Isnin, 19 Julai 2010

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ANWAR,HUSAM DAN KHAIRY PENGHALANG.....

Posted: 19 Jul 2010 08:09 PM PDT

Bukan sahaja Anwar akan di penjarakan, malah Khairy Jamaluddin juga akan di keluarkan dan di sisihkan dari umno, manakala Husam Musa juga dianggap sebagai merbahaya jika ada usaha penyatuan Umno Pas yang kemungkinannnya tidak akan menjadi.

Adakah dengan usaha ini , dengan menamhkap anwar pakatan pembangkang akan menjadi lemah, anwar perantara anatara pas dan dap, maka kerana itu dengan memenjarakan anwar ,dan serangan bertali arus sehingga munculnya pilihanraya maka ianya akan menjadikan pakatan rakyat lemah?

Rakyat harus sedar bahawa inilah masanya bersatu dan berusaha menempis dakyah yang sedang dirancang......siapa dalang???? sudah tentu penasihat yang di bayar.............





Jul 20, 10 10:05AM
"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti," tulis Malott.










KONFLIK DALAMAN UMNO BELUM SELESAI

Posted: 19 Jul 2010 06:29 PM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/drsyedazman.jpgKUALA TERENGGANU – Konflik dalaman UMNO Terengganu tidak pernah selesai walaupun ia sudah berlarutan sejak dua tahun lalu, kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Dr Syed Azman berkata, ia dapat dibuktikan dengan ketidakhadiran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Parlimen Setiu ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian berkenaan, Jumaat lalu.

Beliau berkata, keadaan itu sebenarnya menimbulkan keresahan dalam hati rakyat, apatah lagi dua daripada wakil rakyat itu turut memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

"Pas tidak mahu campur tangan dalam konflik UMNO, tapi masalah itu sebenarnya akan membantutkan usaha pentadbiran dan pembangunan negeri Terengganu sendiri," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Jumaat lalu, kesemua ADUN Setiu tidak hadir ke majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali gus menimbulkan kekecewaan dalam hati Timbalan Perdana Menteri.

Empat ADUN berkenaan adalah Asha'ari Idris (Langkap) yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiu, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian, Khazan Che Mat (Batu Rakit, Ketua Pemuda UMNO Bahagian) dan Ramlan Ali (Jabi).

Mengulas lanjut, Dr Syed Azman yang juga ADUN Batu Burok berkata, beliau tidak nampak kemelut yang berlaku kepada UMNO Terengganu akan dapat diselesaikan kerana perkara itu sudah lama berlaku.

Beliau berkata, sikap yang ditunjukkan wakil rakyat UMNO itu tidak membawa kebaikan, sebaliknya banyak merugikan rakyat yang mahukan pentadbiran sempurna demi kesejahteraan bersama.

"Memang dari luaran kita nampak seolah-olah (kemelut) selesai, tapi semua orang termasuk dalam kalangan orang politik dan kakitangan kerajaan sendiri maklum bahawa masalah ini masih berlarutan," katanya.

RUMAH PEGUAM DI CEROBOH.KOMPUTER HILANG

Posted: 19 Jul 2010 05:44 PM PDT




BUKAN NAK CURI KOMPUTER,TETAPI BAHAN YANG ADA DALAM KOMPUTER....GAMAKNYA NAK TAHU BERAPA HARGA AIS KACANG KAT LONDON TU

Saya baru saja diberitahu bahawa rumah saya di Kuala Lumpur telah dipecah dan item utama yang disasarkan dan dihapuskan adalah laptop saya.
Saya akan terbang kembali dari London untuk menghadiri peristiwa ini.

Sangat telah mendedahkan bahawa ini adalah insiden kedua yang disasarkan di rumah saya tatkala saya menghadiri untuk hal-hal PI Bala's. bom molotov dilemparkan di rumah saya setelah wawancara di Singapura dan sekarang setelah wawancara di London dan Paris, rumah saya rosak ke dalam dan laptop saya dihapuskan. Hal ini mengatakan bahawa banyak barang berharga lain dalam ruangan yang sama, termasuk perhiasan isteri saya, yang tidak tersentuh.

Saya mempunyai keprihatinan serius bahawa usaha yang mungkin dilakukan oleh pihak yang berminat untuk mengganggu isi laptop saya dan material yang berda didalam laptop saya .

Saya akan menerbitkan pernyataan lebih lanjut setelah saya sampai ke rumah dan memiliki kesempatan untuk melihat dan menyiasatnya secara peribadi. Saya akan mengemukakan laporan polis selepas itu.

Manjeet Singh Dhillon

London, 19 Julai 2010

Umno DI AJAK SERTAI PAKATAN

Posted: 19 Jul 2010 05:33 PM PDT

MARILAH SERTAI PAKATAN KERANA PARTI KOMPONEN BN TYELAH RETAK MENUNGGU BELAH.MALAH MIC ,GERAKAN, DAN MCA SENDIRI TIDAK MAMPU MENGHADAPI PILIHANRAYA DI MASA AKAN DATANG.DEMIKIAN GESAAN SALEHUDDIN AYUB.


Umno pula hanya tinggal beberapa kerusi sahaja lagi untuk dikekalkan atau akan tewas kerana gelombang kebangkitan rakyat mahukan perubahan dalam negara.

TAK CAYA? BACA NI


Umno Selangor dilanda 'perang tonjol' pengaruh?







PAS pelawa Umno sertai Pakatan Rakyat
Harakahdaily

PETALING JAYA, 20 Julai: PAS mempelawa Umno menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan Melayu dan mempertahankan Islam di negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin Umno seharusnya bersedia untuk bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat bagi menyatukan orang Melayu dan memupuk perpaduan kaum.

Baginya, Umno tidak perlu lagi berada dalam Barisan Nasional (BN) kerana beberapa parti gabungan itu sudah retak dan porak-peranda sebagaimana yang berlaku kepada MCA dan MIC.

"Tidak ada guna lagi bagi Umno terus berada dalam BN bersama MCA dan MIC yang sudah retak dan berkecamuk jika mereka mahu kepada perpaduan," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Makan Malam Amal anjuran Sekretariat Ahli Parlimen Padang Terap bersama Masjid Kota Damansara dan Tabung Kebajikan al-Masakin Padang Terap di pekarangan masjid itu, malam tadi. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, Umno juga perlu membuang dasar perjuangan sempit kononnya untuk membela orang Melayu sedangkan banyak kepentingan bangsa sendiri tergadai sejak mereka menerajui negara lebih 50 tahun lalu.

"Jika benar dan ikhlas pemimpin Umno mahu membela Melayu dan Islam serta mewujudkan perpaduan kaum dan membela rakyat, maka adalah wajar mereka menyertai Pakatan Rakyat," ujarnya.

Menurutnya, agenda perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dinafikan oleh BN selama ini tanpa mengira kaum, agama dan anutan politik.

Mengenai tindakan Umno menggunakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai orang tengah untuk menyatukan PAS dan parti perkauman Melayu itu, beliau menegaskan bahawa kemungkinan ada 'jerangkap samar' di sebaliknya.

PAS, katanya, sentiasa berwaspada dengan apa jua tindakan Umno itu kononnya bagi memastikan Melayu tidak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Tegasnya, sebarang perundingan atau perbincangan berhubung kerjasama dan penyatuan antara PAS dengan Umno tidak perlu dibangkitkan kerana PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat.

Semasa berucap pada majlis itu, beliau berkata, Umno dan PAS perlu bersaing untuk membantu rakyat.

"Jika PAS mengadakan majlis mengutip derma bagi membantu rakyat, Umno boleh buat supaya rakyat yang dapat," ujarnya.

Beliau mengambil contoh di Kelantan, bagaimana Umno berusaha untuk memerintah negeri itu dengan mengadakan berbagai projek pembangunan untuk rakyat.

"Lebih 20 tahun PAS perintah, Umno juga nak perintah, mereka beri projek kepada rakyat, rakyat yang dapat," katanya.

Baginya, persaingan yang sihat itu perlu dilakukan oleh Umno untuk memastikan rakyat mendapat hak mereka.

"Umno dan PAS perlu bersaing untuk menolong rakyat, tak payah bergabunglah," ujarnya.

Beliau juga menyeru golongan berada supaya memberikan sumbangan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama bagi menghadapi bulan Ramadan dan menyambut hari raya nanti.

Menurutnya, sumbangan yang dihulurkan itu bukan sahaja dapat meringankan bebanan hidup mereka yang kurang berada sebaliknya mendapat keberkatan daripada Allah di samping rezeki sentiasa bertambah.

"Ada rakan saya yang beri sumbangan, hartanya tak susut, makin bertambah, bahkan ada yang tambah bini," ujarnya berseloroh sambil disambut senyuman para hadirin.


1 BERITA PUTAR BELIT SATU BERITA BENAR -GPMS BUAT APA???JADI ALAT POLITIK ---??

Posted: 19 Jul 2010 05:27 PM PDT

Hak pelajar kurang mampu dikhianati-utusan meloya

SHAH ALAM 19 Julai - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor menyifatkan keputusan kerajaan negeri menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, Sabak Bernam dekat sini sebagai satu pengkhianatan hak rakyat yang kurang kemampuan untuk mendapat pendidikan.

Pengerusinya, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, keputusan tersebut juga merupakan satu lagi kisah malang buat rakyat Selangor selepas pembatalan pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Rawang dekat sini baru- baru ini.

"Nampaknya kerajaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang lebih utamakan ladang babi, projek pasir, premis hiburan dan rumah urut daripada memikirkan soal pendidikan rakyat Selangor.

"Apa yang lebih menyedihkan IKYS ini ditubuhkan untuk membantu anak golongan kurang berkemampuan yang tidak berpeluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi bagi mendapatkan latihan kemahiran,'' katanya di sini hari ini.



MB: Keputusan pindahkan pelajar IKYS kekal

Langkah memindahkan lebih 200 pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, Sabak Bernam ke INPENS International College (INPENS) di Kuala Selangor, akan diteruskan di sebalik bantahan oleh beberapa kumpulan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu diambil bertujuan untuk menyelaraskan semua institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri.


Abdul Khalid berkata IKYS akan digunakan sebagai pusat latihan bagi pembangunan modal insan dan latihan kemahiran insaniah dalam masa terdekat.

"Adalah lebih baik ibu bapa pelajar menyokong perpindahan itu. Semua ini dilakukan demi masa depan pelajar kerana kemudahan di INPENS jauh lebih baik daripada di IKYS.

"Lagipun, graduan INPENS mempunyai peluang lebih baik untuk diambil bekerja kerana INPENS mempunyai hubungan dengan para pengusaha industri yang membenarkan latihan amali diadakan di syarikat mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.

ha..ha..a melayu kena racun sikit mengeglabah...bangsa lain kalau ke kolej swasta lihat jauh kehadapan walau tanpa bantuan.sokong lagi umno...pandangan tak jauh kehadapan

APA KATA RAJA KOMANDO

Posted: 19 Jul 2010 05:55 AM PDT

Tiada ulasan: