Isnin, 19 Julai 2010

Justice For All

Justice For All


UMNO Kinabatangan Bakal Singkirkan Bung Mokhtar

Posted: 19 Jul 2010 07:45 PM PDT

Apani Bung..krisis juga ke kawasan ngko. Buat UMNO Kinabatangan, singkirkan je Si Burn ni, sebab dia dah jadi orang KL. Dah kahwin dengan artis. Lagi satu kalau Burn kena penjara kerana berpoligami secara sindiket, tak ke malu UMNO. Baik singkirkan Bung Mokhtar ini cepat-cepat

Krisis Umno Kinabatangan - Saddi cari publisiti lagi

KINABATANGAN 19 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Abdul Rahman meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan sebarang cubaan untuk melaga-lagakan beliau dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Saddi berkata, tindakan tersebut bukan sahaja tidak baik kepada UMNO tetapi rakyat di kawasan itu.

''Saya percaya ada orang tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dengan menyampaikan sesuatu yang tidak benar kepada Bung Moktar.

''Nasihat saya hentikan tindakan tidak bertanggungjawab itu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian perlawanan bola sepak anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO Kinabatangan dan Mukim Kampung Tronglit di Padang Sepimong, Sukau dekat sini semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda bahagian itu, Matmin Itin; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, Firdaus Akbar Khan dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sukau, Sharin Abdul Rahman.

Saddi berkata, beliau membangkitkan perkara tersebut selepas namanya dikaitkan sebagai individu yang bertanggungjawab memburukkan Bung Moktar pada Mesyuarat Perwakilan itu baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sendiri sudah menerangkan kepada Bung Moktar dan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan itu menerima penjelasannya.

''Kami tidak ada apa-apa malah hubungan kami kembali pulih sebelum majlis itu berakhir," katanya.

Saddi berkata, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut kerana pihak yang mendapat kesan dan merasa kerugian adalah rakyat kawasan itu.

Katanya, rakyat kawasan DUN Sukau masih memerlukan pembelaan daripada semua pemimpin Barisan Nasional yang telah dipilih mereka.UM

Bung Moktar sedia letak jawatan jika Saddi dapat buktikan berlaku penyelewengan.

Berita terdahulu = 29th October, 2008

KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin kelmarin berkata beliau bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan sekiranya benar ada unsur penyelewengan dalam mesyua-rat pemilihan Umno bahagian itu pada 18 Oktober lalu.

Bung Moktar berkata, jika Ahli De-wan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Saddi Abdul Rahman dapat membuktikan wujudnya unsur penyelewengan dalam proses pemilihan Umno bahagian itu baru-baru ini, beliau sedia untuk meletakkan kedua-dua jawatan itu.

"Saya cabar beliau (Saddi) secara terbuka untuk membuktikan mengenai kesahihan terhadap penyelewengan ya-ng beliau dakwa berlaku semasa mes-yuarat persidangan pemilihan Bahagian Kinabatangan pada 18 Oktober lalu," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Adun Sukau, Saddi Abdul Rahman kelmarin mengenai kekalahannya dalam merebut ja-watan Timbalan Ketua Umno Kina-batangan pada mesyuarat pemilihan parti bahagian itu yang didakwanya dirancang untuk menjatuhkannya dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua di bahagian tersebut.

Saddi yang tewas kepada Setiausaha Umno bahagian itu, Jeffry Ariffin dalam pertandingan satu lawan satu untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian mendakwa kekalahannya bukan sahaja dengan cara pengendalian mesyuarat yang tidak sah tetapi juga wujud konspirasi untuk menjatuhkannya.

Bung Moktar yang mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Umno bahagian itu tanpa bertanding berkata, jika Adun Sukau itu gagal membuktikan mengenai wujud penyelewengan dalam pemilihan parti itu, beliau sewajarnya meletakkan jawatan sebagai Adun kerana membuat dakwaan yang tidak ber-asas.

Katanya, jika Saddi yakin bahawa beliau mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan ahli Umno dan rakyat di kawasan Kinabatangan, kenapa beliau tidak bertanding untuk mencabarnya bagi merebut jawatan Ketua Bahagian.

Menurut Bung Moktar, adalah tidak salah untuknya mempunyai cita-cita termasuk dalam politik sekalipun dan tidak ada sebab untuk orang lain merasa cemburu dalam perkara itu.

Beliau menasihatkan Adun Sukau itu, supaya memberi tumpuan dalam membela nasib rakyat di kawasan DUN Sukau yang masih memerlukan pembelaan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Katanya, rakyat akan menilai prestasi wakil rakyat dan tidak seharusnya berbangga dengan "gelaran Yang Ber-hormat (YB) "kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang seharusnya di-pikul dengan sebaik mungkin untuk membela nasib rakyat yang diwakili.

Gempar : Rosmah Jatuh Tergolek Atas Pentas

Posted: 19 Jul 2010 06:39 PM PDT

Ini gambar hiasan..tak sanggup nak letak gambar asli

Kah..kah..Roswah jatuh..mungkin macam nangka jatuh kot..ini beritanya

Rosmah slipped

Earlier, the Prime Minister's wife Rosmah Mansor caused a slight commotion when she slipped and fell on while descending from the stage after delivering her speech as the President of Bakti (Welfare Body for Wives of Federal Ministers and Deputy Ministers and Barisan Nasional MP).

She had just delivered a speech that lasted more than 40 minutes at the closing ceremony of the wives of BN elected representatives annual programme when she fell that drew a loud scream and gasps from those gathered.

