Jumaat, 20 Januari 2017

Tukar Tiub

Tukar Tiub


HARAM KAH?

Posted: 20 Jan 2017 07:30 PM PST




BANGUNAN UNTUK DISEWA
Bro. Rasa nye tk dak sapo minat nk pi sewa. Sbb takut majal sial atau suwey. Tapi herann. Pas di pimpin oleh olarmak dunia n berdozen olarmak kecik. 

Doa depa mustajab bro. Tapi harakah tak laku. Hanya laku 10ribu jer. Mano pi ahli pas 1juta. Tk beli harakah ker? Kiki. Atau depa beli akhbar Amanah. 

Ako rasa 2 sbb harakah tk laku. First isi mcm utusan meloya. Kedua pas dah mesra umngok. Ketiga pas suka berkecuali wpon benda mungkar. Ke 4 pemimpin pas semua nye vangang n vahalul. Khalasss. Kikiki on ADA PEJABAT HENDAK DISEWAKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/21/17

BACA MANGGA
Dpd baca Harakah baik baca majalah Mangga..blh jgk stim2 konek..kahkahharakah on ADA PEJABAT HENDAK DISEWAKAN
Arie_73
on 1/20/17






------------------

PUKIMAK DATUK YANG MANA NI?

Posted: 20 Jan 2017 06:30 PM PST





DATUK MELAYU
Datuk melayu baru nak up. Kena langgar cenggitu jer pun, claim insuran pegi repair jer la kereta tu. on PUKIMAK DATUK MANA PULAK?
Anonymous
on 1/21/17

MELAMBAK LAMBAK
banyak sangat DATUK sekarang nih yang real pun ada yang tipu lagi lah melambak bila negara nak jadi papa kedana , bebende bodoh binasa akan ber leluasa hanya kerana rakyat dah jadi papa kedana miskin tambah emosional macam lembu on PUKIMAK DATUK MANA PULAK?
Anonymous
on 1/20/17

LATOK HANTU
Tt, kau dulu ponteng kelas sains kimia atau bahasa inglend kata: chemisteri. Ilmu chemisteri ni kalau kau menjaringkan a atau b, mudahlah merungkai misteri dunia macam ni. 

Inilah datok dari subspesis latok hantu, atau bahasa inglend kata: man forest. Seperti yang nama dia bagitau, latok hantu dok dalam hutan. Atas pokok. Situlah dia bergayut, melompat, tersengeh, meraung, dan bermacam lagi. Senang cerita latok hantu ni sebijik macam kera la. Bahasa inglend kata: like that monyet. on PUKIMAK DATUK MANA PULAK?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/20/17

Ling,ling,ling on PUKIMAK DATUK MANA PULAK?
Anoy
on 1/20/17




--------------

PUKIMAK DATUK MANA PULAK?

Posted: 20 Jan 2017 05:30 AM PST






DATUK

PUKIMAK

MANA PULAK

Kejadian berlaku ketika pemandu lori itu mengundurkan lorinya tetapi terlanggar kereta Mercedez Benz milik seorang "Datuk".



SPR BUAT TIPU LAGI

Posted: 20 Jan 2017 04:30 AM PST




BILA ZAB NAK SAMPAI
semoga laknat ALLAH SWT keatas mereka yg bersekongkol dgn penzalim. org bodoh, kurang ilmu agama. didunia kedudukan kamu dgn keluarga laknat tu umpama langit dgn bumi. tp diakhirat kamu kena azab setaraf dgn mrk. ada berbaloi ke? 

didunia kamu terbang dgn klas ekonomi, dia naik private jet. tp diakhirat, seksa kamu sama dgn seksa dia. ada berbaloi ke? 

di dunia kamu pandu perdana, dia pandu bentley. tp bila diakhirat, seksa kamu sama berat dgn seksa dia. ada berbaloi ke? api neraka bwarna hitam. jika bumi didedahkan sebesar lubang jarum, bumi ini akan hangus. diakhirat nanti, kamu duduk dlm api tu. jika tak tau, pergi belajar. 

jgn jadi pak turut. dlm bab dunia, mcm2 kita sanggup belajar. nak dpt kertas sekeping. tp bila bab agama, harap tok lebai bg tau apa nak buat! knp kita tak baca kitab2 yg tok2 lebai tu baca? konon kalau belajar tanpa guru, maka syaitan akan jadi guru - nak sesatkan kita. itu hadis ke? itu hanyalah propaganda supaya umat - dlm bab agama - mesti ikut ckp on SPR TERUS MENIPU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/20/17




------------

ADA PEJABAT HENDAK DISEWAKAN

Posted: 20 Jan 2017 01:00 AM PST






face book


Jualan HARAKAH susut ketara.
Pekerja HARAKAH, bayaran gaji mereka banyak yang tergelincir.

