani anak buah yang terdiri daripada orang-orang politik yang sentiasa berpolitik siang dan malam. JASA harus diselamatkan daripada perlakuan keji pelaku-pelaku politik yang berteraskan pangkat, perut dan poket".

So... apa pandangan lu orang sekarang terhadap keraaaaaaajaan barisan najis nih.... gua dah malas nak cakap lagi dengan kepincangan dan kebobrokkan diorang... sejak tertubuhnya umno baru pada tahun 1985. Habis semua agensi/jabatan kerajaan di lacurkannya..., kalau tak ikut cakap diorang... natijahnya seperti di atas itulah...

Kalau lu orang masih tak percaya lagi... tanyalah nasib guru2, polis2 yang telah di tukarkan ke pendalaman... apa sebab mereka di tukarkan...????

hahaha..... kesian kat kakitangan/penjawat awam kan...., dah laaaa... gaji diorang semua di bayar dari hasil cukai Arak, Magnum, Toto, Damachai, Kasino Genting, Rokok, Pusat Hiburan dan sumber2 HARAM yang lain... macam yang spesies merican naina kutty pulau pinang fatwakan tu.... dah tu dipergunakan pulak demi kepentingan Parti umnoapco yahudi laknatullah....

Nauzubillah.....

~ISA IkutSukaAku~

Sejarah yang tidak akan mungkin berulang

Posted: 15 Oct 2010 01:17 AM PDT

Sedang asyik melayari internet dan membaca blog ke blog tiba2 terjumpa dengan gambar yang bersejarah ini lantas hati ini berbicara :

"Sejarah yang tidak akan mungkin berulang sampai bila-bila pun"

Inilah balasan UMNO kepada DSAI, niat beliau hanya mahu menyuntik Islam di dalam UMNO dan menghapuskan Korupsi dan sesekali tidak mahu bersekongkol mengaut wang dan harta rakyat. Sebagai balasan beliau ditendang daripada UMNO seperti manusia yang hina.

Namun walaupun UMNO memandangnya sebagai insan yang hina, namun rakyat yang lebih mengetahui siapakah yang lebih hina yang tidak lain dan tidak bukan ialah UMNO berserta pemimpin2nya yang busuk lagi menjijikkan yang menjadikan kuasa sebagai alat pemuas nafsu lalu bangkitlah para rakyat yang sudah muak dan jijik dengan UMNO.


Semoga ALLAH S.W.T memakbulkan doa Almarhum Ust Fadhil Nor yang pernah menyatakan dalam ceramah beliau agar Allah memanjangkan umur Tun Dr Mahathir agar dia (Mahathir) dapat melihat kehancuran UMNO .

Mari kita talkinkan UMNO pada PRU 13 nanti!!!!!!!

~Luna and Thatguy~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.