Rosmah did not hide her anger to her bodyguard who failed to catch her hand as she was slipping. In front of the packed ballroom in a major resort and spa here, once she picked herself up, pulled away from her bodyguard and refused to be guided by the back to her seat.

She also waved her finger crossly at her female bodyguard as though rebuking and blaming her for letting her fall.

Musa, who was about to deliver his speech after Rosmah, stopped for about five minutes as Najib, Musa and other dignitaries at the VVIP tables checked on Rosmah. Other wives of the elected representatives sitting near the main table also went to see her.

Sumber :

http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/barisan-nasional/8081-wives-of-elected-reps-told-to-ensure-husbands-do-their-jobs

Ini terjemahannya..

Terdahulu, isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor telah menyebabkan satu kegemparan kecil apabila beliau tergelincir lalu terjatuh di atas pentas selepas menyampaikan ucapannya sebagai Presiden Bakti (Badan Kebajikan untuk Isteri-isteri Menteri-menteri Persekutuan dan Timbalan-timbalan Menteri dan Barisan Nasional MP).

Dia baru saja selesai menyampaikan ucapan yang tidak lebih daripada 40 minit di majlis penutup acara tahunan isteri-isteri wakil-wakil BN apabila beliau terjatuh dan menyebabkan para tetamu menjerit dan terkejut dengan peristiwa itu.

Rosmah tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap pengawal peribadinya yang gagal untuk menangkap tangannya sehingga dia tergelincir. Di hadapan pentas dewan tari-menari yang sesak di sebuah resort utama dan spa di sini, sebaik sahaja dia naik kembali dan berlalu dari pengawal peribadinya yang cuba bantunya tapi dia enggan dibantu apabila ingin menarik kerusinya.

Dia juga menunjukkan jarinya dengan marah pada pengawal peribadi wanitanya itu seolah-olah menegur dan menyalahkan pengawal itu atas kejadian itu.

Musa, yang bakal menyampaikan ucapannya selepas Rosmah, berhenti kira-kira lima minit untuk bersama-sama Najib, VVIP lain yang berada di meja untuk memeriksa Rosmah. Isteri-isteri lain wakil-wakil rakyat BN yang duduk berhampiran meja utama juga pergi untuk melihat beliau.

Lawak tak. Padan muka Rosmah. Ini kuasa Allah untuk sedarkan ngko supaya tak berlaku zalim sesama manusia. Ada juga yang bakal di-C4'kan nanti. Kesian bodyguard tu. Dimarahi depan orang ramai. Harap-harap bodyguard ni dah kuar negara, takut senasib macam Althantuyaa..

Utusan Cuba Jadi SB KDN..Kenakan Harakah

Posted: 19 Jul 2010 05:47 PM PDT

Kah..kah..Utusan cuba jadi SB KDN untuk kenakan harakah..

Harakah masih dijual secara terbuka

KUALA LUMPUR 19 Julai - Walaupun disyaratkan hanya dijual di markas dan pejabat urusan parti namun lidah rasmi Pas, Harakah masih boleh didapati secara terbuka.

Tinjauan Utusan Malaysia di sebuah kedai serbaneka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini hari ini mendapati, Harakah masih dijual secara terbuka seperti mana sebelum ini.

Harakah edisi Isnin bertarikh 19 hingga 22 Julai itu didapati diletakkan di rak bersama akhbar dan majalah lain.

Seperti mana sebelum ini, tiada peringatan diletakkan di kedai tersebut bahawa Harakah hanya dijual untuk ahli Pas sahaja.

Malah perkataan 'Untuk Ahli Sahaja' yang dicetak di muka hadapan Harakah juga tidak begitu jelas kelihatan.

Selain itu, kakitangan kedai berkenaan tanpa 'banyak soal' membenarkan siapa sahaja yang mahu membeli akhbar tersebut.

Penjualan secara terbuka itu ternyata melanggar syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewaktu memutuskan untuk memperbaharui permit akhbar tersebut.

Apalah erti kebebasan akhbar kat negara ini. Mengapa ada syarat akhbar dijual di markas. Dah la menekan pembangkang, pastu menutup periuk nasi rakyat yang berniaga suratkhabar.

Woii Utusan, jika anda bermaruah, juallah juga akhbar anda pada orang UMNO je. Sebab akhbar anda pun penuh politik umno, walaupun ada sukan dan berita-berita lain. Janganlah nak serang Harakah je. Jelas Utusan cuba jadi jaguh, dengan harapan KDN lepas ni rampas Harakah dan batalkan permit Harakah. Utusan memang jahat persis ah long.

Buat rakyat Malaysia, jom semua kita terus boikot Utusan. Belilah akhbar bercetak lain yang lebih bermoral dan tidak menfitnah sana-sini. Kalau nak juga baca Utusan juga, baca online je. Inilah masanya kita ajar akhbar pro umno yang penuh dusta ini..

* Saya dah 2 tahun, nak masuk 3 tahun tak beli akhbar UMNO ini. Daripada bazirkan 1.5o beli akhbar fitnah ini, baik beli nasik lemak sebungkus. Kenyang pun kenyang

UMNO Terengganu Runtuh, Seruntuh Stadium Gong Badak

Posted: 19 Jul 2010 04:48 PM PDT

Usaha tarik perhatian pucuk pimpinan

SISA runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan, Gong Badak yang memberi gambaran menjengkelkan sejak lebih setahun lalu, akhirnya akan dialih dan dibersihkan tidak lama lagi oleh kontraktor yang dipilih.

Kerja itu dijangka mengambil masa empat bulan bagi membolehkan kerja membaik pulih dengan reka bentuk bumbung baru dalam usaha memastikan insiden itu tidak berulang.