Pjbt HARAKAH pun sudah mahu disewakan..
Himpunan RUU 355 nanti, bukan sekadar perlu jemput menteri RUU 355, bahkan perlu buat kutipan derma selamatkan HARAKAH.









-------------

CUBA RENUNGKAN

Posted: 20 Jan 2017 12:30 AM PST







SATU INGATAN

ditujukan kepada
semua ahli pkr
kepada para yb pkr
 para penyokong pkr


pekara yang ditimbulkan
ialah tentang permit cetak
akhbar SUARA KEADILAN

ini akhbar resmi pkr
sehingga tahun 2017
masih belum dapat permit
yang telah diminta
semenjak  tahun 2007


kalau permit akhbar SK
pun najib tidak beri
maka timbul pertanyaan
apakah najib akan
beri pkr 
apakah najib akan benarkan
 pakatan harapan
untuk mengambil alih kerajaan
mengambil alih putrajaya


mengambil alih kerajaan
ertinya ambil alih
petronas
felda fgv  felcra dan dan
khazanah  
dan pelbagai glc


kalau permit akhbar pun
tidak  diberi
apakah najib
 akan undur dalam
pilihan raya


cuba renungkan





-----------------

MALAYSIA TERGADAI PADA CHINA

Posted: 20 Jan 2017 12:00 AM PST




DARI
LIDAH PENGARANG


MELAYU

DIBODOHKAN

satu ketika dahulu
 bani melayu amat marah
pada british kerana
bawa masuk china 
dari tanah besar china
bawa masuk india
dari benua india

demograpi tanah melayu
berubah 
tanah melayu jadi malaysia
singapura sebahagian
dari tanah melayu
jatuh ke tangan china 

nama tanah melayu hilang
untuk selama-lamanya


semua ini menimbulkan
masaalah nasional
the natinal question

hingga hari ini
masalah nasional
masih belum selesai
masalah wujudnya
china dan india
di bumi  melayu
masih dipertikaikan

parti DAP terus dijadikan sasaran
ini kerana bandar dan pekan
majoritinya dimilik oleh china
ini hakikat
wilayah dipinggir kota 
yang harganya bernilai
semuanya dimiliki oleh china
ini yang dilihat oleh mata kasar
bani melayu masih jauh tercicir


hakiktanya
masalah wujudnya china
 kemasukan orang asing
membawa masaalah nasional
akibatnya
membawa masaalah politik

masaalah politik ini berterusan
yang terus digunakan oleh
united malays national organisation
untuk menakut nakutkan bani melayu
dengan orang china
dengan parti DAP
bani melayu terus dibodohkan

hari ini sejarah berulang kembali
parti yang mengakui berlandasan 
ketuanan melayu
sedang membawa masuk 
bangla indon myamar vietnam negro
semua ini akan membawa masalah

ini masalah masa depan
sama saperti yang  bani melayu
sednag hadapi sekarang
bila berhadapan dengan china dan india


lihat eropah 
hari  ini eropah sedang dihantui
oleh masalah imigran
oleh masalah pebezaan budaya
oleh perbezaan agama
oleh perbezaan gaya hidup

yang tidak bermasalah
yang menyokong kemasukan
orang asing ke tanah melayu
 ialah kaum pemodal
yang dapat buruh murah
yang dapat untung lumayan

di malaysia kaum pemodal ialah para cukong
jadi masalah berterusan
bani melayu terus tercicir

SEJARAH
pada tahun 1819 singapura tergadai
kepada east india company
raffles membeli singapura
bagaimana  pulau singapura tergadai?

raja husin diberi candu
east india company ialah tokan candu
syarikat ini jual candu pada china
akhirnya dapat hong kong
ini sejarah
ini bukan fitnah hishamuddin rais


hari ini sejarah berulang kembali
najib rosmah sedang diberi candu
kali ini bukan oleh raffles
bukan east india company
tapi oleh tokan dan along
dari  tanah besar china

hutang najib rosmah ialah candu
candu ini akan mengadaikan tanah melayu
ini hakikat
siapa pembawa candu ini?

saorang china bernama jho low
ini hakikat
ini fakta 

apakah bani melayu tidak sedar?
negara sedang tergadai
kepada tokan candu baru
dulu raffles  kini china
dari tanah besar china




----------------

MELAYU KENA KENCING

Posted: 19 Jan 2017 11:00 PM PST






NAJIB ROSMAH

MENGENCING

ORANG MELAYU

UTUSAN TV3

RTM STAR SUN

KATA ITU HUJAN 

BUKAN KENCING




-------------------

SPR TERUS MENIPU

Posted: 19 Jan 2017 09:00 PM PST








136,272

KAMU TAHU KE?

