AdukaTaruna |
- Sebab2 gua sokong Red Warrior malam neh..
- Apsal kete mudah terbakar kat Malaysia skang ni?
- Sidang Media pengumuman che'GuBard calon Ketua dan Chang Lih Kang Timbalan Ketua AMK
| Sebab2 gua sokong Red Warrior malam neh.. Posted: 14 Oct 2010 08:31 PM PDT Oleh : AdukaTaruna 1. Gua tak nak tido luar. 2. Kemenangan Kelantan maybe menyebabkan feel good faktor pada pengundi Galas kepada kerajaan negeri Kelantan, jika pengundi Galas merasakan BN luar Kelate lebih menonjol dari Ku Li. Icon terbesar PAS = TGNA (Kelantan) Icon terbesar BN = Najib + Muhyiddin (luar Kelantan) 3. Gua kecewa dalam tajuk impian gua, kalau keadaan buruk berlaku. 99% gua ramal berlaku kalau Kelantan tewas. Habes.. dengan PRK Galas jahanam, dengan perjuangan Sistem Islam damage. 4. Biar separuh akhir N9 bertemu Kelantan balik, kalaulah si kembar Rita Rudaini tuh tak belot kepada kampungnya Perlis. (bodoh gak format FIFA ni gua rasa. Format gol tempat lawan pun gua tak setuju. Boleh merosakkan permainan cantik dan bermutu. Apa2 hal bertahan tempat sendiri. Macam sial.). Bila N9 lawan Kelantan, time for bini gua plak tido luar. |
| Apsal kete mudah terbakar kat Malaysia skang ni? Posted: 14 Oct 2010 07:41 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Gua tertarik dengan isu yang dibawa oleh Setan Besar Paroi Jaya, Edyesdotcom. Apsal skang ni, banyak kete kat malaysia ni, terbakar kalau eksiden? Edyes ada bagi satu teori. RON95. Betul tak betul, gua tak tahu. Kena timbang dengan ahli. Evelyn as jurutera kimia petrol maybe boleh kencing kita sebanyak sedikit. Jurutera kete pun boleh masuk gak. Cuma pomen tak bertauliah macam C++ jer tak bleh. Gua boleh murka. Tauliah2 ni penting bai. Kalau tak, gua anggap lu berhadas besar. Kepala abah dia tuh. Skang gua nak bagi teori gua plak. Teori tak tahu lagi ni fakta ke mitos semata. Haha. Gua ingatlah kan, antara sebab terbakar ialah bateri kete duk kat depan. Kat area hentaman dan renyukan. Bila wayar bateri tu sentuh body, mesti berlaku spark punya. Spark plak berpanjangan. Selagi engine hidup. Petrol plak meleleh. Tangkap lentok punya. So, 10 saat ke atas, pasti terbakar. Maybe diburukkan lagi jika kita adalah pengguna RON95. Gua pun tak tau nate apo RON-RON nih. So, kalau lu agak2 teori gua betul, apa kata kita sama2 mody letak bateri kete kat belakang ke, dalam dashboard kete ke, atas bumbung ke. Tempat yang agak selamat dari hentaman depan la. Ke guane? |
| Sidang Media pengumuman che'GuBard calon Ketua dan Chang Lih Kang Timbalan Ketua AMK Posted: 14 Oct 2010 07:19 PM PDT Kenyataan media 13 Oktober 2010 Saudara /saudari sekelian – selamat datang; Kami menyokong pencalonan Azmin Ali Kami menyokong pencalonan Khalid Ibrahim Kami menyokong pencalonan Zaid Ibrahim Kami menyokong pencalonan Mustapha Kamil Ayub Mereka adalah induk puncuk pimpian KEADILAN. Ketrampilan mereka adalah ketrampilan KEADILAN. Kekuatan mereka adalah kekuatan KEADILAN. Ketika ini KEADILAN sedang menganjurkan dan meluaskan ruang demokrasi. Semua anggota KEADILAN telah diperkasa dengan hak mereka memilih pimpinan dari yang paling rendah hingga tertinggi,dari cabang hingga ke pimpinan pusat. Syabas ! Kerana KEADILAN lah parti pertama dalam negara ini yang mengotakan dan menterjemahkan konsep dan idea demokrasi sebenar. Pemilihan ini adalah kami ibaratakan BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT . Ini adalah satu proses untuk memilih satu pasukan kepimpinan parti untuk memperkukuhkan parti. Pada hemat kami Anwar Ibrahim akan di penjara. Pada hemat kami krisis ekonomi dunia akan merebak ke tanah air kita Pada hemat kami adu domba perkauman akan terus di tingkatkan Semua ini adalah krisis. Dalam krisis yang akan datang tidak lama lagi ini kita memerlukan kepimpinan yang kukuh, ampuh dan setia. Kepimpinan yang berteraskan massa rakyat. Kepimpinan yang lari dan keluar dari baju batik, berlengan panjang dan bersenggang di pejabat. Kerana itu kami menyokong Azmin. Kerana itu kami menyokong Zaid. Kerana itu kami menyokong Khalid. Kerana itu kami menyokong Mus. Menyedari betapa anak muda perlu disiapkan menghadapi krisis negara dan terus memacu bagi menyelesaikan 'pertempuran' peringkat ini maka justeru dengan sokongan anak anak muda dari Perlis hingga ke Sabah – dari Rembau hingga ke Permatang Pauh. Dari Bruas hingga ke Bintulu. Dari Kemaman hingga ke Kuching. Dari Seremban hingga ke Sarikei. Maka saya dengan rendah hati menawarkan diri saya untuk bertanding sebagai Ketua Angkatan Muda Malaysia dan Chang Lih Kang selaku Timbalan Ketua Angkatan Muda Malaysia serta yang lain - lain mengisi jawatan selaku Naib-naib dan exco. Justeru kerana inilah kami akan terus bersetia kepada parti, kepada pucuk pimpinan dan kepada gerakan anak muda. Angkatan Muda Keadilan akan diwajahkan menjadi landasan bagi gerakan semua anak muda Malaysia. Biduk lalu kiambang bertaut. Sesudah pemilihan kita bersetiakawan lagi untuk bergerak dan melawan musuh politik kita. Anak muda bersedia meneraju perubahan : membujur lalu melintang patah. Anak muda penerus perjuangan REFORMASI. ![]() ![]() ![]() Terima kasih. Kenyataan media ini di iringi dengan penerangan misi dan vis(sila klik) serta profil che'GuBard(sila klik). Rakaman lensa pada hari pengumuman tersebut.jelas kelihatan anak muda tanpa semangat perkauman dan merentasi kelas latar belakang bersama dalam pengumuman semalam YB Lih Kang menerangkan kesediaan beliau bersama dengan aspirasi Anak Muda Penerus Perjuangan REFORMASI kerana memahami cabaran dan hakikat kesediaan anak muda Malaysia dalam berdepan krisis yang bakal melanda. Rahman, orang lama AMK yang bersama pasukan AMPPR ![]() ![]() ![]() Bersama sebahagian yang hadir 'berposing' dengan risalah AMPPRcheGuBard menegaskan kepada semua pasukan ini perlu mendapat menang bersama YB Lih Kang. Calon Timbalan Presiden, yang kini Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub turut hadir memberikan sokongan. Katanya saya terpanggil datang kerana jiwa saya rapat dengan perjuangan anak muda. Pasukan mantap 'Rock' dan S'hima' antara aktivis SAMM yang hadir. Untuk bacaan lanjut dan lagi gambar sila klik sini. |
| You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.