Ia akan melenyapkan persepsi yang tidak menyenangkan terhadap kerajaan dan negeri Terengganu, dengan projek yang dikaitkan dengan kecacatan kejuruteraan dan kelemahan pengurusan oleh pihak pengendali projek.

Bagi mereka yang pertama kali ke negeri ini, projek gah yang bertukar wajah, bagaikan dilanda gempa itu menjadi tatapan awal dan mencetuskan tanda tanya sejurus mendarat di lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Namun selain itu ada yang masih menggempa dalam politik UMNO di negeri ini dan berlarutan begitu lama sehingga retak-retak yang cuba ditampalkan untuk diperkukuhkan bagaikan kembali melebar, jelas dan nyata.

Ia ditunjukkan di Setiu dengan ketidakhadiran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian itu baru-baru ini ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diundang merasmikannya.

Kesemua ADUN dalam bahagian itu, iaitu Ramlan Ali (ADUN Jabi), Abdul Halim Jusoh (ADUN Permaisuri), di samping dua orang anggota Exco kerajaan negeri, Khazan Che Mat (ADUN Batu Rakit) dan Asha'ari Idris (ADUN Langkap).

Ketua UMNO Bahagian itu diterajui oleh Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie manakala Asha'ari selaku timbalan dan Abd Halim (naib ketua).

Muhyiddin secara berterus terang menyatakan dukacita dengan sikap yang ditunjukkan oleh kesemua wakil rakyat dalam bahagian Setiu itu kerana ia tidak membantu ke arah pengukuhan parti.

Apatah lagi ia boleh memberikan gambaran tidak baik bagi UMNO dan kerajaan negeri apabila sikap mereka mungkin ditafsirkan oleh umum sebagai membelakangi dan tidak menghormati pucuk pimpinan parti.

Muhyiddin dalam ucapannya mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya berusaha menyelesaikan segera permasalahan dalaman sekiranya berbangkit bagi mengukuhkan parti jika mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan parti.

Mereka mempunyai alasan sendiri untuk tidak hadir dan bagi mereka ia bukanlah isu yang remeh-temeh, isu yang menyentuh masa depan sebagai wakil rakyat dan masa depan UMNO negeri itu sendiri.

Mereka mahu memperlihatkan kepada pucuk pimpinan tentang permasalahan dalaman parti yang masih bergelora tidak dipendamkan begitu sahaja biar pun diberi gambaran keadaan sudah begitu tenang.

Ramlan berkata, ia diharap membolehkan satu pendekatan yang benar-benar serius diambil untuk menangani masalah berkenaan oleh pimpinan negeri dan bahagian.

Katanya, tindakan mereka berempat bukan sebagai protes kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang amat dihormati tetapi bagi memberi gambaran jelas tentang keadaan yang berlaku dan perlu diberi perhatian.

''Memang di mana-mana pun ada masalah tetapi tidak sebagaimana di bahagian Setiu apabila peranan wakil-wakil rakyat sebagai pemimpin setempat semacam cuba terus diperkecilkan," ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Ramlan, pihaknya telah memaklumkan lebih awal kepada Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO mengapa mereka tidak dapat hadir.

''Kita nak tunjukkan keadaan sebenar kerana kita sudah merayu kepada Pengerusi Badan Perhubungan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dan pimpinan perhubungan lainnya agar selesaikan segera keadaan yang tidak menyenangkan," ujarnya.

Beliau antara lain merujuk kepada langkah pihak bahagian yang mengetepikan wakil-wakil rakyat sebagai Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan negeri dengan tugas yang bertindan.

''Ini saya rasa tidak berlaku di bahagian-bahagian lain walaupun mungkin ada pergeseran kerana akan mewujudkan dua nakhoda dalam satu Dewan Undangan Negeri," ujar beliau.

Ia juga mungkin menyentuh soal pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) dan anggota Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) yang dikatakan tidak diletakkan di bawah bidang kuasa mereka, di samping kewujudan Pejabat Parlimen dalam keempat-empat DUN.

Katanya, beliau sendiri telah berusaha menjernihkan keadaan dalam perjumpaan dengan kepimpinan negeri dan bahagian malah memohon maaf kerana turut mencabar kepimpinan bahagian dalam pemilihan lalu.

Isu yang tercetus adalah saki baki perpecahan dalam kepimpinan UMNO negeri ekoran pelantikan Datuk Ahmad Said selaku Menteri Besar dan memaksa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengambil alih teraju Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk memulihkannya.

Semoga persaingan kuasa dan kedudukan tidak menjejaskan usaha membela nasib rakyat dan bagi mereka yang mencintai perjuangan UMNO tentunya akan kecewa.

Seperti biasa mereka akan memberi ingatan klise – jangan gadaikan masa depan parti dan bangsa dalam mengejar matlamat peribadi.

Parti saingan, Pas hanya mempunyai kelebihan berasaskan perpecahan dalam UMNO untuk dijaja kepada rakyat dan ia sedang mencongak semula jumlah kerusi untuk dimenangi.

Oleh Wan Zulkifli Wan Yaacob

Sultan Suruh Rakyat Berubah..Sultan Bila Lagi Ya

Posted: 19 Jul 2010 04:11 PM PDT

Ok semua..jom kita berjimat cermat. Dan jangan gula banyak, kita makan garam je..Sebab Sultan dah bertitah.

Kereta digilap pagi petang, kesihatan diri tidak terjaga

BERUAS 19 Julai - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu rakyat melihat kenaikan harga gula baru-baru ini dan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi sebagai titik penghijrahan terhadap amalan pemakanan yang lebih sihat.

Baginda bertitah, pemakanan dan amalan gaya hidup sihat penting kerana ia salah satu daripada komponen negara maju selain dapat mengurangkan perbelanjaan program kesihatan yang semakin meningkat.

"Peningkatan harga gula dan bulan Ramadan, semoga dapat dijadikan titik penghijrahan terhadap amalan pemakanan lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan gula dalam tubuh serta melatih diri untuk makan dan minum secara seimbang, sederhana dan sihat.

"Jika bilangan yang mengalami organ rosak semakin ramai, maka beban tanggungjawab kerajaan dan kakitangan perubatan tentulah akan meningkat," titah baginda merasmikan Klinik Kesihatan Pantai Remis, Manjung di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam titahnya, Raja Nazrin turut menegur mereka yang sanggup bersusah payah memastikan hak milik peribadi seperti kereta terjaga dengan baik tetapi tidak mahu melakukan perkara yang sama terhadap kesihatan diri.

Buat Sultan juga. Apakata baginda berjimat juga. Majlis berprotokol perlu dikurangkan perbelanjaan demi mengelakkan pembaziran wang pembayar cukai. Gaji elaun, amatlah banyak sehingga menecah puluhan ribu. Ini contoh elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.

2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

Jadi, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan

2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah

Raja Muda - RM13,000

Raja Puan Muda - RM5,200

Tunku Bendahara - RM4,000

Bini Tunku Bendahara - RM1,250

Tunku Temenggung - RM3,500

Isteri Tunku Temenggung - RM900

Tunku Laksamana - RM3,000

Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan (sumber).

Barulah adil. Sultan perlu tunjuk contoh teladan yang baik. Tengok macam Sultan Umar Abdul Aziz, langsung tidak bermewah-mewah walaupun dia seorang raja. Sultan Salahuddin Al Ayubi, walaupun banyak memerintah negara. Tapi beliau tetap zuhud dan jadikan khemah perang sebagai istana keduanya. Sultan Malaysia? Jomlah ubah gaya hidup.

Ini bukan menderhaka pada Sultan, kerana konsep derhaka hanya ada pada hamba dan Allah serta anak kepada ibu bapa dan isteri pada suami. Ini hanya memberikan pendapat, sekadar menyahut titah Raja Muda Perak untuk mengubah gaya hidup. Rakyat memang sedia berubah, tapi raja dan kerabatnya perlulah berubah sama. Apakata elaun raja diberikan kepada raja miskin. InsyaAllah Sultan Malaysia akan terus beraja di hati rakyat, bukannya dibenci rakyat..

UMNO Penipu..Jom Kita Nyanyi Ramai-Ramai

Posted: 19 Jul 2010 06:57 AM PDT

Hari ini jelas bahawa Khir Toyo menipu dalam isu IKYS (sini). Juga sebelum-sebelum ini pemimpin UMNO selalu je menipu rakyat. Najib tipu rakyat isu judi dan situasi ekonomi negara ini. Muhyiddin tipu kata Anwar bayar CNN. Hishamuddin Keris tipu rakyat kata Anwar boleh didakwa kerana jadi agen CIA. Rais yatim tipu rakyat juga dalam isu CNN. Dan terbaru mufti UMNO, Harus Sani kaki tipu menipu rakyat jelata bahawa ada pemimpin PAS meminta beliau menyatukan PAS dan UMNO.

Memang UMNO suka tipu. Memang itu makanan ruji mereka. Sebab itu tak hairanlah Sayfoooooool Bukhari pun tipu sekali kata Anwar..tuupp dia. Memang penipu betul UMNO..dari kaki todi hingga ke tok peti Perak.

Apapun jom malam ni kita nyanyi ramai lagu UMNO ini (ada lirik bawah video)..

Lirik
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu..
Tipu Terus Menipu
Kita Tipu Melayu..
Bersama Kita Bersama
Menjunjung Hasrat Semua..
Berjasa Pada Kroni Anak Isteri Dan Bini..
Lambang Kita Yang Rebah
Dipandang keji dan Haprak..
Bersatu bersetia khianat cogankatanya..
UMNO terus lara rompak rakyat Malaysia….
Bersatu bersetia khidmat cogankatanya..
UMNO terus lara rompak rakyat Malaysia…
Lambang Kita Yang Rebah
Dipandang keji dan Haprak..
Bersatu bersetia khianat cogankatanya..
UMNO terus lara rompak rakyat Malaysia…

 

Nuffnang Ads

Isu Sebenar IYKS..Jelas UMNO Berbohong Pada Rakyat

Posted: 19 Jul 2010 06:00 AM PDT

Kenyataan Media: IKYS Tidak Akan Ditutup

KENYATAAN AKHBAR

19 JULAI 2010

IKYS TIDAK AKAN DITUTUP: YAYASAN SELANGOR

 

Yayasan Selangor dan INPENS ingin membuat kenyataan ekoran perpindahan Pelatih Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) ke Kolej INPENS di Kuala Selangor.

Sebenarnya INPENS menawarkan semua kursus-kursus kemahiran vokosional yang diiktiraf dan telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk mengendalikan kursus-kursus seperti berikut:-

Kursus Wireman -PW2 ( 1 fasa)

Kursus Wireman - PW4 (3 fasa)

Kursus Chargeman -PJA1 (Penjaga Jentera Elektrik Talian Atas)

Kursus Chargeman - PJA4-1

Kursus Chargeman - PJA4-2

 

INPENS juga mengendalikan Kursus Penghawa Dingin dan Pembekuan Tahap 1 dan Tahap 2 (SKM) yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia.

Untuk makluman, kesemua kursus-kursus yang dikendalikan oleh INPENS adalah dalam bidang kemahiran dan vokasional.

Dengan perpindahan ini juga tidak akan menjejaskan terma dan syarat yang telah ditawarkan dan mereka tidak akan dikenakan sebarang kos tambahan.

INPENS juga mempunyai infrastruktur yang lebih kondusif dan mempunyai kemudahan yang lebih lengkap dan terletak ditengah-tengah bandar Kuala Selangor yang memberi keselesaan kepada pelajar dan ibu-bapa yang datang melawat.

Dengan kenyataan ini pihak Yayasan Selangor dan INPENS berharap dapat melegakan perasaan resah dan kebimbangan semua pihak lebih-lebih lagi para ibubapa dan pelatih akan masa depan mereka. Malahan para pelatih yang berjaya dan lulus pada tahap PW4 boleh meneruskan ke pengajian yang lebih tinggi di INPENS.

Untuk makluman juga, Kompleks IKYS ini tidak akan ditutup tetapi akan dimanfaatkan sebagai Pusat motivasi Pembinaan Modal Insan yang lain untuk rakyat.

DATO' MOHD MYDIN BIN MOHD. SHARIFF

PRESIDEN

KOLEJ INPENS

Penubuhan Majlis Pakatan Rakyat Sarawak, Tanda Kesungguhan PR Untuk Tawan Sarawak

Posted: 19 Jul 2010 05:02 AM PDT

PR bersedia untuk Pilihanraya Negeri Sarawak. Semoga pembentukan "Majlis Pakatan Rakyat Sarawak" akan menjadi pemangkin kepada kemenangan pr di Sarawak, insyaALLAH

PR bentuk majlis hadapi pilihan raya Sarawak

Pakatan Sarawak sepakat satu lawan satu

Majlis Pakatan Rakyat Sarawak yang baru ditubuhkan pada dasarnya bersetuju mereka akan berdepan satu lawan satu ketika menentang BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Majlis 20 anggota itu diwakili oleh lima anggota dari setiap parti komponen Pakatan, iaitu - DAP, PKR, PAS dan Snap.

 

Antara mereka yang menggotai majlis itu adalah Chong Chien Jien dan Wong Ho Leng, dari DAP dan wakil PKR, Baru Bian.

Ia berikutan pengumuman Pakatan Rakyat bahawa jentera pilihan rayanya akan diaktifkan bagi menghadapi pilihan raya mengejut khususnya di Sarawak.

"Kami percaya pilihan raya negeri tidak lama lagi," kata timbalan presiden PKR,Syed Husin Ali yang senada dengan apa yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu.

Pakatan telah membuat persiapan di Sarawak kerana pilihan raya negeri itu mesti diadakan selewat-lewatnya sebelum Julai tahun depan.

Syed Husin menghadiri mesyuarat sulung Pakatan Rakyat Sarawak bersama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa malam semalam bagi membincangkan strategi mereka.

Pakatan Rakyat Sarawak ditubuhkan pada April tahun ini dan ini adalah kali pertama majlis itu mengadakan mesyuarakat mereka. malaysiakini

Isu IKYS Hanya Mainan UMNO..Tak Habis-Habis Toyo Nak Kucar-Kacir Rakyat Selangor

Posted: 19 Jul 2010 03:50 AM PDT

Keputusan pindahkan pelajar IKYS kekal: Abdul Khalid

SHAH ALAM - Langkah memindahkan lebih 200 pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, Sabak Bernam ke INPENS International College (INPENS) di Kuala Selangor, akan diteruskan disebalik bantahan oleh beberapa kumpulan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu diambil bertujuan untuk menyelaraskan semua institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, IKYS akan digunakan sebagai pusat latihan bagi pembangunan modal insan dan latihan kemahiran insaniah dalam masa terdekat.

"Adalah lebih baik ibu bapa pelajar menyokong perpindahan itu. Semua ini dilakukan demi masa depan pelajar kerana kemudahan di INPENS jauh lebih baik daripada di IKYS.

"Lagipun, graduan INPENS mempunyai peluang lebih baik untuk diambil bekerja kerana INPENS mempunyai hubungan dengan para pengusaha industri yang membenarkan latihan amali diadakan di syarikat mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Semalam, sekumpulan lebih 200 pelajar IKYS yang disertai ibu bapa mereka, berhimpun di depan pintu utama institut itu sebagai membantah keputusan Yayasan Selangor menutup institut itu.

Rupanya UMNO dah takde isu. Sampaikan isu kecil ini pun nak dimainkannya. Jelas bahawa pemindahan pelajar dari IKYS ke Inspens lebih menguntungkan pelajar. Buat apa duduk di intitut yang takde pasaran kerja.

Buat Khir Toyo and the gang..cukuplah jadi orang minyak, atau toyo yang cuba huru harakan rakyat Selangor. Baik anda fokus kerja-kerja di Dun anda, daripada mengucar-kacirkan rakyat Selangor dengan fitnah dan adu domba.

Shahrizat Sah Mengampu Big Size Mama Jahanamkan Duit Rakyat

Posted: 19 Jul 2010 03:15 AM PDT

Kah..kah Shahrizat..Mengampu punya pasal..sampaikan duit rakyat membazir pun tak kisah. Yang penting dapat kipas Bik Mama Size XXL. Apa ke halnya nak bina Wisma Wanita kat setiap negeri. Kononnya untuk wanita berniaga. Apa? Tak cukupke pasaraya atau pasar serta arked mara yang menyediakan ruang untuk wanita berniaga. Kenapa bina satu bangunan tinggi. Betul ke nanti ada orang datang wisma tu? Boleh yakin ke bila buat wisma wanita setiap negeri, orang boleh datang ke wisma. Orang sekarang tak mainlah bisnes secara berhujan panas, orang sekarang bisnes guna online.