DI SELANGOR

ADA 136,272

PENGUNDI 

YANG TIDAK

ADA ALAMAT

JIKA INI BUKAN

SPR MENIPU

MAKA

ROSMAH MASIH

ANAK DARA









------------------

POLITIK NEGARA DUNIA KE TIGA

Posted: 19 Jan 2017 08:30 PM PST






INI CONTOH

TERBAiK

PILIHANRAYA

DALAM NEGARA

DUNIA KETIGA

SETAKAT INI
pilihan raya telah selesai di GAMBIA
presiden yang kalah enggan 
turun dari kerusi presiden
jika turun dia akan ditangkap
kerana kes bunuh
kerana kes rasuah
kerana kes salah guna kuasa
maka YAHYA terus jadi presiden

yang meng ADAMA lari ke SENEGAL
angkat sumpah di negara tetangga
kemudian bawa masok tentera
bukan tentera gambia 
tapi tentera dari negara asing
untuk bantu jadi presiden baru

inilah contoh pilihanraya 
negara dunia ke tiga

NOTA KULIAH
najib terlibat kes bunuh
najib terlibat kes rasuah
najib salah guna kuasa
apakah najib akan sedia kalah
dalam PRU14

jawabnya mustahil najib kalah
jika najib kalah najib akan ditangap
jika kalah najib akan didakwa
jika kalah najib masuk penjara

maka najib akan gunakan
apa sahaja kuasa untuk pastikan
dia akan terus berkuasa

ini kuliah politik 
politik negara dunia ke tiga
tak pernah berbeza
bentuk mungkin lain
tapi isinya adalah sama



Troops enter the Gambia after Adama Barrow is inaugurated in Senegal

West African troops have crossed the border into the Gambia as part of regional efforts to support the democratically elected president in a showdown with his predecessor, Yahya Jammeh.
"We have entered Gambia," Col Abdou Ndiaye, a spokesman for the Senegalese army, wrote in a text message to Reuters on Thursday night, hours after Adama Barrow was forced to hold his inauguration as president in Dakar, the capital of Senegal.






---------------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


‘Keadilan, tauliah dan budaya takfiri’

Posted: 20 Jan 2017 03:09 AM PST

 Keputusan Mahkamah Rendah Syariah Klang yang memutuskan Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersalah kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Klang pada 2011 adalah mengejutkan.

 Dalam penghakimannya, semalam Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim menjatuhkan hukuman denda RM2,900 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

 Hakikatnya, Khalid dijemput oleh ahli surau untuk menceritakan pengalaman lawatan beliau ke Gaza dan bukan berkuliah agama.

 Bukankah Islam menuntut kita berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman?9 Tindakan sebeginilah yang membuat orang ramai hilang keyakinan ke atas kebijaksanaan mahkamah syariah dan majlis agama hari ini.

 Adakah tindakan ini kerana beliau tidak "bertauliah" walaupun apa yang disampaikan bukan ajaran salah atau kuliah àgama sekalipun?

 Berapa kali telah kita menyaksikan ahli jemaah dijemput imam masjid memberi ucapan berkongsi pengalaman mereka tanpa didakwa?

  Halal darah

Bagaimana pula dengan imam dan penceramah bertauliah yang menyampaikan ajaran yang salah dan menyesatkan?

 Saya sendiri telah melaporkan di Parlimen dan juga orang lain yang dilaporkan oleh media, tentang ucapan di masjid dan surau tertentu di mana penceramah mengistiharkan 'halal darah' dan boleh 'menghapuskan nyawa orang tertentu.

 Kenapa tiada tindakan sehingga hari ini?

 Adakah kerana mereka ini bertauliah, mereka berhak membuat pengistiharan bunuh sedemikian rupa - iaitu tauliah "with license to kill"?

 Mufti Pahang pula mengistiharkan ahli parti DAP sebagai kafir harbi yang boleh dihapuskan tanpa apa-apa tindakan. Adakah mereka mereka yang bertauliah ini boleh mengistiharkan apa sahaja dan memiliki kekebalan?

 Ada juga yang mengistihar sesama Islam kafir dan terkeluar akidah dengan sewenang-wenangnya. Adakah mereka ini kebal dan juga maksum?

 Budaya dan gejala takfiri sudah lama bersama kita dan kerajaan sengaja memekakan telinga atas kepentingan dan kesefahaman politik.

 Kami sudah lama membahaskan isu ini di Parlimen dengan kerajaan membisu seribu bahasa.

  Hukum mengkafiri 

 Budaya takfiri tidak perlu dibawa masuk dari luar oleh ISIS atau DAESH, ia sudahpun bersama kita. 

 Khalid Samad dihukum kerana bercakap tentang pengalaman di Gaza tanpa tauliah.

 Bagaimana pula mereka yang mengamalkan budaya takfiri menghukum kafir sesama Islam dan halal darah dengan memiliki tauliah oleh pihak berkuasa? Kebal kah mereka?

 Islam menuntut keadilan untuk semua dan pihak majlis agama serta mahkamah syariah perlu bertindak adil kepada semua tidak kira fahaman ideologi atau politik.

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Aku diutus bukan untuk melaknat, tetapi untuk membawa rahmat."

 Oleh itu siapakah kita, walaupun kononnya bertauliah, untuk melaknat sesama Islam?

 Kami sedang mengkaji merujuk ketidak-adilan ini kepada Majlis Raja-Raja Melayu supaya kesucian agama Islam dan nama baik Majlis Raja Raja terpelihara.

 Kepada Allah yang maha besar dan adil kami berserah.

 Raja Bahrin Shah adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu. ~ sumber

kedudukan Khalid sebagai Ahli Parlimen tidak terjejas oleh kesalahan '

Posted: 19 Jan 2017 09:19 PM PST


 PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang didenda kerana mengajar Islam tanpa tauliah, boleh bertanding untuk jawatan awam lagi kerana dia hanya melakukan kesalahan agama, kata seorang hakim Mahkamah Persekutuan bersara. 

 Gopal Sri Ram berkata kesalahan Khalid bukan satu kesalahan keseksaan seperti yang diluluskan oleh Parlimen dan dilaksanakan melalui mahkamah undang-undang yang diiktiraf di bawah Perlembagaan Persekutuan.

 Beliau berkata kuasa untuk mewujudkan kesalahan dan menetapkan hukuman adalah terletak pada Parlimen di bawah Jadual Kesembilan, Senarai 1 Perlembagaan.

 "Mahkamah sekarang (syariah mahkamah rendah Selangor) juga bukan mahkamah undang-undang yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan," katanya kepada FMT.

 Mahkamah tiga peringkat yang disebut dalam Perlembagaan adalah Mahkamah Tinggi (Malaya dan Sabah dan Sarawak), Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

 "Pada pandangan saya, sabitan Khalid tidak memberi kesan kepada kedudukannya sebagai Ahli Parlimen," katanya. Di bawah Senarai 11 Perlembagaan, Dewan Undangan Negeri boleh meluluskan undang-undang dan menetapkan hukuman terhadap umat Islam yang menentang "ajaran Islam".

 Sri Ram berkata demikian sebagai respons kepada sabitan Khalid oleh mahkamah rendah syariah Klang hari ini. 

 Khalid didenda penjara RM2,900 atau tiga bulan. Dia membayar denda itu tetapi berkata beliau akan membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman.

 Khalid memberi ceramah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Klang, tanpa tauliah sah enam tahun lalu. Dia didapati telah melanggar Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor. 

 Khalid menegaskan beliau telah dijemput ke surau untuk bercakap mengenai lawatannya ke Palestin dan tidak memberi ceramah agama. Yang ketika itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, beliau telah pulang dari Gaza dan telah dijemput untuk bercakap mengenai pengalaman beliau. 

 Perkara 48 Perlembagaan menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan jika dia disabitkan atas suatu kesalahan oleh "mahkamah undang-undang" dalam Persekutuan dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2 , 000.

 Sri Ram berkata, apabila disabitkan oleh mahkamah undang-undang, seperti yang dinyatakan dalam Perkara 48, mestilah merujuk kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121.~ sumber

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pagi ini portal Free Malaysia Today (FMT) mengejutkan dunia akademia dengan membawa tajuk berita

Posted: 20 Jan 2017 02:26 AM PST



Pagi ini portal Free Malaysia Today (FMT) mengejutkan dunia akademia dengan membawa tajuk berita:

Local grads only as good as Danish high school dropouts.

atau

Graduan tempatan hanya setaraf dengan pelajar sekolah menengah Denmark yang keciciran.

Saya tidak sempat membaca dengan lebih teliti kerana ada tugasan mengendalikan peperiksaan di fakulti. Tetapi saya lihat sudah ramai ahli akademia memperkatakannya, ada dengan nada kecewa dan ada yang mengambil kesempatan untuk menyalahkan pihak-pihak lain kerana mereka mengatakan kajian telah membuktikannya.

Selesai tugas, di sebelah petang baru saya sempat meneliti. Saya membandingkan laporan berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu dari portal yang sama. Ini fakta sebenar:

1. PROFESSOR LANT PRITCHETT- Citing a recent research on literacy among Indonesian students, which among others found their level to be similar to junior high school dropouts in Denmark, Harvard professor Lant Pritchett said he feared the same could be true with Malaysia if its schools failed to prepare students for university-level education.

2. PROF MICHAEL WOOLCOCK - is the one who conducted the 18 months study and gave a fair contructional views.

Ada 2 professor. Professor pertama, Prof Lant Pritchett memetik kajian literasi/celikhuruf di Indonesia yang membandingkan PELAJAR SEKOLAH di Indonesia (bukan graduan pun) yang dikatakan sama dengan pelajar Denmark tercicir. Dia kemudian memberi amaran bahawa Malaysia mungkin menuju ke arah yang sama jika sekolah tidak mempersiapkan para pelajar untuk ke menara gading.

Lantas dari mana FMT membuat kesimpulan dari kata-kata beliau ini dengan "declare" bahawa GRADUAN MALAYSIA ADALAH SETARAF DENGAN PELAJAR MENENGAH DENMARK YANG KECICIRAN?

Suratkhabar atau portal apakah yang merasa bangga memutarbelitkan kenyataan ke arah "demoralising their own citizens based on totally wrong conclusion" dengan "headlines" sebegitu rupa?

Saya bukanlah seorang yang menolak teguran untuk penambahbaikan. Bahkan saya mengambil maklum laporan Professor kedua, Prof Michael Woolcock yang antaranya menyatakan dalam kajian 18 bulannya di Malaysia :

--------------------------------------

Sistem pendidikan di Malaysia mendapati jurang besar golongan kaya dan miskin, di mana golongan miskin jauh ketinggalan.

"Sistem pendidikan berfungsi dengan baik untuk golongan atas, tetapi cabaran besar adalah menjadikan ia berfungsi kepada semua orang, termasuk penduduk luar bandar dan masyarakat terpencil," kata Profesor Michael Woolcock kepada FMT.

Satu daripada penemuan Woolcock ialah lebih separuh (51%) daripada golongan pekerja kilang tidak pandai membaca buku panduan atau melakukan prosedur asas.

"Mereka tidak dapat menggunakan teori atau memahami bahasa Inggeris. Ia bukan isu geografi," katanya kepada FMT.

"Di Malaysia, ia adalah isu kelas. Jika mahu satu sistem berjaya, ia perlu berkesan buat semua orang."

Woolcock merupakan antara panelis Forum Dasar Awam Asia 2016 yang dianjurkan bersama Harvard Kennedy School dan Jeffrey Cheah Institute of Southeast Asia di sini semalam.

Beliau turut mengakui halangan terbesar dalam penguasaan bahasa Inggeris.

------------------------------------


TIDAK ADA SATU KOMPONEN PUN DALAM KAJIAN PROF MICHAEL YANG MEMBANDINGKAN GRADUAN KITA DENGAN PELAJAR MENENGAH DENMARK YANG KECICIRAN.

Saya percaya graduan kita mempunyai ruang yang banyak untuk memajukan diri sendiri, dan ramai yang telah membuktikannya di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa.

Namun secara semberono melihat dan menganggap mereka setaraf dengan pelajar sekolah menengah negara maju yang tercicir, adalah pandangan yang sangat berniat jahat oleh mereka yang mempunyai agenda untuk meruntuhkan moral anak bangsa. Apatah lagi dasar dan falsafah pendidikan kita berbeza. Bukan semua pelajar kita mampu ke universiti tetapi kerajaan tetap menyediakan pusat-pusat pembelajaran lain seperti institut latihan, institut kemahiran, politeknik dengan bantuan pembiayaan agar anak muda kita tetap mempunyai peluang memperoleh skill berguna walaupun tanpa kemahiran bahasa Inggeris yang tinggi.

Petang ini sama ada FMT baru menyedari kualiti teruk editor yang menyediakan tajuk, atau mereka ditegur secara langsung oleh pihak kementerian, atau agaknya ditegur langsung oleh Professor2 tersebut kerana jauh benar isi dengan tajuk, FMT TELAH MENGUBAH TAJUK MEREKA. Begitulah perangai portal bebas kita!!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=732653783556750&id=248354411986692