Buat Shahrizat dan wonderpet mama, sila tengok Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu. Bukan ke kat sana ramai wanita yang berniaga. Tirulah konsep pasar itu. Tempatkan wanita kat mana-mana pasar yang telah sedia ada. Dan lebih penting, berikan pinjaman perniagaan buat usahawan wanita, daripada membazir buat wisma. Ini semua projek nak mentekedarah duit rakyat. Dan buat Shahrizat, memang gelaran pengampu sesuai buat anda..

Kementerian setuju cadangan tubuh Wisma Wanita di setiap negeri

GEORGE TOWN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersetuju dan mengalu-alukan cadangan penubuhan Wisma Wanita di setiap negeri bagi membangun dan membela kebajikan golongan wanita dan kanak-kanak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dengan adanya wisma itu nanti ia secara langsung akan memperluaskan perkhidmatan yang diperlukan oleh golongan tersebut.

"Setiap kerajaan negeri juga perlu mengambil inisiatif untuk menubuhkan wisma itu kerana di pihak kementerian telah ada Dewan Nur atau Rumah Nur yang menyediakan perkhidmatan untuk wanita dan kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata, kepada pemberita ketika diminta mengulas cadangan penubuhan Wisma Wanita di setiap negeri oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor Sabtu lepas.

Buat semua..ini cadangan si jelmaan Imelda Marcos ini sabtu lepas..(sini)

Isu Penggabungan UMNO-PAS : Penasihat Agama Najib Ada Keluarkan 'Fatwa'

Posted: 19 Jul 2010 02:34 AM PDT

Ini nasihat Ismet Ulam Raja kepada PAS. Tak lama lagi dapatlah 10 persen dari tokeynya, UMNO

Perpaduan penting dalam Islam: Penasihat agama PM

BESUT - Isu perpaduan perlu diambil serius oleh umat Islam sendiri kerana ia merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Md Zin.

Beliau berkata, wajib bagi umat Islam terutamanya pemimpin supaya menyatukan kembali perpaduan Melayu di negara ini kerana dibimbangi jika perpecahan dibiarkan berterusan, ia bukan sahaja menjejaskan keharmonian negara tetapi juga kemuliaan agama Islam itu sendiri.

"Perpaduan itu adalah sesuatu yang wajib manakala perpecahan pula hukumnya haram," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas isu berkaitan perpaduan antara Umno-PAS.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak bertolak ansur dalam memastikan perpaduan di kalangan Umno-PAS dapat direalisasikan dengan mengetepikan soal-soal kepentingan parti.

Abdullah turut menyokong langkah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah untuk kedua-dua parti itu kerana langkah itu bertepatan demi perpaduan umat Islam.

"Banyak hadis berkaitan perpaduan yang kita ketahui menganjurkan tentang perpaduan dan oleh kerana itu soal perpaduan tidak patut dipertikai oleh umat Islam itu sendiri," katanya.

Mana lebih penting...perpaduan ke atau islam. Wooi UMNO, jangan putar belitlah. Orang islam mahu PAS dan UMNO bersatu atas dasar islam. Bukannya melayu. Melayu bukannya boleh bawa masuk ke kubur. Isu pokok adalah islam. PAS tak kisah nak bersatu dengan komunis pun, asalkan mereka terima islam dengan betul. Bukannya islam separuh-separuh macam UMNO.

Ok UMNO kalau nak bersatu juga, sila buat pengumuman sekarang. Buat pengumuman nak ubah sistem sekular kepada islam. Undang-undang otak sendiri kepada hukum islam . Ekonomi kapitalis kepada muamalat islam..dan banyak lagi dasar kafir kepada islam. Silalah buat demikian. Bukannya guna alasan perpaduan itu harus, perpecahan itu haram. Buat penasihat agama cap ayam ini, tolong umumkan dulu perkara ini, sebelum kata tindakan PAS tak bersatu dengan UMNO adalah haram dan boleh membawa dosa. Memang UMNO dah parah sekarang ini. Cuba tonjolkan kerajaan perpaduan untuk senyapkan isu kenaikan barang..buat pemimpin PAS, janganlah menari ikut gendang UMNO ini..

Kalaulah Ia Berlaku Di Negeri Pakatan...

Posted: 19 Jul 2010 01:44 AM PDT

Kalau ini berlaku di negeri Pakatan..sudah pasti siang malam masuk tv dan radio..Utusan pula pasti keluar muka depan dengan tajuk besar..tapi jika berlaku di negeri UMNO..berita kecik je..memang zaman batu betul media negara ini...

Melaka : Stesen buruk, kotor

Hentian bas, teksi di Pulau Sebang daif sehingga undang rasa gelisah pengguna

ALOR GAJAH: Pepatah "hidup segan, mati tidak mahu" boleh dikaitkan dengan stesen bas dan teksi di Pulau Sebang, dekat sini, yang semakin terbiar dan daif sehingga mengundang rasa gelisah ribuan pengguna.

Keadaan kemudahan berkenaan yang kelihatan berkarat, selain sebahagian struktur binaannya juga sudah pecah pasti mengundang pertanyaan di kalangan orang luar sama ada ia masih beroperasi atau sebaliknya.

Kemudahan yang sepatutnya berfungsi sebagai tempat orang awam menunggu bas, selain tempat berteduh bagi penunggang motosikal daripada hujan kini didapati tidak lagi seperti dulu. Ia bukan saja daif, malah kotor.

Kebanyakan orang ramai yang ditemui berkata, walaupun sudah beberapa kali aduan dibuat kepada pihak berkuasa terbabit terhadap masalah berkenaan, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil untuk meningkatkan tarafnya.

Pekerja swasta, Suppiah Selamat, 57, berkata pada masa ini, kebanyakan penumpang yang menunggu perkhidmatan bas setiap hari di situ, terpaksa berdiri di kaki lima perhentian terbabit berikutan bilangan kerusi juga disediakan terhad.

Katanya, keselesaan pengguna sewajarnya perlu diambil kira oleh pihak terbabit selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

"Bas yang disediakan kepada penumpang memang banyak dan tiba mengikut masa dijadualkan, tetapi keadaan stesen ini tidak mesra penumpang langsung. Itulah masalahnya sekarang.

"Ramai penumpang termasuk warga asing yang membanjiri stesen ini sentiasa menunggu bas di sini untuk pulang ke rumah pada setiap hari, dalam keadaan tidak selesa. Malah, ada masanya ketika hujan lebat pula, terpaksa menunggu bas dalam keadaan dipenuhi asap.

"Ini kerana kebanyakan pemandu bas di sini tidak mahu mematikan enjin kenderaan, sekali gus menyebabkan pengguna mengalami sesak nafas," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Seorang penumpang, K Raju, 24, berharap pihak berkuasa terbabit dapat segera memindahkan operasi stesen bas dan teksi itu ke tempat baru.

"Kami tidak ada pilihan lain dan terpaksa menunggu bas ini dengan keadaan yang serba kekurangan. Sebenarnya operasi stesen bas dan teksi ini sudah melebihi 15 tahun di sini dan perlu dipindahkan segera bagi kemudahan pengguna," katanya.

Tinjauan Berita Harian ke perhentian yang terletak berhampiran institusi kewangan, pusat beli-belah, restoran dan pelbagai kedai runcit atau telekomunikasi itu mendapati, keadaan kebersihan persekitarannya tidak diuruskan dengan baik.

Malah, tempat duduk yang disediakan sudah pecah dipercayai akibat perbuatan pihak bertanggungjawab, selain laluan pejalan kaki berbau hancing.

Selain itu, tinjauan juga mendapati, kesan minyak hitam, diesel dan gula-gula getah ada dengan banyaknya di tempat letak bas dan lantai, selain papan tanda didapati berdebu dan hitam kerana terkena asap kenderaan.

Betulke UFO Muncul Di Sabah??

Posted: 19 Jul 2010 12:50 AM PDT

Benarkah ini ufo..ataupun syaitan dan jin merupakan diri. Buat mufti Malaysia terutamanya Harusani, baik kaji perkara ini daripada sibuk-sibuk nak jadi jaguh politik satukan sekular, UMNO dan Islam, PAS

KOTA KINABALU: "Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu. "Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau," kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin. Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

Mereka mendakwa objek mengeluarkan cahaya biru dan hijau itu terapung di ruang udara selama seminit sebelum hilang dalam sekelip mata. Malah, ada di kalangan mereka sempat merakamkan gambar piring terbang itu menggunakan telefon bimbit masing-masing tetapi apa yang menghairankan, ada telefon bimbit berkenaan tiba-tiba 'mati' dengan semena-mena sebaik merakam gambar objek berkenaan.

Jemas berkata, dia ternampak satu objek terapung yang besar dan tidak bergerak ketika menghadiri majlis jamuan makan seorang rakannya di pusat peranginan itu. Menurutnya, dia sempat merakamkan objek misteri itu menggunakan kamera telefon bimbitnya, malah beberapa pengunjung pusat peranginan itu turut melakukannya.

"Saya tidak percaya UFO, tapi apa yang saya lihat itu benar-benar luar biasa kerana ia berlaku di depan mata.

"Apa yang pelik, telefon bimbit milik beberapa pengunjung yang merakam kemunculan objek itu tiba-tiba 'mati'. Namun, saya bernasib baik kerana dapat merakamkan imej objek itu," katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Donny Benedict, 29, berkata, dia tidak percaya dengan kewujudan UFO, namun pandangannya berubah sebaik menyaksikan kejadian itu.

"Saya hanya sempat melihat objek berkenaan terapung selama 20 saat sebelum ia hilang begitu sahaja. Apa yang peliknya, ia tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti dihasilkan pesawat udara.

"Ini pengalaman pertama saya melihat UFO, namun mengecewakan gambar diambil menggunakan telefon bimbit hilang," katanya.

Kemunculan UFO di negara ini dikesan bermula pada tahun 1950-an apabila seorang lelaki melihat satu piring terbang di Petaling Jaya. Sejak itu, beberapa objek menyerupai piring terbang didakwa dilihat rakyat negara ini. Kali terakhir UFO muncul di negara ini pada 1999 di Tanjung Sepat, Kuala Langat. (AK)

Tak Perlu Harusani, PAS Akan Bergabung Dengan UMNO Jika UMNO Ubah Dasar Kepada Islam

Posted: 19 Jul 2010 12:12 AM PDT

UMNO..jangan pusing-pusing. Ubah dasar, nescaya PAS akan bergabung dengan UMNO. Tak perlu pengantara macam Mufti Harusni penipu, cukuplah UMNO ubah dasar..itu perpaduan sebenar

Melayu kukuh jika UMNO ubah dasar: Nik Aziz

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan politik Melayu yang sebelum ini banyak diperkatakan pelbagai pihak akan kukuh sekiranya UMNO sanggup menukar dasarnya kepada Islam.

"Kalau UMNO tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka UMNO boleh bersama Pas dalam Pakatan Rakyat (PR). Bila UMNO boleh bersama Pas atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

"Atas prinsip agama begini, maka Pas selama 20 tahun mentadbir Kelantan hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi Pas atas nama Islam. Kalau tidak masakan Pas dapat menang besar tahun 1990 dan 2008," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu perpaduan Melayu yang dibangkitkan beberapa pihak sehingga mencetuskan idea supaya dua parti utama Melayu ini perlu digabungkan.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas sudah menolak untuk mengadakan kerjasama dengan parti pemerintah itu.

"Kalau UMNO ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik UMNO menukar dasarnya kepada Islam," katanya

Jom Kita Tengok Persiapan Qatar Untuk Bida Piala Dunia 2022..Amacam Shabery, Ada Berani Ke???

Posted: 18 Jul 2010 10:10 PM PDT

Malaysia kata nak bida Piala Dunia 2022..Dan antara negara Asia lain yang membida kejohanan berprestij itu ialah Qatar, Korea Selatan dan Jepun serta Indonesia. Buat Malaysia, cuba tengok persiapan Qatar ini..adakah kita mampu saingi kemewahan Qatar ini. Kalau tak, hentikanlah angan-angan mat jenin itu. Lebih elok persiapkan skuad kita untuk beraksi di Piala Dunia, bukannya membazir wang untuk anjur kejohanan. Ini dia persiapan Qatar dalam membida kejohanan itu. Malaysia?? Stadium runtuh adalah..

Six New stadiums Qatar's preparations to host the World Cup Football Football in 2022
The Commission file Qatar To host the 2022 World Cup during the exhibition "Dubai Sport Accord " The world's largest sports In the world, to disclose the details of the number of playgrounds in addition to The use of carbon-free technology for the first time in order to cool playgrounds and areas reserved For fans and training sites . It was unveiled today three New fields are characterized by a high level of quality and other venues will be developed entirely A : North Stadium Accommodate the number of 45120 spectators, is located in the north Qatar, on the edge of the Arabian Gulf . This stadium was designed in the form of sailboat inspired Of the maritime heritage of the region . And 10% of viewers who will attend to the stadium The north will reach it via the bridge of love between Bahrain and Qatar, which will be the longest bridge based Alone in the world . Stadium Creek 45330 Stadium to accommodate the number of spectators, and is located in the north-east of Qatar . This stadium has been designed in the form of pearl shell, a design inspired by the environment Marine area where some of the spectators will be able to see the Gulf from their seats, while the Players will benefit from the presence of a flexible roof will provide shade on the ground Venue .
Stadium Saliyah Stadium to accommodate the number of 45 thousand spectators, and is located in the south of Qatar in the garden Including a center for activities and water sports facilities, shopping center and parks .
Revamp Ahmed Bin Ali (Al-Rayyan ) Coupling capacity to become the number of 44 740 seats Through the addition of seats in the upper layer of the stadium will be full outer part of the Pitch in the form of a giant screen to show the latest footage, game, commercials And other information about the tournament . Stadium renovation Thani Bin Jassim(Al Gharafa) Will Absorbed also double the number of 44 740 spectators through the addition of seats in the upper layer Of the pitch and the stadium will be the interface colored all countries that qualify for the World Cup Qatar In 2022, and symbolizes the friendship, tolerance and respect, note that the football enhances this Values . Stade Tamim bin Hamad (House of Poetry ) Stade new global fragrance inspired by Qatari heritage afternoon, And a capacity of 65 thousand spectators In the form of a Bedouin tent (verse) and boasts a color Sadu .
Mungkinkah penyokong Arab nanti berpakaian macam ini??

jersi world cup pak arab

jersi world cup pak arab

jersi world cup pak arab

Mungkinkah Anwar Menang Free Kes Saman 100 Juta Ke Atas KJ

Posted: 18 Jul 2010 09:36 PM PDT

Ek ele KJ...kenapa ingkar ke mahkamah..kan dah kena penghakiman ingkar. Penghakiman ingkar ni macam penghakiman free. Tak payah bicara. Sebab satu pihak lagi tak hadir..atau lari dari mahkamah..

Rayuan Khairy didengar Mahkamah Tinggi 23 September ini

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi akan mendengar rayuan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin terhadap penolakan permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya dalam kes saman malu bernilai RM100 juta pada 23 September ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zabariah Yusof akan mendengar kes tersebut.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Hilmiah Yusof menetapkan tarikh tersebut ketika bertemu peguam kedua-dua pihak di dalam kamar apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini.

Pada 31 Mei lalu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nazri Yahya menolak dengan kos permohonan Khairy untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi Anwar pada 4 Disember 2008, selepas Khairy gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Nazri memutuskan serahan writ saman kepada Khairy adalah sah dan tidak ada merit dalam kenyataan pembelaannya.

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 Mac 2008, dengan mendakwa Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan membawa kepada penyiaran klip video di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com. bertajuk 'Anwar and kin no threat'.

Anwar mendakwa kenyataan itu yang dibuat Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, di sini pada 20 Febuari 2008, antara lain bermaksud beliau terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam, tidak mempunyai perwatakan baik dan tidak layak memegang jawatan politik atau jawatan lain.

Tiada ulasan: